18 June, 2010

Law of Attraction atau niat?

Law of Attraction (LOA) ataupun dalam bahasa melayu dikenali dengan 'hukum tarikan' adalah perkara yang dipopularkan oleh barat dan baru-baru ini ramai diantara kita bercerita mengenainya. Penulis memperhatikan setiap gaya artikel dan coretan oleh penulis2 dan pengamal/pengajar diluar sana yang berbicara mengenai LOA.Ada diantara mereka yang begitu taksub dan mempercayai keajaiban LOA ini.

Ya, taksub disini maksud penulis ialah dengan mempercayai bahawa LOA ini dapat mendatangkan impian yang anda inginkan. Dan kebanyakkan daripada mereka menggunakan LOA ini kearah keinginan yang bersifat materialistik. Duit, kaya, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Anda pun pasti tahu mengenai perkara ini. Dan ada yang membuat frasa seperti ini:


"Apa yang anda mahukan? Rumah besar? Kereta mewah? Semuanya boleh anda kecapi dengan LOA"

Betulkah dengan LOA kita boleh dapat semua itu? Apa kelebihnya? Kalau mengikutkan logikal penulis, LOA takkan memberikan semua itu kepada anda. Percayalah. Kenapa penulis berkata begitu?

Berdasarkan perhatian penulis, pengajar2 LOA ini ambil secara bulat-bulat mengenai konsep LOA ini dari barat. Anda amalkan LOA dan biarkanlah Minda separa sedar melaksanakannya! Hah?? Begitu mudah? Tanpa usaha ka? Setiap hari, sebelum tidur anda hanya perlu tulis apa yang anda inginkan, bayangkan, dan satu hari nanti ianya pasti menjadi milik anda. Betul kah?

15 June, 2010

NLP-Sentuhan ajaib untuk membuat mereka setuju

Didalam perbualan seharian kita, kadang kala kita dapat fikirkan yang ianya agak susah untuk membuat seseorang bersetuju dengan apa yang kita cakapkan. Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai teknik sentuhan ajaib yang boleh membuatkan seseorang itu bersetuju dengan kata-kata anda.

Ini bukanlah magik ataupun sihir. Anda tidak perlu membaca mantera atau memukau orang tersebut. Malahan ianya mudah untuk dipraktikan. Cuma perlu latihan sahaja. Penulis akan pergi sedikit kepada teori:

Jika seseorang menyentuh anda dan bertanya "Kamu rasa tak yang dia tu cantik?" Sudah tentu kamu merasa sebab didalam pertanyaan tadi terselit perkataan rasa. dan rasa yang terbit tadi adalah melalui sentuhan orang tersebut. Jadi, jika anda menyentuh seseorang dan bertanya menggunakan perkataan "rasa" kemungkinan mereka akan bersetuju kerana mereka bersetuju disebabkan oleh faktor sentuhan tadi (rasa).Mereka merasa sentuhan anda, justeru itu, dengan pertanyaan tadi, sudah tentu mereka bersetuju yang dia itu cantik.

Sekarang kita berbicara mengenai cara-cara menggunakan teknik ini pula. Untuk pengetahuan anda, teknik ini perlu dimulakan dengan perkataan seperti:

- Kau rasa tak ....
- Kau tak rasa ke ....

dan seterusnya menyentuh perlahan pada individu tersebut dan habiskan ayat anda tadi. Contohnya: "Anda tidak rasa (sentuh mereka) ke yang kita ni boleh jadi rakan bisnes yang baik?"

Contoh kedua pula "Kau rasa tak (sentuh mereka) yang kita kena pergi sekarang sebelum hujan turun lebat!".

Mudah? Ringkas? Jadi inilah salah satu rahsianya. Senangkan? Selamat mencuba!

11 June, 2010

NLP- Penekanan Tersembunyi

Penekanan Tersembunyi? Kenapa pelik sangat bunyinya? Apa benda tu?. {Jangan gelak}

Jangan gelak, kalau didalam bahasa melayu kita selepas diterjemahkan dari bahasa inggeris, memang kedengaran agak pelik. Kadang-kadang susah juga nak terima. Haha, penekanan tersembunyi ni ialah Hidden Emphasis. Didalam NLP, hidden emphasis ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi seseorang tanpa mereka sedari. Wow! Menarik bukan? Memang menarik.


Dengan menggunakan Penekanan tersembunyi (PS / HE) didalam pertuturan anda, anda boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan apa yang anda mahukan. Untuk menggunakan teknik ini, anda terlebih dahulu perlu merancangnya. Jika anda adalah seorang perancang yang hebat, dan telah mahir dalam teknik PS/HE ini, maka kemungkinan setiap penggunaan PS/HE dilakukan secara spontan. Tapi itu pun, jika kita dapat menguasai teknik ini dengan baik.


PS/HE digunakan dengan menekankan perkataan yang dituturkan anda supaya perkataan tersebut menjadi suatu arahan hipnosis kepada pendengar.Perkataan itu mungkin didengar sekali imbas oleh pendengar, tetapi pada dasar pemikiran bawah sedar mereka, perkataan-perkataan yang ditekankan tadi akan disedari dan bertindak sebagai arahan hipnosis. (susah betul, penulis nak terangkan perkara ini)

Relaks, relaks, jangan berkerut dahi. Simple je. Jangan lupa, penulis akan sentiasa cuba menambahkan lagi pemahaman pembaca sekalian. Begitu juga pemahaman penulis. Ianya adalah pemahaman 2 hala. =). Disini penulis letakkan contoh ayat PS/HE :

Tips Meditasi - Macam mana nak tenang semasa meditasi.

Ramai orang membicarakan mengenai meditasi diluar sana, ramai orang yang membicarakan teknik-teknik untuk bermeditasi. Adakala caranya begitu sukar untuk di ikuti. Sampai berkerut-kerut dahi kita ketika melakukan meditasi. Hahaha. Bukan meditasi tu namanya. "Tak sesuai gitu". Kalau dah muka berkerut, kompem fikiran pun bercelaru.

Penulis pernah terbaca tips tersebut baru-baru ini. Dan setelah mencubanya, penulis terpaksa akur, memang menjadi! Mudah tapi berkesan. Itu lah yang penulis rasa senang hati untuk berkongsi dengan para pembaca. Memang senanglah. 1 tips je. Satu je ke? Kenapa, tak percaya? (spt dalam iklan tv)

Okay, cut the crap, so what it is actually?

Untuk maklumat para pembaca, sekiranya anda bermeditasi, anda sering terpikir/terlintas/terbayang gambaran-gambaran pada mata/fikiran anda. Mesti susah nak kosongkan minda kan? Yelah, kalau dah gambaran-gambaran tu asyik ditayang di fikiran anda. Susah untuk kita tenang / kosongkan minda.

Caranya? Tenangkan mata anda!. Iye..tenangkan mata anda! Pastikan mata anda relaks. Relaks Relaks. Cubalah dahulu tips ini. Kalau anda berjaya tenangkan mata anda, penulis yakin anda senang untuk menenangkan minda anda. Selamat mencuba!

Penulis melakukan attunement reiki kundalini kepada sahabat Jarak jauh


Semalam penulis melakukan penyelarasan kepada sahabat penulis yang berada di Johor. Lebih kurang jam 10-11 malam. Sebelum itu, penulis sudah menerangkan kepadanya apa yang perlu dilakukan untuk proses penyelerasan kundalini 1.

Untuk pengetahuan para pembaca, untuk membuat penyelarasan tidaklah sukar. Kerana ianya merupakan suatu yang mudah didalam reiki. Tetapi pembaca perlu tahu, untuk seseorang melakukan attunement kepada orang lain, mereka sudah pasti sudah diaktifkan chakranya dan sudah pun di selaraskan tenaga reiki 1, 2 mahupun 3. Walaupun penulis masih baru dalam bidang reiki, tetapi pengalaman akan mengajar kita. Disamping itu, penulis juga rajin membaca mengenai reiki dan tahu lah serba sedikit walaupun guru penulis jarang memberi tunjuk ajar.
It is okay to explore the reiki by myself just like i always do.

Penulis menyuruh sahabat penulis duduk bersila sambil telapak tangan mengadap atas. Tenang dan relaks sahaja. Selepas itu, penulis menyuruhnya membuat afirmasi untuk menerima penyelarasan reiki kundalini. Afirmasi? Ya, ianya tidak sukar mana pun. Reiki ini amat mudah sekali. Setelah itu, penulis pun melakukan attunement kepada sahabat penulis.Setelah 25 minit, penulis meminta respons sahabat mengenai apa yang telah dilaluinya tadi, kita kongsi cerita. Sahabat mengatakan seperti berikut:

"Rasa macam membulat & panas kedua-dua tapak tangan, seakan-akan sedang masak masuk melalui tapak tangan. Selepas tu rasa kat hujung kaki pulak. Badan pula, rasa goyang-goyang, tak stabil. Bila dah selesai tu, rasa penat sangat"


Jadi itulah yang sahabat penulis rasakan setelah menerima attunement jarak jauh reiki kundalini 1. Nampak mudah bukan? Boleh percaya ke? Kenapa ye?

1. Tenaga reiki ini juga dianggap sebagai tenaga pintar. Sebab itulah, hanya dengan afirmasi, tenaga itu sudah boleh dialirkan sendiri.
2. Tenaga reiki ini akan bekerja secara automatik. Jadi, ianya mudah dan sesuai untuk semua orang, makcik-makcik, nenek-nenek, anda juga boleh buat reiki ini sebenarnya.
3. Reiki merupakan tenaga alam, yang boleh bergerak tanpa had jarak. Itulah yang sering kali disebut oleh pengamal2 reiki dan itulah yang selalu penulis baca setakat ini. Buktinya, ianya sukar dibuktikan. Jadi, reiki secara jarak jauh boleh dilakukan.
4. Sememangnya semasa/selesai attunement, mereka akan merasakan sensasi tertentu. Ada  yang tidak merasa apa2 dan ada pula merasakan terlalu banyak. Jadi, apa yang anda rasa tidaklah begitu penting. Seperti kata Guru penulis; "reiki ini bukan untuk dirasa"

Jadi selepas ini, penulis harap, sahabat penulis rajin-rajinlah buat self-healing, reiki meditation. Selamat datang ke dunia reiki. (untuk penulis juga :p )

08 June, 2010

Reiki, Meditasi dan Islam

Salam pembaca,

Sebelum pembaca semua membaca lebih lanjut, penulis ingin katakan bahawa penulis bukanlah ahli agama spt ustaz, ulama dsb. Tetapi penulis ingin bercakap diatas fikiran rasional penulis berkaitan dengan reiki & meditasi. Bolehkah kita sebagai umat Islam melakukan semua ini?

Kalau hendak difikirkan, penulis dapat membayangkan begitu banyak perbahasan yang akan berlaku apabila kita membicarakan topik ini dan lebih-lebih lagi apabila kita mengaitkannya dengan unsur agama. Ya, memang banyak. Walaupun penulis ini naif dalam hal-hal agama tetapi tidak semestinya penulis tidak memikirkan kaitan agama dengan perlakuan meditasi dan juga reiki. Penulis saja membuka topik ini apabila terbaca artikel dari salah satu laman web indonesia. Dan, perkara ini telah pun dari mula disedari oleh penulis.

Apa itu reiki, dan apa isu disebalik kaitan agama?
Reiki ini mengikut pemahaman penulis yang penulis ringkaskan ialah salah satu cara kita merawat penyakit (fizikal, rohani, mental) menggunakan tenaga alam (universal). Pengamal reiki hanya boleh melakukan reiki apabila cakra padan badan mereka diselaraskan dengan getaran tenaga universal. Dengan itu, mudahlah badan mereka untuk menyerap tenaga alam dan melakukan penyembuhan.

Isu 1: Okay, pengamal reiki boleh menyerap tenaga selepas penyelarasan, dan boleh buat penyembuhan. Kamu lupakah? Penyembuhan itu datang dari tuhan yakni Allah?
- Sebagai umat islam memang kita tidak boleh percaya yang kita ini boleh menyembuhkan, kerana semua perkara yang berlaku adalah dengan izinnya. Kebanyakkan pengamal reiki akan taksub apabila mereka menyembuhkan sesuatu sehingga mereka lupa kuasa terhebat yang mengizinkan penyembuhan itu yakni Allah.

Didalam reiki, pengamalnya terpaksa mengikuti jadual untuk melakukan meditasi, membuat air terapi dan juga melakukan self healing. Meditasi ini adalah dengan keadaan duduk, dan berniat / afirmasi untuk melakukan meditasi reiki. Ianya sangat mudah. Hanya perlu tenangkan fikiran dan rasakan pergerakan energi-energi dibadan.

07 June, 2010

NLP- Tawar menawar harga

Hari ini agak malang jugak lah nasib, pagi-pagi kereta tidak boleh start, nasib baik kawan satu rumah belum pergi kerja lagi, dapat tumpang dia. Hurmm, bateri kereta dah lemah, nak buek cenggano? Tapi takpe, bukan keluhan ini yang penulis nak kongsikan bersama.Ada cerita lain! Hehe

Semasa waktu tengahari, penulis dan kawan-kawan sepejabat pun ronda2 untuk mencari jumper. Dalam cadangan nak 'jump' kan saja kereta tu. Tapi bila penulis fikir-fikir balik, bateri kereta tu memang sangat lemah jadi penulis pun bercadang untuk tukar baru. Beli jenis yang free maintenance punya (bateri kering).

Semasa nak beli jumper tu, penulis try saiko2 sorang amoi kedai nie. (bukan mengorat yer) tetapi saiko dia untuk kurangkan harga jumper. Macam ni kisahnya:

Penulis masuk ke kedai, pusing-pusing cari jumper, dah jumpe tapi 1 saja.
Penulis pergi tanya amoi, "Amoi, jumper kereta ada tak?"

Amoi tu pun pergi cari dan ambil jumper yang 1 tadi tu. Sambil pandang pada amoi tu, penulis angkat jari telunjuk (maksudnya, satu je ke?)

Berapa harga ni? Penulis bertanya.
"RM 25" Amoi tu jawab.
"Memang harga macam ni ka?" saya bertanya.
Amoi tu menjawab "Ini harga sudah naik punya".
Saya pandang mata dia, "Bukan RM20 ka?" Sambil menganggukkan kepala.

Amoi tu pun menganggukkan kepala, dan berkata "bolehla". Penulis bercakap dalam hati, "janji ada diskaun."

"Senang je kau cakap ekh?" sampuk kawan penulis.

Keluar daripada kedai tu, kawan penulis berkata "Wei, ko saiko amoi tu ekh?, hahahaha"  Kitorang gelak bersama.

NLP? Ini pun salah satu gak aplikasi NLP, tetapi penulis belum mantap lagi. Tunggulah cerita2 yang akan datang. Kita belajar bersama.

Agak-agaknya, anda semua percaya tak perkataan pun boleh mengubah peranan dan sifat? Kenapa penulis tanya "Bukan RM20 ke?" dan kenapa pula penulis tidak cakap "Alah, bagilah diskaun sikit!"

Ini antara sebab-sebabnya:
1. Kalau penulis cakap bukan RM20 ke? Pertanyaan ini menunjukkan kepada pekedai tu yang penulis mungkin tahu harga biasa jumper tersebut. Lagipun amoi tu muda sangat, manalah dia tahu pasal harga2 nie.
2. Kalau penulis minta diskaun, kemungkinan besar amoi tu akan jawab, jumper tu sudah harga murah2. Tak boleh diskaun lagi.

Jadi, penulis membuat pertanyaan yang memerangkap amoi tu, supaya menjualkan jumper dengan harga RM 20. =)

06 June, 2010

NLP-Pergerakan mata dan apa maksud disebaliknya

Didalam kajian NLP, pergerakan mata merupakan salah satu cara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar atau sebaliknya. Lazimnya, kita dapat perhatikan perubahan mata pada seseorang apabila kita bertanyakan sesuatu.

Dalam kes ini, untuk mengetahui seseorang itu bercakap benar atau tidak, kita perlulah terlebih dahulu merancang soalan untuk menguji orang tersebut. Perlu ke merancang? Tidak semestinya, tetapi lebih elok kalau soalan itu dirancang. Rujuk pada gambar-gambar dibawah ini, saya akan selitkan sedikit penerangan untuk anda lebih memahami mengenai pergerakan mata tersebut:



Vc, Visual Constructed Images (Mencipta gambaran imej)
- Pergerakan mata: Atas dan ke kiri (arah ini adalah arah pandangan anda pada orang tsbut)

Selalunya, pergerakan mata ini terjadi apabila anda bertanya, bayangkan itik berwarna hijau. 

Vr, Visual Remembered Images (Mengingati gambaran imej)
- Pergerakan mata: Atas dan ke kanan.
Contoh soalan: Baju raya anda tahun lepas warna apa?

 Ac, Auditory Constructed (Mencipta gambaran suara)
- Pergerakan mata: Kiri
Contoh soalan: Macam mana agaknya kalau suara beruang dan ayam disatukan?

Ar, Auditory Remembered (Mengingat suara)
- Pergerakan mata: Kanan
Contoh soalan: Ingat tak suara ibu kamu?

Ai, Internal Dialog (Bercakap dengan diri sendiri)
- Pergerakan mata: Bawah dan ke kanan
Menunjukkan orang tersebut sedang bercakap dalam hati atau dengan diri sendiri

F, Feeling/Kinestatic (Perasaan)
- Pergerakan mata: Bawah dan ke kiri
Menunjukkan seseorang sedang mengingati suatu rasa, bau atau pun perasaan.

Jadi dengan bersandarkan pada panduan ini, anda boleh mengetahui seseorang itu bercakap benar ataupun tidak dengan melihat pergerakan mata mereka. Menarik bukan?

Tetapi harus diingat, pergerakan diatas adalah untuk mereka yang lazimnya menggunakan tangan kanan, maksudnya mereka bukan kidal. Jika seseorang itu kidal, mungkin pergerakan mata mereka adalah berbeza. Pembaca harus juga ingat bahawa perkara ini tidak menjanjikan 100% yang boleh membuktikan seseorang itu menipu.


Rujukan: http://www.blifaloo.com/info/lies_eyes.php

05 June, 2010

11 Tips berguna bagaimana menggunakan The Secret

Baru-baru ini penulis sering terdengar mengenai The Secret. Dan hari ini penulis terjumpa buku The Secret itu disalah sebuah kedai buku MPH. Harganya boleh tahan jugalah. Buat masa ni, tak apalah kalau tak beli buku tu walaupun penulis berminat. Mungkin ada seseorang yang akan membelikan buku itu nanti =). Jadi, selepas pulang dari membeli belah, penulis pun mencari artikel dan video di youtube mengenai The Secret itu. Dan penulis terjumpa sesuatu yang agak menarik dan boleh dikongsikan bersama.


Apa yang penulis jumpa mungkin berguna untuk anda yang ingin mempraktikkan The Secret tersebut. Jika anda tidak mengetahui apa itu The Secret, maka anda boleh mendapatkan buku yang penulis sebutkan tadi.

Harga seingat penulis ialah RM7+.





Disini penulis ingin kongsikan 11 tips untuk menggunakan The Secret. (ia hanyalah translasi ke bahasa melayu) dari video asal.

1. Kebanyakkan perkara dimanipulasi untuk menjadi kenyataan. Dan ia hanyalah satu tenaga.
2. Jadilah diri anda sendiri.
3. Sentiasa bersyukur untuk dunia dan orang lain
4. Jadilah seorang yang Kreatif
5. Bayangkan setiap apa yang anda inginkan dalam hidup anda.
6. Apa yang kita hendak tidak semestinya akan kita dapat. Jika kita inginkan sesuatu, bayangkan kita sedang memilikinya sekarang.
7. Gunakan orang yang anda sayangi. (Mungkin apa yang dimaksudkan disini ialah, bayangkan orang yang kita sayang dalam setiap apa yg kita mahukan)
8. Sentiasa memberi kerana dengan memberi kita akan mendapat balik. (penulis sangat bersetuju dengan perkara ini, percayalah, ianya seperti magik yang mudah!)
9. Senyum.
10. Pandanglah pada mata mereka, kerana mata merupakan pintu ke jiwa mereka.
11. Sentuhlah, kerana setiap di dunia ini merupakan tenaga dan kita saling berkaitan.Jangan berfikiran negatif, jadilah sepositif yang mungkin dengan bantuan TUHAN.

Jika anda berminat untuk melihat video asal, silakan:

04 June, 2010

Anchoring NLP- bagaimana kita boleh lakukan?

Didalam NLP ada satu kaedah yang dipanggil anchoring. Apa tu anchoring? Penulis pun tidak beberapa arif dengan maksud anchoring tersebut tetapi penulis boleh bagi sedikit gambaran supaya pembaca dapat memikirkan definisi yang terbaik untuk perkataan tersebut.

Penulis akan memberikan contoh, dahulu pernah satu kejadian berlaku kepada adik penulis. Kepalanya pernah diterkam oleh kera belaan di kampung satu ketika dahulu. Kami masih ingat lagi, kera tersebut mengangkat-angkat kening sebelum menerkam kepala adik penulis. Jadi, sekarang nie, apabila kami mengangkat-angkat kedua2 kening, kami semua akan tergelak teringat kembali kisah lama.

Jadi itu lah dia anchoring, banyak lagi contoh lain yang lebih sesuai tetapi buat masa ini, hanya itulah contoh yang boleh diberikan oleh penulis.

Mengikut suatu artikel yang pernah dibaca oleh penulis, tidak sukar untuk kita melakukan anchoring ini. Ada beberapa cara tapi penulis akan berkongsikan dengan pembaca semua menggunakan kaedah yang paling mudah.

Apabila kita ingin melakukan anchoring kepada diri sendiri. Contohnya untuk menambah keyakinan diri. Cuba anda fikirkan saat-saat dimana anda mempunyai tahap keyakinan diri yang paling tinggi, contohnya ketika anda menghadiri temuduga ataupun ketika bercakap dikhalayak ramai. Cuba amati dan ingati balik saat-saat itu sambil membuat satu pergerakan fizikal sebagai simbolik kepada saat-saat keyakinan anda itu. Contohnya, setiap kali anda inginkan keyakinan diri, anda hanya perlu mencubit pipi.

Cuba lakukan kaedah ini beberapa kali, sehingga mencubit pipi menjadi salah satu cara untuk anda menambah keyakinan diri anda.

Jadi itu sahaja yang penulis ingin kongsikan pada waktu ini. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...