11 July, 2010

Telepati-bagaimana dan apa yang menghalang

Telepati, komunikasi menggunakan minda dengan menghantar pesanan kepada seseorang. Ianya pernah berlaku didalam hidup kita tetapi untuk mengawalnya mungkin dikatakan sukar. Bukan mudah untuk menggunakan telepati kerana kita mungkin diserang perasaan ragu-ragu samaada telepati itu berjaya ataupun tidak. Disebabkan perasaan inilah, lazimnya telepati tidak menjadi.

Telepati yang berjaya bergantung pada kekuatan hati atau perasaan untuk kita menyampaikan pesanan tersebut.  Jika kita tidak yakin, tidak fokus, atau minda tidak berada dalam keadaan tenang antara penerima dan penghantar telepati maka kemungkinan mesej telepati tidak akan berjaya.

Berdasarkan apa yang penulis pernah baca dan praktikkan. Telepati akan berjaya jika:

1. Penerima berada dalam keadaan tenang; saat yang paling bagus untuk menghantar kepada penerima ialah ketika mereka sedang tidur kerana ketika itu, mereka berada dalam keadaan yang tenang dan mesej telepati mudah untuk disampaikan.

2. Penghantar telepati perlulah menggunakan kaedah visual dan mengulang2 mesej yang hendak disampaikan. Mesej yang ringkas diulang-ulang kepada penerima secara visual pasti akan sampai pada penerima. Visual itu samaada anda melihat gambar orang tersebut ataupun menggambarkan orang tersebut didalam ingatan.

Sebagai contoh: " _______ jangan lupa bertanya khabar kepadaku esok" . Tempat kosong itu merupakan nama si penerima, dan mesej itu diulang-ulang selama 1 jam sambil anda melihat gambar penerima tersebut.

Begitulah kaedah yang dilakukan untuk menghantar mesej telepati. Ianya mudah dan berkesan. InsyaAllah.

10 July, 2010

Animal Psychic - The Octopus

Tersenyum mendengar berita yang ramalan si sotong memilih spain untuk ke final dan bukannya german. Sotong yang dikatakan psychic itu digelarkan paul. Bagi yang tidak mengenali si sotong kurita itu, ini ada satu video mengenai haiwan tersebut.



Melihat video ini, teringat pada kucing saya dulu2. Dulu saya ada bela seekor kucing jantan bernama tompok. Pada suatu hari tu, ibu penulis mengambil sehelai kertas dan mengoyak-ngoyak kan kepada 10 cebisan kecil. Setiap cebisan tu dia meletakkan nombor bermula dari 0, 1 ,2 sehinggalah nombor 9.

Ibu saya memanggil tompok kesayang kami tu, untuk memilih empat cebisan kertas tersebut. Tompok pun memilih nombor-nombor tersebut dengan menjilatnya dan seterusya menggigit kertas tersebut. Setelah cukup ke empat2 kertas tu, ibu penulis pun melihat nombor-nombor yang dipilih tompok. Pembaca jangan salah faham pulak, tujuan kami pada ketika itu adalah untuk suka-suka sahaja. Malahan ketika itu penulis masih kecil lagi. Masih bersekolah rendah.

Nak dijadikan cerita, keesokkannya ibu penulis membeli surat khabar. Dan seperti kebiasaan akhbar2 ada ruangan nombor 4D (alah nombor ekor lah). Memang terkejut melihat nombor yang dipilih tompok itu mengena pada salah satu prize 4D tersebut. Hahaha. Syukurlah kami tak main nombor ekor ni.

Ibu penulis pernah pesan, 3 benda ni kalau boleh jauhkan, iaitu Judi, Arak dan rokok. Dan sampai sekarang, penulis mendengar pesan ibu penulis.

Jadi benarkah, haiwan mempunyai apa yang dikatakan kuasa 'pychic'?? Kalau haiwan ada, mengapa tidak kita? :)

08 July, 2010

Tumpang tanya encik.

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini dengan artikel-artikel terbaru. Kemungkinan saya agak sibuk kebelakangan ini ataupun mungkin saya tiada apa yang hendak dikongsikan dengan para pembaca. Hari ini saya akan bercerita mengenai intuisi. Mungkin secara ringkas dan ianya seperti biasa berkait dengan kehidupan seharian saya.

Hari ini, saya rasakan saya banyak mengalami intuisi. Sejak dari pagi tadi, ketika hendak pergi bekerja dan juga diwaktu tengah hari. Hurmmm..Kebetulan ke?

Pagi tadi, setelah sampai di tempat kerja dan sedang menunggu lif untuk naik ke tingkat 5, saya terpandang 2 orang yang saya tidak kenali (seorang  lelaki dan seorang perempuan). Seperti biasa, saya tekan butang lif untuk naik. Tiba-tiba badan saya terasa seperti suatu energi 'haba panas' yang menerpa dari arah belakang badan. Apabila merasakan energi tersebut, tanpa berfikir panjang saya terus menoleh ke belakang.

Melihat saya menoleh ke belakang, lelaki tersebut memandang saya dan terus menuju ke arah saya.
"Tumpang tanya encik, Blok D dimana ya?" dia bertanya. Lalu, saya menunjukkan arah blok berkenaan berpandukan pelan bangunan.

Sebelah tengah hari pula, saya sedang membuat persiapan untuk memaparkan imej projektor. Tetapi, kabel vga seperti ada masalah. Jadi saya dan pembantu saya turun kebawah untuk mengambil kabel vga yang lain.
Technician sedang menunggu di bilik mesyuarat. Sedang saya mencari vga kabel (yang sebenarnya tiada pun dekat situ) terlintas satu detik yang mengatakan masalah kabel vga itu sudah selesai.

Pembantu saya ketika itu sedang menuju ke keretanya untuk mengambil beg. Apabila dia sampai, dia mengatakan kabel vga tu sudah ok. Technician tadi sudah memaklumkan kepadanya melalui telefon.

Saya kata "Aku dah agak dah".

Begitulah kisah intuisi yang terjadi hari ini. Kita perlu belajar untuk mempercayai gerak hati, jangan menutup gerak hati dengan fikiran2 logikal kita. Gerak hati dahulu, baru berfikir. Mungkin dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kepekaan kita pada gerak hati. Insya Allah. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...