26 May, 2011

Amalan supaya anak tidak keluar merayau malam2...

Ini hanya cerita semata-mata...

Kisah anak ku si rempit
Mak timah ibu tunggal hidup bersama seorang anak lelakinya yang kini berusia 17 tahun. Suaminya meninggal dunia sejak anaknya itu berusia 5 tahun lagi. Mak timah sangat sayang kepada anaknya. Apa saja permintaan anaknya pasti mak timah cuba penuhi. Termasuklah untuk membeli sebiji motor EX5. Tetapi lately, mak timah risau mengenai anaknya yang suka keluar malam, selepas maghrib dan kekadang selepas isyak. Balik pula lewat malam. Mak timah risau anak kesayangannya itu melakukan perkara tidak senonoh. Ramai orang kampung memberitahu mengenai anaknya itu yang suka merempit di sekitar bandar. Mak limah hanya boleh bersedih saja. Nak dimarah, nanti tak balik rumah pula. Jadi, apakah yang mak timah boleh buat?

- Tamat -

Ada satu amalan yang boleh dilakukan oleh mak timah untuk memberi pengajaran atau keinsafan semoga anaknya itu duduk dirumah dan tidak keluar lewat malam melakukan perbuatan berfaedah.
1. Bangun pada waktu malam, jam 2-3 pagi kira cantik sangat la tuh.
2. Buat solat hajat. (Rakaat Pertama: Baca Alfatihah dan Al-Ikhlas, Rakaat kedua baca Alfatihah & Ayat Kursi)
3. Selepas salam. Baca Alfatihah (1 kali) dan Surah Al-Ikhlas (3 kali) dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad saw.
4. Kemudian baca zikir/wirid berikut pada satu jag air:

- Yaa Allah (3 kali)
- Yaa Qabidh Yaa Basit (1000 kali)

Niatkan supaya si anak tadi (sebutkan namanya) tertutup pintu hatinya untuk keluar malam dan melakukan perkara-perkara tak berfaedah.

Lepas itu, bagi anak itu minum air tersebut. Pandai-pandailah bagaimana untuk bagi mereka minum air tu. Ikut kreativiti dan kebijaksanaan masing2..



Wallahu'alam

Nota:
1. Air jag itu bersamaan dengan 21 gelas air.
2. Berikan sampai habis anak minum ke semua 21 gelas tersebut.
3. Janganlah pula beritahu kenapa anda suruh dia minum air tersebut.
4. Tak semestinya habiskan 21 gelas air tu hari itu juga.
5. Kalau dia degil smackdown ja anak tersebut.

24 May, 2011

Al-kisah: Dilema pesakit Skizofrenia.

Dekat ofis den ada seorang perempuan berusia lingkungan 30-an. Dia ada sejenis penyakit stress yang agak kronik juga. Penyakit tersebut digelar skizofrenia.(rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia)

Pada awal den masuk keje sini dulu, ramai gak yang sound den suruh hati-hati ngan dia sebabkan penyakit dia tu. Tetapi cara mereka memberi amaran tu agak keterlaluan bagi den sebab lebih kepada memburuk-burukkan. Yelah, si pesakit tu pun tak minta dia jadi cmtu. Itu semua ketentuan Illahi. Samalah juga kalau orang tu lahir cacat tiada anggota tangan dsb. Jadi den hanya sekadar mendengar nasihat mereka sahaja, tetapi jauh sekali den nak mengasingkan pergaulan den dgn orang-orang camtu. Bagi den, semua manusia ni perlu sama rata layanannya.

Apa yang den nak citer dekat sini ialah pengalaman den memerhatikan orang yang sakit sedemikian dan apa pandangan/pendapat/pemerhatian sebenar den pada waktu ketika itu.

Sihir.
Pada waktu den baru kenal dengan dia, kemudia den rapat dengan dia. Dia ada menceritakan pengalamannya yang berstatus ibu tunggal. Kisah yang agak sedih kerana suami dirampas orang. Dahulu dia ada mengatakan bahawa setiap kali maghrib, perutnya bagaikan ditusuk2 dengan jarum. Sehinggalah dia berubat dengan pakciknya. Dari situlah den tahu dia pernah terkena gangguan sihir.

Nampak Benda Halus.
Dia juga ada menceritakan pada den bahawa matanya telah dibuka hijabnya. Dan dia boleh nampak benda-benda halus. Den dah perbetulkan dan menafikan bahawa perkara tersebut tidak betul. Kerana kemungkinan dia hanya ada gangguan sahaja. Gangguan jin-jin dsb. Apatah lagi dia mempunyai penyakit skizofrenia yang boleh mengalami delusi bila-bila masa. Jadi, bukanlah terbuka hijabnya seperti dia cakapkan tu.

Mudah perasan
Apa yang den perhatikan, dia ini mudah perasan. Apatah lagi kalau seorang lelaki cuba berbaik-baik dengannya. Mujurlah den dah perkenalkan dia pada GF den dan menjaga kelakuan den untuk mengelakkan dia tersangkut kat den. Al-maklumlah, ramai pempuan akan mudah sangkut dengan den disebabkan sifat-sifat den yang caring ini. Hehehe...dan ini adalah fakta yer..  :) Blueekkk...

Pernah satu ketika, ada seorang lelaki yang bekerja di satu ofis yang sama mendekati dia dan selalu menegur cara dia berpakaian dan memujinya kelihatan cantik. Bagi den, pujian lelaki tu tidak ada maksud lain yang tersirat, sekadar pujian sahaja. Tetapi ianya telah disalah faham oleh perempuan tersebut dan menyangka bahawa lelaki tersebut telahpun menyukainya. Aduhai.

Tetapi tidak dinafikan bahawa ramai lelaki cuba melakukan gangguan seksual kepada dia disebabkan statusnya itu. Al-maklumlah. Dan ini termasuklah lelaki bujang. Nampak sangat kan? Bujang mencari janda..anda rasa sebab apa? (Cuba fikir negatif sekejap..kekeke)

Cubaan bunuh diri
Disebabkan fikiran dia yang kecelaruan, orang seumpama mereka ini mudah untuk melakukan cubaan bunuh diri. Dah berapa kali den dengar, dia cakap nak terjun bangunan. Tetapi den dengan selamba cakap kat dia:

"Nak buat apa terjun bangunan kak?"
"Senang, tak payah nak fikir2..."
dia jawab.
"Kalau ditakdirkan mati, kalau akak hidup?? Tak ke lagi susah kalau dah terlantar?"

Dia terdiam...

"Akak nak masuk syurga ke neraka?, tahu tak kalau bunuh diri masuk neraka? Kalau dah masuk neraka macam mana nak jumpa ayah akak?" aku saiko akak tu.

Dia dah mula nangis..teringatkan arwah ayah dia yang banyak berjasa. Tetapi dia tak sempat memohon maaf disebabkan kesilapan dia semasa arwah masih hidup. Nampak sungguh wajah kekesalan dimukanya. Aku macam biasa, membiarkan dia dengan emosinya. Nangislah kau puas2..den tak kisah.

Selepas tu mulalah dia cerita kisah silam dia dengan arwah dan kisah hidup mereka yang miskin dan susah. Den cam biasa..Dengar aje lah.

-- bersambung ....

Mengamuk
Pernah terjadi satu petang di ofis, dia mengamuk di ofis. Tak tahu apa silapnya. Masa tu den ada mesyuarat. Balik mesyuarat je, budak2 nie kecoh yang dia mengamuk. Habis semua orang dia maki. Bos dia pun dengan selamba dia campak surat minta cuti.Nasib baik lah den tak do masa tu. Kalau tidak, mau dia den sebat ngan rotan. Kalau tak pun mau dia kena tempeleng ngn den.


Tapi den memang dah perhatikan dah, dia nie lain macam aje sejak minggu lepas. Tak sangka lak dia mengamuk petang ni. Memang troublesome. Sangat menyusahkan staf2 macam nie.


Antara faktor persekitaran dan kehidupan.
Antara faktor persekitaran dan kehidupan yang menyebabkan dia nie terganggu emosinya mengikut pandangan den ialah:
1. Dia mempunyai latar belakang keluarga susah. Kesusahan yang dia alami menyebabkan dia mengalami tekanan.
2. Persekitaran di pejabat yang dingin. Di ofis den, memang den perhatikan orang melayan dia macam acuh tak acuh. Mungkin sebab takut atau mungkin sebab benci. Disebabkan layanan yang sebegitu, dia pasti dapat merasakannya. Manakan tidak!. Anda pun pasti akan terasa kalau duduk di persekitaran sebegini.
3. Kesunyian. Yelah, 5 tahun bergelar janda dengan seorang tanggungan. Dengan keadaan macam tu, x dinafikan yang dia tu kesunyian.
4. Terlalu berfikir yang bukan2.. Dia nie jenis yang suka berfikiran negatif walaupun sering dinasihatkan untuk berfikir secara positif tetapi semua tu hampa belaka.

Perkara yang menyedihkan
Den sedih sangat melihat bagaimana sikap orang kita (orang melayu) bila berhadapan dengan orang macam ini. Dah tau si dia tu berpenyakit seperti ini tetapi masih lagi mahu memburuk-burukkan keadaan. Masih suka mengata sana sini. Dia itu gila lah. Bukan itu sahaja tetapi menabur/menjaja cerita-cerita yang bukan2. Lebih baik gila daripada mengumpat sana-sini. Sedih beno den tengok perangai dorang ni. Mudahan2 dosa mengumpat /mengata / dsb diampunkan!

Sekian.

Dan akhirnya dia telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Al-Fatihah.

23 May, 2011

Samsung Galaxy S den dah sampai!!

Akhirnya, samsung galaxy S den dah pun sampai!.. Henpon nie beli kat JB. Kalau kat negeri sembilan ada, tapi den lebih prefer beli kat JB. Hehehe.

Sebenarnya, den tengah dok usha2 samsung galaxy S II. Try reiki2...tgk harga dia mahal lak ai. 2 ribu lebih. Tu yang xjadi tu.

Den tanya pendapat oang umah den. Dia ckp, cuba lah pakai Samsung Galaxy S dulu, kalau suka, belilah yang S II plak pastu yg tu bagi kat dia. Hihi. Den pun setujulah. Sbb ada benar gak kata dia tue.

Henset ni den beli kat JB, siap install macam2 apps termasuklah papago. GPS nie merupakan salah satu sebab kenapa den nak pakai hset cenggini. Kalau tidak, xdapek la nk merasa...tu pun orang umah sponsor skit..time kasih orang umah. Jasa mu dikenang..Love u..ngeh3..

First2, masa pakai, ada beberapa masalah yang dikenalpasti...antaranya ialah kadar jangka hayat baterinya yang agak singkat. Sampai satu tahap tu, asyik terpadam je henpon nie.

Apa lagi, den pun hangin la!... kalau ikot kan hati, nak je den hempas2.. (xpe..ada warranty 1 tahun maaa).

Perkara yang tak best
Den xpuas hati, den bukak casing tu, den urut2 skit bateri nya. Pastu masukkan balik. Lepas start tu, den buang semua background services yang running.
** Untuk pengetahuan korang, den guna apps yang namanya Android Optimizer.



Korang pi kat Power Saving pastu godek2 laa pape yang patut.
Buang je mane2 servis yang tak pakai.

Pastu jangan lupa disable kan Data Network Mode. Sesetengah apps akan wat connection ke Internet secara diam2 yang boleh menyebabkan kredit hilang senyap2 je.. Taw2 kredit yilekk..

Nasib baik lah den xpakai line. Den pakai topup. Kalau tak..habis la. Sbb den dah perasan benda tu..Jadi den pun disablekan Data Network Mode tue. Kalau boleh, biar internet connection tu guna wifi jer. Barulah kredit anda selamat. :)

Perkara yang best
Walaupun den baru je guna samsung nie, tapi den dah mula minat pada hset2 android nie. Sbb den dah nampak banyak kelebihan pada OS (Froyo) tersebut. Dan ditambah lagi, Samsung Galaxy S nie pun not bad. Tapi xdelah secanggih Samsung Galaxy SII yang telah diupgrade dari segi processornya, dan juga beberapa hardware lain selain ia menggunakan Gingerbread sebagai OSnya.

1. Banyak apps yang korang ley download, dan ianya Free.
2. Samsung punya OS tu, kita boleh upgrade kepada Gingerbread, tapi nak kena mahir. Ianya melibatkan beberapa proses seperti rooting dan sebagainya. Buat masa ni, den pakai je dulu froyo. Sok lusa baru lah den tukar.
3. Disebabkan den berhijrah dari hset lama ke hset baru, maka secara tak langsung contact number pun kenalah kita pindahkan. Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti :
  • Import from SIM card - Kaedah ni den tak galakkan sangat sebab kalau contact ramai ianya x boleh nak disimpan dalam SIM.
  • Guna Samsung Kies. - Kaedah ni den lagi suka. Tapi korang kena ada komputer, dan data cable serta internet. Samsung Kies nie kena download dulu. Better korang download yang latest version. Lepas install Samsung Kies nie, jangan lupa tick pada option untuk run apps nie jika hset samsung korang di connect ke USB. 
Cara Update Contact
Pertama sekali, korang kena transfer semua contact dalam phone lama ke dalam PC. Bagaimana caranya? Korang kena ada bluetooth.

Lepas dah abis, transfer ke PC. Korang install Samsung Kies. Pastu buat macam apa yang aku cakap kat atas tadi. Selepas samsung kies detect henpon korang, barulah korang pi kat menu contact information dan upload contact dari PC ke Phone. Cara ni lagi berkesan dan mudah.

Power Bank
Lagi satu, pesanan den, kalau korang pakai android phone nie apatah lagi yang menggunakan teknologi Touch Screen, dinasihatkan agar korang beli lah power bank. Power bank sejenis rechargable bateri yang mempunyai input dan ouput port. Input port tu digunakan untuk charging. Manakala output port tu digunakan untuk charge henpon korang. Jadi kalau henpon nak dekat kong, korang charge la guna Power Bank ni.

- Dah lama den tak cito pasal teknologi nie....hehe..sekali skala xpe laa yer.

15 May, 2011

Mengelakkan daripada Khadam Ayat..

Ini adalah cerita rekaan semata:

Seorang pengamal ilmu persilatan, telah tamat perguruan silatnya. Dia merupakan antara murid yang terawal menamatkan ilmu persilatan tersebut.

Di akhir persilatan tersebut, Guru silat tersebut membuat beberapa upacara kepada murid-muridnya yang telah tamat pembelajaran silat. Mereka mandi minyak, dan juga dibekalkan dengan zikir tertentu.

Antara zikir yang dibekalkan guru tersebut kepadanya ialah zikir Al-Ikhlas. Gurunya menyuruh dia mengamalkan 10,000 kali untuk menjadi kuat dan gagah. Tanpa merasa ragu, dia pun mengamalkan segala ilmu yang diperturunkan kepadanya oleh guru silat tersebut.

Kini, setelah 10 tahun berlalu, dia merasakan seperti ada gangguan pada dirinya. Dan dia telah menemui perawat. Perawat itu mengatakan di badannya mempunyai Jin. Akhirnya dia, tersedar bahawa amalan zikir Al-Ikhlas yang diamalkannya itu mengundang jin. Dia telah membuang segala Amalannya dan mengaku bahawa dia tidak mahu akan bantuan jin tersebut tetapi hanya berharap kepada Allah semata-mata.

- Tamat-

Tanpa kita sedari, amalan yang kita lakukan mengundang kedatangan jin. Walaupun amalan tersebut merupakan zikir ayat-ayat suci Al-Quran tetapi siapa sangka yang ianya mengundang khadam!?.

Jadi, disini ada perawat yang menasihatkan agar, sebelum memulakan apa-apa zikir eloklah kita membaca:
1. Al-fatihah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Istighfar
4. Mengucap 2 kalimah syahadah.
5. Membaca taawuz.

Barulah kita memulakan zikir tersebut...

Wallahu'alam..

Siapa Gerangan si Penyihir..

Ini hanyalah sebuah cerita semata-mata:

Seorang makcik dulunya sihat wal-afiat. Tetapi kebelakangan ini dia menghadapi masalah, perasaannya sering terganggu..dia sukar untuk tidur..Adakalanya dia ternampak benda2 halus. Ini membuatkan makcik tersebut menghadapi simtom-simtom stress. Matanya lebam sebab tak cukup tidur..

Dia terfikir, apalah dosanya yang menyebabkan semua perkara ini berlaku kepadanya. Dan seringkali juga dia terfikir samaada dia telah menyakiti hati orang lain.

Setiap maghrib, makcik tersebut merasakan di Ari-arinya (dibawah pusat) berasa sakit bagaikan ditusuk2 dengan jarum..Sakitnya Tuhan saja yang tahu....

Begitulah malangnya nasib makcik tersebut. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang ustaz..lalu ustaz tersebut memberikannya satu Ayat..kerana simtom yang ada padanya hampir menyerupai perbuatan sihir ke atas makcik tersebut..Bukan itu sahaja.ustaz tersebut juga mengajar makcik itu ilmu pendinding untuk mengelakkan dari gangguan berlaku lagi..


Setiap malam sebelum tidur, makcik tersebut membaca ayat yang diberikan oleh ustaz tersebut berulang kali sehinggalah dia terlelap. Dan dengan izin Allah, malam itu dia bermimpi...

Mimpi mengenai sahabat baiknya...yang telah melakukan perbuatan yang dilaknat itu..Itulah Ilham yang diberikan Tuhan kepada makcik tersebut..

-Tamat-


Amalannya:

Jadi apakah amalan atau ayat yang diberikan oleh ustaz tersebut? Yang boleh kita amalkan untuk mengetahui siapakah gerangan penyihir..Ayat tersebut ialah ayat 65 dari Surah Yaasin.

Maksudnya: Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

Wallahualam.

Nota: Ayat ini juga boleh digunakan untuk scanning jin.

14 May, 2011

Bahana Buang Air Merata

Ada suatu kisah yang berlaku oleh seorang pakcik yang tinggal di Batu Pahat..

Dia ni gemar sangat buang air merata..di belakang rumah. Boleh dikatakan kerap juga dia membuang air disitu.
Tetapi dia tidak mengetahui bahawa tempat itu merupakan perkampungan bagi Jin-jin.

Akibat daripada perbuatannya itu, jin-jin tersebut marah lalu membalas dendam kepada pakcik tersebut. Mereka (Jin) berkampung di mata pakcik tersebut dan ini membuatkan pakcik tersebut kabur matanya.

Seorang perawat telah mengubati penyakit mata pakcik tersebut dan menghantar Jin-jin itu ke pusat pemulihan.

Amalan Masyarakat Melayu
Berani saya katakan yang kebanyakkan orang melayu, kalau hendak buang air kecil di tepi semak atau dimana-mana akan menyebut seperti ini:

"Atuk Nenek, anak cucu tumpang....."

Kalau didengar dek jin-jin yang ada di tempat tersebut maka naik tocanglah mereka. Bukankah kita telah dibekalkan dengan Doa daripada Nabi kita..

Doa meminta perlindungan dari Allah, yang memang sepatutnya kita minta dan bukanlah dari makhluk yang bernama Jin.

Wallahualam.

09 May, 2011

Amalan Mengelak dari Saka.

Saka...banyak orang melayu terutamanya yang terkena gangguan saka nie..kenapa dikatakan gangguan sebab ia adalah diturunkan daripada nenek/moyang ke pada kita sedangkan kita tak mahu akan saka tersebut.

Dulu mebi, nenek moyang kita membuat perjanjian dengan jin dan perjanjian inilah yang menjurus kepada wujudnya saka ini.Apabila satu perjanjian telah dilakukan dengan jin laknatulah ini, lazimnya perjanjian ini ada tempoh hayatnya..contohnya 7 keturunan.

Disebabkan itulah, kalau kita nak kahwin, pilihlah dari keturunan yang elok2..nabi dah pesan..jangan wat2 lupa ataupun tak taw. Kalau kita tak tahu keturunan kita ada saka, nak wat camno plak ya? Susah jugak tue..bukannya kita taw kan?

Tak apa, insAllah dengan amalan ayat surah al-Isra' ayat 82 ini saka tidak akan mendampingi kita malah ia lari daripada kita. Adapun ayat (17:82) itu seperti berikut:



Maksudnya:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Nak baca yang mana? Baca dan amalkan sentiasa ayat yang den gariskan tue. Sentiasalah basahkan lidah anda dengan bacaan ini. Mudah-mudahan Allah melindungi kita daripada gangguan saka ini. Tak do pekdah pun saka ni.

Wallahualam.

08 May, 2011

Amalan mengelak dari pukau samun rumah..

Sebelum den bukak mukadimah, izinkan den gelak dulu..sebab den konfius untuk letak tajuk bagi ilmu yang den nak kongsikan bersama ini...

Apapun yang den nak maksudkan disini ialah, amalan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada pukau yang sering dilakukan oleh perampok perompak ketika mereka hendak menyamun rumah. Beselah, ko ingat, penyamun tak da main ilmu batin ka?? hahaha..dorang pun ada gak main benda2 camnie..


Time nak dekat2 raya ha..selalulah kita dengar pasal penyamun-penyamun ini. Kalau dapat tangkap penyamun tu.. Kita bako aje. Pastu baru bagi kat polis...

Adapun yang dikatakan pukau yang diamalkan oleh penyamun ini ialah ketika dia sedang memasuki rumah, walaupun ahli isi rumah semuanya ada. Tetapi semuanya tertidur lena dan tak sedarkan akan kejadian tersebut. Semua ini pun berlaku atas Izin Allah gak..kena ingat tuh..

Itupun ada orang..kalau tak de orang..masa musim raya? Semua balik kampung camne?? Hah..kat situ lah den nak kongsikan satu amalan nie. Harap2 harta benda/ rumah kita dipelihara oleh Allah swt daripada perkara-perkara macam tu.

Amalannya:
1. Sediakan sebesen/sebaldi air..
2. Letakkan di tengah rumah (lazimnya di ruang tamu)
3. Bacakan Alfatihah dan Surah Yassin.

Pastu masa nak balik kampung tu, jangan lupa :
1. Beritahu jiran/JKKK/polis yang anda hendak balik kampung.
2. Bertawakal kepada Allah.

Semoga tips/amalan ringan ini bermanfaat untuk semua. Wallahualam.

06 May, 2011

Amalan ketika si ibu sedang melahirkan anak..

Khusus untuk para bapak-bapak/bakal bapak yang menenami sang isteri ketika dia sedang melahirkan anak...
Ada satu amalan / pendinding yang boleh digunakan untuk mengelakkan si isteri tumpah darah..

Darah...yang mengalir keluar ketika si ibu bersalin...nifas..darah kegemaran hantu/setan. Belaan si bidan yang ada mengamalkan ilmu hitam. Emmm delicious...enak sehingga menjilat lagi lagi dan lagi..

Hantu apakah? Penanggal mengikut cerita-cerita orang dulu. Karut? Wallahualam..tapi harus di ingatkan..mata yang ada pada kita..melihat perkara zahir sahaja. Mata kasar...



Kita sebagai manusia yang kerdil, wajib lah meminta apa pun pertolongan kepada ALLAH SWT. Semoga isteri yang sedang bertarung nyawa tadi selamat melahirkan darah/daging keturunan kita. Beruntunglah manusia khususnya orang Islam yang telah pun dibekalkan dengan ayat-ayat Quran.




Adapun amalannya ialah senang sahaja..tidak susah..dan diamalkan sewaktu tiba pada bilik bersalin..Bacalah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi (7 kali), dan 3 Qul (3kali).


Wallahualam...

04 May, 2011

Ayat Kursi - Pagar di musim pukau..

Hari ini, bertambah lagi satu ilmu dalam dado den. Hehehe.

Adapun den dapat merungkai satu lagi amalan yang banyak manfaatnya dan amat baik dan bagusnya untuk dijadikan benteng diri/pendinding diri. Dan di khususkan amalan ini ada khasiatnya untuk menghindari PUKAU.

Khasiat lain sudah tentulah ada...sama-sama kita mengamalkannya kerana ia bukan lah satu amalan yang berat2 belaka..

Adapun jika satu musim kedengaran pukau disana sini..bermaharajalela pukau itu disebar2 oleh media masa ataupun kedengaran dek telinga dari percakapan2 orang. Maka wajarlah kita bersiap sedia..

AMALANNYA:
- amalkanlah ia sebelum keluar dari rumah...iaitu dengan membaca ayat kursi dan menghentakkan kaki kanan sewaktu keluar rumah.


bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...