31 July, 2011

Gingerbread untuk Samsung Galaxy SL GTi9003


Alahai, roti halia untuk SGSL dah keluar dan ramai tengah test roti halia tersebut. Nanti den update kemudian..


Apa yang den maksudkan ialah Gingerbread XXKPE. Den tengah usha je dulu benda ni, nak make sure dah stabil betul baru den nak flash. Kalau korang ada info ataupun dah flash boleh la cito kat den.

Den pun bukan slalu ada masa nak baco2 pasal nie. Hehehe.

**
Psst, den masih belum puas pakai xxkb3 sebenarnya. Xkesahlah ianya froyo dan bukan gingerbread. Hihi

 -----------------------------------------

Game Android apa yang korang main?

Salam.

Semenjak dua menjak ni, asyik post pasal android je. Hehe :). Maklumlah kehangatan android masih lagi terasa. Bagi sesiapa yang dah pakai hanset android mesti korang semua ada favourite game masing-masing kan? Masa awal2 pakai SGSL ni ofcourse la game kegemaran ialah Angry Bird. Lol..

Dekat sini den nak kongsikan apa fav game yang den install pastu den suke..Bukan setakat tu je. Den bagi level kesukaan den terhadap game tu juga. Setiap orang mesti ada game kesukaan masing2. Terpulanglah.

Semua game yang den install ni hanya berbekalkan memory card sebesar 8GB sahaja. Kalau korang rasa nak derma kat den 32GB memang den alu-alukan dan den ucapkan ribuan terima kasih!!. :)

Game yang den install dalam GT-i9003

1. Need For Speed Shift
[Tahap kesukaan]: 65%
 
Bagi peminat-peminat game lumba kereta, den rasa korang mesti kena install game NFS ni. Game ni merupakan game yang terawal bermastautin dalam SGSL den. Hehehe. Tapi lepas den main beberapa kali den rasa bosan pulak. Maklumlah, den tak dop darah racer. :p


2. Pro Evolution Soccer 2011
[Tahap kesukaan]: 85%

Bagi peminat sukan bola sepak. Korang tentu suka game ni. Den pun suka game ni. Tapi den xdop lah minat sangat dengan bola sepak. Tp kalau team Malaysia vs Singapura tu den kompem lah tgk, ini disebabkan oleh semangat nasionalisme den yang agak tinggi. kekeke.


So far, game ni merupakan game fav den. Game bola ni, xdelah membosankan macam NFS. Kalau main game bola ni, member kat belakang yang tgk den main siap menjerit GOAL! lagi...huhu..


 
3. Assassin Creed.
[Tahap kesukaan]: 45%

Game ni buatkan den pening kepala, dah la susah nak lepas halangan2 tueh..so den bagi 45%. Mula-mula seronok main sbb dapat bunuh2 orang, ada lompat2 cam stuntman. Akhirnya..den bosan.


4. Worm
[Tahap kesukaan]: 35% 

Korang pernah tengok cacing berperang? Kalau belum korang kena main game nie. Haha. Aku minat game ni, tetapi disebabkan graphic dia terlalu kecil, susah nak nampak. Jadi aku bagi 35%.



5. Fruit Ninja
[Tahap kesukaan]: 75%

Game potong-potong buah. Simple tapi agak menarik jugak sbb graphic dia cantik dan menyelerakan. I like fruit okay..

 

6. Dungeon Hunter
[Tahap kesukaan]: 80%

Game ni agak best..3 hari aku main game ni sampai habis.


7. Gun Bros
[Tahap kesukaan]: 80% 

Kalau korang start dari awal main game ni, memang syok sbb dapat upgrade weapon dsb. Tapi aku dah main separuh jalan lepas tu buat flash firmware jadi data game aku lupa nak backup dan terpaksa start dari awal. Huh. Nasiblah.




8. Big Sport Fishing
Tahap kesukaan]: 70%  

Hah game memancing ikan ni memang syok gak laa kalau main. Pernah sekali den main dekat kedai mamak, orang sekeliling asyik pandang2 aje..Mesti dia ingat den dah senget. Kalau korang nak taw kenapa senget..korang cubalah dulu game ni. Haha. Game ni amat sesuai pada masa anda bosan2 nak tunggu order / tapau kat kedai makan..


 --------------------------------------------------
Apa game yang korang main? kalau ada kongsilah ngn den..jangan lupa bagi installer + data sekali. Hehehe

17 July, 2011

Menyelesaikan masalah bateri dan GPS Samsung Galaxy SL

Bagi yang menghadapi masalah bateri khususnya bagi phone Samsung Galaxy SL, disini saya hendak kongsikan beberapa tips yang anda boleh lakukan. (mengikut pengalaman saya juga)

Perkara sebegini pernah berlaku, dan antara simptom2 yang dialami kalau bateri bermasalah ialah:

1. Bateri cepat habis dan tidak boleh bertahan lama. Dulu masa baru2 beli, saya terpaksa membeli power bank (sejenis external charger) sebab masalah drainage. Bayangkan bateri dari 100% boleh berkurangan ke 60% dengan menggunakannya selama 10-15 minit. Tentu anda sakit hati bukan?

2. Phone terasa panas. Ini pun ada kaitan juga dengan masalah bateri.

Dan ingin juga dikongsikan bahawa saya pernah ke samsung service centre di seremban yang terletak di Taman Melon. Mereka cakap perkara itu adalah common. Apa yang menyakitkan hati ialah:
1. Samsung Service Centre itu mengatakan bahawa warranty tidak termasuk bateri. Ini bermakna jika memang sah bateri bermasalah maka kita perlu membeli bateri baru. Tetapi jika tidak, mereka akan menggantikan komponen yang bermasalah.

2. Bagi tujuan pemeriksaan, service centre tersebut akan mengambil phone anda untuk beberapa hari. Ini bertujuan untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan yang phone tersebut memang betul2 bermasalah. Maka, mereka akan melakukan factory reset dan ini akan menyebabkan segala aplikasi yang anda install akan hilang. Termasuk juga sms, contact number, bla bla bla.

Disebabkan sakit hati dengan jawapan service centre tu, maka saya pun mencari penyelesaian sendiri. Berikut merupakan antara faktor dan penyelesaian:

1. Terlalu banyak service / aplikasi yang sedang berjalan. Antara contoh aplikasi yang perlu anda buang/ unistall ialah aplikasi yang melibatkan power monitoring, scheduling, chatting. sync. Contoh aplikasi yang saya UNINSTALL ialah seperti Azan, dan YM. Begitu juga dengan aplikasi Battery Indicator, dan Battery Booster. Semua tu saya UNINSTALL!.

2. Install hanya satu Optimizer sahaja, dan jangan install lebih daripada satu. Ini kerana optimizer sebegini memerlukan resources (CPU, RAM) dan bertindak di belakang (background services). Jadi, apabila anda menggunakan tools2 seperti ini sudah tentu sedikit-sebanyak akan menjejaskan penggunaan bateri anda. Buat masa ini tools yang menjadi pilihan saya ialah Android Booster. Ini kerana, dengan android booster ini, anda boleh mematikan aplikasi/proses yang sedang berjalan. (Ini dapat mengurangkan kadar penggunaan bateri). Dahulu saya menggunakan Android Optimizer (tetapi selalu force close).

3. Set Brightness. Ini merupakan salah satu tips yang paling mudah. Saya menggunakan brightness yang rendah bagi memastikan bateri tahan lebih lama.

4. Matikan wifi, bluetooth jika tidak digunakan. Cara paling mudah ialah menggunakan Android Booster.

5. Upgrade firmware. Jika anda berani menanggung risiko atau mempunyai kemahiran untuk upgrade firmware anda, maka ini merupakan salah satu perkara yang saya sangat syorkan. Saya telah melakukan upgrade ini dan nampaknya, masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara ini. Rujuk artikel ini untuk mengetahui cara-cara upgrade firmware bagi SGSL.

Masalah GPS? 

Kalau untuk stock ROM sgsl iaitu FROYO.DXKB2, memang kompem ramai yang bising pasal masalah GPS yang lambat. Tapi senang aje kalau korang hendak mempercepatkan semula masalah GPS tueh. Den punya den buek 6 seconds ja untuk dapatkan signal GPS sekarang nie :).. Nape? xcaya?

Macam biasalah den yang sangat berbudi dan suka berkongsi ni akan menurunkan tips2 untuk GPS korang berfungsi dengan lebih baik. Jangan lupa cakap terima kasih yer? hihihi.

Den bagi 2 pilihan kat korang...kalau pilihan satu tak buleh, maka korang kena buat pilihan no 2. Tapi kalau dah pilihan no 2 korang buek pun xbuleh-buleh juga maka korang kena combine pilihan no 1 dan juga 2. Pehe dok? Xpe, dont confused your self okay..baca nie.

Pilihan Nombor 1
1. Poie dekat menu -> phone, taip *#*#3214789650#*#* untuk ke LbsTestMode
2. Pilih Application Settings, dan setkan seperti berikut:

[Operation Mode] : MS Assisted (Nilai asal ialah Standalone)
[Start Mode] : Hot Start
[Accuracy] : 100
[Time out(s)] : 120

3. Tekan back untuk ke menu utama.
4. Pilih menu -> SUPL/CP Settings dan setkan seperti berikut:

[Server] : supl.google.com
[Server Port] : 7276
[SUPL Secure Socket] : OFF
[AGPS Mode] :  SUPL

5. Reboot SGSL korang, dan taip *#*#3214789650#*#*, dan pilih Get Position Test. Cuba tengok berapa saat masa yang diambil untuk lock signal. Den punyo 6 seconds ja.

Pilihan Nombor 2

1. Pilihan nombor 2 ni boleh menyelesaikan masalah bateri dan juga GPS korang. Apa yang korang perlu buat ialah upgrade firmware ke xxkb3. Korang boleh rujuk artikel ini.

Pilihan Tambahan (Terima kasih Pinky Angel).
Anda boleh copy and paste code dibawah dan save sebagai gps.conf. Pastikan fail asal gps.conf yang berada dalam folder system/etc dibackup terlebih dahulu. Tapi saya belum mencuba lagi kaedah ini. Kejap lagi lah kot. Dah nak dekat berbuka puasa. Kita makan dulu!!

Okay den dah cuba..tapi lambat pula dia nak lock signal. Mungkin cuaca xberapa baik. Walau apa pun, siapa2 yang dah cuba tu boleh la btaw den, sama ada betul2 menjadi tak kaedah ni. Den terus revert to original gps.conf.

  
NTP_SERVER=asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=0.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=1.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=2.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=3.asia.pool.ntp.org
XTRA_SERVER_1=http://xtra1.gpsonextra.net/xtra.bin
XTRA_SERVER_2=http://xtra2.gpsonextra.net/xtra.bin
XTRA_SERVER_3=http://xtra3.gpsonextra.net/xtra.bin

# DEBUG LEVELS: 0 - none, 1 - Error, 2 - Warning, 3 - Info
# 4 - Debug, 5 - Verbose
DEBUG_LEVEL = 5

# Intermediate position report, 1=enable, 0=disable
INTERMEDIATE_POS=1

# Accuracy threshold for intermediate positions
# less accurate positions are ignored, 0 for passing all positions
ACCURACY_THRES=0

################################
##### AGPS server settings #####
################################

# FOR SUPL SUPPORT, set the following
# SUPL_HOST=supl.host.com or IP
# SUPL_PORT=1234
SUPL_HOST=supl.google.com
SUPL_PORT=7276

# FOR C2K PDE SUPPORT, set the following
# C2K_HOST=c2k.pde.com or IP
# C2K_PORT=1234

#################################
##### 	EXTRA SETTINGS		#####
#################################

# Wiper (wifi positioning), 1=enable, 0=disable
ENABLE_WIPER=1

#################################
##### AGPS Carrier settings #####
#################################
CURRENT_CARRIER=common
DEFAULT_AGPS_ENABLE=TRUE
DEFAULT_SSL_ENABLE=FALSE

# TRUE for "User Plane", FALSE for "Control Plane"
DEFAULT_USER_PLANE=TRUE

#########################################
##### GPS QUICKEST FIX V1.3 By RJLM #####
######################################### 


Pilihan Nombor 3

Orait, dah semakin serabut post den, tapi den nak kongsikan juga! Den nak post kat sini bagi memudahkan sesiapa yang datang bertandang ke blog den nie. Untuk menyelesaikan masalah GPS bagi SGSL, cuba kalian semua upgrade ke XXKPH. Yup itu aje. Cara nak upgrade firmware den ada beritahu di blog ini. rajin2 lah buat search.


Sekian.


10 July, 2011

Cara update firmware Samsung Galaxy SL

Amaran: Jika anda mencuba tutorial ini, risiko anda perlu tanggung sendiri. Penulis sekadar ingin berkongsi maklumat dan pengalaman penulis.

Level: Easy, Medium, Hard.
Risiko: Low, Medium, High

----------------------------------

Hari ini, den berjaya upgrade firmware den dari FROYO.DXKB2 kepada FROYO.XXKB3. Disebabkan itu den ingin berkongsi pengalaman den dan sedikit tips untuk mereka yang ingin mencuba. Tetapi ingat! Amaran sudah diberikan. :)

Tujuan den update ke KB3 ni kerana salah satu masalah yang terdapat pada SGSL ialah masalah GPS. Mesti anda perasan yang GPS anda lambat untuk mendapatkan signal satelit. Selain itu, bateri anda juga cepat drain. Disebabkan den baru sahaja upgrade ke XXKB3 ini, maka tidak banyak perubahan yang den lihat. Apa-apa masalah ataupun kebaikannya akan den update di blog ini kemudian. 

Bagi mereka yang ingin mencuba untuk update firmware. Berikut den beritahu satu per satu, apa yang anda perlu buat. InsyaAllah anda pun boleh upgrade ke kb3 juga :)

Pastikan! ..
1. Backup semua fail, contact, calendar, gambar dll. Bagi contact dan calendar, anda boleh menggunakan samsung kies.
2. SGSL anda sudah di root. Lihat cara-cara nak root SGSL.
3. Kalau anda sudah swap internal_sd kepada external_sd. Maka unswap semula.
4. Remove sim card dan memory card anda sebelum memulakan proses flash firmware.

Perkara 2 dan 3 adalah optional.

Jika langkah-langkah di atas sudah diambil maka anda boleh lah download semua fail/ aplikasi yang diperlukan untuk proses Flash Firmware. Berikut yang perlu dimuat turun.

1. Odin.
2. latona_20110114.pit.
Bagi perkara 1 dan 2 anda boleh rujuk di http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1004622. Ada download link disitu. Klik dan download fail-fail tersebut.

3. Fail-fail firmware XXKB3 boleh dimuat turun di sini http://hotfile.com/dl/109632538/8b50540/I9003XXKB3.rar.html  
Klik dan download fail-fail tersebut. Didalam fail rar ini terdapat 3 fail yang diperlukan semasa proses upgrade firmware nanti. Extract fail rar tersebut di PC anda.

4.Jika anda telah selesai memuat turun semua aplikasi dan fail yang diperlukan. Mari kita mulakan proses update firmware.

Langkah-langkah

1.Pilih kotak Re-Partition,  Auto Reboot dan F.Reset Time. Klik pada butang PIT dan pilih fail latona_20110114.pit.

2. Offkan SGSL anda dan kemudia ON kan ke Download Mode [tekan button Home + Volume Down + Power]. Selepas itu, connect SGSL anda ke PC menggunakan kabel USB. Tunggu sehingga Odin dapat detect SGSL anda. (Kotak kuning akan kelihatan di ID:COM)


3. Tekan butang Start, dan tunggu sehingga kotak Hijau PASS!! muncul. Ini bermakna anda sudah berjaya memuat turun fail latona tadi ke SGSL anda. 


4. Keluarkan bateri anda dan pasangkan semula. Di Odin, tekan butang Reset dan selepas itu pastikan anda hanya pilih kekotak Auto Reboot, F.Reset Time, PDA, PHONE, dan juga CSC.

5. Kemudian, tekan butang PDA dan pilih fail I9003XXKB3-REV08-PDA-low-CL925667.tar.md5,
Tekan butang PHONE dan pilih fail MODEM_I9003XXKB3_REV_00_CL928844.tar.md5 dan tekan butang CSC dan pilih fail GT-I9003-CSC-SERKB3.tar.md5. Pastikan kekotak disebelah sudah dipilih.

6. ON kan SGSL anda ke Download Mode semula. Sambungkan ke PC menggunakan kabel USB. Tunggu sehingga Odin detect SGSL anda (Kotak kuning akan muncul).

7. Tekan butang Start, dan biarkan proses ini berjalan (jangan usik apa-apa) sehingga anda lihat kotak hijau PASS!! kelihatan.
Proses flash sedang berjalan. Biarkan sehingga selesai.

Proses flash berjaya!

8. Masukkan sim card dan memory card anda, dan ON kan semula SGSL anda!.

Selamat mencuba dan tanggung sendiri risikonya.. Hahaha~.

Kebaikan XXKB3
Hasil daripada pemerhatian den selama menggunakan ROM XXKB3 ini. Berikut merupakan beberapa kebaikan yang den pasti.
1. Signal GPS sangat pantas. Sebelum ini den nak dapatkan signal GPS boleh cecah 5-10 minit, tetapi selepas guna KB3, signal GPS dapat di lock dalam masa 10-20 saat sahaja.
2. Penggunaan bateri den lebih tahan lama. Kalau sebelum ini, den terpaksa pakai power bank. Sekarang ni, dah balik dari office pun bateri masih ada. :)
  
Kelemahan
1. Selepas den pakai ROM nie, baru den perasan yang samsung XT9 punya language tak de bahasa melayu. Sebab XXKB3 merupakan ROM untuk Europe dan bukannya untuk Asia. Den pun masih lagi mencari penyelesaian bagi masalah ini, walaupun pada hakikatnya XT9 punya language bukanlah satu masalah yang besar untuk kes ini :)
 

Jangan lupa ucapkan terima kasih!

07 July, 2011

Cara SWAP internad_sd kepada external_sd Samsung Galaxy SL

Amaran: Den sekadar ingin berkongsi maklumat dan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa masalah kepada Samsung Galaxy SL (SGSL) korang...Sendiri buat sendiri tanggunglah yer..


Sebenarnya.. den dah berjaya swap external card (8GB) kepada internal_sd. Ini bermakna, den dah boleh install game NFS Shift ataupun game2 yang lain yang memerlukan saiz storan yang lebih besar. Mula2 buat tak jadi2...benda simple tapi ada sebab yang tertentu menyebabkan den cuba beberapa kali baru ley jadi...fuhh..tu yg den nak kongsikan kat korang...pengguna SGSL.. Okay...bagi yang kurang paham apa yang den maksudkan..kat sini den bagi penerangan dengan menggunakan gambar yg den capture dari SGSL den. Den punya external memory card 8GB ja...bila dah swap..external punya space tu dia detect sebagai internal SD card dan External SD card tu plak..amek space yg internal sd card...
Sebelum swap
SGSL Bila berjaya buat swap
Bila dah swap macam tu..boleh laa korang install game NFS Shift..sbb game tu dia perlu extra data untuk didownload dan di simpan didalah Internal SD Card (yang mana den dh swap jadi 8GB). Sama gak macam game2 HD yg lain.
Cara-cara nak swap SGSL:
1. Korang kena root kan SGSL.Yang nie kena pakai Superoneclick..Refer post sebelum ni. Kalau dah boleh root kita proceed to the next step.
2. Install root explorer.. make sure amek version 2.16..sbb den guna version nie baru berjaya. Sebelum nie den guna version lama..tapi tak menjadi. Kat mana nak carik?? korang pi search google guna keyword nie:
root explorer site:4shared.com
Dah jumpa version 2.16?? Install kat phone...

 3. Okay..sekarang korang kena download file vold.fstab yang telah dimodified ke dalam PC korang. Pastikan file vold.fstab tu untuk SGSL..jangan pakai yg lain..kang naya je kalau x buleh. Kalau tak jumpa..boleh minta kat den..

 4. Backup file vold.fstab yang asal dalam phone korang tu. Gunakan root explorer pastu pergi ke system/etc. Copy file vold.fstab tu pastu paste kan kat dalam folder sdcard. Nak lagi cun..korang buat satu folder baru dalam folder sdcard tuh....pastu paste kan vold.fstab tu dalam folder tersebut sebagai backup.

 5. Sekarang masukkan file vold.fstab yang korang download ke PC tadi ke dalam external_sd.

 6. Pastu gunakan root explorer skali lagi...copy vold.fstab yang di modified ke dalam system/etc. Tapi sebelum tu korang tekan dulu button Mount R/W. Ini bagi membolehkan fail tadi di overwrite dengan jayanya..Kalo korang nak tahu dah berjaya copy atau tak senang aje..cuba tgk tarikh dia..macam den..14 Apr 2011. Tarikh berbeza dengan yang asal iaitu 11 Feb 11.


7. Reboot SGSL.. Amacam berjaya tak? Sila komen..

 ====================

Bagi yang tidak jumpa link untuk download vold.fstab yang telah di modified. Anda boleh copy n paste kod dibawah ini kedalam notepad++ ataupun pspad (boleh guna notepad, tapi tak berapa disyorkan). Setelah selesai paste, namakan fail tersebut sebagai vold.fstab, pastikan fail tersebut bukanlah fail .txt. (cth kesalahan rename seperti berikut: vold.fstab.txt)

Tetapi di ingatkan sekali lagi, backup fail asal anda iaitu vold.fstab yang original.


## Vold 2.0 Generic fstab
## - San Mehat (san@android.com)
## 

# internal sdcard
{
 mount_deep = 1
 ums_path = /sys/devices/platform/musb_hdrc/gadget/lun0/file
 asec = enable
 mbr_policy = overwrite
}
dev_mount sdcard1 /mnt/sdcard/external_sd 1 /devices/platform/mmci-omap-hs.1/mmc_host/mmc0

# externel sdcard
{
   mount_deep = 0
 ums_path = /sys/devices/platform/musb_hdrc/gadget/lun1/file
 asec = disable
 discard = enable
 mbr_policy = skip
}
dev_mount sdcard /mnt/sdcard 1 /devices/platform/mmci-omap-hs.0/mmc_host/mmc1
#end line ## keep this line

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...