Baru-baru ini saya ada menyertai satu seminar bersama dengan CEO CIMB Group, Dato' Mohd Nazir bin Tun Abd Razak. Dalam perkongsian mengenai perkembangan CIMB sehingga menjadi dikenali #1 di Asia, beliau turut juga menyelitkan tips-tips mengenai kunci kejayaan sebagai seorang pemimpin di sebuah organisasi ataupun agensi.
Menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma perlu mempunyai 9 kunci utama. Antara yang dikongsikan bersama oleh CEO ini ialah:
Kunci pertama : Mempunyai Visi & Komitmen yang jelas.
Sebagai seorang pengurus/pemimpin, anda perlulah meletakkan satu visi yang jelas dan boleh dijangkau untuk jangka masa panjang. Visi tersebut mestilah di susun dengan strategi yang jelas dan boleh dilaksanakan.
Kunci kedua : Keberanian untuk membuat keputusan dan melakukan.
Dalam membuat keputusan, perkara yang sering kali menghantui pemikiran kita adalah ketakutan akan hasil daripada keputusan yang akan dibuat. Seseorang pemimpin perlu berani membuat keputusan dan juga menghadapi risiko yang bakal datang disebabkan oleh keputusan yang telah dibuat.
Kunci ketiga : Meletakkan empathi didalam sesuatu komunikasi
Semasa berkomunikasi dengan kakitangan, pengurus yang berjaya adalah seorang pengurus yang dapat meletakkan empathi. Meletakkan empathi dalam sesuatu komunikasi dapat membenarkan pengurus mengetahui situasi yang dihadapi oleh kakitangan.
Kunci keempat : Perbaiki sesuatu untuk menjadikan ia lebih baik
Setiap sesuatu boleh diperbaiki untuk dijadikan lebih baik daripada sedia ada.
Kunci kelima : Keupayaan bangun dan terus maju
Menjadi seorang pengurus mempunyai cabaran yang tinggi. Sekiranya gagal dalam sesuatu cabaran, seseorang pengurus perlu tahu bagaimana untuk bangun semula dan terus maju.
Kunci keenam : Sisihkan sindrom 'tidak boleh'
Didalam sesuatu organisasi memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak/kakitangan yang telah dijangkiti dengan sindrom 'tidak boleh'. Apa sahaja perkara yang kita usulkan untuk kepentingan syarikat dan akan membawa kepada ke arah kemajuan pasti ada penolokan daripada golongan ini. I
Kunci ketujuh : Wujudkan kepelbagaian dalam kumpulan.
Sesebuah kumpulan yang berbeza pendapat, latarbelakang dan juga kebolehan merupakan sebuah kumpulan yang dapat memberikan penyelesaian yang lebih kreatif dan mendapat pandangan secara holistik.
Kunci kelapan : Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Sebaiknya, seseorang pemimpin perlu memperbaiki pengetahuan, kemahiran, penampilan setiap tahun.
Kunci kesembilan : Kekuatan nilai diri
Kekuatan nilai diri merupakan aspek yang paling penting dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin. Sekiranya anda tidak mempunyai etika, prinsip, visi yang jitu maka dengan mudah saja anda boleh terkandas.
Secara keseluruhannya, kunci kejayaan bagi seorang pemimpin adalah terletak didalam diri anda sendiri. Tekad dan semangat anda dalam memperjuangkan identiti anda. Siapakah anda pada masa 10 tahun akan datang?