31 October, 2013

9 Kunci kejayaan sebagai seorang pemimpin

Baru-baru ini saya ada menyertai satu seminar bersama dengan CEO CIMB Group, Dato' Mohd Nazir bin Tun Abd Razak. Dalam perkongsian mengenai perkembangan CIMB sehingga menjadi dikenali #1 di Asia, beliau turut juga menyelitkan tips-tips mengenai kunci kejayaan sebagai seorang pemimpin di sebuah organisasi ataupun agensi.

Menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma perlu mempunyai 9 kunci utama. Antara yang dikongsikan bersama oleh CEO ini ialah:

Kunci pertama : Mempunyai Visi & Komitmen yang jelas.
Sebagai seorang pengurus/pemimpin, anda perlulah meletakkan satu visi yang jelas dan boleh dijangkau untuk jangka masa panjang. Visi tersebut mestilah di susun dengan strategi yang jelas dan boleh dilaksanakan.

Kunci kedua : Keberanian untuk membuat keputusan dan melakukan.
Dalam membuat keputusan, perkara yang sering kali menghantui pemikiran kita adalah ketakutan akan hasil daripada keputusan yang akan dibuat. Seseorang pemimpin perlu berani membuat keputusan dan juga menghadapi risiko yang bakal datang disebabkan oleh keputusan yang telah dibuat.

Kunci ketiga : Meletakkan empathi didalam sesuatu komunikasi
Semasa berkomunikasi dengan kakitangan, pengurus yang berjaya adalah seorang pengurus yang dapat meletakkan empathi. Meletakkan empathi dalam sesuatu komunikasi dapat membenarkan pengurus mengetahui situasi yang dihadapi oleh kakitangan.


Kunci keempat : Perbaiki sesuatu untuk menjadikan ia lebih baik
Setiap sesuatu boleh diperbaiki untuk dijadikan lebih baik daripada sedia ada.

Kunci kelima : Keupayaan bangun dan terus maju
Menjadi seorang pengurus mempunyai cabaran yang tinggi. Sekiranya gagal dalam sesuatu cabaran, seseorang pengurus perlu tahu bagaimana untuk bangun semula dan terus maju.

Kunci keenam : Sisihkan sindrom 'tidak boleh'
Didalam sesuatu organisasi memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak/kakitangan yang telah dijangkiti dengan sindrom 'tidak boleh'. Apa sahaja perkara yang kita usulkan untuk kepentingan syarikat dan akan membawa kepada ke arah kemajuan pasti ada penolokan daripada golongan ini. I

Kunci ketujuh : Wujudkan kepelbagaian dalam kumpulan.
Sesebuah kumpulan yang berbeza pendapat, latarbelakang dan juga kebolehan merupakan sebuah kumpulan yang dapat memberikan penyelesaian yang lebih kreatif dan mendapat pandangan secara holistik.


Kunci kelapan : Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Sebaiknya, seseorang pemimpin perlu memperbaiki pengetahuan, kemahiran, penampilan setiap tahun.

Kunci kesembilan : Kekuatan nilai diri
Kekuatan nilai diri merupakan aspek yang paling penting dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin. Sekiranya anda tidak mempunyai etika, prinsip, visi yang jitu maka dengan mudah saja anda boleh terkandas.


Secara keseluruhannya, kunci kejayaan bagi seorang pemimpin adalah terletak didalam diri anda sendiri. Tekad dan semangat anda dalam memperjuangkan identiti anda. Siapakah anda pada masa 10 tahun akan datang?

02 September, 2013

Cara menghilangkan kahak bayi / kanak-kanak

Salam semua pembaca budiman,

Bagi sesiapa yang belum membaca entry den mengenai cara menghilangkan selsema bayi boleh rujuk link ini.

Sebelum ini den ada membeli satu krim selsema di www.drsneez4u.com sebab baby den selsema hampir 2 minggu. Alhamdulillah memang berkesan. Produk tu sesuai dengan baby den cuma baru-baru ini, baby den demam lagi..

dan disebabkan itu juga, dia kembali selsema dan batuk berkahak. Den pun gunakan semula krim drsneez tu, alhamdulillah hingus dia meleleh. Asal meleleh aje, den sedut dengan penyedut hingus. Memang melalak la baby den sebab den sedut hingus dia.

Penyedut hingus ni den beli di drsneez4u.com

Den juga sapukan di dada baby den untuk hilangkan kahak. Dah masuk 5 hari kahak masih ada, cuma tak seteruk sebelum ini. Seingat den, dulu masa baby den berumur lebih kurang 6 bulan, kahak dia cepat saja hilang bila den sapukan krim drsneez. Tapi kali ini, agak lambat pula.

Den pun tengok balik ebook yang dia bagi, terus lompat bab batuk berkahak tu...

Ebook Tips penting untuk bayi selsema dan berkahak. Simple tapi penting.

Dan baru den perasan, ada satu petua yang den tak buat. hehehe.. ingatkan tak penting pun petua tu. Malam tu juga den cari petua yang dinyatakan pada ebook tu.

Alhamdulillah memang jumpa pengedarnya walaupun masa tu dah jam 10 malam, kedai semua dah tutup. Den pun cubo petua tu, esoknya batuk baby den dah kurang dan kahaknya pun mula reda.

Hari berikutnya, kahak pun tak da. Bila kahak tak da, jangan cakap la, memang nyenyak laa baby den tidur malam.

Hurmm petua-petua... rupa-rupanya ia bukan sekadar petua, ia adalah penyelamat den..

02 August, 2013

Cara backup data apabila memory card handphone bermasalah

Salam sejahtera semua pembaca budiman, 


Pernah atau tidak anda mengalami memori kad pada telefon pintar anda bermasalah? Masalah yang saya maksudkan disini ialah anda tidak dapat nak transfer semua gambar/fail-fail lain ke PC disebabkan kegagalan untuk membaca memori kad tersebut. 

Walaubagaimanapun, gambar tersebut boleh dibaca di dalam handphone. Hah, itulah yang terjadi pada saya kebelakangan ini. Sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anda, maka anda bolehlah ikut cara yang saya buat untuk backup gambar-gambar kesayangan saya sebelum memori kad tersebut betul-betul rosak.

Langkah-langkah:
1. Cuba bluetooth data yang anda hendak ke laptop. Tapi yang ini sangat perlahan. Biasalah bluetooth.
2. Cuba keluarkan memori kad anda, dan pasang pada memori card reader di PC anda. 
3. Jika kaedah ke 2 tadi gagal. Maka mungkin anda boleh gunakan kaedah yang saya gunakan ini.

Backup data menggunakan aplikasi wifi
Anda boleh gunakan kies air (jika guna samsung) dan aplikasi yang sewaktu dengannya. Tapi pada ketika itu, samsung kies air saya juga tidak dapat membaca fail gambar yang saya mahukan. 

Jadi, saya pun menggunakan aplikasi lain, iaitu dooblou Wifi File Explorer. Aplikasi ini dapat membaca data-data yang berada di dalam memori kad anda melalui penggunaan wifi.


Langkah-langkah menggunakan dooblou Wifi File Explorer:

1. Install aplikasi ini daripada google play. Sekiranya tiada, anda boleh cari di google atau 4shared.com
2. Selepas install, run kan aplikasi tersebut. Sebelum itu, anda perlu ON kan wifi terlebih dahulu.
3. Baca alamat yang tertera pada aplikasi tersebut. Contohnya: http://192.168.1.30:8000
4. Buka laptop anda dan connectkan ke wifi, kemudian buka browser (firefox,chrome dll) dan masukkan alamat tersebut di ruangan address bar browser anda.
5. Tekan Enter, dan anda akan berjaya memasuki / membaca data anda menggunakan aplikasi ini.
6. Seterusnya, pilih gambar yang anda kehendaki dan klik download selected untuk memuat turun data/gambar-gambar anda ke laptop tadi.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa standby duit untuk membeli memori kad yang baru ya! Haha.





25 July, 2013

Kaedah Mengetahui Maklumat Terbaru Menggunakan Google Alert

Hi semua pembaca budiman! Selamat menjalani ibadah puasa bagi mereka yang beragama Islam.

Kini google telah menyediakan satu aplikasi untuk memudahkan pengguna mengetahui sesuatu yang terbaru yang telah dimuatnaik di internet iaitu melalui google Alert.

Google alert beroperasi dengan berasaskan penggunaan kata kunci. Pengguna boleh mendaftarkan kata kunci yang mereka inginkan di google alert dan sekiranya sesuatu artikel/bahan yang berkaitan dengan kata kunci yang dimaksudkan itu, maka google alert akan menghantarkan satu emel terus ke dalam inbox kita. Menarik bukan?

Google alert ini sebenarnya merupakan suatu cara untuk kita lebih peka terhadap sesuatu bidang yang kita minati. Sekiranya kita meminati bidang muzik, mungkin kita boleh menggunakan kata kunci muzik, nama kumpulan / band yang kita gemari.

Ia terpulang kepada kreativiti anda untuk bagaimana anda menggunakan google alert ini. Bagi saya pula, ia merupakan satu tools yang amat bagus bagi saya memantau sebarang berita berkaitan peluang-peluang bisnes yang ada di malaysia ini ;)




15 March, 2013

Bagaimana cara untuk menghilangkan selsema bayi dengan berkesan

Para pembaca budiman sekalian.

Sememangnya kebelakangan ini den sibuk dengan tugasan harian sehingga melupakan blog den yang kian usang tanpa apa-apa coretan.

Tapi den nak kongsikan satu pengalaman yang mana boleh menyelamatkan para ibu dan ayah diluar sana. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat.

Nak diceritakan, ketika baby den berusian enam bulan, dia telah demam. Hasil daripada demam itu menyebabkan dia juga telah mengalami selsema. Hanya para ibu/ayah yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa kasihannya apabila melihat si kecil itu selsema. Mereka akan menangis dan susah untuk tidur malam sebab hidung tersumbat. Akhirnya si ibu/ayah juga yang akan keletihan sebab berjaga sepanjang malam.

Dipendekkan cerita, den pun google punya google...semua petua selsema telah den cuba. Den juga telah pergi ke farmasi.. Mereka memberikan ubat nasal spray (seawater) untuk hilangkan selsema bayi. Bukan senang nak guna nasal spray tu...kalau nk tahu..lebih baik tuan/puan cuba sendiri di hidung sendiri sebelum spray ke hidung anak. Dari situ den tahu...nasal spray bukan lah yang terbaik utk menyelesaikan masalah selsema anak den.

Dah hampir 2 minggu, selsema tak kurang..sehinggalah den temui satu krim selsema, namanya DrSneez. Mula-mula rasa cam krim tu mahal sebab harganya RM50, 10ml je plak tu. Tapi disebabkan baby den tak sembuh2 lagi selsema, maka den pun beli lah satu.

2 hari guna...selsema baby pun kering...sekarang nak tidur malam pun nyenyak. Krim tu juga boleh guna untuk hilangkan batuk & kahak.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan krim tersebut di www.drsneez4u.com ataupun di FB : http://www.facebook.com/DrSneez4u.

Sekiranya anda membeli dengan drsneez4u.com anda akan diberikan ebook panduan dan juga tips. Malahan RM1 juga akan disedekahkan kepada tabung-tabung amal ataupun masjid. Kira macam den promote laaa... Jadi, ibu/ayah sekalian...usah ragu-ragu...boleh cuba.


Kat ebook ni ada panduan utk hilangkan selsema, batuk dengan kahak sekali.

Kini drsneez4u.com membuka peluang untuk menjana pendapatan. Sila layari http://www.drsneez4u.com/p/peluang-jana-pendapatan-bersama.html untuk maklumat lanjut.

14 January, 2013

Merawat diri sendiri

Sekiranya badan terasa sakit-sakit. Berikut merupakan amalan yang boleh dilakukan

1. Letakkan tangan di atas tubuh yang sakit
2, Baca basmalah 3 kali
3. Baca doa berikut sebanyak 7 kali.


اعوذ بالله وقدرته من شرما اجد واحاذر
A'uzubillahi wa kudratihi min sharri ma ajidu wa uhaaziru.

Maksud: Aku berlindung kepada Allah dan dengan kekuasaanNya dari kejahatan apa yang menimpaku dan dari apa yang aku khuatiri.
(Riwayat Muslim)

Doa ini diajarkan oleh Rasullah SAW kepada sahabatnya yang mengadu sakit-sakit badan setelah dia memeluk islam. Semoga bermanfaat.

 atau;

Boleh sahaja jika anda membaca selawat syifa' menggunakan kaedah yang sama seperti diatas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...