![]() |
| Kredit to www.kereta.info untuk gambar ini. |
Ada dua pilihan warna saga flx se 1.6. Iaitu warna solid white dan juga metalic fire red. Bezanya cuma harga solid white murah RM450. Dan jika beli (yang solid white), kita akan dapat refund RM450 dengan bayaran bulanan sebanyak RM525. Tapi ini bergantung kepada interest rate yang bank offer kat korang lah. Macam kes aku, aku dapat 2.90 p.a. Kira mampu lah untuk membayar bulan2. Lagipun aku pakai dua kereta.
Ada beberapa faktor yang membuat aku tertarik untuk membeli Saga flx se 1.6, antaranya ialah:
1. Enjin 1.6 Campro.
2. Menggunakan Gear CVT.
3. Tempat duduk 'Leather' warna gelap, sesuai untuk jiwa remaja mcm aku nie ;p
4. Airbag.
5. ABS + EBD
Gearbox Saga FLX SE ini dilengkapi dengan CVT (Continuosly Variable Transmission) selain terdapat opsyen SAT (Stepped Automatic Transmission) untuk pemanduan yang lebih agresif katanya.
Fuel Consumption
Mengenai FC, boleh aku katakan yang saga ini agak jimat untuk perjalanan jauh. Ini kerana aku pernah bawa dari seremban ke johor (kota tinggi) dengan penggunaan minyak sebanyak RM33.00. Berbanding dengan kancil 850 yang turut berkonvoi iaitu RM26.00.
Bagi perjalanan bandar pula, secara keseluruhan aku berpuas hati memandangkan ianya enjin cc 1.6. Jika hendak dibandingkan penjimatan, perodua viva memang lagi jimat. Mana den taw? sebab orang rumah den pakai satu. hehehe. Tapi bak kata orang putih, kita perlu compare 'Apple to Apple'.
Tangki minyak pula kecil dan mempunyai kapasiti lebih kurang seperti perodua viva. Mungkin ada sebab tertentu mengapa pihak proton membuat tangki kecil bagi model FLX SE ini?
Kelajuan dan pemanduan
Kalau lampu merah, selalunya selepas hijau kereta saga flx se ini akan berdesup kedepan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Gearbox CVT ini memang ada sedikit perbezaan dan akan mempengaruhi cara pemanduan anda. Teknologi CVT ini sudah banyak digunakan oleh jenama-jenama kereta seperti nissan, subaru dll. Video dibawah ini dapat menerangkan lebih lanjut mengenai CVT yang digunakan oleh nissan. Walaupun video ini khas untuk CVT yang digunakan oleh nissan tetapi teknologi CVT tu tetap sama untuk kereta proton. Kereta ini juga dilengkapi dengan ABS + EBD.
Jika anda mahukan pemanduan yang lebih agresif maka anda bolehlah menekan butang SAT. Dengan SAT, gear ratio akan disetkan kepada 6 kelajuan dan setiap pertukaran gear itu boleh dirasai seperti model kereta automatik yang biasa.
Ruang Dalaman Kereta
Jika hendak dibandingkan dengan Myvi 1.5, rekaan dalaman Saga FLX SE ini terlalu simple. Ianya juga tidak mempunyai fungsi menyelaras penghawa dingin ke kaki. Namun, stereng kereta boleh dilaraskan sama ada untuk ditinggikan ataupun direndahkan. Begitu juga sit kereta pemandu. Apa yang kurang menyeronokkan ialah, tempat duduk belakang tidak boleh dilaraskan/ dibuka bagi membolehkan muatan yang lebih panjang diletakkan didalam bonet kereta. Kenapa ciri-ciri ini tidak dapat pada model saga flx se ini?
Dealer ohh Dealer
Bagi urusan jual beli anda dinasihatkan untuk mendapatkan dealer yang bagus. Kerana saya terpaksa menukar dealer disebabkan kerja yang dilaksanakan kurang memuaskan. Lambat!. Jika anda berada dikawasan seremban, JANGAN BERURUSAN DENGAN DEALER PROTON BERSEBELAHAN BHP di Rahang. Sales Person Cha Yaa Nun Alif itu tidak jujur. Jika disuruh meletakkan deposit kereta dengan alasan : 1) Mempercepatkan proses mendapatkan kereta, 2) Meyakinkan bos, pembeli benar2 serius. Maka jangan dilayan. Ingat! jangan dilayan.
Bagi saya, mereka selaku sales person perlu jujur. Jika benar untuk mempercepatkan proses pembayaran maka lakukanlah dengan betul. Begitu juga dengan perihal rebat. Jika boleh dapatkan rebat, maka beritahulah. Jangan sembunyikan hal itu daripada pembeli. Kes yang sama untuk interest bank. Tak gitu??
Tahun 2012 ni, kadar interest untuk pinjaman kereta turun. Disamping itu terdapat juga isu Bank Negara Malaysia yang mengetatkan lagi syarat untuk membuat pinjaman.Walaubagaimanapun, perkara ini telah dibawa ke meja perbincangan antara pengeluar automotif negara kerana ianya menjejaskan hasil jualan mereka





Good review bro.
ReplyDeleteI am also on the waiting list to get the same car. Maybe in March, InsyaAllah
Nice.. boleh buat satu group saga flx se pas ni. Hehe
ReplyDeletesaya pun ingat nk ambil saga ni. hihihi
ReplyDeleteSalam Review yg bagus. Dah booking saga se ni. insyallah keluar dalam bulan ni. :)
ReplyDeletemenarik.. saga flx se nih dalam perhatian saya.. =)
ReplyDelete