Salam,
Dah lama blog ini menyepi tanpa sebarang post. Sorry la yer, sebab den busy lately. Lagipun laptop den pulak huruf M nya rosak, tu yang terus hilang minat den nak menaip. Nak claim warranty tapi tak sempat laie.
Jadi untuk kali ni, den nak ajo korang camne nak hack game. Yolah, kalo korang selalu main game kompem korang stress sebab resource dia sikit dan membuatkan korang kalah memanjang. Resources yang den maksudkan contohnya macam duit yang terkumpul untuk kita beli weapon yang mahal-mahal. Kalau resource (duit) ciput, kompem la senang kalah sebab pakai weapon cikai-cikai.
Untuk makluman, game yang den nak demo ni namanyer Tower Defense. Korang bley cube cari di Google Play dan download. Selain game tower defense, korang bley jugak cuba utk game Gun Bros.
Cara-caranya:
1. Download dulu software untuk hack game memory. Namanya game guardian. Dekat google play den raso dah tak ado. Pandai2 lah korang cari yer.
2. Selepas install game guardian tu, korang run game guardian dan kemudian run kan game yang korang nak hack.
![]() |
Nilai asal 470 |
4. Korang touch, icon anjing yang lutsinar tu, dan kemudian tekan butang Fuzzy. Butang fuzzy ni untuk apps nie mencari mana-mana value yang disimpan didalam RAM yang berkaitan dengan game tersebut. Selepas itu, korang tekan pula butang sebelah Search, dan masukkan nilai 470. Kali ini, apps tsbut akan menyenarai pendekkan nilai yang sama dengan 470 (macam gambar kat bawah ni).
5. Perhatikan gambar diatas, nilai disebelah kiri tu merupakan lokasi memory yang memegang nilai 470. Ada banyakkan? (ada 97 senarai tuh..) Jadi, selepas ini, tugas kita cuma perlu mencari lokasi mana yang betul2 memegang nilai resources yang akan kita ubah nanti. Caranya?? mudah aje. teruskan membaca.
6. Sekarang ni, kita kembali kepada game dan menggunakan (cth: beli senjata/upgrade senjata ker) resources tadi (ini bertujuan agar resources tadi akan susut nilainya dan daripada situ dengan mudah kita akan dapat mengenalpasti lokasi memory yg memengang nilai resources game ini). Contoh macam gambar dibawah nie. Den dah upgrade senjata den, maka resources pun berkurang menjadi 100 ajer.
7. Touch icon game guardian semula dan tekan butang fuzzy. Kemudian pilih butang smaller. (sebab nilai resources tadi dah berkurang). Selepas itu, apps tu akan memaparkan beberapa lokasi memory yang mempunyai nilai kurang daripada 470.
![]() |
Ini contohnya, nilai asal lokasi ini ialah 470. Kita ubah jadi 9000. |
Amacam? Syok x? Tapi jangan lah melampau sangat yer. Nanti tak feel lah nak main game tu. Kih kih kih.
Sekian.