30 May, 2010

Penyembuhan Jarak Jauh Reiki

Hari ini, saya cuba menyembuh secara jarak jauh menggunakan Reiki Hikmah Sufi. Dulunya saya menggunakan kundalini. Semenjak guru telah menyelaraskan RHS, saya pun mencuba RHS pula.

Penyembuhan jarak jauh sama sahaja prosedurnya seperti yang saya lakukan sebelum ini cuma kali ini saya niatkan untuk menggunakan tenaga RHS.

Situasi:
Rakan saya mengalami sakit kepala, dia mengatakan yang kepalanya rasa berat sahaja. Jadi saya menawarkan REIKI kepadanya dan menyuruhnya untuk relaks dan pejamkan mata.

Semasa proses REIKI:
Saya melakukan proses reiki seperti biasa untuk penyembuhan jarak jauh. Kali ini, saya tidak merasa apa-apa sensasi (seperti badan terasa panas, tangan terasa panas) cuma kalau diamati betul-betul saya hanya merasa seperti getaran kecil sahaja. Sangat-sangat kecil.

Selepas tamat proses Reiki yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Saya menyuruh rakan saya sms kan kepada saya apa yang dia rasa semasa proses tersebut. Ini adalah sms rakan saya:

" Selama hampir 20 minit tadi, awal-awalnya saya rasa nak muntah. Saya lentokkan kepala dekat kerusi dan relaks. Lepas 15 minit, saya kol awak sbb saya rasa kepala saya berdenyut-denyut. Awak cakap yang awak masih transfer reiki lagi. Semasa berbual-bual dalam 5 minit, denyutan tu hilang. Saya rasa panas, berpeluh-peluh padahal cuaca sejuk. Memang betul lah,walaupun dah habis tp tenaga terus dialirkan.Saya sedut udara segar, jalan2 pastu kepala rasa ringan kembali n saya sendawa dua kali..errkkk! "
Penulis mencatatkan semua ini adalah untuk tujuan rujukan kembali. Mungkin juga sebagai salah satu testimonial untuk mereka yang ingin tahu mengenai reiki.

Teknik membaca pantas


Dahulu ketika penulis menjalani pengajian di universiti, penulis telah ditemukan dengan satu buku mengenai cara-cara memaksimumkan penggunaan otak oleh Tony Buzan. Penulis memang selalu ke perpustakaan dan mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan potensi otak dsb. Semenjak dari itu, penulis mula minat pada konsep Tony Buzan dan penulis mengadaptasikan konsep-konsepnya kedalam pembelajaran penulis. Hasilnya? Cukup memberangsangkan =). Yeahh, ada suatu ketika, penulis dapat mengingati semua pengertian2 didalam satu buku. Yeahh, kawan-kawan memang terkejut. dan ketika exam, penulis tersenyum je menjawab soalan.

Markah? Sayang sekali penulis cuma dapat 96% sahaja. Dan dalam teknik buzan juga ada diterangkan mengenai FAST READING. Fast reading merupakan suatu teknik untuk seseorang itu membaca lebih pantas dan memahami kandungan yang dibaca. Kita telah dididik sejak dari kecil untuk mengeja dan membaca satu persatu, perkataan demi perkataan, ini merupakan salah satu cara yang salah kerana ia melambatkan lagi proses pembacaaan kita. Dan memang terbukti, kalau kita teruskan dengan pembacaan begitu, 10 minit kemudiannya kita sudah merasa penat dan bosan.

Jadi bagaimana untuk membaca dengan pantas? Mudah sahaja sebenarnya dan ia hanya memerlukan latihan dan teknik yang betul. Anda hanya perlu konsisten untuk menjalani latihan ini.

29 May, 2010

Membuat terapi air menggunakan tenaga reiki

Salah satu daripada latihan atau amalan yang perlu dilakukan semasa mengamalkan reiki ini, ialah membuat terapi air. Membuat terapi air ini bukanlah satu perkara yang susah kerana proses untuk menyediakan terapi air ini sangat mudah. Seseorang itu hanya perlu niat, dan mengalirkan tenaga reiki kepada air tersebut.

Disini saya ingin berkongsi, bagaimana untuk membuat terapi air secara umumnya. Penulis hanya akan menyatakan serba ringkas (tidak terlalu terperinci) kerana penulis bimbang ada diantara pengamal-pengamal lain yang mungkin tidak senang hati jika penulis berkongsi secara percuma dengan pembaca begitu sahaja. Maklumlah, mereka membuat bisnes dengan REIKI. Jadi, apapun, perkongsian ini diharapkan dapat dimanfaatkan.



Cara membuat terapi air:
1. Pegang botol air yang ingin dibuat terapi
2. Tenangkan fikiran (ada diantara aliran REIKI yang memulakan dengan Istighfar, Selawat, Alfatihah dsb)
3. Niatkan untuk mengalirkan tenaga REIKI kepada air tersebut. (Niat itu terpulang kepada kaedah REIKI masing-masing)
4. Biarkanlah tenaga reiki mengalir sehingga lebih kurang 5 minit. Anda tidak perlu fokus, berkerut dahi untuk mengalirkan tenaga reiki tersebut. Hanya biarkan ianya mengalir dan relaks.
5. Setelah selesai, bersyukur dan bertawakal kepada Allah.

Air terapi ini lazimnya diminum untuk memberikan penyembuhan (semua ini dengan izin tuhan) kepada diri sendiri dan orang lain.

Anda boleh membuat air terapi untuk orang lain dengan berniat dan menyebutkan nama orang yang anda inginkan. Tetapi itu semua terpulang, kepada cara-cara dan teknik reiki masing-masing.

28 May, 2010

Menjalani penyelarasan Reiki Hikmah Sufi (RHS)

Salam semua. Hari ini penulis telah pun selamat menjalani proses penyelarasan (attunement) oleh Master Reiki. Disebabkan hari ini tidak bekerja, penulis menjalani attunement pada sebelah petang iaitu pada pukul 5.45 dan selesai sekitar 25 minit kemudiannya.


Sebelum melakukan proses attunement, affirmasi harus dilakukan oleh anak muridnya dahulu untuk menerima energi Reiki daripada Masternya. Affirmasi tersebut sama juga seperti niat dimana anak murid perlu berniat untuk menerima energi2 Reiki HS. Dalam kes ini, saya menerima energi RHS 1,2,3,4,5,6,7 sekaligus.

Berbeza pada attunement sebelumnya iaitu attunement Reiki Kundalini, attunement RHS pada kali ini tidak membuatkan penulis merasa apa-apa sensasi ketika proses tersebut. Sebaliknya penulis hanya merasakan kedamaian dan ketenangan. Tidak ada merasa panas ataupun sebaliknya.

Tetapi penulis tidak pasti efek pasca attunement akan dialami penulis sebentar lagi atau pun keesokkan harinya. Walau apapun, seperti yang penulis janjikan, penulis akan berkongsi maklumat dengan pembaca lain.

Selepas menerima attunement, penggiat reiki mestilah membuat latihan dan mengikut jadual-jadual yg diberikan. Bagi RHS ini, apa yang penulis perlu lakukan berikutnya ialah:

1. Melakukan selfhealing setiap hari.
2. Meditasi RHS setiap hari
3. Minum air terapi
4. Meningkatkan Band Energi RHS ke level berikutnya.

Walaupun penulis ini agak pemalas, hehe, tetapi harap2 jadual tersebut dapat penulis ikuti.

25 May, 2010

Penyembuhan Jarak Jauh cubaan pertama =)


Hari ini, saya diberikan sebuah manual mengenai REIKI. Didalam manual tersebut terdapat cara-cara untuk melakukan penyembuhan termasuk penyembuhan jarak jauh.

Untuk pengetahuan semua, penulis belum lagi dibuat penyelerasan untuk REIKI HIKMAH SUFI oleh guru. Tetapi, penulis cuba untuk mengubati sakit perut yang dialami insan yang penulis sayangi di Johor. Penulis kini berada di nogori. =). (kalau balik naik kereta tu dalam 3 jam perjalanan lah)

S sakit perut dan memberitahu saya. Kemudian saya pun berkata kepadanya, saya akan mengubatinya jarak jauh. Walaupun mentah, bak kata orang, tetapi apa salahnya mencuba?

Dengan berbekalkan manual yang saya perolehi hari ini, saya cuba untuk menenangkan diri. Menarik nafas perlahan dan tenangkan fikiran. walaupun pada waktu itu, penulis berada di tempat kerja.

Penulis mengambil sehelai kertas dan mengoyak kecil untuk menulis nama penuh S. Selesai tulis, penulis memberitahu S supaya relaks dan baring. Tetapi S mengadu yang dia tak boleh buat seperti itu kerana perutnya begitu tidak selesa.

Penulis pun menyuruh dia relaks sahaja. Penulis beristighfar seberapa yang boleh, mengucap 2 kalimah syahadah 3x, berselawat 3x, membaca bismillah dan Al-fatihah, kemudian membaca hauqalah.

Penulis mengambil kertas tadi, dan meletakkan diatas tapak tangan dan menekupnya menggunakan kedua tapak tangan penulis sambil berniat untuk mengalirkan energi kepada S supaya dia sembuh.

Semasa awalnya, penulis rasakan yang telapak tangan penulis menjadi lembap. Tetapi penulis tak hiraukan, teruskan mengalirkan energi. Telapak tangan mula merasa denyut kecil dan panas suam-suam. Penulis juga dapat rasakan kehangatan berputar2 di sekitar perut penulis. Penulis membiarkannya sahaja.

Penulis meneruskan dengan keadaan tenang, yakin, insyaAllah boleh dan sematkan dalam diri.
Selesai 10 minit. Penulis sms ke S dan menyatakan penulis buat 1o minit sahaja dan dah selesai.

S pun memberitahu, yang sakit perutnya kurang berbanding tadi. Berikut merupakan sms dari S:

"Tadi masa kol, sy sakit perut, memulas2, sebu je rasa. Pastu saya baring kejamkan mata. Xboleh nk relaks pd awalnya coz atet n xselesa. Dalam rasa tak selesa tu, tetiba hilang, saya dah xrasa pedih. Mane ntah dia pergi..pastu awak mesej sy dan ckp awk buat 10 minit je n dah selesai. Perut saya dah ok sikit dah, dah buang angin lagi.. pootttt!! :)"

Ini merupakan cubaan pertama saya. Adakah ini kebetulan? tapi apa pun syukur dia dah sembuh.

Selepas beberapa minit, penulis menerima sms dari S..dia kata yang dia rasa perutnya sudah ok. dan mengucapkan terima kasih pada penulis.

23 May, 2010

Menerima Attunement jarak jauh oleh Master Reiki


Hari ini, saya ditemukan dengan seorang guru REIKI yang tidak sombong orangnya. Senang diajak berbual dan boleh bertanya macam2 kepada dia.

Saya pun bertanyakan mengenai REIKI, bertanya mengenai attunement. Dan siapa sangka, Guru tersebut sanggup memberikan attunement kepada saya secara percuma dgn kaedah jarak jauh.


Walaupun agak sukar mempercayai perkara ini, tetapi saya duduk dan buat apa yg disuruh.
Ianya memakan masa 25 minit. Saya mula pada pukul 10.35malam.

Dan kami berbual secara online YM setelah selesai. Dan ternyata Guru tsbut tidak lokek dan sudi berkongsi latihan yang paling asas untuk saya. Dia suruh saya praktikkan selama 1 minggu.

Saya tertanya2 apakah hasilnya. Ternyata ianya adalah kenyataan TUNGGU DAN LIHAT.
Jadi, kita tunggu apa hasilnya!

Mengaktifkan chakra menggunakan teknologi audio?


Hari ini..

Penulis tidak beberapa pasti dengan apa yang penulis cuba kongsikan..Tetapi penulis ada membuat eksperimen terhadap apa yang penulis cuba sampaikan.

Aktifkan chakra menggunakan audio! Ye..seperti yang kita tahu, chakra pada badan manusia ada 7 dan setiap chakra itu mempunyai nama dan warna.

Penulis juga pernah terbaca mengenai REIKI, iaitu salah satu kaedah self-healing. Penulis tidak begitu faham mengenai REIKI ini dan jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai REIKI. Anda boleh search google.

Apa yang menarik perhatian penulis semasa membaca artikel mengenai REIKI, penulis difahamkan bahawa, master REIKI akan membuat attunement kepada anak muridnya untuk mengaktifkan chakra mereka. Selepas itu, barulah anak murid mereka boleh melakukan REIKI.

Dan apa yang lebih menarik, penulis ingin kongsikan bersama anda. Penulis terjumpa audio yang mengatakan ianya dapat mengaktifkan chakra (seperti melakukan attunement). Ingin mencuba??

Sila mainkan video berikut:



Semasa mendengar audio ini, penulis dapat rasakan bahagian2 badan penulis rasa panas seperti diperut dsb. Anda pula bagaimana?

Persoalannya disini, adakah chakra penulis sudah diaktifkan?

Kehebatan otak memproses perkataan

Jika anda ragu-ragu mengenai kehebatan otak manusia. Atau pun anda ingin mengagumi otak anda. Baca ayat-ayat dibawah ini:

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it..

Anda mesti terkejut bukan? Ya, otak kita mampu menyusun ayat-ayat yang berterabur dengan mengenal pasti huruf awal dan akhir. Tetapi jika anda gagal membaca ayat-ayat diatas, mungkin anda perlu belajar bahasa Inggeris =).

22 May, 2010

Bermeditasi secara visual





Kali ini, penulis akan berkongsi cara-cara bermeditasi. Walaupun penulis bukan lah ahli dalam bidang meditasi ni. Tapi penulis harap yang artikel ini menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mencari maklumat.

Penulis terbaca satu artikel mengenai visualization meditation dan terfikir yang ianya bagus untuk kita kongsikan bersama, malah ianya tidak ada unsur-unsur seperti seruan nama buddha atau sebagainya. Bermeditasi secara visual adalah seperti berikut:

MEDITASI SECARA VISUAL
Cari tempat yang sesuai untuk melakukan meditasi. Anda boleh melakukan ketika ingin tidur dalam keadaan baring. Mungkin waktu ini sesuai kerana tiada gangguan.

Pejamkan mata anda..dan cuba untuk relaks..yaa relaks kan badan anda.

Bayangkan yang anda sedang menuju ke lift..masuk ke dalam lift tersebut dan pintu lift itu tertutup..Anda sekarang berada pada tingkat 21..dan ingin turun ke tingkat 1.

Cuba bayangkan yang lift itu sedang turun ke tingkat 20....seterusnya 19...18....17....
dan jangan lupa untuk menarik nafas dalam2 dan perlahan2..samada pada setiap tingkat ataupun 2 tingkat 1 pernafasan..terserah pada anda.

Setibanya anda di tingkat 1...pintu lift terbuka dan anda melangkah keluar dari lift tersebut. Dan sekarang anda lihat tangga yang menuju ke bawah..Ada 21 anak tangga..
Dengan perlahan..anda turun mengikut anak tangga itu...satu demi satu...dengan kiraan 21...
20..19...18..

Tarik nafas dalam2 semasa menuruni setiap anak tangga tersebut. Dan cuba bayangkan dan rasakan yang anda sedang menuruni anak tangga itu satu demi satu. Setibanya anda pada anak tangga yang ke 1...

Anda ternampak sebuah pintu yang tidak jauh dari anda...anda menuju ke pintu tersebut. Dan membukanya..Anda nmpak deretan pintu2 bilik disebelah kiri dan kanan anda...

Disitu ada terdapat penjaga yang akan menunjukkan anda arah bilik anda.
Tanya kepada penjaga tersebut untuk tunjukkan arah ke pintu bilik anda. Cuba bayangkan yang penjaga itu membawa anda arah bilik anda..

Setelah tiba dihadapan pintu bilik anda..Buka pintu tersebut. Sekarang, apa yang anda lihat didalam ruang bilik itu adalah terpulang kepada diri anda sendiri. Perhatikan samaada bilik anda mempunyai perabot atau tidak, berselerak atau kemas, moden atau antik..tak kira apa..cuba ambil perhatian.

Cari tempat untuk anda duduk dan tanya lah pada minda bawah sedar anda. Tanyakan padanya apakah yang anda perlu tahu. Perhatikan siapa yang muncul.

Setelah itu, ucap terima kasih. Dan keluar dari bilik tersebut. Jangan lupa untuk mengunci pintu bilik anda. Sekarang..pulanglah ke tingkat 21..mengikut jalan yang anda lalui tadi. Kali ini secara songsang..

Keluar dari bilik..pergi ke pintu...naik tangga..(ada 21 anak tangga) ...kemudian..naik lift dari tingkat 1..ke tingkat 21..lakukanya seperti yang anda lakukan sebentar tadi.

Apa yang anda boleh lakukan pada bilik anda tadi?
1. Anda boleh membersihkan bilik anda..kemaskan..susun dan atur perabot2
2. Anda boleh mempelbagaikan cara untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar anda samaada melalui telefon..atau samaada melalui catatan pada papan hitam dsb.


Rujukan:
http://www.stevepavlina.com/blog/2005/09/visualization-meditation-exercise-go-to-your-room/

21 May, 2010

Adakah aku terbaca fikiran mereka?

Cerita ini berlaku pada hari khamis 20 Mei 2010. Semalamnya, aku sibuk dengan hal-hal telepati. Hari ini masuk kerja awal pagi, mud pun telah dipengaruhi dengan hal2 telepati.

Pada satu ketika, perkara ini berlaku dan aku dapat amati bagaimana ianya boleh terjadi!..

TELEPATI!! secara tak sengaja..tapi aku dapat amati perkara itu...

Ianya berlaku 2 kali pada hari tersebut..

Pertama
Aku sedang mengadap komputer, fikiran aku tenang, tetiba aku terfikirkan tentang projek streamyx untuk office. Dalam hati aku berkata, aku nk telefon orang streamyx lah, dah berapa lama tapi masih tiada feedback.

Selang beberapa saat dari itu, staff aku pun berkata:
"Aku ingat, kena call orang telekom laah, tanya pasal network tu" Sambil memandang aku.

Nampak?? Ianya berlaku lagi..cuba anda amati betul2...ianya adalah lintasan ke dalam minda anda, lintasan ke hati..jika anda tidak mengendahkannya..maka anda tidak akan perasan akan kehadirannya.

Persoalannya: Adakah penulis membaca fikiran dia?? atau penulis telah membroadcastkan apa yang penulis fikirkan kepada staff tadi? Perkara ini masih lagi tak dapat dipastikan oleh penulis.

Kedua

Pada sebelah paginya, penulis sedang buat kerja menggunakan komputer, tiba-tiba penulis teringat mengenai masalah kad pintar pengarah dan sistem. Selang beberapa minit, staff yang berkaitan dengan kad pintar tersebut datang dan memberi saya kad pintar. Dia juga memaklumkan pada saya bahawa dia telah membatalkan kad pintar pengarah yang lama dan membuat yang baru.

Sekali lagi ianya berlaku! Telepati??


Ianya pasti berlaku pada diri anda juga!

Law of Attraction? Ianya berlaku pada diri kita

Bagi yang pertama kali dengar mengenai Law of Attraction, ini adalah apa yg saya maksudkan:
"Law of attraction ialah sesuatu yang kita fikirkan dan secara langsung telah mempengaruhi minda bawah sedar kita untuk bertindak ke arah itu"

Contoh law of attraction yang pernah penulis alami ialah:

Dahulu, semasa tamat pengajian ijazah. Penulis dapat tawaran kerja di suatu kilang. Penulis pernah berkata dalam hati / diri penulis. Dan pernah juga sesekali penulis berkata kepada kawan-kawan sekerja yang penulis akan ambil pengalaman selama setahun disini dan akan mencari kerja lain selepas itu..

Apa yang mengejutkan ialah, hampir genap setahun (cuma kurang beberapa hari) penulis telah mendapat tawaran baru dan penulis berhenti bekerja dari kilang tersebut. Penulis mula kerja pada pertengahan September 2008. Dan pada September 2009 penulis telah mendapat kerja baru!

Sukar nak dipercayai bukan???

Jadi apakah yang saya lakukan?? Apa yang saya ingat ialah:
a. Saya membayangkan dan yakin saya akan mendapat kerja selepas setahun berkhidmat
b. Saya juga pernah mengatakan dengan orang lain bahawa saya hanya bekerja disitu selama setahun untuk ambil pengalaman.

Jadi itukah dia cara menggunakan 'Law of Attraction'??

Penulis cuba untuk berkomunikasi dengan rakan guna telepati

Saya selalu perasan yang saya dan sahabat saya mempunyai kaitan naluri. Telepati sering berlaku. Tetapi akhir2 ini saja yang saya sedar akan kewujudannya.

Selepas itu, saya dan rakan saya ini, berpakat untuk mendalami dan mengawal telepati. Jadi, kami masih lagi sedang belajar untuk mengawal telepati ini.

Sebelum ini, jika rakan saya ingin sms saya, secara tak langsung saya akan menelefon beliau dan bertanya khabar. Ianya sangat kerap berlaku. Dan kami tak fikir yang ianya kebetulan.

Begitu juga halnya jika saya ingin beliau sms saya. Apa yang saya buat ialah memikir tentang sahabat saya dan menyuruhnya sms saya. Selepas beberapa ketika..sms dari rakan saya pun sampai.

Disini saya tidak pasti, sama ada saya yang menghantar arahan telepati menyuruh rakan saya menghantar sms

atau

Saya dapat rasakan yang kawan saya mahu sms (ertinya, rakan saya menghantar isyarat yang dia akan sms saya) dan selepas itu,saya pun terfikir kan kawan saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...