27 November, 2010

Fast Notes- Teknik Nota Ringkas yang pantas

Fast Notes merupakan satu kaedah nota ringkas yang berupaya ataupun menyamai dengan konsep Mind Map yang diperkenalkan oley Tony Buzan. Ia juga mempunyai association, imej dan juga keyword. Tetapi fast notes ini adalah hasil cetusan idea saya apabila terlalu gemar menggunakan mind map.

Fast notes- nota ringkas dan pantas mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Association (hubungkait)
- Gambar
- Kata kunci ataupun keyword
- Teks / perkataan / rumusan (yang dipendekkan mengikut kefahaman kita)

akan tetapi apa yang membezakan fast note ini dengan kaedah mindmap ialah, fast notes boleh terdiri dari beberapa perenggan perkataan dimana setiap perkataan itu mungkin dihubungkaitkan dengan keyword ataupun perkara lain dengan menggunakan garisan /anak panah.

Fast notes sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar universiti untuk:
1. Menyalin nota ketika didalam kelas kerana teknik fast notes membantu anda menyalin smua nota dengan pantas. Boleh dikatakan, fastnotes 3x ganda lebih laju dari amalan penyalinan nota biasa.

2. Untuk membuat nota ulangkaji kerana dengan fastnotes anda akan lebih memahami perkara yang anda ingin fahamkan.

3. Menghafal dan memahami dengan serentak. Fastnotes menggunakan teknik keywords dan juga imej. Ianya terpulang kepada kreativiti anda sendiri.

Disini, saya belum dapat memberikan contoh2 fastnotes yang telah saya lakukan kerana smua nota-nota saya yang sebelum ini entah kemana. Tapi apa yang ingin saya katakan ialah:

Fastnotes ialah cetusan idea yang datang dari hasil pemerhatian saya keatas seorang pelajar india yang selalu mendapat pointer 4.0 setiap semester. Dari situ, saya gunakan kaedahnya dan menambah baik dengan menggabungkan ciri-ciri mind map tony buzan.

14 November, 2010

Latihan Merasai Tenaga Dalam

Untuk merasai Tenaga Dalam, disini saya ingin berkongsi satu latihan yang boleh dipraktikkan untuk mereka yang ingin mencuba. Tetapi sebelum itu perlulah dipastikan beberapa perkara berikut:

Tempat: Biarlah tempat yang sunyi supaya dapat lebih fokus.
Masa: Di malam hari ataupun pada waktu siang. Terpulang. Janji keadaannya tenang.
Posisi: Duduk bersila, baring (jangan sampai tertidur)
Emosi: Dalam keadaan tenang

Dibolehkan sebelum memulakan latihan untuk membaca surah Fatihah, Selawat, dan sebagainya.

Duduk bersila dengan telapak tangan kanan bercantum dengan telapak tangan kiri seperti sedang mengadap raja. "Ampun Tuanku"

Niat : "Ya Allah, bangkitkanlah tenaga dalamku untuk kebaikan diri"

Kemudian bayangkan satu cahaya berwarna putih berada dipusat anda. Bergerak menuju ke tangan kanan seterusnya melalui telapak tangan kanan dan memasuki ke telapak tangan kiri kemudian turun ke pusat semula. Bayangkan kitaran ini untuk beberapa minit. Cuba rasakan perbezaan yang dirasakan oleh badan anda.

Anda juga boleh mengubah arah pergerakan tenaga itu tadi dari kiri ke kanan dan ke pusat. Mengikut arah jam. Dan sekali lagi, cuba perhatikan perbezaan. Jika sudah mahir dengan kedua-dua arah tadi, anda juga boleh cuba menggerakkan tenaga dalam itu serentak.

Dan bagi mengakhiri latihan tenaga dalam itu tadi, anda perlulah meletakkan kedua-dua tangan ke bumi. Dan niatkan untuk membuang tenaga berlebihan yang tidak elok untuk kesihatan. Proses ini dinamakan pembumian.

Selamat mencuba!

Amalan mengelak sihir atau pukau

Berikut merupakan amalan yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada sihir.

1. Baca ayat penggerak.

Maksud: “Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayat Qursi
3. Surah Al-Iklas, Al-Falaq & An-Nas
4. Berniat melakukan amalan diatas untuk menghindari dari bahaya.


* Petikan dari rezekihalal.com

01 November, 2010

Kaedah Peta Minda / Mind Map

Kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak dengan kaedah cara saya belajar dengan menggunakan mind map. Kaedah mind map ini merupakan kaedah kegemaran saya. Ianya bagus apabila anda ingin mengingati sesuatu fakta ataupun ingin memahami sesuatu dengan lebih mudah.

Mindmap yang saya gemar gunakan ialah mind map yang diinspirasikan oleh Tony Buzan. Beliau merupakan pencetus kepada idea mind map yang agak mudah untuk kita ikuti dan ianya juga berkesan terhadap pembelajaran kita. Terutamanya ketika saya menuntut di Universiti dahulu.

Berikut merupakan salah satu contoh mind map oleh Tony Buzan.

Mind map diatas menceritakan serba sedikit mengenai Tony Buzan. Ringkas? Tetapi padat dengan informasi dan boleh diolah oleh idea kita secara neutral. Berikut merupakan lebih banyak contoh-contoh mind map:



Macam mana, Menarik bukan? Jika anda minat untuk mengetahui mengenai kaedah mind map ini, anda boleh cuba mendapatkan buku-buku mindmap oleh Tony Buzan dikedai-kedai buku seperti Popular ataupun MPH.

 Saya secara peribadi sangat mengesyorkan anda untuk mempelajari teknik mind map ini.

 Tony Buzan juga mengeluar software untuk membuat mind map yang dipanggil imindmap

Jika anda berminat untuk mendapatkan software imindmap boleh minta saya...  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...