25 September, 2011

Merawat Keteguran Pada Bayi

Untuk merawat bayi yang kena keteguran berikut den kongsikan hasil daripada bacaaan den dan semoga bermanfaat kepada ibu-ibu, ayah-ayah diluar sana kerana mereka dah buleh tidor malam tanpa ngantuk pada keesokkan hari :)

Den pun tak berapa pandai untuk memberi maksud sebenar 'Keteguran' ni, tetapi mengikut apa yang kawan den cakap ataupun apa yang den paham ialah:

"Keteguran ni berlaku apabila sesuatu makhlus halus menegur semangat anda, disebabkan teguran itulah badan anda sakit2 tak tentu fasal, ataupun bayi anda melalak tak henti2 pada waktu malam. Bila poie check, anda sihat wal afiat"

Jadi, ada petua untuk menghilangkan keteguran ini (kalau pasti ianya adalah keteguran, sebab hanya orang2 yang pandai je dapat tengok sama ada ianya keteguran ataupun tidak).

Petua merawat keteguran:

1. Ambil tempurung kelapa yang berlubang satu.
2. Masukkan 7 tangkai lada kering dalam tempurung.
3. Masukkan sebuku garam jantan (yang ni den tak berapa pasti jantina garam tu, korang tanyalah pada yang tahu..hehe)
4. Masukkan seulas bawang merah tunggal.

Kaedah:

1. Lalukan tempurung tsbt di atas ubun-ubun budak sambil membaca 3 qul.
(Surah Al-Falak, An-Nas, dan Al-Ikhlas). Lalukan sebanyak 7 pusingan mengikut arah tawaf kaabah. (melawan arah pusingan jam)
2. Terlangkupkan tempurung tadi di atas bara api. InsyaAllah keteguran akan hilang.


Kegunaan Zikir Asma ul Husna

Disini den akan catatkan beberapa zikir-zikir asma ul husna yang digunakan untuk tujuan yang tertentu. Semoga bermanfaat. Sorry yer, den tulis tak mengikut susunannya.

1.Yaa Mukmin
Kegunaan:
- Amalkan jika ada masalah ragu-ragu ataupun was-was semasa mengerjakan ibadat.
- Amalkan jika anda mempunyai sikap yang suka berbohong.
- Amalkan jika anda mempunyai rasa curiga kepada isteri/suami yang mereka mempunyai orang lain tapi perasaan itu sama sekali tidak berasas. (Sihir cemburu)

2. Yaa Salam
Kegunaan:
- Amalkan jika anda rasa tidak selamat atau tidak tenteram.
- Diguna pakai oleh pengamal perubatan untuk penawar kepada pesakit.

3. Yaa Malik
Kegunaan:
- Jika hendak berjumpa pegawai atasan boleh lah amalkan.
- Jika melakukan urusan pentadbiran, seharusnya diamalkan untuk kebaikan dalam bidang pengurusan yang dijalankan.

4. Yaa Qawiyyu Yaa Maatiin
Kegunaan:
- Jika mahu disegani oleh pihak lawan.
- Menampakkan tipu daya, fitnah yang ditujukan.





*************************************************************
HARUS DI INGAT!!!! SEMUA INI ADALAH DENGAN IZINNYA JUGA! 

Akan di update sokmo sekiranya berlaku penambahan, 
pengurangan atau pengubahsuaian.
************************************************************* 

16 September, 2011

Kaedah Root XXKPH

Disebabkan den selalu menggunakan custom ROM, den hampir tak perasan yang untuk root gingerbread xxkph ada sedikit berbeza dengan kaedah rooting froyo.

Patutlah den cuba root xxkph den tak menjadi, asyik stuck kat step yang ke 5. Hurmm..

Jadi untuk kalian semua, den turunkan satu lagi tips utk root xxkph.

Perhatian: Tutorial ni hanya berkesan untuk mereka yang sudah flash ke xxkph. Bagi yang selain daripada xxkph, dimohon buka minda dan mata, bahawa teknik rooting adalah berbeza.

Cara-cara Root XXKPH


1. Flash PDA menggunakan fail GT-I9003_PDA-XXKPE-fixed.tar
2. Run Superoneclick, dan klik butang root.
3. Download file normalboot.img.tar untuk XXKPH.
4. Flash PDA menggunakan fail normalboot.img.tar
5. Selesai!!.

Fail yang perlu dimuat turun.
1. GT-I9003_PDA-XXKPE-fixed.tar (saiz 6.14MB). Download
2. normalboot.img.tar. (5.52 MB) Download
3. Superoneclick - google sendiri laah yer.


15 September, 2011

Letih..

Hari ini den baru masuk kerja selepas cuti seminggu. Alhamdulillah majlis perkahwinan den berjalan dengan lancar. Minta maaf lah kepada pembaca kerana tidak dapat reply komen ataupun pertanyaan anda kerana den memang busy lately :).

Den letih sebab hari kedua perkahwinan je, adik ipar buat hal. Macam biasalah ada kaitan dengan jin2..+ saka2.. oh whatever..

Den letih gak sebab drive jauh nak balik kerja. Huishh...Hujan lak tueh.

Jadi, kepada pembaca-pembaca yang menantikan update den mengenai SGSL, den minta tunggu dahulu, kerana custom Rom yang betul-betul stabil belum dilancarkan. Jadi kita duduk dulu isap rokok sebatang dua.
Kalau dah released nanti den terus rembat dan update untuk rujukan kalian semua.

03 September, 2011

Cara Upgrade SL ke Gingerbread XXKPH

AMARAN: Tutorial ini hanya untuk menerangkan kaedah upgrade SAMSUNG GALAXY SL GTi9003 kepada firmware GINGERBREAD.XXKPH. Dan tujuan den hanya untuk berkongsi ilmu sahaja. Selebihnya anda buat, anda tanggung.

Den tak mahu buang masa sebenarnya, saatnya semakin tiba. Lagi beberapa hari lagi :) Jadi den akan postkan cara-cara untuk anda upgrade phone SGSL anda ke gingerbread XXKPH supaya fren2 den tak terlepas untuk mencuba sesuatu yang baru untuk SGSL.

Dan sila ambil maklum mengenai perkara berikut:
1. Anda mesti tahu cara untuk menggunakan odin dan tahu cara untuk flash firmware. Kerana untuk flash ke XXKPH ianya melibatkan 2 kali proses flashing.
2. Tahu dimana untuk mendapatkan sumber fail firmware tersebut. Lazimnya, fail-fail tersebut boleh didapatkan di forum xda-developers.
3. Den sarankan selepas berjaya ke XXKPH, seterusnya anda flash ke custom ROM. Buat masa ni, Gitaxian ROM adalah pilihan den kerana custom rom ini sudah pre-rooted dan optimized dari segi performance. Tapi itu semua terserah kepada anda.
4. Dalam tutorial ini, den akan menerangkan juga cara untuk melakukan swap external_sd dan beberapa tweak yang perlu.


Fahamkan perkara ini dahulu:
1. Sebelum memulakan proses flash, disarankan backup dahulu contact, sms, atau apa sahaja fail yang anda rasakan perlu.
2. Proses flash ke xxpkh, memerlukan xxkpe terlebih dahulu. Dan proses flash ke gitaxian rom memerlukan xxkph terlebih dahulu. Jadi untuk flash ke gitaxian Rom. Anda perlu memastikan untuk flash firmware mengikut urutan berikut:
XXKPE ------ XXKPH -------- GITAXIAN ROM
Apa itu Gitaxian Rom? Gitaxian Rom adalah satu custom Rom yang berasaskan kepada gingerbread.xxkph, sama juga seperti Namarom rev21 yang berasaskan froyo.xxkb3. Sebelum ini, gitaxian rom dikenali dengan nama 'Namarom'.

3. Setelah selesai flash ke gitaxian, maka kita akan teruskan kepada proses swap memory card dan seterusnya melakukan tweak untuk graphic.

Biru = proses ini perlu dilakukan di SGSL anda

Proses Flash XXKPE
1. Muat turun Odin v1.83, dan fail xxkpe.
2. Pastikan samsung usb driver sudah di install.
3. Buka Odin dan pilih fail latona_20110114.pit dan tekan start.
4. Cabut bateri, pasangkan semula.
5. Onkan Phone anda dan pergi ke download mode. (tekan Power + Home + Volume Down)
6. Klik butang Reset di Odin.
7. Klik BOOTLOADR dan pilih fail APBOOT_I9003XXKPE_CL409735_REV08_user_low_ship.tar.md5
8. Klik PDA dan pilih fail CODE_I9003XXKPE_CL409735_REV08_user_low_ship.tar.md5
9. Klik PHONE dan pilih fail MODEM_I9003XXKPE_REV_00_CL1041909.tar.md5
10. Klik CSC dan pilih fail GT-I9003-CSC-MULTI-OXAKPE.tar.md5
11. Klik butang Start dan TUNGGU SEHINGGA SELESAI!!



Jika sudah selesai, phone anda akan di-reboot. Matikan phone anda dan pergi ke download mode semula. Kita akan teruskan untuk proses flash ke xxkph.


Proses Flash XXKPH
1. Di Odin v1.83, klik reset
2. Pastikan phone anda sudah berada dalam Download Mode
3. Klik PDA, dan pilih fail I9003XXKPH_I9003XXKPH_I9003SERKPH_HOME.tar
4. Tekan butang Start, tunggu sehingga ianya selesai.
5. Tahniah anda sudah berjaya flash ke XXKPH.





Sekarang, anda sudah boleh menggunakan ROM XXKPH. Tetapi alang-alang menyeluk pekasam jom kita flash ke Gitaxian.
 
Proses Flash Gitaxian ROM
1. Di Odin v1.83, klik reset
2. Pastikan phone anda berada dalam Download Mode.
3. Klik PDA di Odin dan pilih fail GITAXIANROM.I9003-PDA-XXKPH-V1.3.0.tar.md5
4. Tekan butang Start, tunggu sehingga ianya selesai.
5. Phone anda akan reboot, dan akan ke ClockWorldMode (CWM)
6. Di CWM, pilih Advanced (gunakan volume down / volume up)
7. Pilih Wipe Dalvik Cache (tekan butang Home)
8. Pilih Yes. Setelah selesai, tekan butang back, dan pilih reboot system now.



Orait. Selesai sudah. Kini anda sudah menggunakan Gitaxian Rom dan kita akan ke proses swap external_sd pula.


Proses SWAP External_SD
1. Pastikan fail vold.fstab untuk Gingerbread XXKPH sudah dimuat turun.
2. Pastikan juga anda sudah install Root Explorer.
3. Masukkan vold.fstab yang dimuat turun ke dalam memory card anda.
4. Buka Root Explorer, copy vold.fstab yang dimasukkan tadi dan pastekan ke dalam system/etc. Sebelum itu, pastikan anda sudah pilih Mount R/W.
5. Reboot phone anda.

Graphic Tweak
Ada sedikit masalah pada graphic untuk custom ROM ni. Tak pasti sama ada xxkph ataupun gitaxian punya masalah. Tweak ini bertujuan untuk menambahkan lagi kelajuan fps (frame per second) bagi graphic 3D dan juga 2D. Tweak ini juga dapat menyelesaikan masalah pada tekstur SYGIC GPS Navigation. (Papago ok, dont worry). Berikut merupakan cara untuk melakukan tweak tersebut:
1. Buka Root Explorer dan pergi ke system/lib/egl
2. Buat satu folder baru didalam folder egl tersebut dan namakan sebagai 'backup'
3. 'Move' fail libGLES_android.so ke dalam folder backup tadi.

Yupp itu sahaja.

Antara kelebihan-kelebihan custom ROM nie.
1. GPS laju.
2. Game laju.
3. .....tiada masalah so far yang den dapat detect.  

Lihat update berkaitan masalah-masalah custom ROM ini di sini


DOWNLOAD LINK
Gitaxian Rom- Sila lihat di URL ini http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1230263

============================

Den hanya manusia biasa, dan proses flash kali ini den mengalami kecelakaan :p. Hehehe. Dimana proses flash den tidak berjaya 3 kali. phone den? hahaha. Skrin hitam la jawabnyer. Sebelum flash, den nasihatkan anda supaya bersedia dari segi Mental, dan Poket.



02 September, 2011

Yeay! Gitaxian Gingerbread XXKPH untuk Galaxy SL

Dah lama den tak temberang pasal phone SGSL. Semenjak den upgrade NamaRom v1.0 aritu..kehkehkeh. Hari ni den nak beritahu yang den dah pun upgrade ke XXKPH. Gudbye froyo. :))

Yup semestinya ianya adalah Roti Halia yang ramai nanti-nantikan! Bukan tu je..den dah flash phone den ke Gitaxian Rom (formerly known as namarom tapi untuk versi gingerbread). Dan result dari benchmark tools adalah seperti berikut:

1. Antutu -- 2498
2. Quadrant -- 1357

Yaa, masih lagi first ranking, tetapi kurang dari versi froyo yang lalu. Seterusnya den akan buat swap external sd seperti biasa. Dan kemungkinan akan berkongsi dengan rakan2 sekalian mengenai kaedah ataupun beberapa tips untuk kalian mencubanya!. Itupun kalau den rajin lah.. hehehe~.

Nie ada sedikit screenshot untuk mengghairahkan anda semua untuk bertukar ke gingerbread. =). den memang suka menghasut..kekeke

pre-Rooted!

Gitaxian Rom ataupun NamaRom

...


Score Antutu 2498, kira okay lah sbb stabil.
Berikut merupakan perkara-perkara yang den perlu uji sebelum den buat tutorial untuk memudahkan korang follow den.

1. GPS.  
2. Camera
3. Video Recording
4. Swap
5. Video player
6. Radio
7. USB Debugging
8. Samsung Kies
9. Battery life.
10. Music Player-  sebelum ni ada isu bahawa sesetengah mp3 ginger xbley nak main.

dan??? sila beri cadangan untuk den test sebelum tarikh tamat...

========================

Okay beberapa update untuk rujukan anda semua!

HIJAU = OK, MERAH = TAK OK!

10:12 PM 2-Sept-2011
- Camera, Video Recording, Swap external SD, Samsung Kies
- Radio, USB debugging, music player, video player,

2:29 PM 4-Sept-2011
- Battery Life OK, GPS Ok dan laju, Voice Recording Ok, Wifi Ok,
- Dan Celcom Internet (APN) ok, xpayah set manual.
- Beberapa Optimizer apps/tools Force closed.
- 3D graphic ada masalah tekstur (contohnya Sygic), tapi ada tweak untuk selesaikan masalah tu.


5:00 PM 5-Sept-2011
- Signal Wifi tidak beberapa kuat berbanding froyo.xxkb3

5:00 PM 14-Sept-2011 
- Phone ringtone kadangkala tidak berbunyi. Terkejut den tgk orang miscall den 11 kali.


11:00 AM 15-Sept-2011 
- Ketika USB Tehtering, phone tiba-tiba reboot.


==========================
PERATUS TAHAP KEPUASAN HATI DEN: 

90% 70% 65%
==========================
Bukti! SWAP untuk XXKPH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...