02 August, 2013

Cara backup data apabila memory card handphone bermasalah

Salam sejahtera semua pembaca budiman, 


Pernah atau tidak anda mengalami memori kad pada telefon pintar anda bermasalah? Masalah yang saya maksudkan disini ialah anda tidak dapat nak transfer semua gambar/fail-fail lain ke PC disebabkan kegagalan untuk membaca memori kad tersebut. 

Walaubagaimanapun, gambar tersebut boleh dibaca di dalam handphone. Hah, itulah yang terjadi pada saya kebelakangan ini. Sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anda, maka anda bolehlah ikut cara yang saya buat untuk backup gambar-gambar kesayangan saya sebelum memori kad tersebut betul-betul rosak.

Langkah-langkah:
1. Cuba bluetooth data yang anda hendak ke laptop. Tapi yang ini sangat perlahan. Biasalah bluetooth.
2. Cuba keluarkan memori kad anda, dan pasang pada memori card reader di PC anda. 
3. Jika kaedah ke 2 tadi gagal. Maka mungkin anda boleh gunakan kaedah yang saya gunakan ini.

Backup data menggunakan aplikasi wifi
Anda boleh gunakan kies air (jika guna samsung) dan aplikasi yang sewaktu dengannya. Tapi pada ketika itu, samsung kies air saya juga tidak dapat membaca fail gambar yang saya mahukan. 

Jadi, saya pun menggunakan aplikasi lain, iaitu dooblou Wifi File Explorer. Aplikasi ini dapat membaca data-data yang berada di dalam memori kad anda melalui penggunaan wifi.


Langkah-langkah menggunakan dooblou Wifi File Explorer:

1. Install aplikasi ini daripada google play. Sekiranya tiada, anda boleh cari di google atau 4shared.com
2. Selepas install, run kan aplikasi tersebut. Sebelum itu, anda perlu ON kan wifi terlebih dahulu.
3. Baca alamat yang tertera pada aplikasi tersebut. Contohnya: http://192.168.1.30:8000
4. Buka laptop anda dan connectkan ke wifi, kemudian buka browser (firefox,chrome dll) dan masukkan alamat tersebut di ruangan address bar browser anda.
5. Tekan Enter, dan anda akan berjaya memasuki / membaca data anda menggunakan aplikasi ini.
6. Seterusnya, pilih gambar yang anda kehendaki dan klik download selected untuk memuat turun data/gambar-gambar anda ke laptop tadi.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa standby duit untuk membeli memori kad yang baru ya! Haha.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...