25 April, 2011

Kaedah rawatan Rihul Ahmar / strok / angin ahmar.

Sediakan air zamzam..tak dapat zam-zam ambil air kolah, xdapat air kolah, pi beli air susu kambing..ada lagi 2 je nis air yang den xmo sebut..

Kaedah ini untuk merawat pesakit yang terkena rihul ahmar. Cara-caranya.

1. Baca taawuz
2. Baca Bismillah & Al-Fatihah Sekali.
3. Baca taawuz & Ayat Kursi
4. Bacalah doa Rihul Ahmar. Kat blog den ado nie ha. Klik kat sini
5. Tiup halus & lembut pada air & berniat untuk dijadikan penawar kepada pesakit tadi.
6. Suruh pesakit baca Bismillah dulu, al-fatihah, ayat kursi dan selawat  pastu bagi dia minum.


Dah minum, tawakal. dan jangan lupa ikhtiar cara lain...

24 April, 2011

Serangan Stroke / angin ahmar

Stroke
Den tak tawlah..ramai keluarga/ saudara mara terdekat den kebelakangan ini kena serangan penyakit. Penyakit batu karang , dan baru-baru ini sakit angin ahmar.
Jadi den seperti biasa, akan mengkaji serba sedikit mengenai penyakit itu semua. Kali ini, den nak taw apa tu stroke. Dan apa yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit ini. Apakah ubat, ataupun ayat-ayat alQuran yang kita boleh gunakan. Apakah punca-puncanya?? Banyak persoalan yang bermain dalam benak den.

...Kisah yang terjadi..
Adapun den ada terdengar khabar saudara jauh yang terkena penyakit stroke ini. Menurut doktor, ianya hanya mild stroke sahaja. Tetapi ada juga yang mengatakan keadaan stroke tu bukanlah mild seperti doktor katakan. Sebab pesakit tersebut meracau2 ketika tidur..dan tangannya akan bergerak2..

Mengikut tukang karut (pencerita kisah ini)..pesakit tu tidak boleh menggerakkan anggota tangannya. Seingat den tangan sebelah kiri. Kasihan den mendengar keadaan beliau. Mudah-mudahan ALLAH menyembuhkan penyakit yang dialaminya.

Punca kepada stroke:
Stroke terjadi disebabkan oleh kekurangan darah oksigen ke otak. Sebab apa boleh kurang? Sebab berlakunya perkara seperti pembuluh darah tersumbat, sempit ataupun pecah...
Pembuluh darah tersumbat/pecah/ sempit ini boleh terjadi atas beberapa sebab. Antaranya ialah:
a) Pemakanan tak seimbang..tulah den dah pesan, jaga perut! jaga makan!.. Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang..Janganlah ekau bedal aja. Salah satu punca kepada penyempitan pembuluh darah ialah sebab kolestrol.
b) Ada penyakit darah tinggi?? Kalau ada, berhati-hati lah..sebab memang senang nak kena stroke. Stroke dengan darah tinggi ni dah macam adik beradik. Naik jer darah...berjaga-jagalah, dikhuatiri stroke menanti.
c) Merokok? Minum Arak? Suka fast food? Kurang bersenam? ahha..tahniah..ini pun penyebab boleh terkena kepada stroke.
d) Selalu tension ? Marah-marah? Kalau selalu tension dan marah-marah, bawalah diri bertenang. Kerana PEMICU stroke ini adalah disebabkan marah-marah, hipertensi dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
e) Dadah...kalau ambil dadah ni, lebih baik minum petrol. sama je kot...cuma pantas atau tidak aja untuk kojol.
f) Diabetes...

Okay..kita pandang dari sudut yang lain sikit..sudut lebih islamik..mengikut kisah-kisah nabi dsb. Stroke/Angin Ahmar juga ada kisah..
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

...haa itulah kisahnya angin ahmar ini...geruns?? Penyakit ini juga makhluk, diberikan kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada cucu-cucu Adam. Semoga kita dijauhi dari serangan makhluk ini.

Doa mengelakkan Angin Ahmar.
Berikut merupakan doa untuk mengelakkan daripada serangan angin ahmar. Seeloknya amalkanlah doa ini walaupun sekali.
Sambungan ke -2:


Sambungan ke-3:

Sambungan ke-4:
Sambunga ke-5:

Amalkanlah doa ini, semoga dengan berkat doa dan keizinan ALLAH. Kita dijauhi dari penyakit ini. Wallahualam.

22 April, 2011

Aliran panas dalam perut..

Saja den kongsikan pengalaman...

2-3 hari ni, badan den rasa panas semacam, panas dalaman. Ianya tidak bersifat luaran. Tetapi kalau anda pernah merasai apa yang den maksudkan mesti anda tahu apa yang cuba den story.

Kalau yang tak faham apa yang den maksudkan, ceritanya lebih kurang begini, panas dalam kita dapat rasa, tetapi bila kita pi check suhu badan..ianya normal. tetapi kita dapat rasa bahang panas tu di dalam badan kita.

Den suka amalkan bismillah enam ini & beberapa amalan lain iaitu setiap kali solat. Tapi lately, badan den kadang2 rasa ada aliran panas. Perut den yang paling ketara..Ingatkan sakit perut..pi tandas nak memerut tapi tak dok hasil. Den pun pelik.

Panas tu berpusing2...berjalan2...huh..

Mungkinkah sebab den ada amalkan zikir al-ihklas?? Hurmm mungkin juga. Den buat amalan ini tak pernah pun nak mencari Khadam ataupun sebagainya. Cuma den amalkan untuk perlindungan diri den, dan juga mendapat keredhaan Allah swt.

Masa den mula amalkan zikir al-ikhlas tu, 2 hari den tidur tak nyenyak..jasad tidur..tapi entahlah memang kalau bangun rasa letih atau macam tak cukup tidur..tapi den xde lak mengalami apa-apa mimpi.

Walau apapun den tetap bersyukur, den sihat wal-afiat.

Wallahualam.

20 April, 2011

Amalan Pagar Laut...

Ini adalah amalan untuk memagar rumah anda. Dengan menggunakan pagar laut. Semua ini hanyalah dengan izin Allah. Cara amalannya pun tidak sukar, kerana hanya menggunakan ayat kursi sahaja. Yang rata-ratanya hafal ayat ini.


Pagar Laut ada..pagar api pun ada. Tetapi saya kongsikan pagar laut untuk kebaikan kita bersama. Antara kelebihan pagar laut ialah rumah pengamalnya kelihatan seperti dikelilingi oleh lautan. Justeru, ianya akan menghalang daripada seseorang yang berniat jahat untuk memasuki kawasan rumah anda.

Kalau dah masuk?? Hehehe..kalau dah masuk dorang tidak boleh keluar..



Cara amalannya ialah dengan membaca ayat kursi 9 kali waqaf (berhenti). Bayangkan lautan mengelilingi rumah anda (dari kiri ke kanan) ketika anda membaca ayat kursi.

Nota:
1. Amalan dilakukan selepas waktu maghrib.
2. Dilakukan sebanyak 44 hari berturut-turut.
3. Ayat kursi dibaca dengan 9 kali berhenti.

17 April, 2011

Al-Ikhlas, semudah-mudah Surah sebesar-besar ganjaran.


Al-ikhlas merupakan surah ketiga (surah ke 112) yang terakhir dalam al-Quran. Diriwayatkan dari Atha dari Ibnu Abbas r.a bahawa suatu hari datang seorang utusan dari kaum Nasrani bertanyakan kepada Nabi Muhammad saw sebagaimana berikut "Terangkan kepada kami tentang sifat Tuhanmu. Adakah ia adalah dari zabarjad, yaqut atau emas?"

"Tuhanku adalah zat yang mencipta segala sesuatu". Tidak lama kemudian turunlah surah Al-Ikhlas ini. Kalau nak ikutkan surah nie ringkas je, senang nak hafal tetapi ia juga menyimpan sebegitu besar ganjaran ataupun kelebihan. Kenapa dikatakan besar ganjaran atau banyak kelebihan?

1. Baca sekali seperti baca sepertiga Al-Quran.
Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).


2. Malaikat menyedekahkan pahala bacaan al-ikhlas mereka kepada siapa yang membaca surah ini.
Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

3. Ditulis ayat-ayatnya pada sayap-sayap malaikat.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.”


4. Apabila mati, tidak membusuk jasadnya dan dipimpin malaikat ketika melintasi titian siratul mustaqim.
Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


 
5. Sesiapa yang melintasi kawasan lalu membaca al-ikhlas 11 kali dan disedekahkan kepada ahli kubur, maka dia akan mendapat pahala menyamai pahala ahli-ahli kubur disitu.

-bersambung---

6. Diriwayatkan bahawa terdapat sahabat yang datang kepada Nabi Muhammad saw dan mengadukan tentang kemiskinannya, maka baginda pun bersabda "Jika kamu masuk ke rumah mu, bacalah surah al-ikhlas!" Amalah amalan ini secara berterusan insyaAllah akan dilapangkan dari kesusahan & ditambah rezekinya.

7. Rasullah bersabda "Barangsiapa membaca surah al-ikhlas sebanyak 30 kali maka Allah swt menulis untuknya kebebasan dari neraka dan aman dari seksa juga aman dari huru-hara besar(fitnah kiamat)"

8. Dalam kitab al-Jami al-Shagir, disebutkan satu hadis yang maksudnya "Sesiapa membaca tasbih sebanyak 1000 kali maka sesungguhnya ia telah membeli dirinya dari Allah (yakni sebagai tebusannya)".

9. Melenyapkan rasa lapar ketika tidur iaitu dengan membaca al-ikhlas dan al-Mu'awwizatain (An-Nas & Al-Falaq) lalu ditiupkan pada tangan dan disapukan ke seluruh tubuh.

...sambung lagi..


16 April, 2011

Ayat 15, ayat pertama

Dalam Ayat 15, ayat pertama merupakan ayat dari surah Ali-Imran ayat 1 dan 2.


Maksud: Alif Laam Miim.(1) Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya (2)

Khasiat:

Menenangkan hati pesakit jika dibaca secara berterusan. Segala dosanya diampuni Allah.

15 April, 2011

Aku lupa bersyukur...



Aku lahir cukup sifat, ada orang lahir kepala bercantum, berkongsi jantung..

Aku membesar dengan kasih sayang ayah dan ibu, ada orang dibesarkan dirumah anak2 yatim piatu. Tak ada ayah dan tak ada ibu..

Dulu pernah, aku makan nasi dengan ikan goreng jerw...Tapi aku tak tahu yang ada orang makan sisa dari tong sampah. Ada juga yang tak makan berhari-hari..kalo dapat makan ikan bagaikan hidangan syurga buat mereka..

Aku pakai kasut murah pergi sekolah, Mak beli kan kedai Ah Seng, tak sampai RM20 pun, tetapi ada orang pakai kasut lusuh yang berkoyak rabak, nak mintak mak dia beli kasut baru, mak pesan suruh bersabar tunggu ada duit lebih.


Aku pakai kereta kecil je, orang lain pakai kereta besar dan mewah, tapi aku lupa ada yang naik basikal tua je pergi kerja..

Aku ada jawatan dan bergaji agak lumayan, tapi aku selalu merungut kalau parent minta duit lebih..aku tak nampak yang selama ini, diorang besarkan aku dengan susah payah, bercengkang mata hingga 3 pagi untuk membesarkan aku.

Aku sihat, tak ada penyakit kronik..kalau ada pun sebab jari aku patah masa eksiden..tapi aku lupa ada yang lumpuh, tak boleh bangun, ada yang cacat seumur hidup, ada yang bisu, ada yang pekak..








Ya Allah, selama ini aku lupa bersyukur padamu...Maafkan aku..Sesungguhnya aku lalai dan telah berdosa padamu..

Ya Allah, kalaulah ditakdirkan aku hidup mewah, janganlah kau lalaikan aku dengan nikmat harta yang kau berikan padaku..kerana aku lebih sukakan syurgamu dari azabmu atas kelalaianku.

Kadang-kadang aku merasa dunia ini seperti tidak adil, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang sihat, ada yang sakit. Tetapi betulkah anggapan aku itu?

Dimana adil sebenarnya? Kenapa perlu ada ujian sedemikian rupa..

Baru kini aku sedar...sedalam-dalamnya..DUNIA ini hanya sementara....

Ayat Qursi...antara salah satu kelebihan..

Hari ini, den ada big mission..sudah tentulah mission untuk menyiapkan kerja. 23haribulan nie ada exhibition so, sebagai salah satu jawatankuasa yang perlu terlibat kenalah buat persiapan.

Mission nyer ialah mencari display panel.. yang selalu orang guna setiap kali ada exhibition..cam banner gak..tapi dia spesial skit..

So, dari NS aku berterbangan ke USJ dan juga Cheras, semata-mata untuk mencari display panel tersebut. Dekat seremban? Huh jangan harap. Tak jumpa der kedai macam tu.

Dalam tangan ada 3 kedai yang kitorang nak pergi usha ...tapi kedai yang last nie..antara kedai yang paling susah kitorang nak cari. Dalam GPS den pun susah nak carik. Kiranya, kitorang lagi skit hendak putus asa. Tapi usaha mencari tu tetap diteruskan sebab nak dapatkan yang betul2 bersesuaian dengan citarasa dan keinginan kami. Murah dan berbaloi2...

Sampai satu tempat tue, setelah puas pusing2...tak jumpa gak kedainya..Kitorang berhasrat untuk tanya orang2 dekat situ..Aku turun dari kereta dan pi usha satu kilang dekat situ..sebab aku nampak kelibat manusia yang sedang bekerja.

Sebelum masuk tue, den tapakkan kaki kanan untuk melangkah masuk ke boundarynya..sambil terkumat-kamit membaca ayat Qursi ..tetapi tiada niat apa..mungkin dah terbiasa selalu baca ayat Qursi kot. Aku pun tanya dekat uncle cina tue..dia bagi arahan tapi mengelirukan..

Akhirnya aku tunjukkan alamat tu pada driver lori tu pulak..pakcik tu orang melayu. Pastu dia macam terpinga-pinga..dia suruh aku tunggu kejap..dia nak pergi ke dashboard lori tu.

Pastu aku pun follow dia dari belakang..tup tup..dia keluarkan envelope yang tertera alamat yang aku hendak pergi..Sebelah-sebelah je. Dia nak pi alamat no 5..aku nak pi alamat no 4.

Adakah ini satu kebetulan?? Ataupun Allah SWT telah mempermudahkan urusan kerja aku? Bagi aku, aku yakin berkat dari ayat Qursi tadi dan Allah pun memudahkan urusan kerja aku.

Kitorang pun follow lori tu sampai ke destinasi... End of Story..

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Ayat Empat...

Adapun satu hari yang tenang den bercerita dengan teman den kat kedai makan..tengah syok cerita, dia pun ada gak kongsi2 citer pasal silat..ayat2 yang dia pernah dapat dari orang dan amalkan..

Pastu den pun mencelah..ko taw tak ayat empat? Ayat empat ni orang cakap kalau pergi bergaduh. tak kiralah orang tu ada ilmu kebal ka..kalo kita bagi sekali mesti menyembur darah. tapi kalo dah amalan nyer mantap lah.

Jadi kat sini aku nak letakkan ayat empat tue..dan amalanya. Boleh cuba..dengan syarat niat kena betul. Jangan ada niat lain. Cukuplah niat nak mintak perlindungan dari Allah. Ada gak yang cakap ayat empat nie merupakan satu daripada amalan silat selendang merah..

Owhh whatever!!..merah ke putih ke..ungu ke..yang penting ilmu sebegini seharusnya tidak sekali-kali disalahgunakan. Anda nak tanggung dosa kah? Kalau betul ayat empat yang korang guna meragut nyawa orang lain. Nehi nehi nehi..please dont do like that..we are human being..Islam is our way..

Islam never tought us to kill people..unless...for certain reasons?? maybe? ask your ustadz...dont ask me.

Okay cukup sudah den menunjukkan ketidak 'terer' an den berbahasa inggeris..

Ini ayat empatnya:
1. Laa haw laa wala quwata illa billahil 'aliyyil adzhim.
2. Wallohu gholibun 'ala 'amrihi.
3. Yaa Hayyu Yaa Qayyum, Yaa ilahana, wa ila kulli syai'in, ilahan waahida, laa ila ha illa anta.
4. Yaa dzaljalali wal ikraam..

** Dinasihatkan untuk melihat versi jawi..kerana dikhuatiri tersilap sebut.

13 April, 2011

Bismillah 6..salakan anjing dan tangisan bayi..

Sekadar perkongsian..

Beberapa hari lepas, aku tak ingat tarikhnya. Pada hari yang berbeza, anjing menyalak2 mendayu2..

Kes 1.
Masa tu dalam jam 12 lebih. Tengah malam, aku dah nak tidur tetapi kedengaran suara anjing menyalak dikejauhan..aku pun praktikkan bismillah enam nie..habis je baca ayat tue..tak kedengaran lagi salakan anjing tue.

Kes 2.
Sama macam kes 1, anjing menyalak lagi, tapi dekat-dekat dengan area rumah sebab salakan dia tu agak jelas. Aku praktikkan lagi..lagi sekali dengan izin Allah. Salakan tu beransur kurang dan senyap.

Kes 3.
Pada hari yang sama kes 2 berlaku, selang beberapa minit (aku tak berapa ingat) aku terdengar bayi menangis. Aku pun praktikkan kaedah yang sama macam aku buat untuk kes 1 dan 2..dan sekali lagi dengan izin Allah. Bayi tu berhenti nangis. Alhamdulillah.

Aku pun tak berapa pasti..tapi itulah apa yang telah aku praktikkan...

Wallahualam.

Kelebihan Bos Cerewet..

Hah, hari ini hati ada sikit berbulu disebabkan perangai bos yang cerewet. Giler!. Memang susah dapat bos macam ni. Sabo je la...(versi hantu kak limah)


Aku ada seorang bos kenit, uppss rendang, dan perangai dia agak len macam skit. Memang cerewet giler, xley handle. Kerja senang boleh jadi susah. Kerja susah lagi laa menjadi super duper susah. Disebabkan keterlebihan dalam perkara-perkara remeh-temeh. Nasiblah. Mungkin ada betulnya, orang cakap kalau perempuan jadi bos memang macam ni. Bukanlah kenyataan ini bersifat berat sebelah terhadap isu gender. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dimana-mana tempat kita bekerja. Tetapi bukan semua perempuan lah ya. Aku khususkan kepada bos aku aje. Jangan terasa hati lak pempuan2 yang kat luar sana. Tapi kalau korang terasa pun aku tak kisah. Aku cakap based on apa yang aku lihat (norma).

Kadang-kadang aku terfikir kenapa dia perlu bersikap macam tu. Jadi hasil daripada logik sahaja aku membuat rumusan.

Sebab-sebab Bos Kenit aku perangai seperti itu:
1. Sebab dia kenit, kalau dia x fussy dia takut orang memandang kerendahan   rendah terhadapnya.
2. Mungkin dia fikir, kalau jadi bos (walaupun dia timbalan sahaja) dia perlu fussy barulah pekerja respect (pada hakikatnya...muncullah satu blog seperti ini...hehe)
3. Dulu mungkin dia selalu kena buli, sebab dia rendah..orang selalu terkutuk dia sebab tak perasan dia masa tengah lalu dekat situ. Jadi dia balas dendam.
4. Mungkin sebab dia nie jenis Queen Control, sebab aku pernah tengok suami dia. Aku rasa kesian.
5. ...cukuplah ..aku tak larat nak tanggung dosa kutuk dia...

Tetapi, aku bukanlah sejenis yang negatif, dan aku sering menyelitkan unsur positif didalam kenegatifan sesuatu perkara. Maka segala isu2 yang aku bincangkan akan bercampur aduk dan huru-hara. Dan itulah kelebihan aku. Boleh meneutralkan keadaan ataupun sebaliknya. Kekeke


Antara perkara positif yang aku nampak ialah:
1. Dia comel..sebab kerendahan ketinggiannya itu..
2. Tak apalah dia cerewet, sebab dia memang nak pencen dah pun. Aku tak kisah. Kita sabo je la.
3. Ada bagus gak bos cerewet, so kita boleh make sure kerja kita bermutu terutama sekali apabila kena bentang dekat dia.

Jadi, janganlah mengeluh sangat kalau dapat bos kepala angin, kepala batu, kepala besar dan sebagainya. Sebab memang itulah kepala mereka..kita tak dapat buat apa pun. Mungkin kita perlu belajar cara menangani orang-orang / bos-bos seperti ini.

Apakah cara terbaik yang kita boleh lakukan sebagai pekerja? Nak mengampu? Itu bukan cara saya...

12 April, 2011

Cengkaman Ilmu Hitam...Kisah benar.

Den ada baco satu buku ni..syok lak den baco kat google books tue..walaupun tak dapat baca full content tapi den rasa puas. Buku ini menceritakan pasal satu keluarga yang telah dianiayai oleh seorang bomoh yang berniat jahat. Habis satu keluarga. Mulanya dengan berubat dengan dia..last-last bomoh tu pulak kaki klentong.Main ilmu hitam. Pakai minyak pengasih dsb. Syok buku ni.


10 April, 2011

Buang batu karang??

Harini den dapat satu gambar baik punya. Gambar batu karang yang dikeluarkan oleh seorang pakcik. Den tak taw status pakcik tu sama ada dia bomoh ataupun perawat yang lain.

Batu Karang yang dikeluarkan
Inilah gambar batu karang yang telah dikeluarkan oleh perawat tersebut. Kaedah pembuangan batu karang itu hanya menggunakan limau sunkist. Memang agak pelik bunyinya kerana lazimnya kita mendengar mengenai bedah batin. Tetapi perawat ini menggunakan limau sunkist lalu melalukan pada bahagian pinggang pesakit dan memerahnya. Hasil daripada perahan tersebut muncul lah batu-batu kecil ini.
Batu karang...? cam batu kat jalan je.
Melalui pemerhatian den pada gambar, den rasa musykil. Batu karang tersebut seperti batu-batu ditepi jalan yang biasa kita lihat. Jadi, dengan menggunakan rasional pemikiran, anda yakinkah yang dikeluarkan itu batu karang?  Bukanlah saya nak memburuk sangka terhadap perawat tersebut tetapi kalau anda semua lihat sendiri, adakah anda juga berfikir seperti saya?

 
Kalau anda semua berminat hendak mengetahui mengenai rupa bentuk batu karang sebenar yang dikeluarkan oleh doktor. Disini saya akan menunjukkan gambar batu karang yang sebenar hasil daripada pembedahan. Gambar ini saya ambil dari Berita Harian Online. Hehe. Lihat, perbezaan batu karang tersebut.

Sekali lagi, bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak. Tetapi jika diamati memang jelas perbezaan batu karang diatas dan juga dibawah ini.
Justeru itu, sejauh manakah kebenaran kaedah perubatan tersebut? Adakah ianya satu penipuan? Inilah yang seharusnya kita selidik bersama. Mungkin ilmu perubatannya berbeza tetapi ianya benar-benar sembuh. Mungkin juga ianya melibatkan permainan jin dalam perkara ini?

Walau apapun, saya ingatkan kepada semua serta diri saya sendiri, yang mendatangkan kesembuhan ialah Allah swt semata-mata.


Ayat 15, ayat ke-6: Penawar racun...

Dalam Ayat 15...terdapat satu ayat dari Surah Qaf (ayat ke 15) iaitu:


Maksud: (Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.

Tatacara:


Ambil 7 butir beras lalu ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan air tadi kedalam air kelapa hijau. Baca ayat bergaris diatas (7 kali).

Balhum fii labsim min kholqin jadid.

dan tiupkan pada campuran beras dan air kelapa tadi, dan diberi minum kepada pesakit.


InsyaAllah akan sembuh. Wallahualam.

Pesan orang tua-tua, basuh kaki sebelum tidur.

"Mak semalam aiman mimpi kena gigit dengan monyet" kata aiman pada ibunya.
"Tulahh..lain kali basuh kaki tu dulu sebelum tidur.!" pesan ibunya.


Adapun seringkali kita dengar, dimana-dimana, lidah ke lidah..pesan ini diturunkan.."Basuh kaki sebelum tidur".
Itu kata-kata orang lama, orang-orang tua. Pesan itu selalunya untuk mengelakkan dari bermimpi sesuatu yang buruk. Contohnya..mimpi si aiman tadi.

Kalaulah adab basuh kaki itu diubah kepada berwudhuk maka ianya adalah lebih bagus..kerana sudah menjadi sunnah..dan apabila ia adalah sunnah maka ia menjadi ibadah kepada pelakunya. Secara automatik, kita dah dapat pahala. :) kan? kan?

Aiman tak kesah ker? Nak tidur dapat pahal atau tak dapat apa-apa?..


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jika engkau hendak ketempat tidur, hendaklah engkau berwudhuk sepertimana wudhuk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring kekanan dan membaca : 'Ya Allah, ya Tuhanku aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan perkaraku kepada-Mu, lindungkan belakangku kepada-Mu kerana suka dan takutku kepada-Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada-Mu, aku percaya dengan kitab-Mu yang engkau turunkan kepada Nabi-Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


========

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, " Wahai Iblis, siapakah orang yang paling baik sekali padamu?"
Berkata Iblis, " Ya Nabi Allah, orang yang menjadi saudara maraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur, orang-orang yang berat matanya hendak dibuka ketika waktu subuh untuk mengerjakan solat. Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan ku buaikan dia sehingga terbit matahari, demikian juga pada waktu solat yang lain. Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan solat dengan pujukanku."
========

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhu’nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya”. HR. Muslim. 

Ini adalah adab-adab berwuduk yang den nk kongsikan..walaupun ianya adalah topik ringan tetapi berapa ramai antara kita yang mengamalkannya?? Saya yakin, tidak ramai. Kenapa? malas...ya barangkali.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.


Dengan berwuduk sebelum tidur insyaAllah boleh dijadikan sebagai benteng..

Sedikit sambungan..Ketika hendak tidur sebelum melelapkan mata. Genggamkan kedua belah tangan dan baca surah berikut sebanyak 3 kali setiap satunya.
1. Surah Al-Ikhlas. (3 kali)
2. Surah Al-Falaq (3 kali)
3. Surah An-Nas (3 kali)



Setelah selesai, hembus pada tapak tangan dan usapkan keseluruh tubuh.

Wallahualam.

09 April, 2011

Hud 57, pelindung dari kejahatan qorin...dsb..

Didalam surah hud, pada ayat 57.

Pada ayat berikut:


Maksud: "Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu." 
 
 
 Cara amalan:
1. Baca ayat diatas, dan pada perkataan yang bergaris sertakan dengan niat untuk berlindung dari kejahatan Qorin.

Boleh juga ayat ini diamalkan untuk berlindung dari kejahatan iblis dan syaitan..

Wallahualam.

05 April, 2011

Aurad Imam Ghazali

Ada satu amalan yang dikatakan tidak ditinggalkan oleh Imam Ghazali iaitu membaca aurad. Disini saya akan kongsikan aurad imam ghazali bagi mereka yang ingin mengamalkannya

Baca aurad ini setiap hari sebanyak 1000 kali.
1. Hari Isnin, bacalah "Laa hawla wa laa quwwata illaa billahil 'aliyyil azhiim"   
2. Hari Selasa, bacalah "Shallahu 'alaa Muhammad"
3. Hari Rabu, bacalah "Astagfirullaahal 'azhiim"
4. Hari Khamis, bacalah "Subhaanallahil 'azhiimi wa bi hamdihi"
5. Hari Jumaat, bacalah "Ya Allah"
6. Hari Sabtu, bacalah "Laa Illaha illallah"
7. Hari Ahad, bacalah "Yaa Hayyu Yaa Qayyuum"

Maksud:
1. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang luhur lagi agung
2. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Nabi Muhammad saw
3. Aku minta ampun kepada Allah yang agung
4. Maha suci Allah yang agung dan segala puji bagiNya.
5. Yaa Allah
6. Tiada tuhan melainkan Allah.
7. Dzat yang hidup kekal dan berdiri sendiri. 

Kelebihan: Meningkatkan darjat supaya lebih disegani dan dihormati.

01 April, 2011

Air zam zam...bukan sekadar air biasa...

Hari ini ada mesyuarat kat Putrajaya, selepas solat jumaat, den terperasan ada satu kotak air zam zam yang dijual RM10 satu botol air mineral. Den pun beli air zam zam tue..dengan niat..nak dijadikan ubat..yelah..air zam-zam ni merupakan antara air yang boleh dijadikan ubat..Den beli sebotol je. nk cuba rasa lah katakan..mana taw usia den pendek..tak sempat tunaikan haji..biarlah den sempat merasa air zam zam tueh..

Den pun ada buat research sikit pasal air zam-zam nie..yelah den nak taw gak apa khasiat yang sering diperkatakan.  Jadi ini adalah antara penemuan dari apa yang den baca. Khasiat zam-zam adalah seperti berikut:
  1. Air yang berkat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad. Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut bisa menjadi makanan yang mengenyangkan dan bisa sebagai obat penyakit.
  2. Air zam-zam kalau diminum begitu sahaja pun boleh kenyang. 
  3. Air zam zam boleh dijadikan ubat..haa inilah topik yang den nak kaji lagi..kalo boleh buat ubat..apa caranya dan kaedahnya. Nanti den story..
  4. Doa terkabul dengan meminum air zam zam sambil berdoa.
Untuk meminum air zam zam ini, ada adab-adabnya juga. Berikut merupakan adab-adab minum air zam zam:
  1. Mengadap kiblat
  2. Baca bismillah sebelum minum, dan berdoa ketika minum.
  3. Jangan bernafas ke dalam air / cawan.
  4. Minum seteguk...pastu tegukan seterusnya diulangi adab nombor: 2 & 3.
Dari segi rasa, memang ada kelainan jika kita minum air masak biasa dan juga air zam zam. Memang ada. Saya pasti anda semua dapat merasakan perbezaan air tersebut. Air tu xdelah payau-payau..tapi mengikut deria rasa saya..air tu sangat ringan semasa diminum...haluuussss...je..rasa dia memang jauh berbeza dgn air biasa yang kekadang rasa payau..rasa klorin dan sebagainya..dan mungkin..kalo x silap deria rasa den nie..air zam zam ada rasa sikit masin...(sikit sangat..cuba amati rasanya..).

Jadi, kesimpulannya, apa yang den rasa masa minum air zam-zam ialah, ringan...sedikit masin...dan...ada SATU LAGI...PERUT DEN RASA PANAS...den minum sikit jaa..tapi dalam perut rasa cm suam2 kuku bak kata orang..

Ada satu lagi...air zam zam ni dorang cakap molekulnya berbeza dengan air2 lain..huh..cmne rupa bentuk molekul zam zam nie?? Kalo nak tengok molekul memang susahlah..tapi takpe..den ada cari fakta saintifik mengenai zam zam nie...antaranya ialah:
  1. Air zam-zam ada kalsium dan magnesium.
  2. Fluoride...dalam air zam zam...
  3. Air zam-zam xde pun benda2 biological cm bakteria ....dll..
Bukan tu aja..nie den bagi versi english..pandai2 lah baca and fahamkan..

Following was written by a Japanese Scientist Masaru Emoto:
The quality / purity of Zamzam water has, will not be find any where else in the water on this earth.
He used the technology named NANO, and researched a lot on Zamzam water. And found out that if one drop of Zamzam water mix in 1000 drops of regular water, regular water will get the same quality like Zamzam water.
He also found that a mineral in one drop of Zamzam water has its own importance that will not be find any other water on this earth.
He also found in some tests that the quality or ingredients of Zamzam water can not be changed, why, science does not know the reason.
Even he re-cycled the Zamzam water, but no change it was still pure.
This scientist also found out that, the Muslims say BISMILLAH before eating/drinking. He says that after saying BISMILLAH on regular water, there are some strange changes happened in the quality of regular water. That make it best water.
He also found out that if some one recites the Quran on regular water, it gets the ability for the treatment of different diseases.
Masaru Emoto is a Japanese author known for his claim that if human speech or thoughts are directed at water droplets before they are frozen, images of the resulting water crystals will be beautiful or ugly depending upon whether the words or thoughts were positive or negative. Emoto claims this can be achieved through prayer, music or by attaching written words to a container of water.
Selepas den baca benda ni...den ada juga tengok video youtube..mengenai air zam2 jugak..nie video nya:

 

Lepas habis menonton video nie..den ada wat kesimpulan lagi sekali..betullah kaedah perubatan islam yang selalu ustaz2 atau perawat2 kita gunakan...mereka bacakan ayat suci pada air..dan air tersebut akan berubah sifatnya..seterusnya..air tersebut diberi minum kepada orang yang sakit...dsb.

Dan,

Ini juga menunjukkan betapa mulianya ayat suci AlQuran..memang tak dinafikan ianya satu MUKJIZAT..jika ayat suci dibacakan hablur/molekulnya berubah...tetapi jika dicerca/dimaki..hablur ini juga akan berubah sifat dan bentuknya...

Dan tiba-tiba den terfikir...,

Manusia juga terdiri daripada air..maka apa akan jadi jika kita baca alQuran...dan apa akan jadi jika kita selalu bercakap negatif??? Siapa yang berubah?? Kita?? orang lain?? ...

Dan,

Memang sangat2 unik ciptaan Illahi..justeru membuktikan kekuasaanNYA..Allahu Akbar..

Jomlah kita merenung bersama...Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...