20 October, 2011

Rahsia Tubuh: Mukus Pangkal Rahim

Hari ini lupakan sedikit teknologi dan kita berbalik kepada biologi. Kadangkala, mengetahui rahsia tubuh dapat memberikan 1001 manfaat kepada kita. Jadi, rahsia yang sebenarnya bukan rahsia ini, hendaklah kita ketahui. Disebabkan itulah ilmu terletak pada tahap yang tinggi, kerana dengan menggunakan ilmu kita mampu merancang dan mengubah sesuatu. Dan, sudah pasti anda faham maksud tersirat saya :) ..kan??


Mukus Pangkal Rahim
 ketika waktu subur
Apakah itu mukus pangkal 
rahim (MPR)??

Mukus pangkal rahim merupakan cecair yang dirembeskan sepanjang kitaran haid berlaku. Dan boleh juga saya kategorikan mukus itu mengikut tahap kesuburannya.

Ada tiga tahap mukus yang boleh dikenalpasti, dan setiap tahap ini mempunyai kelikatan, dan warna yang berbeza. Tidak pasti mengenai bau (kerana den tak pernah menciumnya).

Mukus Pangkal Rahim (MPR) adalah kunci untuk anda mengetahui tahap kesuburan seseorang!


Tahap atau kategori MPR
1. Kering - menandakan bahawa seseorang wanita itu tidak berada didalam waktu subur.
2. Melekit dan rapuh (tidak elastik) - menandakan bahawa seseorang itu tidak berada didalam waktu subur tetapi menghampiri kepada waktu subur.
3. Jernih, Basah, dan elastik - menandakan bahawa seseorang wanita itu berada dalam tahap subur dalam kitaran haidnya. Cecair ini kelihatan sama dengan putih telur.

Tahukah anda?
Sebelum 5 hari ovulasi berlaku, atau kurang daripada itu, Rahim wanita akan mula mengeluarkan cecair MPR yang subur. Di mukus inilah sperma hidup dan menunggu sang ovum muncul ketika berlakunya proses ovulasi. Dan jika anda melakukannya pada waktu itu, maka peratusan untuk mengandung adalah tinggi.

Untuk meningkatkan tahap pengeluaran MPR,seseorang itu perlu mengambil Gamma Linolenic Acid (GLA) kerana GLA mampu untuk membantu badan wanita menghasilkan cecair pelincir, membran mukus dan juga mukus pangkal rahim. Antara produk-produk yang berasaskan GLA ini ialah seperti Evening Primrose Oil yang boleh didapatkan di farmasi-farmasi.

Pemeriksaan Mukus
Walaupun den laki, tetapi tidak ada salahnya jika berkongsi maklumat untuk yang lain. Semasa menulis ini, saya menggunakan imaginasi yang agak tinggi bagi membolehkan saya menulis dengan baik untuk artikel berkenaan MPR ini.

Masukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan lakukan pusingan supaya dapat mengaut mukus-mukus yang berada di dinding faraj. Ianya boleh dilakukan dalam keadaan mencangkung. Periksa tahap kelikatan, warna dan tahap elastik mukus tersebut. Lakukan pemeriksaan ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda boleh melakukannya selepas ataupun sebelum mandi.

Buat jadual harian pemeriksaan mukus untuk merekod dan mengenalpasti tahap kesuburan anda. Dan video berikut merupakan bonus untuk anda!. Lihat cara-cara urutan untuk meningkatkan tahap kesuburan.

19 October, 2011

[Fatwa] Rahsia Diri


Tarikh Keputusan: 5 Apr, 1999

Huraian Tajuk/Isu: 
Kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

Keputusan: 
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

A. Bahawa kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

B. Bahawa orang atau orang-orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

C. Oleh yang demikian:-
(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah menyeleweng dan boleh membawah kepada murtad;
(2) mana-mana orang islam adalah dilarang;
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri';
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Rahsia Mengenal Diri' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Rahsia Mengenal Diri'
pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;
( c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Rahsia Mengenal Diri';
(d ) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri'.



Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 6 May, 1999
Nombor Rujukan: [SSM.Phg. 04/010/97; M.U.I.Phg
Akta/Enakmen: 196 

Den cumo menyampaikan...kalau dah difatwakan..apo laie?? janganlah ikut...

6 Golongan yang Boleh Tidur Lewat

Imam Ghazali ada menyebut, enam golongan inilah yang boleh melewatkan tidurnya iaitu

1. Orang yang bermuzakarah ilmu
2. Orang yang melawat orang sakit
3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya.
4. Orang yang ada perbincangan dengan keluarganya.
5. Orang yang membaca AlQuran
6. Orang yang menjaga maslahah kampungnya.

Enam golongan ini sahajalah yang boleh lewat tidur. Jadi, adakah anda tergolong didalam enam golongan ini? jika tidak, selepas solat isyak, marilah kita tidur kerana sebagai muslim kita ada tanggungjawab ke-esokkannya iaitu SOLAT SUBUH.


Petikan dari ceramah
Ustaz Muhammad Kazim Elias

16 October, 2011

Cara Upgrade ke Custom Rom SGSL, Cranium v3.0

Amaran: Tutorial ini hanya untuk Samsung Galaxy SL, dan sila ambil maklum bahawa risiko sendiri tanggung. Ianya tidak sama sekali boleh untuk Galaxy S Plus yang baru-baru ini ada dipasaran.

Setelah sekian lama blog ini menyepi dari temberang den mengenai SGSL, kali ni, den muncul laie hehehe. Kali ni den nak temberang pasal Custom Rom untuk Gingerbread XXKPH iaitu Cranium v3.0

Memang dah lama den nak flash custom rom ni, tetapi memandangkan kekangan masa (den busy lately). Lagipun den sedang tunggu custom rom ini betul-betul boleh berfungsi dengan baik barulah den akan flash. Tak perlulah kita tergopoh-gapah yer sebab nanti tak berbaloi pula usaha kita tu nanti.

Ok, berikut merupakan sedikit screenshot Cranium v3.0.

Cranium v.3.0
Power Panel- Wifi, GPS, Sound,
Rotation, Packed Data, Bluetooth
Antutu score: 2642
App Drawer  menarik!
Widget, Wallpapers etc
Cara untuk tambah widget di Skrin
Automatik Detect APN Setting
USB Debugging
Reserved
For Future
Use


Ujian menggunakan software benchmark.

Quadrant Advanced - Score: 1960
Antutu Benchmark 2.1 - Score : 2642 -- 2725 (selepas tweaks)

******************
Selepas ini, ujian benchmark akan menggunakan Antutu dan tidak lagi menggunakan Quadrant Advanced.
******************

Dan berikut merupakan beberapa ujian yang den buat: (Hijau = OK, Merah= Tak OK)

Tarikh: 16 Oktober 2011
1. Import contact menggunakan samsung kies dari PC -- OK
2. Signal GPS (agak laju) -- OK
3. Camera, Video Recording -- OK
4. Sound Recording -- OK
5. Video Playing, Radio --OK
6. Swap External Memory -- OK
7. GPS -- Sygic OK, Papago OK
8. Wifi -- OK
9. [Games] Pro Evolution Soccer - OK 
10.


Berikut merupakan beberapa ujian yang akan den buat:
- USB Tehtering
- Bluetooth..

Beberapa masalah yang dapat dikenalpasti....
1. Masalah restart ketika menggunakan Wifi dan juga aplikasi lain serentak.
- ini disebabkan den tak buat fresh flash dari xxkpe dan ke xxkph.
2. Masalah susunan SMS (sms yang di reply duduk diatas sms yang dihantar).
- penyelesaian termudah untuk masalah ini ialah dengan menggunakan apps di market iaitu SMS Time Fix.
3. Baterry drainage. Lazimnya memang ada sedikit masalah jika guna custom rom.
4.

Cara Install Cranium 3.0 dan 3.1(fix)
Sebelum anda cuba untuk install custom Rom (Cranium 3.0) ini, anda disarankan untuk buat fresh flash ke xxkpe. Dan seterusnya ke xxkph. Kemudian ikut langkah-langkah berikut:
1. Install CF-Root (CF-ROOT-XXKPH-05.09.2011.tar)
- Caranya: Pilih PDA dan flash fail CF-Root diatas menggunakan Odin v1.83.
2. Masukkan file CRANIUM_V3.0.zip dan CRANIUM_V3.1+v2.zip ke dalam external memory card anda.
3. Sekarang OFF kan SGSL anda, dan pergi ke Download Mode (Tekan butang Home + Volume Down + Power).
4. Di CWM, pilih Install Zip from sdcard, pilih fail Cranium 3.0 terlebih dahulu dan tekan Yes.

Sebelum anda memulakan untuk update ke Cranium v3.1, sila pastikan anda sudah menghapuskan (delete) semua file didalam folder system/etc/init.d/... Ini bagi memastikan jangka hayat bateri bertahan lebih lama.

5. OFF kan SGSL anda, dan pergi ke Download Mode sekali lagi, dan kali ini pilih fail Cranium_V3.1.
6. Di CWM, pilih Advanced, dan Wipe Dalvik Cache.
7. Reboot SGSL anda.

** Harap maaf, den buat tutorial ini dengan mengingat semula apa yang den dah buat..tapi jangan risau, urutan tutorial ini adalah yang benerrrr.. :) **

Fail yang perlu di muat turun
1. XXKPE
2. XXKPH
3. CF-ROOT
4. CRANIUM V3.0
5. CRANIUM V3.1+v2

Bagi newbie yang perlukan bimbingan flash ke xxkph..sila rujuk artikel den bertajuk Cara Upgrade SL ke Gingerbread XXKPH 

dan

Bagi yang berminat untuk flash ke custom rom ni boleh rujuk URL : http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1249647

RATING DEN UNTUK ROM INI
95 90% 
==============

Sebelum flash pastikan !!
Yup, Your Device is ready to use :) hehe.

Jom lihat beberapa video preview dari Youtube:





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...