29 March, 2011

Kepala pusing

Tak tahu kenapa lately kepala den pusing..macam mabuk cmtu..kalao den tidor kejam mata..lagi dapat rasa pusing tu..len macam..

Lepas den fikir2..adakah sebab den makan kambing???

Hurmm..ari ahad ngn Isnin aritu, den ada event, kena jadi urusetia bersama..beselah buat kat hotel. Hotel Selesa kat Port Dickson. Den adalah makan daging kambing tapi skit ja..

Tapi, dia punya pusing sampai esok pun ada lagi..haduishh..orang kata kalau ada tekanan darah tinggi makan kambing, kepala akan pusing skit..huhu..tapi kenyataan tu sebenarnya telah disanggah oleh pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli Abdullah.

Jadi apa puncanya? den pun tak taw..tapi bukan den sorang je kena..kawan den pun cakap kepala dia pun pening2 lalat..

Haish..kambing2...

26 March, 2011

Petua Keluar Rumah..

Adapun den mencekaw petua ini dari blog junied-rahsianampakjin. Tapi setelah den baca, maka tajuk Petua Keluar Rumah den pilih. Asal tajuk nya ialah Pemecah bala tentera syaitan.

Sebelum keluar rumah. Amalkanlah petua berikut:


1. Langkah kaki kanan keluar pintu dan baca Bismillah.
2. Langkah kiri, baca Tawakltu Alallah.
3. Langkah kaki kanan..baca Laa Hawla wala quwata illa billah.

Petua ini amat ringkas, tetapi den rasa sangat besar manfaatnya. Walau apapun, jangan lupa, perlindungan ini semua atas izin Allah juga. Jangan jadikan amalan sebagai sebab anda ria' ataupun merasa diri hebat.

Selain itu, amalan membaca ayat qursi sebelum keluar rumah pun boleh juga. Anda boleh rujuk artikel Amalan Ayat Qursi. yang den compiledkan daripada beberapa sumber. Ada juga sumber yang mengatakan kalo keluar rumah je..bacalah ayat qursi ketika sedang berjalan tu paling kurang pun 7 kali.

Lepas tu, kalau anda semua jenis yang suka makan kat luar. Ada petua yang menyuruh membaca Surah Al-Insyirah. (Alam nasyrah ...) 3 kali sebelum makan. Kita hanya berusaha ja, semoga dengan berkat surah-surah dan amalan kita ni, kita dilindungi oleh Allah swt dan diberikan petunjuk olehNya.

Paling tidak pun, amalkan lah doa keluar rumah..Ini den sisipkan untuk rujukan anda semua:


Semoga ilmu yang ada, sama-sama kita amalkan dan sama-sama juga kita mendapat manfaatnya.

Ayat ketika melalui kawasan berhantu

Ada satu ayat, yang digunapakai oleh Imam Ghazali ketika melewati sesuatu kawasan yang angker / berhantu / berpuaka dll. Ayat ini dibaca untuk memohon perlindungan dari ALLAH swt dari gangguan makhluk halus atau sesuatu yang menakutkan...

Ayat tersebut...nanti den citerkan...ceciter ceciter..(sbb den nk cari yang versi jawi nk tampal kat sini)

25 March, 2011

Benteng utuh daripada Syaitan..

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: 

Sesungguhnya ini adalah benteng yang utuh daripada syaitan. Padanya terdapat petunjuk kepada kebaikan, melenyapkan kejahatan, mencegah dari kemudaratan dan tidak ada seorang pun daripada seorang muslim itu yang keluar dari rumahnya, yang berniat untuk bermusafir atau selainnya selain mengucapkan zikir ini kecuali diberi rezeki kepadanya, rezeki yang baik-baik pada ketika mana ia keluar itu.

Sentiasalah menyebut:

Bismillah, aamantu billah, iqtasomtu billah, tawkaltu 'ala Allah, Laa hau la wala quwwata illa billah.


Maka marilah kita mengamalkan zikir yang ringkas ini setiap kali keluar rumah dan sebagainya. Tak rugi sikit pun.

24 March, 2011

3 Fatihah Senafas...

Alhamdulillah bertambah lagi ilmu den pasal dingding2 nie. ..Terima kasih kepada tuan blog yg den cedok ilmu ini.

Berikut merupakan amalan 3 Fatehah yang boleh dijadikan sebagai benteng/pendinding diri. Amalan ini dikatakan dapat mencegah dari serangan jin. Ianya boleh gak digunakan ketika anda nampak makhluk2 tut..sebelum menegur makhluk2 tersebut ada baiknya anda buat amalan itu dahulu bagi mengentarkan mereka selain menjadi benteng diri anda.

Kaedah 3 Fatihah Senafas:

1. Sedut nafas guna hidung...slow2. sambil pejam mata..sambil zikir Allah Allah di dalam hati
2. Pastu tahan nafas, baca surah Alfatihah 3 kali...
3. Hembus nafas guna hidung sambil pejam mata dan zikir Allah Allah Allah..slow2 lagi bagus.

"Ia adalah suatu doa dan petua...dan dikatakan...jin akan nampak tubuh anda itu setinggi gunung atau awan..."
(petikan dari blog junied-rahsianampakjin.blogspot.com)

Semoga bermanfaat untuk diamalkan. Den dah try..mcm tak cukup nafas pun ada..hehe..InsAllah semoga ilmu ini ada kebaikan kepada diri.

Selepas dah amalkan 3 Fatihah..boleh cuba gantikan ayat Qursi pula tetapi ayat "Walaa ya udhuhuu hifzuhumaa wahuwal Aliyyul Aziim" diulang sebanyak 7 kali atau 11 kali.

Kemudian sambung lagi, dan ayat Qursi tadi diganti dengan surah 3 Qul. Seterusnya gantikan 3 Qul dengan selawat sebanyak 7 kali atau 11 kali.



Akhirnya, tutup amalan dengan "Laa Haula Walaa Quwwata illaa billah" 3 kali.


Wallahualam..

Amalan Ayat Qursi - benteng diri..

Selama den duk membaca semua amalan2 yang ada kat alam maya nie..dekat sini den himpunkan semua amalan yang menggunakan ayat Qursi sebagai pendinding diri/ benteng diri/ pagar diri.. Tak kira lah apa nama panggilannya tapi tujuannya hanya satu iaitu memohon perlindungan dari Allah swt.

Ayat Qursi nie memang fofular..hampir semua orang hafal. bagus...bagus..jadi den xyah lah nak tampal ayat Qursi tu kat sini. Jom kita teruskan dengan amalan ayat qursi ini:

Amalan pertama (boleh diamalkan bila2 masa...):
1. Baca ayat Qursi 1 kali, tetapi wala yaudduhu diulang 7 kali dan selepas itu baru sambung "hifzuhuma..."
2. Tarik nafas dan berzikir "Allah allah ..." dalam hati.
3. Lepas nafas sambil telan air liur.

Amalan kedua:
1. Amalkan membaca Ayat Qursi setiap kali solat, keluar masuk rumah, pergi jalan2, pergi kipmart, pagi petang, ketika nk tidur malam., sebelum masuk kedalam sesuatu bangunan dll.
2. Amalkan setiap hari...kiranya macam rutin lah..kalo den..InsyaAllah setiap kali lepas solat ..

Amalan ketiga:
1. Ayat Qursi senafas..boleh rujuk 3 Fatehah Senafas.

Amalan ke-empat (keluar rumah/ memasuki sempadan).
Amalan ini boleh diamalkan setiap kali anda keluar rumah ataupun memasuki sempadan seperti hutan, bandar, kampung2..dan sebagainya. Kaedahnya: 
1. Semasa hendak memasuki sempadan..baca lah Al-Fatihah dan ayat Qursi.
2. Tiupkan(just cukup syarat je) ke arah seluruh kawasan tersebut sambil berdoa:

" Ya Allah, aku berlindung dengan mu dari segala kejahatan ditempat ini samada kelihatan mahupun yang tersembunyi"


Amalan ke-lima: Benteng diri dari kejahatan sesuatu kaum
1. Tadah tangan seperti berdoa.
2. Baca ayat Qursi 3 kali. Setelah selesai usap muka dengan kedua tapak tangan sambil berdoa seperti berikut:

"Ya Allah, cukupkanlah bagiku kejahatan kaum itu, Ya Kafiy, Wahai yang mencukupkan, selamatkanlah aku dari penyeksaan mereka.

Wahai yang pemaaf, alihkanlah diantara aku dan mereka sebagaimana engkau alihkan bumi dan langit dan tutuplah mulut mereka sebagaimana engkau tutup mulut serigala dari Daniel a.s dengan kebenaran mana-mana yang mulia ini"




============================
JANGANLAH KAMU TINGGALKAN AYAT QURSI ============================

23 March, 2011

Ayat Tujuh, satu benteng....

Den nak kongsikan lagi satu koleksi ayat. Ayat yang boleh kita amalkan untuk membentengi diri daripada perkara-perkara yang berupa kecelakaan ataupun musibah.

Terus terang, den lebih suka amalkan ayat-ayat Quran, berbanding cara-cara lain. Nie den kongsikan ayat 7. Den cedok dari web orang lain, sebab yang ada pada den cumalah buku.

Ayat 7 nie ada banyak gak kebaikannya (khasiat), sometime ayat 7  nie, dorang panggil Perisai Badan. Kalau korang nak taw khasiat ayat 7 nie..pergilah selongkar kat web/blog orang lain. Den cuma nk tulis apa yg den taw aja.

Kebaikan (InsyaAllah): Sebagai benteng dari mara bahaya yang tak disangka samada kecelakaan, datang dari musuh, atau orang yang nak berbuat jahat.

Cara amalan: Baca Ayat 7 nie, setiap hari selepas habis solat. Paling koman pun bacalah 1 kali sehari.


Selamat beramal. Semoga kita menjadi orang yang soleh dan dilindungi oleh Allah swt. Amiinn.

Pagar Isteri

Hari ni den baru belajar satu ilmu baru. Kiranya ilmu nie datang hasil ketekunan den menalaah sumber2 teks yang tersimpan di sebalik alam maya. Selepas den selongkar..den jumpo plak..rezeki2..

Ilmu nie dipanggil ilmu pagar isteri..Boleh diamalkan sebaik-baiknya selepas akad nikah. Cara-caranya mudah ja. Ini bukan lah jampi serapah..ianya hanyalah sebuah doa.

Lepas akad nikah..sebelah malamnyer tue..jeng jeng jeng..jangan buat projek lagi. JANGAN!!
Peganglah ubun2 isteri anda dengan tangan kanan dan baca lah doa berikut:

"Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pastu sambung lah projek..ngeh3..

Den cedok ilmu tu kat sini ha: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1666
Semoga bermanfaat.

21 March, 2011

Ayat Mendiamkan Ular dan Buaya

Kali ini, saya kongsikan ayat untuk mendiamkan ular ataupun buaya tatkala anda semua terserempak dengan makhluk2 itu. :)

Bagus kalo yang selalu masuk hutan untuk amalkan ayat nie. Takpun pakcik2 yang suka memancing kat sungai2 tueh.

Ayatnya:

Assalamualaikum 'ala sayyidinal khadiri 'alaihis salam
Assalamualaikum 'ala sayyidina 'aliyi rodhi yallahu 'anhu


Maksud: Salam sejahtera kepada kalian, kepada junjungan kita nabi khadir a.s , Salam sejahtera kepada kalian, kepada junjungan kita Ali r.a.

Baca ketika nampak ular atau buaya. pasti ular atau buaya itu terdiam dan tak bergerak seperti seakan-akan terkunci.

20 March, 2011

Aurad Asma ul Husna (seminggu)

 Agar sesiapa yang mengamalkan memperolehi keinsafan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat, amalkanlah aurad asma ul husna ini setiap hari. Aurad ini telah dijadualkan untuk diamalkan setiap hari walaupun tidak secara kesuluruhan. Berikut saya kongsikan:

1. Pada hari Isnin, bacalah "Yaa Rahman Yaa Rahim." (Wahai dzat yang pengasih lagi penyayang)

2. Pada hari Selasa, bacalah "Yaa Malikul Quddus". (Wahai Dzat yang Merajai lagi Maha Suci)

3. Pada hari Rabu, bacalah "Yaa Kashiru Yaa Muntahaa". (Wahai Dzat yang Maha Banyak lagi Sempurna)

4. Pada hari Khamis, baca "Yaa 'Aliyyuu Yaa 'Azhiim". (Wahai Dzat yang Luhur lagi Agung)

5. Pada hari Jumaat, bacalah "Yaa Kaafii Yaa Mughnii". (Wahai Dzat yang Maha Cukup lagi Memberi kekayaan)

6. Pada hari Sabtu, bacalah "Yaa Fattahaahu Yaa Razzaq". (Wahai Dzat Pembuka Hati lagi Pemberi Rezeki)

7. Pada hari Ahad, bacalah "Yaa Hayyu Yaa Qayyum". (Wahai dzat yang hidup dan berdiri sendiri)


Amalkan zikir-zikir diatas paling tidak 500 kali sehari. InsyaAllah secara tidak terasa akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupan sehari-hari.

Untuk rujukan maksud : sila layari http://www.angelfire.com/mac2/yginsaf/namaislam/index-asmaulhusna.html

Khasiat Al-Fatihah dan Bismillah.

Antara khasiat surah Al-fatihah:

1. Amalkan membaca al-fatihah 70 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut.  Insya Allah pintu hati kita akan mudah untuk memahami ilmu yang banyak memberikan manfaat

2. Untuk murah rezeki, tercapai segala hajat. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali lepas solat. InsyaAllah.

3. Untuk aman dari segala perkara kecuali maut. Bacalah Al-Fatihah dan juga Al-Ikhlas selalu.

4. Bacaan Al-fatihah boleh menawarkan seseorang yang terkena racun.

Dalam mazhab syafie' bismillah dianggap sebagai salah satu ayat Al-fatihah. Antara khasiat bismillahirrahmanirrahim ialah:

1. Rasullah s.a.w bersabda, barang siapa yang membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur. InsyaAllah aman sentosa dia pada malam itu dari gangguan syaitan. mati terkejut, dan kejahatan manusia.

2. Barangsiapa membacanya sebanyak 786 kali sehari selama 7 hari berturut-turut atas apa juga niat meminta kebaikan dan menolak keburukan. InsyaAllah akan berhasil hajatnya itu.

3. Amalkan membaca 50 kali setiap kali bertemu dengan pemimpin yang zalim atau orang yang suka menindas. InsyaAllah tidak mereka dapat menzalimi diri kita.

4. Barangsiapa mengekalkan bacaannya sebanyak 1000 kali sehari, maka Allah akan menunaikan hajat-hajatnya di dunia mahupun di akhirat.


Wallahu'alam

16 March, 2011

Pendinding Diri dari Sihir dan Pencuri.

Amalkan sebelum tidur.


1. Niatkan untuk baca alfatihah kerana Allah. (Aku baca alfatihah kerana Allah.)
2. Baca Alfatihah
3. Baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-falaq, An-nas)

4. Baca Ayat Qursi
5. Baca Bismillahirahmannirrahim 21x.

6. Niatkan "aku sedekahkan bismillah kepada malaikat ahli noubah".


-- sumber diperolehi dari blog rozaimy. Semoga bermanfaat.--

09 March, 2011

Benteng Ghaib

Selepas solat fardhu baca "Laa illaha illallah" sebanyak 11 kali dengan 1 nafas.
Amalkan sekerap yang boleh.

Amalan mencari barang yang hilang

Berikut dikongsikan amalan untuk mencari barang yang hilang.

- Beristighfar 33 kali
- Takbir 3 kali
- Bismillahirahmannirahim 3 kali
- Shadah 2 kali
- Selawat ke atas nabi 3 kali

"Demi allah demi rasullah demi alquran, wallahi allah hu akhbar" - 3 kali

"Laa hau laa wala quwata illah billahil aliyil azimm ( __permohonannya_ )  khuallah."


Sumber ini diperolehi dari bacaan saya..semoga bermanfaat.

Pengalaman:
- Saya kehilangan pendrive, sudah 2-3 hari cari-cari tapi tak jumpa. Pendrive tu penting kerana banyak data-data penting didalamnya. Walaupun hati ini tak ada lah segusar mana.tetapi kadang2 teringat dan terbayang juga pendrive tu. Dalam hati ini yakin pendrive mungkin tercicir sahaja di tempat yang boleh dicari semula.

Maka malam itu saya pun mengamalkan amalan ini. Saya amalkan sekali sahaja. Selang beberapa hari, saya terjumpa semula pendrive saya, terselit ditepi seat kereta saya. Syukur sangat2...

05 March, 2011

Bismillah 6 / 7

Terdapat beberapa perbezaan baris pada ayat bismillah 6 ini. Saya mengambil yg ini untuk diterjemahkan 
ke rumi:

Versi Rumi:

Bismilla his sami'il bashir allazi laisa kamitslihi syai un wa hual bikulli syai in a'lim.
Bismilla hil hallokil a'lim allazi laisa kamislihi syai un wahual fat tahul a'lim
Bismillahillazi laisa kamislihi syai un wahual a'limul khobir
Bismillahillazi laisa kamislihi syai un wahual a'limul kodir.
Bismillahil azizil karim allazi laisa kamislihi syai un wahual azizul karim.
Bismillahil ghofurir rahim allazi laisa kamislihi syai un wahual ghofurur rahim
Fallahu khoirun hofiz dzon wahua arhamur rohimin.
Wa shollallahu a'la sayidina muhammad wa a'la alihi wasohbihi wa salam.




Perhatian: Apa pun sila belajar mengaji dan ilmu tajwid, kerana rumi tidak mengetengahkan hukum2 tajwid dgn tepat. Carilah mana2 tok guru untuk belajar mengaji alquran.

Bismillah enam ni di katakan banyak faedahnya/manfaat/khasiat. Kalau anda tengok pada kebanyakkan laman web memang tertulis agak banyak mengenai khasiat mengamalkan bismillah enam ini, antaranya: 
  1. Aman daripada binatang buas. Ada gak yang cakap (hasil dari bacaan den)..pengamal bismillah enam ini akan diuji dengan ular. Hehehe? takot kerw? tapi wallahualam.
  2. Boleh juga dibacakan untuk menghalau jin dan setan2...
  3. Penerang hati...
  4. Boleh juga dijadikan penawar bisa seperti lebah, ular, dan ikan.
  5. Air laut boleh menjadi tawar
 Ini semua antara khasiat2 yang paling umum kalo anda google mengenai bismillah enam. Den ada sorang kawan, dia pernah citer kat den, masa tu den saje2 je baca bismillah enam sbb masa tu den tengah berusaha sedaya upaya untuk menghafal bismillah enam nie. Kalo boleh den nk amalkan bismillah enam ini.

Dia pun tanya den, "Baca doa apa tue?".. Den pun jawab "Bismillah enam"..
Dia pun cakap "Ohh dulu nenek saya, ada suruh baca bismillah enam, dia suruh hafal kalau boleh, dia kata banyak kegunaannya"..

Tu citer den..ringkaskan??..den malas nk sambung citer lebey2..sbb den mmg nk citer yg tu jer...ngehehe. Den memang nak citer lebey sbb memang den minat giler ngn bismillah enam nie. Den rasa cm den suke benor ngn bismillah enam nie..So aritu den ada mintak kawan blogger junied kupas sikit pasal bismillah enam nie..yelaa..nk harapkan den..den baru je berjinak2 dengan bismillah enam nie. maka tak banyaklah pengalaman den..

Kalau anda semua nak tahu lebih lanjut, atau story yang lebih panjang..maka silalah lawat blog ni. Didalam blog tu ada gak sebut pasal air bismillah enam. Nie ilmu baru bagi den nie..semoga ilmu nie antara ilmu yang bermanfaat.

04 March, 2011

Bismillah 5


















Membuang bisa. Sakit-sakit badan. Boleh amalkan dan sapu tempat sakit


Ayat yg last tu boleh digunakan sebelum keluar rumah. Ayat penggerak namanya.
Bismillahillazi laa yadhuru....

Kalo nak info yang lebih cun pasal bismillah 5 nie..silalah ke blog junied nie.:

http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/03/khasiat-bismillah-lima.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...