16 December, 2012

Surah At-Tariq Ayat 4 : Amalan sebelum masuk ke dalam rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca budiman!

Sekiranya anda keluar rumah dan melalui kawasan-kawasan hutan, tempat-tempat sunyi dan sebagainya maka dinasihatkan untuk membaca ayat ini untuk mengelakkan diri daripada dihinggap oleh Iblis/Syaitan.

Ayat ini juga boleh dibaca sekiranya anda baru pulang daripada menziarahi orang sakit. Tidak kiralah sakit di hospital ataupun sakit disebabkan kerasukkan dsb. Badan akan terasa berat sekiranya makhluk-makhluk (Iblis/Syaitan) itu hinggap di badan anda. Ayat ini juga dikenali dengan nama ayat bercerai.

Maka jadikanlah ayat ini sebagai satu amalan kita sebelum memasuki rumah. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Surah At-Tariq (ayat 4):


Bismillahirrahmannirrahim


Maksud: Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).



Sumber: Ustaz Sharhan Shafie



15 December, 2012

Kenapa resume anda ditolak oleh majikan? Tips membuat resume yang bagus

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera semua pembaca budiman!

Apa yang anda akan baca ini merupakan adalah perkara yang benar. Jadi sekiranya anda merupakan graduan mentah (fresh-grad), ataupun masih tidak mendapat pekerjaan lagi, maka artikel ini diharap dapat membantu kalian membuka mata dan mengetahui kenapa resume anda ditolak oleh majikan!

Berdasarkan pengalaman saya bekerja, saya berasa sedih apabila melihat resume-resume pemohon ditolak begitu sahaja disebabkan oleh kualiti yang memang sangat teruk. Mungkin beberapa faktor yang menyebabkan seseorang pemohon itu tidak dapat menghasilkan satu resume yang bagus untuk memohon kerja di syarikat berkenaan.

Anda perlu tahu, resume itu ibarat brosur ataupun pamplet produk yang menceritakan produk tersebut supaya pembeli tertarik dan terus membelinya. Ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil endah akan perkara ini. Resume adalah senjata pertama anda! Senjata kedua anda ialah skill komunikasi anda ketika ditemuduga dan yang ketiga ialah nasib anda.

Jadi mengapakah resume anda tidak dipandang! Berikut merupakan sebab-sebabnya:

1. Resume anda langsung tidak menarik - ini disebabkan oleh penggunaan template resume yang old-school / lapuk / dah tak relevan dengan masa kini. Ia juga mungkin disebabkan oleh skill penggunaan microsoft office anda yang terlalu cetek!. Saya nasihatkan jika anda tidak tahu membuat resume, maka carilah kawan-kawan yang boleh membantu anda!

2. Kesalahan ejaan/penggunaan font dan gambar yang tidak sesuai - anda perlu tahu, untuk memohon sesuatu jawatan di syarikat-syarikat professional, penggunaan font adalah amat dititik beratkan. Begitu juga dengan saiz font tersebut. (jangan terlalu kecil / terlalu besar). Sangat malang, kesalahan ejaan juga terdapat pada resume anda! Semak dan semak dan semak sebelum menghantar resume anda!

Satu lagi rahsia mengenai penggunaan gambar ialah:
- JANGAN letak gambar seperti untuk profile facebook anda! Langsung tidak professional. Ia memang banyak berlaku.

Panel penilai juga menilai keterampilan anda melalui gambar anda. Jika gambar anda tidak meyakinkan mereka, bagaimanakah anda berpeluang untuk dipanggil temuduga?

3. Objektif bekerja - dalam resume terdapat satu bahagian berkaitan objektif anda untuk memohon jawatan di syarikat tersebut. Masih lagi ada yang tidak sedar bahawa objektif tersebut adalah berkaitan juga dengna jawatan apa yang bakal anda duduki. Sekiranya anda memohon kerjaya kontrak (sementara), tetapi meletakkan objektif anda untuk mendapatkan kerjaya yang tetap dan stabil, TIDAKKAH IA BERCANGGAH?? Pastikan objektif anda adalah relevan dengan jawatan yang anda ingin duduki.

4. Pencapaian akademik - salah satu sebab anda tidak diterima adalah disebabkan oleh pencapaian akademik anda yang lemah. Ingat, kita mempunyai saingan, ramai lagi yang lebih bagus pencapaiannya daripada anda! That is reality! Jadi bagaimanakah anda harus menang? Baca tips berikutnya.

5. Pengalaman bekerja - salah satu kekuatan anda untuk disenaraipendekkan untuk dipanggil temuduga adalah disebabkan oleh pengalaman anda bekerja. Seseorang yang mempunyai pengalaman bekerja selama 5 tahun dalam bidang yang berkaitan tetapi mempunyai pencapaian akademik yang tidak beberapa baik adalah lebih DIPANDANG daripada anda yang mempunyai akademik yang bagus tetapi TIADA PENGALAMAN. Namun perkara ini juga bergantung kepada penilaian panel-panel tersebut.

6. Bilangan muka surat - Bilangan muka surat yang ideal adalah mengikut pengalaman bekerja ataupun maklumat mengenai diri anda. Sekiranya pengalaman bekerja anda banyak, maka tidaklah cukup sekadar 2 muka surat sahaja. Tetapi sekiranya anda lepasan universiti yang sedang mencari kerja, cukuplah sekadar 2 muka surat. SILA MANFAATKAN PENGGUNAAN KERTAS SEBAIK MUNGKIN. 

Letakkan semua maklumat anda dalam bentuk yang teratur, kemas dan mudah dibaca. Sekiranya saya menjadi penilai anda, maka saya akan reject awal-awal lagi bagi resume yang langsung tidak memanfaatkan ruangan muka surat dan tiada ciri-ciri professional dan kekemasan dalam resume tersebut.

Semoga dapat menyedarkan anda betapa pentingnya resume ini sekiranya anda ingin memohon sesuatu jawatan.

Sekadar berkongsi dan semoga bermanfaat! Wassalam.

09 December, 2012

Tips memikat hati isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca budiman.

Topik kali ini agak luar biasa, sebab memang den tidak pernah mengulas perkara-perkara seperti ini pada artikel-artikel di blog ini. Untuk pengetahuan semua, den ni selalu juga menjadi kaunselor untuk wanita-wanita diluar sana (tak kira lah janda, anak dara, bini orang) mereka suka mendapatkan pendapat den tentang perihal lelaki malah rumah tangga. Mungkin den adalah seorang yang kacak ala-ala Remy Ishak. koh koh koh!

Pernah seorang gadis datang jumpa den menceritakan perihalnya dan  hubungan nya dengan seseorang, satu kesilapan kalau mereka berjumpa dengan den sbb den memang amat pandai mengorek rahsia. Biasalah sejak terjebak dengan ilmu scan dan NLP. hok hok hok! Tapi itu semua ilmu yang dikurniakan..

Jadi, disebabkan kaum lelaki ini malu untuk berbincang mengenai perkara ini, maka disini den nak kongsikan untuk anda semua tips untuk memikat hati isteri (bukan teman wanita dan sebagainya)

1. Jaga hati isteri 
Hati wanita sememangnya fragile. Wanita memang emosi. Wanita memang sangat penyayang. Itu sememang nya fitrah seorang wanita. Jadi sebagai suami, jagalah hati isteri anda kerana den hendak anda semua tahu (suami-suami di luar sana) isteri anda adalah yang terbaik. Cintailah mereka, jagalah hati mereka.

Isteri merajuk itu perkara biasa, tetapi jangan biarkan hati mereka remuk! Jikalau sudah tawar hatinya, maka anda berjaga-jagalah dan berusahalah untuk memenangi hati mereka semula.

2. Berikan suntikan kemesraan setiap hari. Ya! Setiap hari!
Satu kesilapan besar yang boleh merosakkan rumah tangga ialah kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Apabila kurang komunikasi maka kemesraan anda dan isteri juga akan terjejas. Anda perlu paham dan sedar. Komunikasi ini bukan terhad kepada verbal sahaja. Bersentuhan juga salah satu corak komunikasi.

Banyak cara untuk anda mencipta kemesraan setiap hari. Antaranya ialah:
- Mengucup dahi isteri sebelum ke tempat kerja.
- Baring di atas paha isteri :)
- Mengurut isteri
- Basuh kereta sama-sama / mandi sama / dan apa-apa juga yang boleh dibuat bersama :)
- Luangkan masa untuk bersama tanpa anak-anak. Pergilah tengok wayang atau bercuti di pulau!

3. Meringankan bebanan isteri
Tidak dinafikan kerana den sendiri saksikan, tugasan sebagai seorang isteri adalah berat. Ia bertambah berat apabila mereka menjadi seorang ibu. Semua tugasan di rumah dan perihal anak-anak lazimnya diuruskan oleh si isteri. Jadi, sebagai suami janganlah kita membiarkan mereka melakukan semua itu berseorangan.

4. Penghargaan dengan pemberian
Salah satu fitrah wanita ini ialah mereka amat sukakan hadiah. Cuba anda ingat-ingat kembali, berapa banyak hadiah yang pernah anda berikan kepada isteri anda selama ini?

Apakah hadiah yang anda beri untuk menghargai mereka sebagai isteri anda? Apakah hadiah yang anda berikan kepada mereka sebab melahirkan zuriat untuk anda? Apakah hadiah yang anda berikan kerana membesarkan darah daging anda?

Isteri anda mungkin tidak pernah meminta hadiah daripada anda tetapi janganlah terlalu berkira untuk memberikan kejutan kepada mereka. Hadiahkan lah mereka sejambak bunga di tempat kerja dan lihatlah apa reaksi mereka.

5. Eratkan hubungan intim
Perkara ini tidak perlu diulaskan kerana sebagai seorang lelaki (suami) anda faham apa yang dimaksudkan. Ingat jangan pentingkan diri sendiri, lagipun tu kan nafkah yang wajib diberikan. hehehe. Salah satu teknik yang anda boleh pelajari ada di sini.


Sekian.

Wallahualam.



26 November, 2012

Pocong di UTM

TERGEMPAR!!!!

Betulkah ada pocong di UTM Skudai?

Baru-baru ini saya ada dengar seorang lagi pelajar UTM ditegur dek pocong. Sebelum ini ada juga beberapa kisah mengenai pocong di UTM Skudai...

Percayakah anda? atau cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tetapi yang pasti, ada orang sudah terkono! Anda juga mungkin boleh terkono! Kalau terkono boleh demam dibueknyo.


Kisah 1
Kisah ini berlaku di Kolej Tun Razak, UTM Skudai..berdekatan dengan court tenis..

Pada suatu malam, si Polan sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran. Sudah jam 2 pagi..rakan-rakannya semuanya telah tidur. Seperti biasa, tingkap biliknya dibuka luas-luas untuk mendapatkan udara segar yang bertiup dikala malam melabuhkan tirainya dan ditemani dengan bunyi unggas-unggas seperti mendendangkan lagu.


Seperti yang ada memanggilnya, dia terpaling ke kanan dan melihat sejenak keluar tingkapnya...ada sekujur tubuh berbalut kain putih berdiri tegak kira-kira 30 meter daripada bilik tidurnya...

Pocong??? Si Polan demam keesokkan harinya.


Kisah 2
Kisah ini berlaku berdekatan dengan Kafe Cengal dan lebih spesifik di pusat kokurikulum (centre point). Terjadi kepada seorang pelajar perempuan...di kolej Tun Fatimah..

Sudah lewat malam, si pelajar perempuan dan rakan sebiliknya sudah mahu tidur. Pelajar perempuan tadi ingin menutup jendela tingkapnya...

Dilihat ada sekujur tubuh..berbalut kain putih..melompat-lompat..di pusat kegiatan kokurikulum...di tempat parkir kereta..

Pocong???


Kisah 3
Terjadi kepada pelajar di UTM juga...sedang menunggu di dalam kereta.. Tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh berbalut kain putih lebih kurang 30 meter di hadapannya.

Tanpa melengahkan masa dia terus memecut keretanya..namun setelah melepasi tempat itu, susuk tubuh berbalut kain putih itu tidak kelihatan lagi..

Sedang ia memecut laju...tingkap keretanya diketuk orang....siapakah itu?? Pocong???


Kisah pocong di UTM Skudai sudah banyak kali disajikan....terpulang kepada anda sama ada untuk mempercayainya ataupun untuk melihatnya sendiri...hihi.

Wassalam. Wallahualam.


22 November, 2012

Peta Minda: 9 Tabiat Jutawan

Hari tu, den ada beli satu buah buku mengenai kewangan yang bertajuk "Bagaimana saya menjadi jutawan" dari Adam Khoo. Didalam buku tersebut ada dinyatakan sembilan tabiat (sikap) jutawan. Jika anda semua bersikap sebagaimana jutawan, insyaAllah anda akan tergolong untuk menjadi jutawan satu hari nanti. Saya doakan yang baik-baik untuk anda semua.

Nah saya kongsikan..(dalam bentuk peta minda)

Right Click - Open in new tab dan zoom untuk lebih jelas
1. Lakukan lebih
2. Bersikap proaktif
3. Bertanggungjawab 100%
4. Memperlambatkan kepuasan
5. Lakukan apa yang kita minati
6. Mesti mempunyai integriti
7. Beri 100% komitmen
8. Ubah kegagalan kepada kejayaan
9. Hormati dan sayangi wang

Den cadangkan anda beli buku beliau, kerana banyak ilmu bermanfaat yang kita dapat pelajari daripada buku tersebut. Wassalam.

12 September, 2012

Rahsia Unit Trust



Ketahui Teknik Memaksimakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah Anda Sehingga 3X Ganda Lebih Daripada Apa Yang Anda Perolehi Sekarang Ini!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Sahabat Pelabur...
Bilakah kali terakhir anda menyemak status dan penyata pelaburan unit amanah anda? Bilakah pula kali terakhir anda menghubungi agen pelaburan unit amanah anda dan bertanyakan kepadanya tentang pelaburan anda?
Jika ianya adalah 6 bulan yang lalu..... atau 1 tahun yang lalu.. maka, berkemungkinan besar, wang yang anda laburkan di dalam pelaburan unit amanah itu, tidak bekerja dengan keupayaannya yang maksimun. Sekaligus, memberikan anda kadar pulangan yang "biasa-biasa" sahaja...
Atau silap haribulan.. mungkin rugi pula!

Usah Bergantung Kepada Agen!

Ramai pelabur yang menyerahkan bulat-bulat wang pelaburan mereka kepada agen. Apa dana yang mahu dibeli? Bila masa dana mahu dibeli? Semuanya diserahkan kepada agen. 

Tahukah anda?... Kebanyakkan agen unit amanah, tidak begitu peduli tentang pelaburan anda. Satu-satunya perkara yang sangat mereka ambil "peduli".. ialah tentang komisyen mereka!
Tahukah anda?... Seringkali, agen akan menyajikan dana-dana yang tidak “perform” kepada bakal pelabur. Ini disebabkan, sebahagian daripada dana-dana tersebut memberikan komisen yang lebih tinggi berbanding dana-dana lain.
Tahukah anda?... Ramai agen yang hanya bergantung kepada brochure dan publikasi yang dibekalkan oleh syarikat unit trust mereka. Jadi segala keputusan dan pilihan yang diberikan oleh agen kepada anda kadangkala tidak tepat, maklumat yang sudah “expired”, “outdated” dan tidak memuaskan hati bakal pelanggan. 

Jadi usah lagi bergantung harap 100% kepada agen anda lagi..
 

Maksimumkan Keuntungan Pelaburan Unit Trust Anda!

Tahukah Anda? Potensi keuntungan melabur di dalam pelaburan unit trust sebenarnya, adalah sangat besar, malah ianya boleh memberikan pulangan keuntungan sehingga 3 KALI GANDA lebih banyak daripada pelaburan di ASB, EPF ataupaun FIXED DEPOSIT.

Klik untuk dapatkan ebook ini sekarang!!

07 August, 2012

Petua mengurangkan demam kuning

Alhamdullillah, bini den dah bersalin normal. Walaupun overdue 3 hari. Selepas baby den dapat keluar daripada hospital, mulanya doctor cakap baby den sihat, kuning pun xde.

Tapi selepas keesokkannya, seorang nurse datang dan cek badan baby den. Dia ckp baby den ado kuning. So den pun pi laa ke klinik untuk cek darah baby. Memang betui..tahap bilirubin dalam darah adalah sebanyak 15.2 mg.

Bilirubin ni la punca kepada kuning (jaundice). Sbb hati baby masih belum dapat berfungsi dengan baik untuk mengurai kan bilirubin ni. Jadi, si bili tadi berlonggok dan bertambah banyak lalu menyebabkan anda boleh melihat warna kuning sekitar badan dan juga mata baby. Cian..

Tapi jangan putus asa..ada gak petua2 yang den dapat dan den cubo..dan memang berkesan.

Kalau diikutkan bidan kampung tu, habis semua cadar, pakaian, langsir yang berwarna kuning dia suruh tanggalkan. Bagi den mende tu tak masuk dek akal. Tiada kaitan pun warna kuning kat langsir dengan demam kuning. Den agak marah ngn bidan tu..tapi nanti dikatakan kurang ajar pulak.

Demam kuning ni sbb darah bukan sebab warna kuning yang tak berdosa tu! Nak buat camne...dah memang orang melayu punyer kepercayaan..nenek moyang kite gak.. hehehehe.

Okay disini petua kalo anak korang kena kuning...den amalkan petua ni kat anak den dan alhamdullillah kuning nya turun dengan mendadak (15.2 --> 15.0 --> 9.03--> 6.0). Kalau ikut doktor, kadar bilirubin 10.0 kebawah baru lah dikatakan okay.

1. Carilah sengkuang cina, dan bagi bini makan. Lepas tu suruh dia susukan baby. Amalkan ni. Bagus. Ada gak yang suruh hiris dan perah air nya tapi den bagi makan terus kat bini den.

Sengkuang cina. Buang kulit, potong bagi bini makan.
 
2. Cari anggur hijau, dan titiskan beberapa (2-3 titik) ke dalam mulut baby. Ada yg cakap anggur hitam (seedless) tapi den pilih hijau (seedless gak). Kalau ada kamera tu, silalah rakam muka baby masa telan air anggur tu...huhuhu.
 
3. Ambil halwa kundur (sikit je dalam 1cm) letakkan dalam botol air suam baby. Bagi dia minum.

Halwa kundur (ada dijual dikedai runcit)

4. Kalau rajin..jemur baby waktu pagi (sekitar 8-9 pagi) selama 2-3 minit. Jangan jemur sampai legam..sian.

Cara nak kurang demam kuning ni mungkin keberkesanannya berbeza-beza ikut orang. Tapi satu je yg den nak bagitahu..make sure baby tu berak atau kencing..insyaAllah kuning akan kurang.

Sekadar berkongsi pengalaman. :)


08 July, 2012

Doa bayi songsang (breech)

Bismillahirrahmannirahim.

Kepada para ibu bapa yang kerungsingan kerana bayi mereka dalam keadaan songsang.  Disini den akan kongsikan satu doa. Doa ini boleh diamalkan sekiranya bayi anda masih lagi keadaan menyongsang walaupun sudah melebihi 36 minggu. Bukan lah suatu yang pasti tetapi adalah tawakal. Yang penting kesungguhan. INGAT, semuanya datang daripada ALLAH.

Kalau ikutkan ilmu kedoktoran, sekiranya melebihi 36 minggu maka anda perlulah melakukan ECV (External Cephalic Version) iaitu satu kaedah urutan sperti yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Bezanya cuma, jika dilakukan ECV ini, pemantauan terus diberikan kepada bayi anda sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti jantung bayi lemah dsb. DAN sekiranya berlaku apa-apa perkara tsbt, maka doktor akan terus buat caesar ke atas anda. minta dijauhkan!!! Amit amit bak kata orang jawa. Den tahu kebanyakkan mahu melahirkan scr normal.

Di zaman moden ni, susah dah korang nak cari bidan yang betul2 pandai dalam mengurut utk membetulkan bayi yg songsang. Kalau ada pun mereka dah tidak berani utk melakukannya. :)

Inilah doanya (daripada buku ustaz harun din). Inilah untungnya orang yg suka membaca dan berkongsi ilmu.

Versi Rumi:

"Wahai ALLAH yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu. Wahai ALLAH yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu"

Versi Jawi (Akan den post pd masa akan datang. InsyaAllah)





Kaedahnya:
Sebelum doa, niatkan supaya posisi bayi anda berada dalam keadaan normal. Letakkan tangan anda diatas perut dan bacakanlah doa tsbut.


Antara amalan yang lain yang boleh dilakukan isteri.
1. Baca surah Yassin sebelum tidur.
2. Selepas ayat kun fayaakun, berhenti dan berdoalah seikhlas hati.



Bergantunglah anda pada Tuhan. Yakinlah akan pertolongannya. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah DIA akan membantumu seperti mana DIA telah membantu den dan isteri dalam sekelip mata. Alhamdullillah.

25 June, 2012

Cara hack resources game untuk android

Salam,

Dah lama blog ini menyepi tanpa sebarang post. Sorry la yer, sebab den busy lately. Lagipun laptop den pulak huruf M nya rosak, tu yang terus hilang minat den nak menaip. Nak claim warranty tapi tak sempat laie.

Jadi untuk kali ni, den nak ajo korang camne nak hack game. Yolah, kalo korang selalu main game kompem korang stress sebab resource dia sikit dan membuatkan korang kalah memanjang. Resources yang den maksudkan contohnya macam duit yang terkumpul untuk kita beli weapon yang mahal-mahal. Kalau resource (duit) ciput, kompem la senang kalah sebab pakai weapon cikai-cikai.

Untuk makluman, game yang den nak demo ni namanyer Tower Defense. Korang bley cube cari di Google Play dan download. Selain game tower defense, korang bley jugak cuba utk game Gun Bros.

Cara-caranya:


1. Download dulu software untuk hack game memory. Namanya game guardian. Dekat google play den raso dah tak ado. Pandai2 lah korang cari yer.

2. Selepas install game guardian tu, korang run game guardian dan kemudian run kan game yang korang nak hack.


3. Cuba tengok gambar dibawah, Perhatikan resources awal nyer bernilai 470. Huhu. resources ni lah yang akan kita hack nanti dan akan kita tukarkan menjadi 9000. Nak buat lebih pun boleh, ikut suka ati korang lah. Lagi satu, cuba tengok di sebelah kanan gambar, ada icon yang lutsinar sikit. Tulah apps yang akan kita guna untuk hack memory game.

Nilai asal 470

4. Korang touch, icon anjing yang lutsinar tu, dan kemudian tekan butang Fuzzy. Butang fuzzy ni untuk apps nie mencari mana-mana value yang disimpan didalam RAM yang berkaitan dengan game tersebut. Selepas itu, korang tekan pula butang sebelah Search, dan masukkan nilai 470. Kali ini, apps tsbut akan menyenarai pendekkan nilai yang sama dengan 470 (macam gambar kat bawah ni).



5. Perhatikan gambar diatas, nilai disebelah kiri tu merupakan lokasi memory yang memegang nilai 470. Ada banyakkan? (ada 97 senarai tuh..)  Jadi, selepas ini, tugas kita cuma perlu mencari lokasi mana yang betul2 memegang nilai resources yang akan kita ubah nanti. Caranya?? mudah aje. teruskan membaca.

6. Sekarang ni, kita kembali kepada game dan menggunakan (cth: beli senjata/upgrade senjata ker) resources tadi (ini bertujuan agar resources tadi akan susut nilainya dan daripada situ dengan mudah kita akan dapat mengenalpasti lokasi memory yg memengang nilai resources game ini). Contoh macam gambar dibawah nie. Den dah upgrade senjata den, maka resources pun berkurang menjadi 100 ajer.



7. Touch icon game guardian semula dan tekan butang fuzzy. Kemudian pilih butang smaller. (sebab nilai resources tadi dah berkurang). Selepas itu, apps tu akan memaparkan beberapa lokasi memory yang mempunyai nilai kurang daripada 470.

Tekan butang smaller, apps akan senarai pendekkan beberapa memori yang mempunyai nilai kurang daripada 470. Lazimnya ada 2 lokasi yang akan disenaraikan. selepas itu, korang ubah kedua-dua nilai yang dipegang oleh kedua2 lokasi tersebut. 

Ini contohnya, nilai asal lokasi ini ialah 470. Kita ubah jadi 9000. 
8. Sekarang, kembali kepada game dan kita lihat sama ada resources tersebut telah bertukar nilainya ataupun tidak. Dalam tutorial den kali ini, cuba korang tengok resources tu dah menjadi 9000. hehehe.



Amacam? Syok x? Tapi jangan lah melampau sangat yer. Nanti tak feel lah nak main game tu. Kih kih kih.

Sekian.

27 February, 2012

Tempat Rawatan Batu Karang di Johor


Bagi mereka yang mencari tempat rawatan batu karang di sekitar johor. Disini den letakkan mapnya. Kalau dah sampai tempat ni, pergilah tanya orang-orang disana. Pakcik yang merawat tu agak dikenali disana.



Kaedah rawatan
Rawatan membuang batu karang menggunakan limau sunkist. Dinasihatkan agar anda pergi dahulu berjumpa pakcik tersebut dan bertanya sendiri mengenai barang-barang yang perlu dibawa. Jika anda datang dari jauh (bukan kawasan sekitar) dinasihatkan agar anda mencari hotel2 berdekatan kerana lazimnya rawatan tersebut melebihi 1 hari.

Ada 2 orang kenalan den yang  pernah datang mendapatkan rawatan dan alhamdulillah mereka pulih. Kuasa Allah SWT.


HINT:
- Berdekatan dengan kilang Ocean Mineral Water (M) Sdn Bhd

26 February, 2012

Proton Saga FLX 1.6 SE Review

Baru-baru ni aku ada beli sebuah kereta proton saga flx 1.6 se. Memang bercadang untuk beli kereta baru pun tetapi tak ada lah fikir nak ambil saga flx se ni.

Kredit to www.kereta.info untuk gambar ini.
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah pandangan aku mengenai saga baru ni. Yelah, aku pun nak kongsi juga review aku mengenai kereta yang aku sendiri sudah miliki. Apa yang aku boleh katakan Saga baru ni sedap jugalah kalau dibawa, hari tu pernah aku pecut 170km/j. So far steady lagi laa ye. Tapi tak berani nak pergi laju dari tu sebab aku bawa orang rumah yang mengandung.

Ada dua pilihan warna saga flx se 1.6. Iaitu warna solid white dan juga metalic fire red. Bezanya cuma harga solid white murah RM450. Dan jika beli (yang solid white), kita akan dapat refund RM450 dengan bayaran bulanan sebanyak RM525. Tapi ini bergantung kepada interest rate yang bank offer kat korang lah. Macam kes aku, aku dapat 2.90 p.a. Kira mampu lah untuk membayar bulan2. Lagipun aku pakai dua kereta.


Ada beberapa faktor yang membuat aku tertarik untuk membeli Saga flx se 1.6, antaranya ialah:
1. Enjin 1.6 Campro.
2. Menggunakan Gear CVT.
3. Tempat duduk 'Leather' warna gelap, sesuai untuk jiwa remaja mcm aku nie ;p
4. Airbag.
5. ABS + EBD

Gearbox Saga FLX SE ini dilengkapi dengan CVT (Continuosly Variable Transmission) selain terdapat opsyen SAT (Stepped Automatic Transmission) untuk pemanduan yang lebih agresif katanya.


Fuel Consumption
Mengenai FC, boleh aku katakan yang saga ini agak jimat untuk perjalanan jauh. Ini kerana aku pernah bawa dari seremban ke johor (kota tinggi) dengan penggunaan minyak sebanyak RM33.00. Berbanding dengan kancil 850 yang turut berkonvoi iaitu RM26.00.

Bagi perjalanan bandar pula, secara keseluruhan aku berpuas hati memandangkan ianya enjin cc 1.6. Jika hendak dibandingkan penjimatan, perodua viva memang lagi jimat. Mana den taw? sebab orang rumah den pakai satu. hehehe. Tapi bak kata orang putih, kita perlu compare 'Apple to Apple'.

Tangki minyak pula kecil dan mempunyai kapasiti lebih kurang seperti perodua viva. Mungkin ada sebab tertentu mengapa pihak proton membuat tangki kecil bagi model FLX SE ini?


Kelajuan dan pemanduan
Kalau lampu merah, selalunya selepas hijau kereta saga flx se ini akan berdesup kedepan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Gearbox CVT ini memang ada sedikit perbezaan dan akan mempengaruhi cara pemanduan anda. Teknologi CVT ini sudah banyak digunakan oleh jenama-jenama kereta seperti nissan, subaru dll. Video dibawah ini dapat menerangkan lebih lanjut mengenai CVT yang digunakan oleh nissan. Walaupun video ini khas untuk CVT yang digunakan oleh nissan tetapi teknologi CVT tu tetap sama untuk kereta proton. Kereta ini juga dilengkapi dengan ABS + EBD.


Jika anda mahukan pemanduan yang lebih agresif maka anda bolehlah menekan butang SAT. Dengan SAT, gear ratio akan disetkan kepada 6 kelajuan dan setiap pertukaran gear itu boleh dirasai seperti model kereta automatik yang biasa.

Tidak lupa juga handling lotus yang ada pada saga flx se ini. Senang cakap, kalau masa selekoh, kereta saga masih lagi dapat ikut lane jalan tanpa mengurangkan kelajuan. Best kan?




Ruang Dalaman Kereta
Jika hendak dibandingkan dengan Myvi 1.5, rekaan dalaman Saga FLX SE ini terlalu simple. Ianya juga tidak mempunyai fungsi menyelaras penghawa dingin ke kaki. Namun, stereng kereta boleh dilaraskan sama ada untuk ditinggikan ataupun direndahkan. Begitu juga sit kereta pemandu. Apa yang kurang menyeronokkan ialah, tempat duduk belakang tidak boleh dilaraskan/ dibuka bagi membolehkan muatan yang lebih panjang diletakkan didalam bonet kereta. Kenapa ciri-ciri ini tidak dapat pada model saga flx se ini?

Kelemahan & Isu-isu lain
Berdasarkan komen-komen pengunjung blog den ni. Ramai yang mengadu mengenai masalah bunyi pada sistem brake belakang kereta ini. Den setuju sebab den pun terkono gak! Den rasa marah sbb dah hantar ke pusat servis tapi masalah tetap berulang kembali. Masih ada bunyi juga!. Tak tahu lah penyelesaiannya macam mana. Kalau ada pengunjung yang tahu tu, sila-sila lah kongsikan pengelaman berharga anda di blog den yang serba naif ni.

Last update: Jun 2013 -  Bunyi brake tu hilang.. :)


Ada juga pengguna yang complaint mengenai Fuel Consumption (FC). Den baru-baru pun rasa macam Saga FLX SE ni kuat mencekik minyak. Tapi selepas servis 5000km ke atas, den rasa penggunaan minyak dia okay sahaja. Berkenaan dengan penunjuk aras minyak di dashboard tu, rasanya memang betul indicator dia tidak beberapa tepat. Den perhatikan, indicator minyak cepat turun sekiranya berada di bar ke-4 dan agak lama untuk turun sekiranya minyak berada pada bar yang ke-3. Ada sesiapa perasan tentang hal ni?


Dealer ohh Dealer
Bagi urusan jual beli anda dinasihatkan untuk mendapatkan dealer yang bagus. Kerana saya terpaksa menukar dealer disebabkan kerja yang dilaksanakan kurang memuaskan. Lambat!. Jika anda berada dikawasan seremban, JANGAN BERURUSAN DENGAN DEALER PROTON BERSEBELAHAN BHP di Rahang. Sales Person Cha Yaa Nun Alif  itu tidak jujur. Jika disuruh meletakkan deposit kereta dengan alasan : 1) Mempercepatkan proses mendapatkan kereta, 2) Meyakinkan bos, pembeli benar2 serius. Maka jangan dilayan. Ingat! jangan dilayan.

Bagi saya, mereka selaku sales person perlu jujur. Jika benar untuk mempercepatkan proses pembayaran maka lakukanlah dengan betul. Begitu juga dengan perihal rebat. Jika boleh dapatkan rebat, maka beritahulah. Jangan sembunyikan hal itu daripada pembeli. Kes yang sama untuk interest bank. Tak gitu??

Tahun 2012 ni, kadar interest untuk pinjaman kereta turun. Disamping itu terdapat juga isu Bank Negara Malaysia yang mengetatkan lagi syarat untuk membuat pinjaman.Walaubagaimanapun, perkara ini telah dibawa ke meja perbincangan antara pengeluar automotif negara kerana ianya menjejaskan hasil jualan mereka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...