28 August, 2011

Kisah Den Terkena Badi Mayat

Dulu masa arwah nenek den meninggal dunia. Den masih lagi menyusu badan. Kiranya den masih lagi peringkat baby yg comel la.

Untuk pengetahuan anda, nenek den merupakan bidan ataupun dukun kampung yang agak fofular. Mak den selalu bercerita mengenai nenek den mengubat orang yang terkena macam-macam penyakit. So dari situ lah den tahu nenek den ni merupakan dukun/ bidan kampung. Nenek den muleh buat barang yang hilang dikembalikan, nenek den jugak muleh ubat orang yang kakinya bengkak sebab sepak tokong cina. Macam-macam den dah dengar dari mak den.

Mak den pernah cerita yang den pernah terkena badi mayat. Waktu itu, nenek baru sahaja meninggal dunia. Dan mayatnya disimpan didalam rumah mayat. Mak den dipanggil untuk menuntut jenazah oleh pihak hospital. Mak den seorang yang lemah semangat, itu tak dapat dinafikan. Den tahu mak den lemah semangat.

Sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah mayat, jantung mak den berdegup kencang, perasaan takut menyelubunginya. Disebabkan perasaaan takut yang terlalu sangat itu, mak den telah terbawa badi mayat bersama. Dan akibatnya, den pun terkena sebab den menyusu badan.

Setiap malam, pukul 2.00 hingga 3.00 pagi, mak den tidak dapat tidur. Perasaaan takut ke rumah mayat masih lagi bermain-main dalam benaknya. Den juga begitu, setiap malam meraung2 menangis. Bukan 2 atau 3 hari. Tetapi berlanjutan hingga lebih seminggu. Jadi, ada yang menasihatkan agar mak den pergi berubat. Mak den pun pergi ke Melaka dan berubat dengan salah seorang dukun disana.

Sampai sahaja, dukun itu menawaskan den, tawas itu dibakar dan akhirnya membentuk seperti batu nisan kubur. Lalu dukun tu bertanya kepada mak den.

"Ada berlaku kematian ke baru-baru ni?" "Yaa, mak saya baru meninggal dunia" mak den jawab.
"Budak ni terkena badi mayat ni" Dukun tu memberitahu.

Lalu dukun itu menyediakan air untuk dimandikan kepada den dan juga untuk mak den. Selepas 3 hari membuat apa yang disuruh oleh dukun tersebut, barulah badi mayat itu hilang.

=================================


Apa pun yang berlaku, sebenarnya menjadi pengajaran dan pedoman. Den tahu, sekarang ni dunia sudah moden, teknologi disana-sini. Tetapi harus diingat, dan jangan memandang remeh perkara sebegini.

Badi bukan ada satu jenis sahaja. Bukan badi mayat sahaja. Binatang pun ada badinya juga. Nenek den pernah juga mengubat orang yang terkena badi binatang ni. Kisahnya mungkin den akan berkongsi dengan anda semua di lain hari. Wasalam.

22 August, 2011

NamaRom Rev 21 untuk SGSL

Hokay, disebabkan den tak sabar dan gatal tangan. Akhirnya den ter flash jugak namarom revision 21. Ngehehe.Den tunggu lamo benor dia nak keluarkan revision 22, dan den singgah balik forum tgk dorang dah berpindah ke gingerbread lak. Haduyai keciwa. Jadi den pun try je flash 21 ni tanpa belas kasihan dekat phone den.

Antara perubahan rev 21 ni ialah:
1. Kebanyakkan aplikasi samsung seperti My Files, Music player, Picture gallery dimasukkan semula.
2. Rev21 masih lagi tangga teratas kalau buat quadrant benchmark, tetapi markah rev20 jauh meninggalkan rev21 nie. Ini bermaksud rev20 lebih pantesss..
3. Tak seperti rev20, rev21 anda dah boleh set ringtone kegemaran anda! Hihihi.
4. Seperti rev20, rev 21 juga ada masalah video recording tetapi den telah berjaya mengatasi dengan kaedah magik. Nanti den story laa...


Berikut merupakan beberapa screenshot bagi yang berdarah muda dan ingin mencuba. Yok!

Quadrant untuk Rev 20.
Quadrant untuk Rev 21.

Ini pula bagi stock XXKB3 yang biasa
NamaRom rev 21 (Froyo)

Hah amacam???? Memang laa x berapa pantess macam rev20, tapi den rasa rev 21 ni pun boleh juga untuk dicuba!. Den rasa seronok lak pakai rom baru nie. Hihihi.

Kalau korang search kat forum xda, den tak tawlah ada lagi ke tidak download link untuk namarom 21 nie.


21 August, 2011

Ayat Penggerak, dan pengalaman den.

Masa awal-awal dulu, den terjumpa satu artikel mengenai ayat penggerak. Jadi den pun cuba untuk menghafalnya. Den amalkan setiap kali nak bergerak pergi kerja, masuk rumah dan ketika makan diluar.

Ayat penggerak ni mudah jer, kalau 1 jam tu dok baca insyAllah boleh lekat dan hafal terus. Kalau korang nak tahu ayat tu macam mana, pi rujuk kat sini:

http://drleemind.blogspot.com/2010/11/amalan-mengelak-sihir-atau-pukau.html

Sebenarnya, den ada pengalaman yang nak diceritakan pada anda-anda semua. Yelah, asyik cerita pasal teknologi pun tak besh gak, sekali-sekala meh dengor temberang den. Ngehehe.Kisah nya bermula disini....

Pada suatu malam yang dingin, den pun ajak kawan den 'kukuk' pergi dinner dekat luar. Biasalah orang bujang, tak de maknenyer kalau kitorang nak masak pastu makan sama2 kat rumah. Ohhh pleaaseee...

Selepas habis makan, den pun mengajak kawan den pergi mencari rumah sewa. Waktu tu baru pukul 10.30 malam. (lebih kuranglah). Memang den bercadang untuk pindah rumah, begitu juga dgn kawan den 'kukuk'. Den nak cari rumah untuk den dan bakal isteri den nanti. 

Ronda punya ronda, tibalah den dikawasan yang pernah den lalui sebelum ni. Den pernah singgah tempat tu pada waktu siang. Memang banyak rumah kosong, jadi den bercadang untuk memberitahu member den kawasan rumah tu. Tetapi waktu malam tu memang agak scary. Tiada lampu jalan, gelap gelita dan sunyi. Hanya ditemani cahaya jiran dikejauhan.

Setelah tiba pada lorong yang menghala ke kawasan rumah tersebut. Terpacul dari mulut den.

"Ehhh angker nya tempat ni!" kawan den lihat muka den. Pastu dia bertanya "Oh ko dapat rasa eh?"

Den pun drive slow2 kereta mini cooper den. Tapi disebabkan kawasan tersebut tersangat gelap dan menyeramkan den pun bercadang untuk patah balik. Terpandang den pada satu rumah yang tiada pagar...jadi den reverse kereta masuk ke dalam rumah tu.

"Lubang??" hati den tiba-tiba bersuara. Dan selepas itu, memang betul, tayar kereta belakang sebelah kiri masuk ke dalam lubang..! Waduhhh..gawat nie.

Den keluar kereta, den tgk tayar den. Nasib baik tak de benda tajam, cuma termasuk dalam lubang sahaja. Den jeling kiri dan kanan. Fikiran den dah terpikir macam2. Fikir ape lagi, fikir antu leerrr wei.. tapi den tetap berani lagi masa tu..den still cool and tenang sokmo.

Den masuk kedalam kereta, den masuk gear satu dan tekan minyak tetapi kereta tak lepas juga. "Kukuk, ko try drive kete aku, aku tolak dari belakang" den mengarahkan kawan den. Tapi gagal juga.

Den pun beritahu dekat member den tu..sambil jeling kiri dan kanan..
"Kita kena akalkan benda ni, kalau tak tersangkut lah kita sampai pagi kat sini!" Den pun masuk kedalam kereta, sebab den dapat idea untuk reverse kan kereta. Den pun cubo.

Hah sebaik boleh! Pastu den minta member den arahkan den untuk bergerak supaya tidak termasuk ke dalam lubang semula. Tapi, masa den masuk gear satu, dan press minyak. Kereta den mengaum!! Vrooommmmmmmmmmm!!!! Dua tiga kali juga den pastikan yang gear den memang dah masuk. Tapi enjin kereta masih lagi mengaum, tak mahu bergerak. Macam ada benda yang menahan dari ianya bergerak ke hadapan.

"Ahhh sudah" rintih hati den. Den pun cuba sekali lagi, tapi kali ni, den mulakan dengan ayat penggerak.

Den baco dengan perlahan. Mulut den terkumat-kamit sambil den tekan clutch dan masukkan gear. Den tekan minyak, dan alhamdullillah kereta boleh bergerak!

Lepas tu, apa lagi...den pun cepat2 blah dari kawasan tu. Masa dalam kereta, den cakap kat kawan den "Memang angker laa tempat tue". den tersenyum.

Ada banyak lagi sebenarnya kegunaan ayat penggerak ni, jadi alang-alang korang kena temberang biarlah kena temberang sampai habis!! kihkihkih. Ini antara kegunaan ayat penggerak. Sila amalkan, banyak faedah nyo.

1. Sebelum bergerak ke suatu tempat, cubo baco ayat ni 7 kali. Kalau sangkuit2 atau pun putuih2..maka tangguhkan dulu perjalanan anda.
2. Kalau poie makan kat luar nun, sebelum menjamah adalah baiknya korang baca ayat ni dulu diikuti doa makan. Dengan cara ini, InsyaAllah , santau , sihir akan pudar.
3. Kalau korang nak balik rumah, ada anak kecil lak tu dalam rumah, ada baiknya kalau korang baca ayat ini 3 kali dan meludah ke kiri(syarat sahaja) kemudian bagilah salam dan masuk ke dalam rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari benda2 ikut korang masuk dalam rumah sekali. Kang dia kacau lak baby korang dalam rumah, melalak lah budak tue...

Ini sahaja perkongsian den dengan para pembaca semua. Den harap, kalau yang ada pengalaman lagi dashyat tu, maka berkongsilah dengan den. Den pun nak dengor juga korang temberang kat den. hihi.

Zikir Kunci Diri

Den perasan yang lately ingatan den semakin kurang. Mungkin dek dosa-dosa den yang telah banyak den lakukan.

Den perasan gak yang lately hati den sangat keras. Kekadang den xdo perasaan takut, dan simpati. Perkara ni betul-betul merungsingkan den. Den berazam, untuk mendidik hati den supaya tidak terdapat unsur-unsur negatif. Kalau hati dah keras tu maknanya kita dah semakin lalai dan alpa sehinggakan hidup kita dinodai oleh dosa-dosa. Astagfirullahalazim.

Adapun den nak kongsikan satu zikir untuk mengunci diri. Den ingat dulu tapi sekarang semakin lupo plak, sebab tu den jadikan ianya sebagai satu tajuk post pada kali ni.

Banyak kaedah sebonarnya kalau nak kunci diri. Maksud kunci diri ni ialah menutup segala jalan pada badan kita agar syaitan / jin  tidak dapat memasukinya. Selalu kalau kita dengar, orang-orang yang mengamalkan ilmu batin mereka memang banyak kaedah2 untuk mengunci diri nie. Terutama sekali yang selalu berhadapan dengan makhluk-makhluk iaitu yang terlibat dalam perubatan tradisional dan islam.

Zikir tersebut ialah:

Laa illaha Ilallahu wahdah laa sya ri kallahu
Laa hul mulku walahul hamdu
wa huwa a'la kulla sha 'in khodir.

Den masih lagi belajar ilmu-ilmu kebatinan ni. Boleh dikatakan tahap rookie lagi. So kalau ada silap den dekat sini. Mintak ditegur. Den manusia biaso jo.

Wallahualam.

Layari Wifi di PC gunakan Samsung Galaxy SL

Disebabkan custom ROM SGSL masih lagi dalam peringkat beta. Den pun malas lah nak gatal tangan flash SGSL den. Moh dengar den temberang...

Untuk kali ni, den nak bagi sikit tips khas untuk korang yang belum tahu lagi!. Bagi yang dah advanced tu, x payah laa korang baca entry den kali ni. Den buek utk yang tak taw tapi nak taw ja..dan belum taw laie. Kalau yang tak taw ni, tapi pakai SGSL, tak kemana lah kalau mereka tak explore kelebihan2 yang ada pada phone dorang. Tak gitu? Dan sebab itulah den wujudkan post ni, utk elak dari kufur nikmat :p. Hehehe.

Sebenarnya, dekat SGSL ada satu fungsi yang dipanggil USB Tethering.

Apo ko bondo eh menatang tu?
USB Tethering ni sebenarnya membenarkan anda akses ke Wifi/Internet menggunakan phone anda. Dimana phone itu perlulah di sambungkan ke PC menggunakan kabel USB.


USB Tethering
Katalah korang ada PC kat umah / kat ofis. Dan PC korang tak de pulak wifi card. Ataupun wifi card kat laptop problem ka. Maka den syorkan korang jadikan SGSL korang tu perantaraan nya. Cheh~. Ingat bercakap ngn Jin je guna perantaraan?? :)


Cara-cara untuk melakukan USB Tethering.
1. USB cable.
2. Pasangkan kabel usb ke phone dan ke PC.
3. Pi kat setting--Wireless n Networking--Tethering
4. Tick USB tethering.
5. Connect ke Wifi menggunakan phone.
6. Sekarang, PC anda boleh menggunakan wifi melalui kaedah tethering. Yup, semudah itu.


PERLU DIINGATKAN!!
Kalau anda ada 2 rangkaian ke internet contohnya rangkaian LAN dan juga WIFI (guna SGSL), maka disablekan lah yang LAN punya connection.

Perlu di ingatkan juga, sesetengah browser mungkin ada set proxy. Justeru itu, make sure anda tahu sama ada perlu di set proxy pada browser ataupun tidak.

Semoga bermanfaat untuk pembaca-pembaca sekalian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...