Carian

Loading...

27 February, 2012

Tempat Rawatan Batu Karang di Johor


Bagi mereka yang mencari tempat rawatan batu karang di sekitar johor. Disini den letakkan mapnya. Kalau dah sampai tempat ni, pergilah tanya orang-orang disana. Pakcik yang merawat tu agak dikenali disana.



Kaedah rawatan
Rawatan membuang batu karang menggunakan limau sunkist. Dinasihatkan agar anda pergi dahulu berjumpa pakcik tersebut dan bertanya sendiri mengenai barang-barang yang perlu dibawa. Jika anda datang dari jauh (bukan kawasan sekitar) dinasihatkan agar anda mencari hotel2 berdekatan kerana lazimnya rawatan tersebut melebihi 1 hari.

Ada 2 orang kenalan den yang  pernah datang mendapatkan rawatan dan alhamdulillah mereka pulih. Kuasa Allah SWT.


HINT:
- Berdekatan dengan kilang Ocean Mineral Water (M) Sdn Bhd

26 February, 2012

Proton Saga FLX 1.6 SE Review

Baru-baru ni aku ada beli sebuah kereta proton saga flx 1.6 se. Memang bercadang untuk beli kereta baru pun tetapi tak ada lah fikir nak ambil saga flx se ni.

Kredit to www.kereta.info untuk gambar ini.
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah pandangan aku mengenai saga baru ni. Yelah, aku pun nak kongsi juga review aku mengenai kereta yang aku sendiri sudah miliki. Apa yang aku boleh katakan Saga baru ni sedap jugalah kalau dibawa, hari tu pernah aku pecut 170km/j. So far steady lagi laa ye. Tapi tak berani nak pergi laju dari tu sebab aku bawa orang rumah yang mengandung.

Ada dua pilihan warna saga flx se 1.6. Iaitu warna solid white dan juga metalic fire red. Bezanya cuma harga solid white murah RM450. Dan jika beli (yang solid white), kita akan dapat refund RM450 dengan bayaran bulanan sebanyak RM525. Tapi ini bergantung kepada interest rate yang bank offer kat korang lah. Macam kes aku, aku dapat 2.90 p.a. Kira mampu lah untuk membayar bulan2. Lagipun aku pakai dua kereta.


Ada beberapa faktor yang membuat aku tertarik untuk membeli Saga flx se 1.6, antaranya ialah:
1. Enjin 1.6 Campro.
2. Menggunakan Gear CVT.
3. Tempat duduk 'Leather' warna gelap, sesuai untuk jiwa remaja mcm aku nie ;p
4. Airbag.
5. ABS + EBD

Gearbox Saga FLX SE ini dilengkapi dengan CVT (Continuosly Variable Transmission) selain terdapat opsyen SAT (Stepped Automatic Transmission) untuk pemanduan yang lebih agresif katanya.


Fuel Consumption
Mengenai FC, boleh aku katakan yang saga ini agak jimat untuk perjalanan jauh. Ini kerana aku pernah bawa dari seremban ke johor (kota tinggi) dengan penggunaan minyak sebanyak RM33.00. Berbanding dengan kancil 850 yang turut berkonvoi iaitu RM26.00.

Bagi perjalanan bandar pula, secara keseluruhan aku berpuas hati memandangkan ianya enjin cc 1.6. Jika hendak dibandingkan penjimatan, perodua viva memang lagi jimat. Mana den taw? sebab orang rumah den pakai satu. hehehe. Tapi bak kata orang putih, kita perlu compare 'Apple to Apple'.

Tangki minyak pula kecil dan mempunyai kapasiti lebih kurang seperti perodua viva. Mungkin ada sebab tertentu mengapa pihak proton membuat tangki kecil bagi model FLX SE ini?


Kelajuan dan pemanduan
Kalau lampu merah, selalunya selepas hijau kereta saga flx se ini akan berdesup kedepan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Gearbox CVT ini memang ada sedikit perbezaan dan akan mempengaruhi cara pemanduan anda. Teknologi CVT ini sudah banyak digunakan oleh jenama-jenama kereta seperti nissan, subaru dll. Video dibawah ini dapat menerangkan lebih lanjut mengenai CVT yang digunakan oleh nissan. Walaupun video ini khas untuk CVT yang digunakan oleh nissan tetapi teknologi CVT tu tetap sama untuk kereta proton. Kereta ini juga dilengkapi dengan ABS + EBD.


Jika anda mahukan pemanduan yang lebih agresif maka anda bolehlah menekan butang SAT. Dengan SAT, gear ratio akan disetkan kepada 6 kelajuan dan setiap pertukaran gear itu boleh dirasai seperti model kereta automatik yang biasa.




Ruang Dalaman Kereta
Jika hendak dibandingkan dengan Myvi 1.5, rekaan dalaman Saga FLX SE ini terlalu simple. Ianya juga tidak mempunyai fungsi menyelaras penghawa dingin ke kaki. Namun, stereng kereta boleh dilaraskan sama ada untuk ditinggikan ataupun direndahkan. Begitu juga sit kereta pemandu. Apa yang kurang menyeronokkan ialah, tempat duduk belakang tidak boleh dilaraskan/ dibuka bagi membolehkan muatan yang lebih panjang diletakkan didalam bonet kereta. Kenapa ciri-ciri ini tidak dapat pada model saga flx se ini?



Dealer ohh Dealer
Bagi urusan jual beli anda dinasihatkan untuk mendapatkan dealer yang bagus. Kerana saya terpaksa menukar dealer disebabkan kerja yang dilaksanakan kurang memuaskan. Lambat!. Jika anda berada dikawasan seremban, JANGAN BERURUSAN DENGAN DEALER PROTON BERSEBELAHAN BHP di Rahang. Sales Person Cha Yaa Nun Alif  itu tidak jujur. Jika disuruh meletakkan deposit kereta dengan alasan : 1) Mempercepatkan proses mendapatkan kereta, 2) Meyakinkan bos, pembeli benar2 serius. Maka jangan dilayan. Ingat! jangan dilayan.

Bagi saya, mereka selaku sales person perlu jujur. Jika benar untuk mempercepatkan proses pembayaran maka lakukanlah dengan betul. Begitu juga dengan perihal rebat. Jika boleh dapatkan rebat, maka beritahulah. Jangan sembunyikan hal itu daripada pembeli. Kes yang sama untuk interest bank. Tak gitu??

Tahun 2012 ni, kadar interest untuk pinjaman kereta turun. Disamping itu terdapat juga isu Bank Negara Malaysia yang mengetatkan lagi syarat untuk membuat pinjaman.Walaubagaimanapun, perkara ini telah dibawa ke meja perbincangan antara pengeluar automotif negara kerana ianya menjejaskan hasil jualan mereka

26 December, 2011

Kisah Den Pagar Rumah

Hari ni den letih benar sebab kena pagar rumah. Maklumlah ada sedikit perkara yang berlaku menyebabkan den perlu meminta pertolongan dari Tok ucu Mak Lim. Ada kisah disebalik perkara ni berlaku. Rumah yang baru den pindah bersama isteri den dikatakan ada 'orang'. Wallahualam.

Baru-baru ini, den seringkali sakit. Hari tu den kena demam panas. Lepas baik, den kena pulak bintik-bintik merah dibadan. Habis bintik tu naik dekat muka. Den dah poie jumpa doktor. Pertama pergi jumpa doktor swasta, kedua pi klinik kesihatan. Isteri den sangat risau sebab tengok badan den terlalu panas, mata den pula merah. Nasib baik lah tak kena tahan wad. Doktor cuma beritahu darah den ada jangkitan kuman.

Muntah darah.
Masa demam panas tu, den muntah. Hujung muntah tu ada sedikit darah. Perkara ni telah mengundang resah mak den dan juga mak mertua den. Hari ketiga, mereka semua datang kerumah den, di somban. Mak mertua den siap bawak air, dan kunyit untuk merawat keteguran. Habis den dialinkan pada sendi2 dengan kunyit mula dari anggota sebelah kiri dan dibawa ke sebelah kanan.

Tok Yassin.
Hari ketiga tu, sakit kepala den bukan main lagi. Denyut dia sekejap-sekejap tapi sangat sakit. Last-last pak mertua den pi urot kepala den. Kemudian, isteri den diarah pula menampal asam jawa pada kepala dan batang tengkuk den. Sejuk je rasanyer. Malam tu, den tidur awal sebab keesokkan harinya den perlu pergi kerja. MC den sudah habis, itupun doctor bermurah hati untuk bagi den cuti 2 hari. Malam tu, sebelum tidur den ada seru ataupun berniat. Malam tu juga seorang tua muncul. Tok yassin den beri gelaran. "Berkat dari surah yassin dan khasiatnya, sembuhkanlah aku". Sebelum tidur, bayangan seorang tua muncul dalam fikiran den. Sehingga ke subuh den tidur tapi dalam jaga. Badan den dibasahi peluh2 halus.

Azan subuh berkumandang. First time den tidur dan bangun sebab dengarkan azan subuh. Selalunya bunyi alarm handphone yang mengejutkan den. Den pun bangun bersiap-siap. Nasib baik den dah pesan pada orang rumah den untuk kemaskan baju sebab den kena outstation. Den dapat rasakan yang badan den sudah kembali pulih. Terasa segar.

'Orang'
Kembali kepada kisah ada 'orang'. Semasa malam ketiga den demam itu, mak mertua, mak den, dan isteri den semuanya tidur di ruang tamu. 'Orang' itu telah mengusap dahi isteri den. Mak mertua den nampak, lalu menegurnya agar tidak diganggu anak nya itu. Ada dua 'orang', dan mak mertua den memesan kepada rakan yang satu lagi itu, supaya melarang kawannya untuk menggangu isteri den.

Seminggu den hantar isteri den balik ke kampung, memang perkara tu diminta olehnya sendiri semenjak berbadan dua ni. Dia rindukan masakan ibunya. Seminggu itulah den terpaksa duduk dirumah itu sorang-sorang. Seram? Yaa, tidak dinafikan lagi. Tapi den buat tak kisah. Den tidur dekat ruang tamu ditemani tv.

Tok Cu Mak Lim datang tengok rumah
Baru sebentar tadi, Tok Cu Mak lim datang untuk tengok2 kan rumah tu. Dibawa sepaket garam, dan 4 batang paku. Orangnya sudah berusia dan bertongkat, tetapi air mukanya jernih dan orangnya agak peramah. Disuruh ambilkan mangkuk dan sebaldi air. Perkara tu den turuti.

Diletakkan sepaket garam ke dalam mangkuk, 4 batang paku diletakkan di atas mangkuk yang diisikan garam tadi. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Den cuma dapat tangkap dia baca selawat pada permulaannya sahaja. Di ambil sedikit garam didalam mangkuk tadi, ditaburkan sedikit ke baldi. 3 kali bilangannya mengikut kiraan den. Di arahkannya den, untuk membawa baldi tadi untuk merenjis segenap rumah, mengikut arah tawaf kaabah. Sambil merenjis, disebutkan 'Allah'. Bayangkan sebaldi air den kena angkat, merenjis segenap rumah, dua tingkat pulak tu. Tangan den terasa kebas, dan otot den mula terasa sakit. Selepas itu, dia pergi ke tengah halaman rumah, mengadap pintu utama rumah, dia melakukan jurus 'menolak'. Kemudian  mengadap kebelakang dan melakukan jurus yang sama sambil menghembus nafas kuat dari mulutnya. Den nak tergelak tapi den tahan je takut nanti dimarahi pula oleh pak mertua den.

Setelah selesai upacara merenjis. Tok Cu Mak Lim ke halaman rumah, ditaburkan garam-garam tadi seperti memberi ayam makan. Lalu dia berpesan untuk tidak menyapu rumah dalam masa 2-3 hari ni. Den anggukkan kepala. Setelah itu, pak mertua den pula, ditugaskan untuk tanam paku-paku tadi mengikut 4 penjuru. Kepala paku perlulah dibawah, dan ekornya mengadap ke atas.

bersambung...

Pak mertua den menggunakan screw driver untuk membuat lubang di tanah supaya paku tadi boleh dimasukkan dan ditanam. Jarang den melihat kaedah pagar rumah sebegini. Ini merupakan pengalaman pertama den. Tok Cu Mak Lim merupakan satu perguruan dengan Arwah Tok Aman. Tetapi cara mereka agak berbeza kerana tok aman menggunakan bertih jagung. Tok Aman merupakan datuk kepada isteri den.

22 December, 2011

Syukur..akhirnya dapat juga merasa jadi papa

Syukur alhamdullillah..

Tak sangka-sangka rezeki den agaknya. Tersenyum den terdengar orang rumah den mengejut den bangun tidur sambil memberitahu perkara tersebut. Den takdo lah terus bangun sambil lompat2..cuma den buka mata sambil senyum. Dalam tidur pun den tersonyummm..manjang sonyum eh. Cito nie dah lamo, isteri den dah masuk 2 bulan lebih dah.

Kepada yang menanti post den berkaitan android tu, den mintak maaf banyak-banyaklah sebab kebelakangan ni den memang tak do maso nk sentuh pasal android tuh.

Apa yang den nak kongsikan disini ialah bagaimana den berjaya juga akhirnya menggunakan teknik & juga bantuan software untuk mendapatkan berita gembira sebegini. Walaubagaimanapun memang tidak dinafikan sama sekali, rezeki kurniaan anak itu adalah dari Allah swt semata-mata. Harus diingat yang itu!

Panduan
Kalau korang nak panduan boleh lah korang ikut panduan dari ebook ni. Belilah satu. Sekurang-kurangnya dapat juga korang menambahkan ilmu didado tu. Klik sini. den memang syorkan korang baca ebook ni.

Pengetahuan Kitaran haid & Pemeriksaan Mukus Pangkal Rahim
Selain itu, korang juga perlu mengetahui ilmu kitaran haid ini. Kalau korang tahu ilmu ni, maka korang dapat menentukan waktu subur dan juga waktu jangkaan pengeluaran ovum berlaku. Ini sangat penting!. Kita mesti ada target, kalau kita tikam membuta tuli, jadi tu insyaAllah tetapi adakah anda sentiasa mempunyai masa tersebut?? Macam den ni, perkahwinan jarak jauh! Masa bersama tu terhad. Hujung minggu baru dapat balik. Itu pun kalau boleh!. Jadi ilmu sebegini korang perlu tahu supaya korang boleh merancang waktu bersama.

Bagi yang malas ataupun tiada masa untuk mempelajari waktu-waktu subur ini, ada jalan alternatif dengan menggunakan teknologi android. Ada banyak aplikasi diluar sana yang boleh membantu mengira kitaran waktu subur ini. Den menggunakan aplikasi ini untuk membantu den melihat/menjangka waktu subur isteri den. Ianya sangat mudah kerana anda hanya perlu mengetahui bila tarikh isteri anda period, dan juga jangka masa lazim bagi tempoh period isteri anda. Selebihnya, biarlah aplikasi itu membuat pengiraan dan jangkaan waktu subur dan waktu pengeluaran ovum.

Dah tahu waktu subur, waktu ovulasi? bila masa nak serang?
Dengan mengetahui waktu subur dan waktu ovulasi, anda juga perlu tahu waktu bila yang perlu untuk membuat hubungan intim. Ini kerana faktor jangka hayat sperma dan juga ovum itu sendiri. Yang ni, den serahkan kat korang jelah untuk mencarinya sendiri. Apa yang penting dekat sini, anda perlu pastikan yang sperma anda dapat bertemu sang ovum sebelum mereka mati kelemasan berenang-renang ditepian.



Gambar diatas menunjukkan kitaran haid yang berlaku pada wanita. Ya tidak dinafikan bahawa gambarajah tersebut sedikit berinformasi dan sukar untuk difahami. Tak mengapa, den akan akan simplify kan dengan satu penerangan yang mudah untuk makluman anda semua.

Melalui gambar diatas, ada satu rahsia yang praktikal perlu anda ketahui. Dengan mengetahui rahsia ini, anda boleh merancang untuk hamil. Ianya juga memerlukan kesungguhan si isteri tadi untuk melakukan pemeriksaan terhadap perkara ini.

Jadi, apakah perkara tersebut?
Perkara tersebut ialah Mukus Pangkal Rahim! Yaa, Mukus Pangkal Rahim (MPR) yang pernah disentuh oleh den dalam beberapa post sebelum ini. Anda dinasihatkan rujuk semula post berkaitan MPR itu, dan silalah untuk melakukan pemeriksaan tersebut. :) Semoga Berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...