07 July, 2011

Cara SWAP internad_sd kepada external_sd Samsung Galaxy SL

Amaran: Den sekadar ingin berkongsi maklumat dan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa masalah kepada Samsung Galaxy SL (SGSL) korang...Sendiri buat sendiri tanggunglah yer..


Sebenarnya.. den dah berjaya swap external card (8GB) kepada internal_sd. Ini bermakna, den dah boleh install game NFS Shift ataupun game2 yang lain yang memerlukan saiz storan yang lebih besar. Mula2 buat tak jadi2...benda simple tapi ada sebab yang tertentu menyebabkan den cuba beberapa kali baru ley jadi...fuhh..tu yg den nak kongsikan kat korang...pengguna SGSL.. Okay...bagi yang kurang paham apa yang den maksudkan..kat sini den bagi penerangan dengan menggunakan gambar yg den capture dari SGSL den. Den punya external memory card 8GB ja...bila dah swap..external punya space tu dia detect sebagai internal SD card dan External SD card tu plak..amek space yg internal sd card...
Sebelum swap
SGSL Bila berjaya buat swap
Bila dah swap macam tu..boleh laa korang install game NFS Shift..sbb game tu dia perlu extra data untuk didownload dan di simpan didalah Internal SD Card (yang mana den dh swap jadi 8GB). Sama gak macam game2 HD yg lain.
Cara-cara nak swap SGSL:
1. Korang kena root kan SGSL.Yang nie kena pakai Superoneclick..Refer post sebelum ni. Kalau dah boleh root kita proceed to the next step.
2. Install root explorer.. make sure amek version 2.16..sbb den guna version nie baru berjaya. Sebelum nie den guna version lama..tapi tak menjadi. Kat mana nak carik?? korang pi search google guna keyword nie:
root explorer site:4shared.com
Dah jumpa version 2.16?? Install kat phone...

 3. Okay..sekarang korang kena download file vold.fstab yang telah dimodified ke dalam PC korang. Pastikan file vold.fstab tu untuk SGSL..jangan pakai yg lain..kang naya je kalau x buleh. Kalau tak jumpa..boleh minta kat den..

 4. Backup file vold.fstab yang asal dalam phone korang tu. Gunakan root explorer pastu pergi ke system/etc. Copy file vold.fstab tu pastu paste kan kat dalam folder sdcard. Nak lagi cun..korang buat satu folder baru dalam folder sdcard tuh....pastu paste kan vold.fstab tu dalam folder tersebut sebagai backup.

 5. Sekarang masukkan file vold.fstab yang korang download ke PC tadi ke dalam external_sd.

 6. Pastu gunakan root explorer skali lagi...copy vold.fstab yang di modified ke dalam system/etc. Tapi sebelum tu korang tekan dulu button Mount R/W. Ini bagi membolehkan fail tadi di overwrite dengan jayanya..Kalo korang nak tahu dah berjaya copy atau tak senang aje..cuba tgk tarikh dia..macam den..14 Apr 2011. Tarikh berbeza dengan yang asal iaitu 11 Feb 11.


7. Reboot SGSL.. Amacam berjaya tak? Sila komen..

 ====================

Bagi yang tidak jumpa link untuk download vold.fstab yang telah di modified. Anda boleh copy n paste kod dibawah ini kedalam notepad++ ataupun pspad (boleh guna notepad, tapi tak berapa disyorkan). Setelah selesai paste, namakan fail tersebut sebagai vold.fstab, pastikan fail tersebut bukanlah fail .txt. (cth kesalahan rename seperti berikut: vold.fstab.txt)

Tetapi di ingatkan sekali lagi, backup fail asal anda iaitu vold.fstab yang original.


## Vold 2.0 Generic fstab
## - San Mehat (san@android.com)
## 

# internal sdcard
{
 mount_deep = 1
 ums_path = /sys/devices/platform/musb_hdrc/gadget/lun0/file
 asec = enable
 mbr_policy = overwrite
}
dev_mount sdcard1 /mnt/sdcard/external_sd 1 /devices/platform/mmci-omap-hs.1/mmc_host/mmc0

# externel sdcard
{
   mount_deep = 0
 ums_path = /sys/devices/platform/musb_hdrc/gadget/lun1/file
 asec = disable
 discard = enable
 mbr_policy = skip
}
dev_mount sdcard /mnt/sdcard 1 /devices/platform/mmci-omap-hs.0/mmc_host/mmc1
#end line ## keep this line

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...