10 July, 2011

Cara update firmware Samsung Galaxy SL

Amaran: Jika anda mencuba tutorial ini, risiko anda perlu tanggung sendiri. Penulis sekadar ingin berkongsi maklumat dan pengalaman penulis.

Level: Easy, Medium, Hard.
Risiko: Low, Medium, High

----------------------------------

Hari ini, den berjaya upgrade firmware den dari FROYO.DXKB2 kepada FROYO.XXKB3. Disebabkan itu den ingin berkongsi pengalaman den dan sedikit tips untuk mereka yang ingin mencuba. Tetapi ingat! Amaran sudah diberikan. :)

Tujuan den update ke KB3 ni kerana salah satu masalah yang terdapat pada SGSL ialah masalah GPS. Mesti anda perasan yang GPS anda lambat untuk mendapatkan signal satelit. Selain itu, bateri anda juga cepat drain. Disebabkan den baru sahaja upgrade ke XXKB3 ini, maka tidak banyak perubahan yang den lihat. Apa-apa masalah ataupun kebaikannya akan den update di blog ini kemudian. 

Bagi mereka yang ingin mencuba untuk update firmware. Berikut den beritahu satu per satu, apa yang anda perlu buat. InsyaAllah anda pun boleh upgrade ke kb3 juga :)

Pastikan! ..
1. Backup semua fail, contact, calendar, gambar dll. Bagi contact dan calendar, anda boleh menggunakan samsung kies.
2. SGSL anda sudah di root. Lihat cara-cara nak root SGSL.
3. Kalau anda sudah swap internal_sd kepada external_sd. Maka unswap semula.
4. Remove sim card dan memory card anda sebelum memulakan proses flash firmware.

Perkara 2 dan 3 adalah optional.

Jika langkah-langkah di atas sudah diambil maka anda boleh lah download semua fail/ aplikasi yang diperlukan untuk proses Flash Firmware. Berikut yang perlu dimuat turun.

1. Odin.
2. latona_20110114.pit.
Bagi perkara 1 dan 2 anda boleh rujuk di http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1004622. Ada download link disitu. Klik dan download fail-fail tersebut.

3. Fail-fail firmware XXKB3 boleh dimuat turun di sini http://hotfile.com/dl/109632538/8b50540/I9003XXKB3.rar.html  
Klik dan download fail-fail tersebut. Didalam fail rar ini terdapat 3 fail yang diperlukan semasa proses upgrade firmware nanti. Extract fail rar tersebut di PC anda.

4.Jika anda telah selesai memuat turun semua aplikasi dan fail yang diperlukan. Mari kita mulakan proses update firmware.

Langkah-langkah

1.Pilih kotak Re-Partition,  Auto Reboot dan F.Reset Time. Klik pada butang PIT dan pilih fail latona_20110114.pit.

2. Offkan SGSL anda dan kemudia ON kan ke Download Mode [tekan button Home + Volume Down + Power]. Selepas itu, connect SGSL anda ke PC menggunakan kabel USB. Tunggu sehingga Odin dapat detect SGSL anda. (Kotak kuning akan kelihatan di ID:COM)


3. Tekan butang Start, dan tunggu sehingga kotak Hijau PASS!! muncul. Ini bermakna anda sudah berjaya memuat turun fail latona tadi ke SGSL anda. 


4. Keluarkan bateri anda dan pasangkan semula. Di Odin, tekan butang Reset dan selepas itu pastikan anda hanya pilih kekotak Auto Reboot, F.Reset Time, PDA, PHONE, dan juga CSC.

5. Kemudian, tekan butang PDA dan pilih fail I9003XXKB3-REV08-PDA-low-CL925667.tar.md5,
Tekan butang PHONE dan pilih fail MODEM_I9003XXKB3_REV_00_CL928844.tar.md5 dan tekan butang CSC dan pilih fail GT-I9003-CSC-SERKB3.tar.md5. Pastikan kekotak disebelah sudah dipilih.

6. ON kan SGSL anda ke Download Mode semula. Sambungkan ke PC menggunakan kabel USB. Tunggu sehingga Odin detect SGSL anda (Kotak kuning akan muncul).

7. Tekan butang Start, dan biarkan proses ini berjalan (jangan usik apa-apa) sehingga anda lihat kotak hijau PASS!! kelihatan.
Proses flash sedang berjalan. Biarkan sehingga selesai.

Proses flash berjaya!

8. Masukkan sim card dan memory card anda, dan ON kan semula SGSL anda!.

Selamat mencuba dan tanggung sendiri risikonya.. Hahaha~.

Kebaikan XXKB3
Hasil daripada pemerhatian den selama menggunakan ROM XXKB3 ini. Berikut merupakan beberapa kebaikan yang den pasti.
1. Signal GPS sangat pantas. Sebelum ini den nak dapatkan signal GPS boleh cecah 5-10 minit, tetapi selepas guna KB3, signal GPS dapat di lock dalam masa 10-20 saat sahaja.
2. Penggunaan bateri den lebih tahan lama. Kalau sebelum ini, den terpaksa pakai power bank. Sekarang ni, dah balik dari office pun bateri masih ada. :)
  
Kelemahan
1. Selepas den pakai ROM nie, baru den perasan yang samsung XT9 punya language tak de bahasa melayu. Sebab XXKB3 merupakan ROM untuk Europe dan bukannya untuk Asia. Den pun masih lagi mencari penyelesaian bagi masalah ini, walaupun pada hakikatnya XT9 punya language bukanlah satu masalah yang besar untuk kes ini :)
 

Jangan lupa ucapkan terima kasih!

26 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. maksudnyr bila buat begini hp dah di root ke belum?

    ReplyDelete
  3. untuk buat flash firmware..hp tak perlu root.

    ReplyDelete
  4. salam.. ni tukar gingerbread ke?
    then boleh bg guide utk root balik firmware baru tu? thanks..

    ReplyDelete
  5. Wsalam Pinky Angel,

    Ni bukan untuk upgrade ke gingerbread tetapi ianya masih lagi froyo. Cuma versi nyer ialah versi eropah iaitu xxkb3.

    Versi asia ialah DXKB2. XXKB3 ni lebih stabil dari segi GPS, Bateri..

    selama saya pakai rom ni xxkb3.saya agak puas hati.

    About gingerbread, insAllah kalau saya dah flash phone sy..sy letakkan sekali tutorial nyer.. :)

    ReplyDelete
  6. ada org kata kalao update sama froyo to froyo nnti messed up imei number. betul ke?

    byk nak tanya ni.hehe..

    kalau bole add me in ur fb so that bole chat.

    ilyana isa

    thanks!

    ReplyDelete
  7. Not sure about that Pinky Angel. But i will check on it later.

    Pernah dengar juga pasal emei tu tapi saya rasa macam pernah terbaca untuk recover balik emei.

    FYI, I never check my emei. :). Just flash the rom and use it.

    ReplyDelete
  8. sbnrnya dah berkobar2 nak flash rom gak..follow ur steps. dah siap dl odin n latona.
    skali incek bos tak bagi la pulak. lgpun it's his money i'm putting on the line. hehe..

    ur solution seems reasonable.xxkb3 mesti dah stable.stock rom european country. prefer stable dari latest xxkpe tu.

    ReplyDelete
  9. Jangan lupa backup contact number, sms, calendar.

    so far xxkb3 is okay. jika phone pinky angel ok tiada masalah, seperti bateri drainage, then kekalkan stock rom pun ok.

    saya munkin akan flash ke gingerbread juga satu hari nanti. :)

    ReplyDelete
  10. sy dah swap memory external_sd ke internal_sd.
    klu nk update firm perlu unswap balik ke?

    ReplyDelete
  11. xperlu..

    pada mulanya saya sangkakan ianya perlu, tapi kalau anda dah flash firmware, confirm system akan kembali kepada yang asal. Dan anda perlu melakukan swap semula utk firmware yg baru.

    Jadi tak perlu buat kerja 2 kali. Kalau betul2 nak flash firm. Just flash and dont worry about the swap thing.

    ReplyDelete
  12. salam.. thanx.. sgt2 berkesan.. gps x sampai 10 saat selepas tukar ke versi ni.. sgt2 menghargai sumbangan anda.. =)

    ReplyDelete
  13. Seorang lagi yang sudah bertukar ROM xxkb3 :)

    ReplyDelete
  14. dah cuba..terbaik la..nnti kalau da cube gingerbread, post la..
    btw, tq =)

    ReplyDelete
  15. Salam Dr Lee...
    Saya dah cuba update Galaxy SL saya dari fw XXKB2 ke XXKB3.

    Memang x banyak beza, cuma GPS lebih responsive & bateri tahan lama la. Tapi kenapa x boleh play file MP4 dgn Video Player biasa? Cuma kuar suara je, gambar x muncul. Sebelum ni ok je.
    Bila saya install MoboPlayer pun, still x leh play gak... Naper ek? MP3 ok lak kuar bunyi.

    ReplyDelete
  16. Xpasti mengenai perkara tersebut. Kemungkinan KB3 tu ada masalah.

    Cuba pakai arcMedia Player.

    ReplyDelete
  17. sy dah upgrade ke xxkb3. thanks atas tutorial. mmg menjadi.. skrg nk kena restore sgala2 application yg beli n free semula. adoi.. bnyk plak..
    anyway.. thanks bro!

    ReplyDelete
  18. Salam.. terima kasih kerana membantu.. nak tanya sikit.. saya dah berjaya menukar flash rom saya kepada xxkb3.. cuma masalah saya skg ni saya tidak boleh menggunakan internet saya secara packet data.. kalau wifi x ada masalah.. bolehkan dr lee membantu... plssss

    ReplyDelete
  19. sorry, den dah lama xguna xxkb3. Skrg dah bertukar ke gingerbread.

    cuba semak setting APN. Kalau gingerbread, setting APN tu secara automatik.

    ReplyDelete
  20. Hai dr.lee.saya ada masalah dgn sl ni..boot loop problem.stuck kat logo samsung.dah cuba flash stock rom DXKF1 tapi masalah tetap sama.any suggestion?thanks

    ReplyDelete
  21. cube re-download rom...dan Odin.

    Dikhuatiri rom yg di download itu bermasalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro risz, sya dah cuba bermcm rom tapi still sama.ada yg cakap internal memory rosak so terpaksa tukar motherboard

      Delete
  22. salam,nak tanye knpe time aq nak update firmware odin tak detect ID COM GT-I9003 sy....ape msalahnyausb debug dah tick maC tak detect gak huhu.....help plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Bio-Nik85,

      Pastikan driver usb tu dah diinstall pada PC. Sebelum flash guna odin, boleh atau tidak transfer file dari PC ke phone guna usb?

      Kalau boleh, maknanya usb driver berfungsi dengan baik. Jika tidak, munkgin ada masalah dengan phone setting ataupun phone itu sendiri.

      Delete
  23. Tkar pd 2.3.6.lg ok..saya punya dah.anda ble lg.

    ReplyDelete
  24. salam dr lee,

    saya nk update firmware, tp masalh nye tak detect.
    tak tahu kenapa.

    perlu ke saya install samnsung kies untuk update ni.

    sy dah try, tp tak detect odin.saya cancel nak update.
    lepas tuh, saya on hp saya.

    sekarang, kamera saya tak boleh guna yang apps contoh macam camera360.untuk camera biasa boleh. selalu force close.tapi GPS saya dah detect laju.

    kalau update firmware perlu ada internet ke, sebab saya guna wifi dari sl saya jek,kalau off hp, mmg takde internet lah kan?

    please tolong saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...