30 December, 2010

7 langkah berfikir seperti da vinci.

Leonardo Da Vinci

Seorang genius barat, ceritanya selalu disajikan kepada kita. Lantas orang timur mengenalinya. Nama-nama seperti Leonardo Da Vinci, Albert Einstein memang nama yang popular. Tapi tahukah anda yang Leonardo Da Vinci diangkat sebagai genius antara yang genius? (anda boleh rujuk buku bertajuk Think like Da Vinci)

Leonardo dianggap genius kerana dia hebat dalam banyak perkara. Dia hebat dalam bidang lukisan, dan juga sains. Di dalam buku yang saya beli, ada diceritakan mengenai cara-cara untuk kita berfikir seperti da vinci. Saya fikir tidak ada ruginya kalau saya berkongsi maklumat ini kepada anda semua, walaupun anda tidak membeli buku tersebut, anda masih boleh mengetahui bagaimana untuk berfikir seperti da vinci.

Leonardo da Vinci was the ultimate multi-tasker: an accomplished scientist, mathematician, engineer, inventor, anatomist, painter, sculptor, architect, botanist, musician, and writer.
Untuk berfikir seperti genius tersebut, ada beberapa langkah yang perlu kita ikuti. Ada 7 langkah yang perlu kita praktikkan.


1. Bersifat ingin tahu - bersifat ingin tahu merupakan kunci kepada kehebatan dan percambahan pemikiran. Dari sifat inilah kita berjaya merungkaikan penemuan-penemuan dan juga penyelesaian kepada sesuatu perkara.

Jadi sebagai permulaan, dapatkan sebuah buku untuk dijadikan sebagai jurnal. Jurnal ini perlulah ditulis dengan perkara-perkara yang anda ingin tahu. Kemudian lakukan pemerhatian dan kajian terhadap perkara tersebut. Tulislah perkara tersebut dan buatlah kaitan-kaitan. Teruskan jurnal anda.

2. Membuat ujikaji - Sebagai satu komitmen kepada sifat ingin tahu anda, ujikaji boleh dilakukan bagi memastikan bahawa apa yang anda fikirkan itu boleh dibuktikan kebenarannya. Anda boleh melakukan ujikaji dengan sendiri, ataupun anda boleh meminta pendapat orang lain untuk mengetahui cara mereka berfikir mengenai perkara tersebut. Justeru itu, anda akan dapat membezakan corak pemikiran anda dan juga memperbaiki kelemahan pemikiran anda.

3. Rasai Sensasi - belajarlah cara melihat dengan betul. Tuliskan apa yang anda rasa setiap kali anda melihat. Contohnya, anda boleh catatkan pemerhatian anda ketika melihat sesuatu. Selain itu, anda juga boleh mencatatkan perkara mengenai bau, anda juga boleh belajar melukis. Ianya semua berkaitan dengan langkah ke 3 ini.

4. Mencari kepastian - salah satu karektor Da Vinci ialah keupayaannya merungkaikan misteri demi mencari suatu kepastian. Justeru itu, kita perlulah berani merungkaikan misteri untuk mencari kepastian.

5. Keseimbangan seni / sains - merupakan pembangunan kepada pemikiran bercorak menyeluruh dari segi sains, seni, logik dan juga imaginasi. Salah satu kaedah yang bagus untuk mempraktikkan pemikiran logik dan juga imaginasi ialah dengan menggunakan kaedah mind map.

6. Keseimbangan fizikal - Da Vinci juga mempunyai ciri-ciri fizikal yang baik. Jadi, carilah masa untuk membangunkan latihan fizikal anda seperti bersenam, angkat berat , aerobik dan sebagainya. Leonardo boleh bekerja menggunakan kedua-dua belah tangannya. Menggunakan tangan kanan dan juga kiri.

7. Mengenalpasti kesinambungan dan perkaitan - cuba kaitkan perkaitan ataupun kesinambungan kepada perkara-perkara yang anda fikirkan. Contoh: cuba kaitkan sesuatu pekara yang tidak mempunyai perkaitan, seperti kumbang dengan roti dan sebagainya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...