22 December, 2011

Syukur..akhirnya dapat juga merasa jadi papa

Syukur alhamdullillah..

Tak sangka-sangka rezeki den agaknya. Tersenyum den terdengar orang rumah den mengejut den bangun tidur sambil memberitahu perkara tersebut. Den takdo lah terus bangun sambil lompat2..cuma den buka mata sambil senyum. Dalam tidur pun den tersonyummm..manjang sonyum eh. Cito nie dah lamo, isteri den dah masuk 2 bulan lebih dah.

Kepada yang menanti post den berkaitan android tu, den mintak maaf banyak-banyaklah sebab kebelakangan ni den memang tak do maso nk sentuh pasal android tuh.

Apa yang den nak kongsikan disini ialah bagaimana den berjaya juga akhirnya menggunakan teknik & juga bantuan software untuk mendapatkan berita gembira sebegini. Walaubagaimanapun memang tidak dinafikan sama sekali, rezeki kurniaan anak itu adalah dari Allah swt semata-mata. Harus diingat yang itu!

Panduan
Kalau korang nak panduan boleh lah korang ikut panduan dari ebook ni. Belilah satu. Sekurang-kurangnya dapat juga korang menambahkan ilmu didado tu. Klik sini. den memang syorkan korang baca ebook ni.

Pengetahuan Kitaran haid & Pemeriksaan Mukus Pangkal Rahim
Selain itu, korang juga perlu mengetahui ilmu kitaran haid ini. Kalau korang tahu ilmu ni, maka korang dapat menentukan waktu subur dan juga waktu jangkaan pengeluaran ovum berlaku. Ini sangat penting!. Kita mesti ada target, kalau kita tikam membuta tuli, jadi tu insyaAllah tetapi adakah anda sentiasa mempunyai masa tersebut?? Macam den ni, perkahwinan jarak jauh! Masa bersama tu terhad. Hujung minggu baru dapat balik. Itu pun kalau boleh!. Jadi ilmu sebegini korang perlu tahu supaya korang boleh merancang waktu bersama.

Bagi yang malas ataupun tiada masa untuk mempelajari waktu-waktu subur ini, ada jalan alternatif dengan menggunakan teknologi android. Ada banyak aplikasi diluar sana yang boleh membantu mengira kitaran waktu subur ini. Den menggunakan aplikasi ini untuk membantu den melihat/menjangka waktu subur isteri den. Ianya sangat mudah kerana anda hanya perlu mengetahui bila tarikh isteri anda period, dan juga jangka masa lazim bagi tempoh period isteri anda. Selebihnya, biarlah aplikasi itu membuat pengiraan dan jangkaan waktu subur dan waktu pengeluaran ovum.

Dah tahu waktu subur, waktu ovulasi? bila masa nak serang?
Dengan mengetahui waktu subur dan waktu ovulasi, anda juga perlu tahu waktu bila yang perlu untuk membuat hubungan intim. Ini kerana faktor jangka hayat sperma dan juga ovum itu sendiri. Yang ni, den serahkan kat korang jelah untuk mencarinya sendiri. Apa yang penting dekat sini, anda perlu pastikan yang sperma anda dapat bertemu sang ovum sebelum mereka mati kelemasan berenang-renang ditepian.



Gambar diatas menunjukkan kitaran haid yang berlaku pada wanita. Ya tidak dinafikan bahawa gambarajah tersebut sedikit berinformasi dan sukar untuk difahami. Tak mengapa, den akan akan simplify kan dengan satu penerangan yang mudah untuk makluman anda semua.

Melalui gambar diatas, ada satu rahsia yang praktikal perlu anda ketahui. Dengan mengetahui rahsia ini, anda boleh merancang untuk hamil. Ianya juga memerlukan kesungguhan si isteri tadi untuk melakukan pemeriksaan terhadap perkara ini.

Jadi, apakah perkara tersebut?
Perkara tersebut ialah Mukus Pangkal Rahim! Yaa, Mukus Pangkal Rahim (MPR) yang pernah disentuh oleh den dalam beberapa post sebelum ini. Anda dinasihatkan rujuk semula post berkaitan MPR itu, dan silalah untuk melakukan pemeriksaan tersebut. :) Semoga Berjaya!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...