26 February, 2012

Proton Saga FLX 1.6 SE Review

Baru-baru ni aku ada beli sebuah kereta proton saga flx 1.6 se. Memang bercadang untuk beli kereta baru pun tetapi tak ada lah fikir nak ambil saga flx se ni.

Kredit to www.kereta.info untuk gambar ini.
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah pandangan aku mengenai saga baru ni. Yelah, aku pun nak kongsi juga review aku mengenai kereta yang aku sendiri sudah miliki. Apa yang aku boleh katakan Saga baru ni sedap jugalah kalau dibawa, hari tu pernah aku pecut 170km/j. So far steady lagi laa ye. Tapi tak berani nak pergi laju dari tu sebab aku bawa orang rumah yang mengandung.

Ada dua pilihan warna saga flx se 1.6. Iaitu warna solid white dan juga metalic fire red. Bezanya cuma harga solid white murah RM450. Dan jika beli (yang solid white), kita akan dapat refund RM450 dengan bayaran bulanan sebanyak RM525. Tapi ini bergantung kepada interest rate yang bank offer kat korang lah. Macam kes aku, aku dapat 2.90 p.a. Kira mampu lah untuk membayar bulan2. Lagipun aku pakai dua kereta.


Ada beberapa faktor yang membuat aku tertarik untuk membeli Saga flx se 1.6, antaranya ialah:
1. Enjin 1.6 Campro.
2. Menggunakan Gear CVT.
3. Tempat duduk 'Leather' warna gelap, sesuai untuk jiwa remaja mcm aku nie ;p
4. Airbag.
5. ABS + EBD

Gearbox Saga FLX SE ini dilengkapi dengan CVT (Continuosly Variable Transmission) selain terdapat opsyen SAT (Stepped Automatic Transmission) untuk pemanduan yang lebih agresif katanya.


Fuel Consumption
Mengenai FC, boleh aku katakan yang saga ini agak jimat untuk perjalanan jauh. Ini kerana aku pernah bawa dari seremban ke johor (kota tinggi) dengan penggunaan minyak sebanyak RM33.00. Berbanding dengan kancil 850 yang turut berkonvoi iaitu RM26.00.

Bagi perjalanan bandar pula, secara keseluruhan aku berpuas hati memandangkan ianya enjin cc 1.6. Jika hendak dibandingkan penjimatan, perodua viva memang lagi jimat. Mana den taw? sebab orang rumah den pakai satu. hehehe. Tapi bak kata orang putih, kita perlu compare 'Apple to Apple'.

Tangki minyak pula kecil dan mempunyai kapasiti lebih kurang seperti perodua viva. Mungkin ada sebab tertentu mengapa pihak proton membuat tangki kecil bagi model FLX SE ini?


Kelajuan dan pemanduan
Kalau lampu merah, selalunya selepas hijau kereta saga flx se ini akan berdesup kedepan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Gearbox CVT ini memang ada sedikit perbezaan dan akan mempengaruhi cara pemanduan anda. Teknologi CVT ini sudah banyak digunakan oleh jenama-jenama kereta seperti nissan, subaru dll. Video dibawah ini dapat menerangkan lebih lanjut mengenai CVT yang digunakan oleh nissan. Walaupun video ini khas untuk CVT yang digunakan oleh nissan tetapi teknologi CVT tu tetap sama untuk kereta proton. Kereta ini juga dilengkapi dengan ABS + EBD.


Jika anda mahukan pemanduan yang lebih agresif maka anda bolehlah menekan butang SAT. Dengan SAT, gear ratio akan disetkan kepada 6 kelajuan dan setiap pertukaran gear itu boleh dirasai seperti model kereta automatik yang biasa.

Tidak lupa juga handling lotus yang ada pada saga flx se ini. Senang cakap, kalau masa selekoh, kereta saga masih lagi dapat ikut lane jalan tanpa mengurangkan kelajuan. Best kan?




Ruang Dalaman Kereta
Jika hendak dibandingkan dengan Myvi 1.5, rekaan dalaman Saga FLX SE ini terlalu simple. Ianya juga tidak mempunyai fungsi menyelaras penghawa dingin ke kaki. Namun, stereng kereta boleh dilaraskan sama ada untuk ditinggikan ataupun direndahkan. Begitu juga sit kereta pemandu. Apa yang kurang menyeronokkan ialah, tempat duduk belakang tidak boleh dilaraskan/ dibuka bagi membolehkan muatan yang lebih panjang diletakkan didalam bonet kereta. Kenapa ciri-ciri ini tidak dapat pada model saga flx se ini?

Kelemahan & Isu-isu lain
Berdasarkan komen-komen pengunjung blog den ni. Ramai yang mengadu mengenai masalah bunyi pada sistem brake belakang kereta ini. Den setuju sebab den pun terkono gak! Den rasa marah sbb dah hantar ke pusat servis tapi masalah tetap berulang kembali. Masih ada bunyi juga!. Tak tahu lah penyelesaiannya macam mana. Kalau ada pengunjung yang tahu tu, sila-sila lah kongsikan pengelaman berharga anda di blog den yang serba naif ni.

Last update: Jun 2013 -  Bunyi brake tu hilang.. :)


Ada juga pengguna yang complaint mengenai Fuel Consumption (FC). Den baru-baru pun rasa macam Saga FLX SE ni kuat mencekik minyak. Tapi selepas servis 5000km ke atas, den rasa penggunaan minyak dia okay sahaja. Berkenaan dengan penunjuk aras minyak di dashboard tu, rasanya memang betul indicator dia tidak beberapa tepat. Den perhatikan, indicator minyak cepat turun sekiranya berada di bar ke-4 dan agak lama untuk turun sekiranya minyak berada pada bar yang ke-3. Ada sesiapa perasan tentang hal ni?


Dealer ohh Dealer
Bagi urusan jual beli anda dinasihatkan untuk mendapatkan dealer yang bagus. Kerana saya terpaksa menukar dealer disebabkan kerja yang dilaksanakan kurang memuaskan. Lambat!. Jika anda berada dikawasan seremban, JANGAN BERURUSAN DENGAN DEALER PROTON BERSEBELAHAN BHP di Rahang. Sales Person Cha Yaa Nun Alif  itu tidak jujur. Jika disuruh meletakkan deposit kereta dengan alasan : 1) Mempercepatkan proses mendapatkan kereta, 2) Meyakinkan bos, pembeli benar2 serius. Maka jangan dilayan. Ingat! jangan dilayan.

Bagi saya, mereka selaku sales person perlu jujur. Jika benar untuk mempercepatkan proses pembayaran maka lakukanlah dengan betul. Begitu juga dengan perihal rebat. Jika boleh dapatkan rebat, maka beritahulah. Jangan sembunyikan hal itu daripada pembeli. Kes yang sama untuk interest bank. Tak gitu??

Tahun 2012 ni, kadar interest untuk pinjaman kereta turun. Disamping itu terdapat juga isu Bank Negara Malaysia yang mengetatkan lagi syarat untuk membuat pinjaman.Walaubagaimanapun, perkara ini telah dibawa ke meja perbincangan antara pengeluar automotif negara kerana ianya menjejaskan hasil jualan mereka

88 comments:

  1. Good review bro.

    I am also on the waiting list to get the same car. Maybe in March, InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Nice.. boleh buat satu group saga flx se pas ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. saya pun ingat nk ambil saga ni. hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam Review yg bagus. Dah booking saga se ni. insyallah keluar dalam bulan ni. :)

    ReplyDelete
  5. menarik.. saga flx se nih dalam perhatian saya.. =)

    ReplyDelete
  6. So far guna kereta ni ok ke? Saya ada jugak cari reviews pasal saga flx ni...what worries me is that, saga flx (not special edition) byk org complain enjin mati tengah jalan? Wuish, scary tu. What about saga flx se ni? Xde hal so far?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on your luck...aku punye mcm haram jadah...

      Delete
    2. ape beza flv 1.6L yg takde (SE) lak?

      Delete
    3. So far saga flx1.6 nie ok... Xpernah buat hal... Da 7 thun Pakai... Cuma minyak mandi

      Delete
  7. Aku dah bli kerete ni,dan dah pakai,dan sangat2 tak puas hati la...
    Apa yang buat aku tertarik nk bli dulu sbab nampak 1.6L dgn CVT.Nak2 tngk video yang Paultan post kat youtube,0-100km/j dalam 11 saat jer. Tapi...bila aku dah bli,berikut adalah problem aku:
    1)Jgn bli warna merah,kaler bumper x sama dgn kaler body,smua FLX SE jadi mcm tu...mmg sial la Proton nih...alasan proton:warna atas plastik mmg lain sikit dari warna atas besi,kepala hotak dia,company lain xda problem pun!
    2)Brek kat blkng mengeluarkan bunyi "klak2" klau brek plahan2...proton kata ada longgar sikit sistem brek kt tayar belakang...WTF?
    3)Tinted cermin passenger belah kiri berkedut masa 1st time tingkap tu diturunkan...mmg shit la...
    4)Wayar apa ntah ada kt bawah seat driver tu,susah aku nk simpan pedal lock kereta..
    5)Centre lock tendang(terbuka) sendiri masa drive...proton kata sbab soket longgar.
    6)Bonet blkng kna hempas baru bley tutup...bawak kt proton,proton kata dia adjust sikit...baru x pyh2 hempas bonet blkng tuh..
    7)Gear nk tukar dari D ke L keras gila kot,nk kna tkan butang gear tu baru blh shift,klau ikut manual katanya x pyh...tanya proton,diorang ckp mmg cam gitu...babi lu la..
    8)Kereta x blh nk start masa genap seminggu kereta baru bli,bwk kt proton,proton kata ada sensor kat gear tu x contact,dah siap adjust baru blh start..
    Semua masalah ni berlaku masa kereta ni x baligh lagi,baru beranak...x sampai 600km pun lagi aku drive...review aku,pergi beli kereta lain,membazir jer duit klau kau ambik FLX SE ni,tak SE mana pun...SEtan ada lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious?? Teruknya..beli kereta tu kat mana?

      My dad is still gathering opinions regarding the car..

      So for now, its either saga flx se or myvi 1.5..

      The reason saya choose saga pn coz its cheaper, more practical and bigger bonet..theres this one blog yg byk org ckp better go wit saga than myvi for long term practicality..hmm..

      Delete
    2. Kalau nak komplen itu ini baik beli honda je.. Mers ke bmw ke.. Aq pakai 5 tahun 1.6SE rilek je.. Sempoi je xde masalah

      Delete
  8. Pasal bunyi 'klak' tu versi flx memang ada. Tggu proton keluar kan surat utk ganti satu set.

    Yg lain2 tu tak de lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru-baru ni saya ada ke pusat servis proton. Mengenai penukaran satu set sebenarnya itu tidak benar. Mereka telah keluarkan memo dalaman ke semua pusat servis.

      Menghampakan!!

      Delete
  9. aku beli flx 1.3 atandard,setakat ni masih ok,cuma stering dia kalau pusing mcm longgar time corner,tapi yg bestnya handling proton,stering dia tak ringan sangat tak ketat sangat walaupun ada power stering,air cond amat sejuk,itu kelebihan semua keta proton,pada harga cuma 41k lebih sikit aku dpt keta yang sempurna ada power window depan belakang,gear cvt,tinted semua,cuma bimbang sikit kat gear cvt ni,teknologi yg baru proton guna,harap ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CVT memang best kalo drive..rase smooth..tapi kena warming up dulu kete sampai 2 bar.

      Delete
  10. confuse jugak nih..sekarang tengah berkira-kira nak ambik saga flx se nih..tapi komen-komen cam ade gak yang negative..kereta tak sampai 600km da buat hal..ape pendapat tuan punya blog about all those comment??

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far tuan punya blog dah 12 ribu lebih..and tak buat hal lagi..

      x tahu pengalaman orang lain.

      Delete
  11. Saya baru amik saga 1.6se ni 3 hari lepas..Plg merisaukan saya harini ialah baru jalan 100km..myk dh turun 3 bar..means dh separuh kurang drpd asal yang diberi tangki minyak penuh..biar betul kalau mcmtu..mahal giler minyak? x tau apa masalah..Tggu sehari dua lagi..sy akn try kol customer servis proton..Any comment?yg lain2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba perhatikan selepas servis 5000km.. baru-baru mmg mcm tu.

      Delete
  12. ade yang nak di risaukan..selagi kereta tu ade warranty ok lah..ade bunyi ke pe ke hantar je dekat proton servis center.tp kalu dah sgt xpuas hati pegi report kat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Setuju. Tapi proton pun patut ambil kira semua benda ni. Kesian kepada pengguna yang bermasalah.

    ReplyDelete
  14. apa fungsi butang L UNTUK auto .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Low gear. Untuk lebih pick up. Ada yang cakap sport mode. Tp den rasa lebih baik guna kalo untuk mendaki tebing curam and so on.

      Delete
  15. aku pun pkai gak. ok jer. puas hati

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. den baru booking saga flx SE. harini. dan setiap komen yg buruk terhadap kereto ni tak akan mematahkan somangat den utk momiliki kereto ni. pertamo sobab kemampuan kewangan den hanyo pado kereto ini. koduo sobab den bolom bawak laie keto ni. ketigo jonih FLX banyak ateh jalan rayo malaysia tak sampai 1 minit 1 kereto kito buleh nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong..klau kte bajet pon ade ckup tu je..redha je la.. Saya pon ingat maw angkat la.. Kne jimat..nk kawen bang oi..

      Delete
  18. Saya dah pakai sejak Januari 2012. Sekarang mileage dah 23,500 km. Memang la kena sabar dengan kereta proton. Mula2 memang ada masalah brek berbunyi so bila SC tak dapat selesai terus pegi COE Subang Jaya. Lepas tukar brake drum dan ada beberapa parts, keta dah ok. Keta bawak best sejak capai mileage 20,000 pemanduan rasa lebih lancar mungkin setelah diservis ikut jadual dan tukar tayar tebal sikit size 55. Sekarang ada masalah bunyi dari seat belakang dan kadangkala pintu seat driver. Malas nak complaint kat SC sebab mekanik/staf dia bukan pakar sangat. Bunyi enjin agak bising tapi masa pecut sedap pulak mcm F1 whoosh..Tapi itu small problem, kalau ada rasa rezeki ada bajet dalam RM1,500-2K nak hantar keta masukkan foam dan buat soundproofing kat KL autofoam. Dah ada owner Saga flx se ni yang dah buat dan kata amat puas hati. Getah pintu diperbaiki jadi bila tutup pintu ala-ala BMW. Comfort Package autofoam ni menjadikan kereta lebih mantap dan mengurangkan gegaran seolah-olah memandu kereta continental. Soundproofing pada pintu dan bonet, enjin mengurangkan bunyi bising dari enjin dan dari luar kereta jadi audio sound lebih sharp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro tukar brake drum tu brapa kos nya? tukar brake drum model apa?

      Delete
  19. Terima kasih. Perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  20. I think i'll go for saga se jgak.. Biar ape org bilang..as long as it's nice at my eyes and tu je y aku mampu setakat ni. Ingat nak angkat keta second..tapi famili belah pmpuan lak xsetuju! Ohoi...cek mek molek..amboi cek mek molek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bro make up cantik! Menarik juga saga flx se ni.

      Delete
  21. Bro... Betul ke Fuel consumption dia mcm tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...FC dia mcm tu utk long distance..and steady ride.

      Delete
  22. aku mula2 dapat kereta ni pn terkejut jugak dgn mnyk yang kuat psl mula2 dpt full tank tp jln x smpai 100km dah turun 3bar. then aku tggu mnyk kereta ak habis and isi rm45 trus full bar. so dats mean dealer yg isi mnyk kereta ni bukan isi full smpai rm80 pn tp isi sket je.tank capasiti 40L so klu isi penuh mst rm80 kn tp isi sket so myk cpt lah. lg 1 ak rasa bar signal for oil x blh caya sgt. sbb tu jln skejap je mnyk turun cepat. lg 1 kereta ni sesuai long distance je sb save oil tp klu short distance, dan selalu tersangkut dlm trafik jammed anda harus tersenyum lebar kerana myk kereta akan berkurangan dgn pantasnya -.- . stakat ni aku pkai xd masalah lg, pecutan dan kawalan kereta sgt baik. stabil ketika laju. tp hati2 jgn selalu bwk dgn lasak. klu x anda harus tersenyum lebar utk byar jika kereta ni sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...

      Kereta apa pun kalau bawak lasak2 ...sendiri maw ingat.

      Delete
  23. aku dah pakai keta ne kurang lebih 6 bulan.so far ok...xda mslh.cuma getah pintu belakang ada terkeluar so kena tutup kuat sket belah kiri.dah antar kat proton n tggu dorang order spare part.so far sy puas hati.berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama gak macam den..baru-baru dapat ada masalah dengan getah pintu..tapi kalau pergi service centre..mereka akan order dan tukarkan kepada yg baru.

      Delete
  24. Kalau ckp psl minyak apa keta pon mhl,dh myk mhl..psl bar myk 2 jatuh cpet bgantung pd tank..ikutlah tank 2 kecik ats ke..kecik bwh ke..penanda aras myk 2 yg tentukan..tp so far..komen yg sy dgr tntg keta nie..half kata ok,half kata x,kesimpulan wat sy dan pd yg lain2 yg tgh pkr nk pakai keta br..sy cadang kn terima dgn hati terbuka bila nk beli keta nnt..br lah keta ok..kalau awal2 lg dh ckp mst ad someting2..mst end up ad masalah..

    ReplyDelete
  25. Cmne ni..nk beli ke tak saga flx 1.3 cvt ni? Ssh nk gi keje xde kete auto..

    ReplyDelete
  26. dah pakai dekat 5 bulan, sedap bawak kete ni masalah common tu mmg ada,plg tak puas hati pasal bising sgt xde sound proofing. and bunyi break, lain problem,tingkap mula bunyi,pintu susah nak bukak,tapi suma SC boleh setelkan. overall not bad kalau dibandingkan dgn harga.

    ReplyDelete
  27. mula2 dlu aku nk gk amik saga flx se ni tp last2 cancel gitu je,bkn pe dh byk sgt aku tgk masalah keta ni..jd tawar ati aku..baik aku smbar vios g spec 2nd hand sbijik drpd amik saga flx se tu..biar second jnji puas hati drpd amik keta malaysia ni

    ReplyDelete
  28. Den dulu pun nak ambil kereta 2nd, sama ada vios atau honda city. Last2 ambil saga flx se juga sbb bini den berkenaan + kereta baru + ikut bajet.

    Mentality orang kita mmg akan ckp kereta malaysia = banyak problem.
    Realiti = mmg ada problem pun sbb tu ramai yang cakap mcm kat atas tu.

    Bagi den = ukur baju di badan sendiri. Tepuk dada tanya selera. Terpulang kepada masing2..hehehe

    ReplyDelete
  29. Sy dh gn keta ni sbln lbh dan ulang alik keja lbh krg 90km..stkt ni keta xdak mslh..

    ReplyDelete
  30. Baru nak beli ni. Tapi mcm2 komen gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Test drive..tgk bajet..puas hati baru beli. :)

      Delete
    2. Dah test drive.tgk kat blok laen cakap ada problem. Engine tibe2 stop. Tp aku suke flx se. Dah mcm berkenan. Mseh dilema

      Delete
    3. Engine tiba2 stop tu stakat ni belum berlaku lagi..tapi yang berlaku tu model flx se juga ke atau flx 1.3?

      Delete
  31. Saya pun dalam dilema sama ada nak ambil model ni atau tak. Setakat ni tak banyak review positif tentang kereta ni. Sejak model pertama tahun 2008, masalahnya sama saja. Paling tak boleh terima bila enjin dia mati mengejut. Bayangkanlah kalau tengah laju kat highway, bawa family pulak.. tak ke bahaya pada semua penumpang. Kereta yang keluar dari kilang sepatutnya dah diuji dan sempurna serba serbinya. Apa QC dia buat. Makan gaji buta ke?

    ReplyDelete
  32. Lampu depan kereta saya baru ditukar sepasang.. Masalahnya masuk air, berwap n comot dalam headlamp tu.. Yang x settle, bab brek belakang bunyi.. Dari 1st servis sampai 3rd service pun x settle.. sebelum next service nak complaint kaw2 sampai dorg tukar.. Overall, puas hati.. bln2 bayar pun rase senang hati je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu bunyi tu memang lama. Nanti sampai satu tahap bunyi tu akan hilang.

      Delete
  33. maaf menyampuk..dh book n dh sign pn awl bln nih..smpi laa nih xdpt2..alasan dealer,hab kt banting xnk kuar kn..masih kempunan nk bw se nih..asik tgk org bw jew..huhuhuhuhu...ade solution x cmne nk kasi cpt..udah x thn nih..:)

    ReplyDelete
  34. Drove this model for about 1 month..overall great.the fuel consumption also good for me.But there's few problem ~
    -got the same problem bout the brake producing noise while braking.
    -passenger side door making annoying sound.
    -Latest problem(sometimes)- when the car starts,the ignition will feel like it refuse to go on.it feel like when you're driving and the battery is dead.(just call SC today for an appointment to have this problem check)*anyone here face this problem before? ?

    ReplyDelete
    Replies


    1. About the ignition, yes sometime when you start it is kinda feel like the battery is dead. So what i do is, before start the car, wait for it to finish the initial checking...

      Delete
  35. salam.
    just nk share..Saga FLX 1.3 Ex (full spek lah ni)..
    Beli mei 2012..
    dah dekat setahun. Mileage 26k km..

    1st you kena find out/fokus:
    Nak kete baru, tp murah, jimat minyak, power, handling tiptop, safety terbaik, bla..bla..bla..semua pakej tu xdpt la kot..semua boleh ada pkj tu kecuali harga murah.
    so, setakat ni kenma terima hakikat lah kete baru yg full pakej bagai tu rege diluar kemampuan la...tggu pas PRU13 lah kot2 rege leh murah 20%..hehe..[bkn nk politik]..

    so,pilihan yg ada Saga or myvi..
    aku amik saga sbb:
    1- lebih murah dr myvi..beza lbh kurang RM8k-RM10k jgk tu..yedok..?
    2- handling lbh baik..tp xsebaik persona..(maklum le pakai torsion beam je kan..)
    3- bonet belakang lbh besau.
    4- myk jimat (1.3)..1.6 aku xtau..
    5- NCAP crashing test 3 star (1.3 Ex)..myvi aku xtau..
    6- peduli apa aku desbod hempeh mcm plastik..
    7- NVH tgggi. mmg bising bunyi angin..enjin mengaum..argh..peduli lah..nnt ada duit masuk sound proofing. beli segulung menatang tu kat jln pasar, KL..then blk buat sendiri. set2 club SAGA byk dah buat. sedap giler..bunyi air hujan pun xdgr..nanti lah..

    8- gbox CVT (walaupun rubber band effect mcm sucks jgk. especially time nk parking atau dlm jem), tp h'way atau jln street FC so far so good. Daripada Putrajaya ke Baling, Kedah myk dapat lebih kurang 12.5km/liter, average speed menten 140kmj. (blk ada kecemasan). then, blk ke Putrajaya menten speed 90kmj-120kmj, FC dapat 14.5km/l..ok la kot sbb viva mak aku FC 15km/l..aku xpeduli meter bar minyak tu turun cpt ke lmbt..jnji FC ok..Volvo S70 member pun 12.5km/l..hehe..

    ReplyDelete
  36. 9- pikup kureng skt, especially dr statik. means dr tayar mula nk berpusing, lmbt skt..klu kncil/kelisa ada sebelah.mmg dia pi dulu la..tp, bila kete dah jln, br ok..syiok je pegi..itu la xbestnye g/box CVT ni...pegi xda kick..tp smooth..bila nk overtake, kena pandai main throttle, sbb shift-down gear lmbt nk trigger.. er..SAT..? helo, SAT bkn tiptronik punya mod ha..jgn slp..itu bkn mcm fungsi gear tambah tolak punya yg mcm ada kat preve..itu lain..versi pun lain..walau company sama punch powertrain.. tp itu versi lain..ia leh tahan tork lebih tggi bnding yang ada kat saga (Saga FLX 1.3, 1.6 and preve NA sama je gbox nye-VT2=186Nm max)..CFE (exora bold n prece cfe) saja yg pakai versi lain (VT3=215Nm).. tiptronik (yg ada kat preve CFE xsama ye dgn SAT button tu). SAT button hanya akan 'set' kan ratio gear kepada 'fix' ratio..so, kita akan tgk rpm akan naik turun bila ada pertukaran gear..banding klu release SAT tu..ratio gear akan continuous bergerak ikut speed and rpm punya keje..sbb tu namanya CVT- Continous Variable Transmission.. so, pada mana2 rpm kita akan dapat satu point yg cun ratio gear nya supaya ia akan bg power yg optimum..bergantung kepada cara n keadaan anda main throttle..sbb tu ia leh jimat myk..padahal enjin campro ni. bkn utk jimat myk.,ia lebih kepada performance..syiok main midle rpm..ms ni br dtg dia punya power..tp CVT punya hal..power dia dtg cpt skt..rpm rendah pun..ok lg dia pegi..

    manakala tiptronik yg ada pd Preve mmg akan 'fix' kan ratio, dan juga proses shift-up/down gear akan betul2 ikut citarasa pemandu..(walaupun ia akan ada cut-off jgk..xcaya cuba try...hehe)..banding SAT button, shift-up/down gear kita xleh buat apa..ikut computer box (TCU) punya arahan ja la..tgk jgk cara main throttle..

    10- Xda mslh besau lg setakat ni kecuali:

    (i) Masalah brek bunyi mcm org menukang. ni mangkuk punya 'vendor proton'...jgn salahkan proton, sbb proton xda kuasa nk buang vendor2 kroni ni..so apa yg proton leh buat, masuk SC Subang, diorang xtkr, tp just solve the problem je. sbb klu tkr tu pun brg yg sama. mslh ttp berlaku. masalah spring brake shoe xckup kuat. pas 3 bulan kuar dr SC, bunyi lg..magkuk betul..! aku bior je..sbb ada 2 pilihan, sama ada masuk terus brake disk atau tkr spring..nnt lah mggu dpn nk sebis 26K km..buat sekali..leh klem..hehe..

    (ii) enjin mcm nk mati bila idle..xtau sbb apa. tp kdg2 je. bila tgh jem atau compressor in off condition..argh.. bior je le..hehe..nnt masuk diagnose tools utk cek apa mslh..then klem waranty..mcm tu la proton..tp akan pakai jgk..sbb apa..? sbb ni ja kete baru yg aku mampu pkai..

    itu saja..sekadar perkongsian...hehe..

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas perkongsian!

    ReplyDelete
  38. Dr...xde limit kalo pakai SAT?,,,takut2,,brasap enjin

    ReplyDelete
  39. Replies
    1. Boleh pakai bila perlukan daya accelerate/pick up yg tinggi. Contoh: masa mendaki bukit yang curam etc.

      Delete
    2. SAT pd sy xda guna sgt pun..
      SAT hanya akn fix kan ratio gearbox..
      just nk bg feel mcm gbox auto biasa. Saya xsetuju nk kata SAT akan feel mcm manual, sbb ia tetap akan 'shift-up' gear bila smpai rpm tertentu..mcm auto gbox biasa..
      SAT jugak xda guna sgt bila nk overtake, malah lg bahaya sbb ia akan shift-up gear bila sampai masanya wlu kita belum selesai overtake..

      caranya ialah, kena pandai main pedal minyak (throttle)..biarkan gear pada D, then tekan pedal, CVT gbox akan bg ratio gear yg paling optimum pd mana2 rpm..klu rs ckup power, tekan pedal myk lagi n menten kat situ, rpm akan naik (maknanya ratio gear sedang dikecilkan), then speed akan naik..klu rs ckup power lagi..? blast throttle sampai lantai..rpm akan mencanak n stay pada 5500 (sbb klu tgk atas kertas, spek enjin ni,max power pd rpm 5500)..ini jam, kita akan dgr enjin meraung2 sehabis2 n bunyi berdengung...aku penah try...ms tu speed 100..blast throttle to floor..kejap je meter speed 160..tp bunyi mcm harem...siap berdengung2..lampu CVT pun menyala..2 saat then padam blk..hahaha...max speed setakat ni 175kmj..so dar so good la...

      Delete
    3. sori, tersilap kat sini -> .klu rs ckup power, tekan pedal myk lagi n menten kat situ, rpm akan naik (maknanya ratio gear sedang dikecilkan..
      pembetulan...ratio gbox bkn dikecilkan, tp dibesarkan..mksudnya ia sedang shift-down..

      Delete
  40. Wahh byknye komen -ve.. Bru nk mek saga 1.3 se ps pru ni..
    Confuse!

    ReplyDelete
  41. Wahh byknye komen -ve.. Bru nk mek saga 1.3 se ps pru ni..
    Confuse!

    ReplyDelete
  42. Bagus ni sy pun nk amik 1.6 se kereta pertama...alang2 amik je 1.6..inshaallah

    ReplyDelete
  43. Bagus ni sy pun nk amik 1.6 se kereta pertama...alang2 amik je 1.6..inshaallah

    ReplyDelete
  44. Sy pakai saga flx 1.6 se ta smpai seminggu gearbox wat hal...ble P dy sangkut tak leh nk grakkn ke D..sy bwk g servis cntre dowg buat blik, lpas shari jd blik...then lampu break blakng pon ta de...tension gler...skrg keta mati tibe2 then tak leh nk start...knape ye??

    ReplyDelete
  45. Saya pun dah tempah sebuah Saga FLX SE merah awal bulan ni. Harap2 x da problem la..

    ReplyDelete
  46. Aishh dah pakai 2 bulan lebih.. rase nyesal lak beli... tau beli vios secon hand aje harga lebih kurang... brek bunyi ktak ktak... pintu belakang susah nk rapat + bunyi apa tah mcm longgar.. bunyi enjin kuat mcm dah pakai lama... kadang2 mati sendiri + semput?... hantar service centre dia cakap tu masalah biasa.. technician tengok lebih kurang.. Tinggal kereta tah hapa dia buat... sama je... hangin betul.. Loan ada 8 tahun lebih lagi..! cuba la beli.. Hope x dpt problematic unit dahla..

    ReplyDelete
  47. baca komen2 senior kt atas ni mmg menakutkan, negatif banyak dr positif, dilema jugak ni sebab luarannye sporty hbis, tpi kalau dah mcm ni mmg jdi tawar hati, btw sape2 ade bli flx se utk kluaran tahun 2013 ni still ade masalah yg sma lgi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg negatif klu di highlight mmg la byk..
      Sume org nk cite mslh msing2..

      Yg positif pun byk..
      Bg sy yg positif ialah:
      1-of kos kete br rege paling murah.
      2-FC consider jimat (tgk cara drive la).
      3-luas, seat blkg lebih luas dr persona..
      4-bonet blkg pun luas.
      5-alignment tayar depan je..
      6- audio klu full spek speaker 4 biji, air bag, abs, ebd, so far , masih cemerlang..

      klu boleh satel mslh nvh yg tggi, so far satel la...boleh kira sdp dh la..
      klu x byk komen sgt, itu ini serba xkena, boleh tmbh installment bulan2, amik volvo s80...terbaik punya...

      Delete
  48. saya owner flx se dah pakai 8 bulan lebih. build quality average contohnya trimming kemas, tinted rapi till today takda bubble lagi, stereng ada sikit tuju ke kiri masa dapat sedangkan kereta jalan lurus (atau saya yang juling) but undergo allignment so problem solved. fc average 300km - 350km untuk full tank, mostly town driving, milege for now is 35000++, fc gets better as the mileage increase in my opinion. bunyi brek belakang occurs after 5 bulan guna, saya baru bawa ke sc minggu lepas, but sama je bunyi juga lagi, nok haromm betul. biar bunyik, asalkan brek gigit betul tak? hehe. pick up best but ada cara to fully optimise it, jangan terus tekan santak lantai when the light turns green, otherwise rpm naik redline but kereta tak pergi mana. patience is the key. saya perasan pick up is the best when the rpm is at 2000-2500, smooth je layan drag sorang diri. haha. overall puas hati, tepuk dada tanya selera, tepuk stereng bunyi hon. cuma pendapat saya as a saga flx owner :D

    ReplyDelete
  49. aku pn nk kongsi gak...aku br je pakai flx 1.6 se ni..2 hari lg cukup 1 bln aku pakai..aku guna travel everyday dlm lbh kurang 70km pegi n balik = 140km..main jln hgway..dr sp - penang (island)..so far aku dh jln dlm 1 bln 3171KM..bila tgk pada minyak aku rasa ok sbb pegi ng blk jatuh 2 bar..bg aku ok le kot..aku lari pn 120km je..tp yg bestnya keta ni :
    1. pick up pergghh...mmg power...2 x pakai sat lg..sporty drive (kata saler).
    2. bl bawa steady je...bl tgk meter dh sampai 140km-150km..mmg x rasa..steady ja..
    3. alhamdulillah...setakat ni xde dgr bnyi brek yg mcm dorg crita 2..hopefully x bunyi la..

    yg kurang best : ????
    1. enjin dia bnyi kuat sikit mcm pakai keta diesel..bila panas lg kuat bnyi..tp 2 aku rs biasa je kot..sbb aku dh tnya manager proton..dia ckp enjin ni pakai sistem apa ntah..aku nk cita pn x reti n x ingat apa nama dia ckp 2..
    2. ada bnyi kt driver window 2..mcm benda longgar..mcm kabel sentuh2 body dlm window 2..nnti le pegi buat..

    setakat ni aku pakai alhamdulillah....mmg sedap..nk kata sedap mcm mazda aku 2 x la..mazda 2 sedap dia lain..flx ni sedap dia lain..mcm kawan2 ckp la..xda soaund pruff 2...bl bawa bnyi la yg kt luar2 2..tp still puas hati la..1 minggu pakai dh servis 600km..ni tggu servis yg ke 2 lak...hopefully ok sumanya..aku amik flx se ni pn sbb nk jimatkan minyak..travel evryday guna mazda x thn minyak..I'Allah dari duit minyak mazda 2 leh bt bayar keta ni...pas raya ni nk try tavel pegi KL lak..rsnya lagi save minyak sbb main jln lurus...sblm ni try keta pak mentua 1.3 pn sdp..lari 140km-160km pn steady ja..mnyak pn save dr taiping - AS RM23 ja..siap guna sat 2 lg..bkn pakai D..bg aku puas la kereta Malaysia mcmni..mmg sblm amik ari 2 nk amik vios tp bl baca2 blog n research then amik flx se ni gak..sumanya atas nasib kita..klu dpt yg x ok jemm la jgk kn?so far so good la..

    ReplyDelete
  50. Ade ke saga 1.6 cvt yg x ad se.tlg bg jawapan????


    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde, saga se 1.6 sume guna gbox cvt, benda yg sama dok kat preve na..

      Xda yg x se...sume se...

      Delete
  51. Ade ke saga 1.6 cvt yg x ad se.tlg bg jawapan????


    ReplyDelete
  52. Saya pun pkai saga se 1.6 ni.. stkat ni xda msalah cuma saya jerr yg perisau sgt.almaklumlh pompuan.. yg jd kerisauan saya ni hari kedua ambik keta dr proton sya dh bwak meter smpi kelajuan 100. Xpe2 ke?sb nk cepat smpi ke airport miri msa tu.dh lah perjalanan dlm 3 jam lebih.terpaksalah race sikit.. klu ikut nasihat proton hari tu dia kta kreta baru patut bwak area 60 jerr... hurm... ni yg risau sgt skrg.takut ada sbrang effect pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont worry. 100 tu kira sikit. Saya dah 38000 Km.. Hari ketiga tekan 170km

      Delete
  53. Tengah review untuk 2nd car.. so far termurah dengan cc 1.6 proton saga ni laa... kalau nak ambik kena pejam mata rapat2 dan doa supaya dapat yang baik..

    ReplyDelete
  54. Tengah review untuk 2nd car.. so far termurah dengan cc 1.6 proton saga ni laa... kalau nak ambik kena pejam mata rapat2 dan doa supaya dapat yang baik..

    ReplyDelete
  55. sekarang dh setahun lebih pakai..sehari almost 70km,pi keja blk keja..masalah jerking nk mati tu dah satel, masuk SC jenjarom then reburn blk software ECU n TCU, then satel n free..skrg dah 37000km..so far ok je..
    cuma dah setahun lebih tayar pun dah bunyi mcm helikopter (silvestone kan..bunga besau bising skt)..pasni pakai tyr syp insyaallah ok kot..

    so far xda mslh lg lah..sume ok je..kecik besar xde mslh lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tayar memang bising skit kan? Kena tukar tayar mahal skit la pas ni.

      Delete
  56. So far pintu bleh kanan belakang rubber dia keluar..meter kreta dah 80,000 km utk saga flx 1.6 mula2 beli lampu depan tuko cz masuk air bile hujan... tukar baru baru same jer.. malas nk layan... minyak utk long distance jimat gile puas hati cz 1.6 kalo nk jimat lagi ambil la myvi 1.3 atau cc yg lebih rendah lg rendah cc lg jimat ... utk short distance errmm boleh tahan tp same je utk smua kreta jika kalo dah auto. Buat mase ni Alhamdulillah puas hati padan la dgn harga dia myvi pun lebih 50k kalo nk SE.. nnti bulanan tinggi... boleh la utk golongan pendapatan sederhana cm sy.. so far ok..

    ReplyDelete
  57. Tayat memang berbunyi tp sy dah tukar tayar baru 4 biji kurang la skit bunyi... biasa la padan la dgn harga .. jnji bonet blakang besar sy penah isi buah durian mase balik kebun 70 biji.... hampr 2 wks berbau

    ReplyDelete
  58. every day travel...pegi & blk 140km..Alhamdulillah...minyak pakai Shell..stakat ni br try myk Petronas ng Shell..stakat ni Shell ok lg..save sikit dr Petronas..u all guna minyak apa?nk try minyak BHP plak..mn lbh ok?tp dgr dorg ckp Caltex lg ok..xtau le x penah try lg..br 3 bln pakai...niat di hati nk tukar rim 16'..tp takut minyak plak kuat..haru gak pikir....

    ReplyDelete
  59. aku guna saga BLM 1st model.beli tahun 2009.alhamdulillah dh nk masuk tahun ke 5 kete still ok lg.x penah lg terkena mcm kwn2 ckp tu.bukan nk bangga tp cuma nk berkongsi.guna la kete apa pn tp services tu kena la jaga.kete pn akan ok.hari2 aku kije guna saga ni je utk travel.dlm 1 bulan meter km cecah 10k km.sebelum minyak di kurang kan subsidi, aku isi rm50 dapat la jalan sampai 400km.guna aircond full time tp aku drive dlm 60km/j hingga 90km/j je.berdebar jugak rasa.risau kot2 kete mati tgh2 jln.dh tua2 ni drive slow2 je.utk long distance je tu.utk dalam bandar mmg la teruk sikit.makin lama makin syg pula rasa kt kete ni.byk sgt dh jasa dia kt aku.so far aku rasa bg yg nk beli 1st car tu elok la fikir elok2.jgn terlalu taksub sgt pd komen -ve.buat research sendiri.beli ikut kemampuan.dh mampu tu beli la yg lebih berkualiti.org kata kita beli kita yg rasa.so fikir la dalam2.lama tu nk bayar installment.

    ReplyDelete
  60. Genap 5 tahun guna sga flx 1.3cvt executive...so far tiada masalah yg teruk malah sy berpuashati dengan kereta ini..mcm biasa la tear and wear kena ganti jugak,berkenaan enjin sy maintain service guna syntium semi syntetic dan skg ni pun mileage dah cecah 102000km pun masi terasa enjin smooth


    Ni review selepas 5tahun ya


    -enjin smooth janji jaga servis
    -gearbox so far cemerlang
    -bunyi angin kuat pd kelajuan 3angka
    -getah2 pintu nk kena ganti
    -berlaku kebocoran minyak pada rovkcer cover
    -power window depan kiri dah jahanam
    Tpi kos repair murah
    -bru perasan axel belakang mmg ada kangkang sikit original setting kilang
    -getah stering rasa longgar
    -brek depan nk cek sebab kerap bunyi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...