15 December, 2012

Kenapa resume anda ditolak oleh majikan? Tips membuat resume yang bagus

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera semua pembaca budiman!

Apa yang anda akan baca ini merupakan adalah perkara yang benar. Jadi sekiranya anda merupakan graduan mentah (fresh-grad), ataupun masih tidak mendapat pekerjaan lagi, maka artikel ini diharap dapat membantu kalian membuka mata dan mengetahui kenapa resume anda ditolak oleh majikan!

Berdasarkan pengalaman saya bekerja, saya berasa sedih apabila melihat resume-resume pemohon ditolak begitu sahaja disebabkan oleh kualiti yang memang sangat teruk. Mungkin beberapa faktor yang menyebabkan seseorang pemohon itu tidak dapat menghasilkan satu resume yang bagus untuk memohon kerja di syarikat berkenaan.

Anda perlu tahu, resume itu ibarat brosur ataupun pamplet produk yang menceritakan produk tersebut supaya pembeli tertarik dan terus membelinya. Ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil endah akan perkara ini. Resume adalah senjata pertama anda! Senjata kedua anda ialah skill komunikasi anda ketika ditemuduga dan yang ketiga ialah nasib anda.

Jadi mengapakah resume anda tidak dipandang! Berikut merupakan sebab-sebabnya:

1. Resume anda langsung tidak menarik - ini disebabkan oleh penggunaan template resume yang old-school / lapuk / dah tak relevan dengan masa kini. Ia juga mungkin disebabkan oleh skill penggunaan microsoft office anda yang terlalu cetek!. Saya nasihatkan jika anda tidak tahu membuat resume, maka carilah kawan-kawan yang boleh membantu anda!

2. Kesalahan ejaan/penggunaan font dan gambar yang tidak sesuai - anda perlu tahu, untuk memohon sesuatu jawatan di syarikat-syarikat professional, penggunaan font adalah amat dititik beratkan. Begitu juga dengan saiz font tersebut. (jangan terlalu kecil / terlalu besar). Sangat malang, kesalahan ejaan juga terdapat pada resume anda! Semak dan semak dan semak sebelum menghantar resume anda!

Satu lagi rahsia mengenai penggunaan gambar ialah:
- JANGAN letak gambar seperti untuk profile facebook anda! Langsung tidak professional. Ia memang banyak berlaku.

Panel penilai juga menilai keterampilan anda melalui gambar anda. Jika gambar anda tidak meyakinkan mereka, bagaimanakah anda berpeluang untuk dipanggil temuduga?

3. Objektif bekerja - dalam resume terdapat satu bahagian berkaitan objektif anda untuk memohon jawatan di syarikat tersebut. Masih lagi ada yang tidak sedar bahawa objektif tersebut adalah berkaitan juga dengna jawatan apa yang bakal anda duduki. Sekiranya anda memohon kerjaya kontrak (sementara), tetapi meletakkan objektif anda untuk mendapatkan kerjaya yang tetap dan stabil, TIDAKKAH IA BERCANGGAH?? Pastikan objektif anda adalah relevan dengan jawatan yang anda ingin duduki.

4. Pencapaian akademik - salah satu sebab anda tidak diterima adalah disebabkan oleh pencapaian akademik anda yang lemah. Ingat, kita mempunyai saingan, ramai lagi yang lebih bagus pencapaiannya daripada anda! That is reality! Jadi bagaimanakah anda harus menang? Baca tips berikutnya.

5. Pengalaman bekerja - salah satu kekuatan anda untuk disenaraipendekkan untuk dipanggil temuduga adalah disebabkan oleh pengalaman anda bekerja. Seseorang yang mempunyai pengalaman bekerja selama 5 tahun dalam bidang yang berkaitan tetapi mempunyai pencapaian akademik yang tidak beberapa baik adalah lebih DIPANDANG daripada anda yang mempunyai akademik yang bagus tetapi TIADA PENGALAMAN. Namun perkara ini juga bergantung kepada penilaian panel-panel tersebut.

6. Bilangan muka surat - Bilangan muka surat yang ideal adalah mengikut pengalaman bekerja ataupun maklumat mengenai diri anda. Sekiranya pengalaman bekerja anda banyak, maka tidaklah cukup sekadar 2 muka surat sahaja. Tetapi sekiranya anda lepasan universiti yang sedang mencari kerja, cukuplah sekadar 2 muka surat. SILA MANFAATKAN PENGGUNAAN KERTAS SEBAIK MUNGKIN. 

Letakkan semua maklumat anda dalam bentuk yang teratur, kemas dan mudah dibaca. Sekiranya saya menjadi penilai anda, maka saya akan reject awal-awal lagi bagi resume yang langsung tidak memanfaatkan ruangan muka surat dan tiada ciri-ciri professional dan kekemasan dalam resume tersebut.

Semoga dapat menyedarkan anda betapa pentingnya resume ini sekiranya anda ingin memohon sesuatu jawatan.

Sekadar berkongsi dan semoga bermanfaat! Wassalam.

1 comment:

  1. Casino Games Near Me - MapYRO
    Casino Games 공주 출장샵 Near Me - 통영 출장샵 MapYRO 구리 출장안마 is a free, fun to play and offers information on all the Casino 군산 출장안마 Games in Nevada 나주 출장안마 including the game selection,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...