09 December, 2012

Tips memikat hati isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca budiman.

Topik kali ini agak luar biasa, sebab memang den tidak pernah mengulas perkara-perkara seperti ini pada artikel-artikel di blog ini. Untuk pengetahuan semua, den ni selalu juga menjadi kaunselor untuk wanita-wanita diluar sana (tak kira lah janda, anak dara, bini orang) mereka suka mendapatkan pendapat den tentang perihal lelaki malah rumah tangga. Mungkin den adalah seorang yang kacak ala-ala Remy Ishak. koh koh koh!

Pernah seorang gadis datang jumpa den menceritakan perihalnya dan  hubungan nya dengan seseorang, satu kesilapan kalau mereka berjumpa dengan den sbb den memang amat pandai mengorek rahsia. Biasalah sejak terjebak dengan ilmu scan dan NLP. hok hok hok! Tapi itu semua ilmu yang dikurniakan..

Jadi, disebabkan kaum lelaki ini malu untuk berbincang mengenai perkara ini, maka disini den nak kongsikan untuk anda semua tips untuk memikat hati isteri (bukan teman wanita dan sebagainya)

1. Jaga hati isteri 
Hati wanita sememangnya fragile. Wanita memang emosi. Wanita memang sangat penyayang. Itu sememang nya fitrah seorang wanita. Jadi sebagai suami, jagalah hati isteri anda kerana den hendak anda semua tahu (suami-suami di luar sana) isteri anda adalah yang terbaik. Cintailah mereka, jagalah hati mereka.

Isteri merajuk itu perkara biasa, tetapi jangan biarkan hati mereka remuk! Jikalau sudah tawar hatinya, maka anda berjaga-jagalah dan berusahalah untuk memenangi hati mereka semula.

2. Berikan suntikan kemesraan setiap hari. Ya! Setiap hari!
Satu kesilapan besar yang boleh merosakkan rumah tangga ialah kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Apabila kurang komunikasi maka kemesraan anda dan isteri juga akan terjejas. Anda perlu paham dan sedar. Komunikasi ini bukan terhad kepada verbal sahaja. Bersentuhan juga salah satu corak komunikasi.

Banyak cara untuk anda mencipta kemesraan setiap hari. Antaranya ialah:
- Mengucup dahi isteri sebelum ke tempat kerja.
- Baring di atas paha isteri :)
- Mengurut isteri
- Basuh kereta sama-sama / mandi sama / dan apa-apa juga yang boleh dibuat bersama :)
- Luangkan masa untuk bersama tanpa anak-anak. Pergilah tengok wayang atau bercuti di pulau!

3. Meringankan bebanan isteri
Tidak dinafikan kerana den sendiri saksikan, tugasan sebagai seorang isteri adalah berat. Ia bertambah berat apabila mereka menjadi seorang ibu. Semua tugasan di rumah dan perihal anak-anak lazimnya diuruskan oleh si isteri. Jadi, sebagai suami janganlah kita membiarkan mereka melakukan semua itu berseorangan.

4. Penghargaan dengan pemberian
Salah satu fitrah wanita ini ialah mereka amat sukakan hadiah. Cuba anda ingat-ingat kembali, berapa banyak hadiah yang pernah anda berikan kepada isteri anda selama ini?

Apakah hadiah yang anda beri untuk menghargai mereka sebagai isteri anda? Apakah hadiah yang anda berikan kepada mereka sebab melahirkan zuriat untuk anda? Apakah hadiah yang anda berikan kerana membesarkan darah daging anda?

Isteri anda mungkin tidak pernah meminta hadiah daripada anda tetapi janganlah terlalu berkira untuk memberikan kejutan kepada mereka. Hadiahkan lah mereka sejambak bunga di tempat kerja dan lihatlah apa reaksi mereka.

5. Eratkan hubungan intim
Perkara ini tidak perlu diulaskan kerana sebagai seorang lelaki (suami) anda faham apa yang dimaksudkan. Ingat jangan pentingkan diri sendiri, lagipun tu kan nafkah yang wajib diberikan. hehehe. Salah satu teknik yang anda boleh pelajari ada di sini.


Sekian.

Wallahualam.



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...