29 August, 2010

Melatih minda bawah sedar memprogram tindakan refleks

Kalau anda masih ingat lagi, masa belajar SAINS dekat sekolah dulu; tindakan refleks merupakan tindakan semulajadi saraf kita terhadap sesuatu rasa. Nie definisi den sendiri ni. Nak tepat lagi sila rujuk kamus dewan ye :)

Contoh tindakan refleks:
"kalau tangan kita terpegang besi panas, secara automatik kita akan menarik semula dengan pantas."

Jadi, boleh kah kita memprogram tindakan refleks??? Mesti ada yang mengatakan:

"Ahh mengarut laa mamat nie..ntah pape jerw.." 
ataupun
"Emm cam logik gak apa yang mamat nie cakap!"

Ofcourse, (tibe2 cakap omputih) , sudah tentulah boleh. Penulis bagi satu shj contoh untuk renungan bersama. Contohnya kalau kita belajar silat. Tak kiralah silat apa pun, silat cekak ke, silat gayong ke, what ever it is. Kenapa adanya latihan??? Yaaa...kenapa?





Salah satu sebab ialah untuk membuatkan pengamal silat BIASA dan dapat bertindakbalas apabila keadaan memerlukan. Bingo!! Jadi, tindakan refleks boleh diprogram.

Hmm untuk menambah sedikit garam dalam topik ni, penulis nk kongsikan satu kisah yang berlaku pada penulis dahulu. Ceritanya begini:

Dahulu, penulis membuat latihan praktikal di salah sebuah kompeni IT. Kompeni orang melayu. Masa itu, penulis belum ada lagi kereta ataupun motor. Almaklumlah masih belajo lagi. Mana ada duit nk beli motor2 nie. Jadi, penulis menumpang rakan yang membuat latihan praktikal di kompeni yang sama.

Pada awalnya, bila membonceng motosikal kawan, penulis tak terfikir apa-apa. Tetapi tibalah suatu ketika terdetik kat fikiran penulis; "Camne kalau eksiden, apa aku nk buat kalau eksiden masa naik motor???"

Sebelum tido, penulis terfikir dan berimaginasi butiran2 ketika eksiden dana apa yg perlu penulis lakukan.
"Ok kalau eksiden, mestilah akan tercampak, kalau tercampak penulis membayangkan penulis menekap tangan ke dada dan berguling untuk ke tepi jalan. Ini bagi mengelakkan risiko dilenyek oleh kereta. "

Fuhh cmtu skali penulis berfikir dan seringkali penulis memprogram minda bawah sedar. Dan pada suatu hari, ternyata penulis mengalami kemalangan. Sewaktu disimpang, kereta yang dipandu perempuan cina terburu2 keluar dari simpang, dan nk dijadikan sebab kepada eksiden tu, kawan penulis tidak perasan akan kereta tersebut. Motor EX5 bertembung dengan bahagian kiri sebelah belakang kereta Toyota. BANGGG!!!!!

Penulis melayang ke udara, tapi apa yg berlaku tu sangat singkat, penulis hanya sedar visor helmet bergeser sahaja sbb ianya mengeluarkan bunyi. DAN pada masa itu, penulis secara automatik berguling2 ke tepi divider jalan (sama seperti yang penulis imaginasi sebelum ini)

Jari kelingking kiri penulis patah, lutut kanan penulis terhentak kuat dan bengkak. Penulis bingkas bangun dan melihat rakan yang terlantar. Dia tak berdaya hendak bangun. Dipendekkan cerita, kami dibawa oleh ambulans dan dihantar ke hospital. Dalam ambulans ada beberapa gadis RELA yang membantu. Mereka pelik kerana lazimnya pembonceng yang akan cedera teruk. Tapi, kelihatan penunggang yang lebih tak bermaya.

Cukuplah penulis cerita sampai situ sahaja, sbb kalau nk cerita sampai habis, confirm berjela post pada kali ini. Jadi, apakah anda masih ragu2 yang tindakan refleks boleh diprogram??


Renung-renungkanlah.....Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...