31 October, 2010

Pengenalan kepada Emotinal Freedom Technique

EFT atau emotional freedom technique ini menarik perhatian saya apabila saya banyak mencari bahan-bahan mengenai mind power dan seangkatan dengannya. EFT ialah satu kaedah bagaimana seseorang itu boleh menenangkan dirinya ataupun menstabilkan emosi mereka melalui 'tapping' ataupun 'ketukan' pada meridian tenaga (akupuntur) yang terdapat didalam tubuh badan kita.

Penyebab kepada berlakunya emosi negatif (cth kegelisahan, marah, malu)  mengganggu sistem energi didalam badan kita, Justeru itu, dengan melakukan tapping pada meridian tenaga, ia dapat memulihkan / menghilangkan gangguan terhadap energi badan. Kaedah inilah yang digunapakai untuk merawat dan ianya dipanggil EFT.

Video dibawah menjelaskan serba sedikit mengenai EFT.


Titik-titik meridian tenaga yang digunakan untuk tapping adalah seperti gambar dibawah:


Terdapat 10 titik meridian yang akan digunakan untuk kaedah EFT ini. Sebenarnya terdapat lebih lagi titik meridian tenaga ini. Tetapi 10 ini adalah yang selalunya digunakan dalam EFT.

Kaedah tapping ialah dengan menggunakan 2 jari sambil mengetuk-ngetuk titik tenaga tersebut. Untuk bahagian atas kepala, anda boleh gunakan 4 jari. Tidak perlu tepat kepada titik tenaga ketika tapping.

Bagaimana melakukan EFT? Langkah demi langkah.

1. Pertama, kenal pasti masalah yang anda hadapi. Contohnya:
- Rasa takut menaiki lif
- Rasa sakit pada kaki sekian lama
- Pemarah.

2. Sesudah mengenal pasti masalah itu, berikan 1 katakunci yang merujuk kepada masalah tersebut. Contohnya: "Sakit dikaki" yang merujuk kepada sakit kaki yang anda alami sekian lama.

3. Buat satu afirmasi seperti berikut:
Walaupun aku < katakunci > , aku menerima semua ini dan menyayangi diriku.

Contoh:
Walaupun aku sakit dikaki, aku menerima semua ini dan menyayangi diriku.

4. Kaedah mengetuk @ tapping EFT.
Pastikan anda visualkan dan fokus pada keadaan sakit kaki anda itu ketika melakukan tapping. Anda boleh tap pada kesemua 10 titik tapi dalam 1 masa. Gunakan afirmasi ketika melakukan tap pada titik-titik meridian. 1 afirmasi pada 1 titik (sambil fokus dan visualkan).

Maklumat lanjut sila rujuk:

1. http://www.eft-alive.com/how-to-do-EFT.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...