17 July, 2011

Menyelesaikan masalah bateri dan GPS Samsung Galaxy SL

Bagi yang menghadapi masalah bateri khususnya bagi phone Samsung Galaxy SL, disini saya hendak kongsikan beberapa tips yang anda boleh lakukan. (mengikut pengalaman saya juga)

Perkara sebegini pernah berlaku, dan antara simptom2 yang dialami kalau bateri bermasalah ialah:

1. Bateri cepat habis dan tidak boleh bertahan lama. Dulu masa baru2 beli, saya terpaksa membeli power bank (sejenis external charger) sebab masalah drainage. Bayangkan bateri dari 100% boleh berkurangan ke 60% dengan menggunakannya selama 10-15 minit. Tentu anda sakit hati bukan?

2. Phone terasa panas. Ini pun ada kaitan juga dengan masalah bateri.

Dan ingin juga dikongsikan bahawa saya pernah ke samsung service centre di seremban yang terletak di Taman Melon. Mereka cakap perkara itu adalah common. Apa yang menyakitkan hati ialah:
1. Samsung Service Centre itu mengatakan bahawa warranty tidak termasuk bateri. Ini bermakna jika memang sah bateri bermasalah maka kita perlu membeli bateri baru. Tetapi jika tidak, mereka akan menggantikan komponen yang bermasalah.

2. Bagi tujuan pemeriksaan, service centre tersebut akan mengambil phone anda untuk beberapa hari. Ini bertujuan untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan yang phone tersebut memang betul2 bermasalah. Maka, mereka akan melakukan factory reset dan ini akan menyebabkan segala aplikasi yang anda install akan hilang. Termasuk juga sms, contact number, bla bla bla.

Disebabkan sakit hati dengan jawapan service centre tu, maka saya pun mencari penyelesaian sendiri. Berikut merupakan antara faktor dan penyelesaian:

1. Terlalu banyak service / aplikasi yang sedang berjalan. Antara contoh aplikasi yang perlu anda buang/ unistall ialah aplikasi yang melibatkan power monitoring, scheduling, chatting. sync. Contoh aplikasi yang saya UNINSTALL ialah seperti Azan, dan YM. Begitu juga dengan aplikasi Battery Indicator, dan Battery Booster. Semua tu saya UNINSTALL!.

2. Install hanya satu Optimizer sahaja, dan jangan install lebih daripada satu. Ini kerana optimizer sebegini memerlukan resources (CPU, RAM) dan bertindak di belakang (background services). Jadi, apabila anda menggunakan tools2 seperti ini sudah tentu sedikit-sebanyak akan menjejaskan penggunaan bateri anda. Buat masa ini tools yang menjadi pilihan saya ialah Android Booster. Ini kerana, dengan android booster ini, anda boleh mematikan aplikasi/proses yang sedang berjalan. (Ini dapat mengurangkan kadar penggunaan bateri). Dahulu saya menggunakan Android Optimizer (tetapi selalu force close).

3. Set Brightness. Ini merupakan salah satu tips yang paling mudah. Saya menggunakan brightness yang rendah bagi memastikan bateri tahan lebih lama.

4. Matikan wifi, bluetooth jika tidak digunakan. Cara paling mudah ialah menggunakan Android Booster.

5. Upgrade firmware. Jika anda berani menanggung risiko atau mempunyai kemahiran untuk upgrade firmware anda, maka ini merupakan salah satu perkara yang saya sangat syorkan. Saya telah melakukan upgrade ini dan nampaknya, masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara ini. Rujuk artikel ini untuk mengetahui cara-cara upgrade firmware bagi SGSL.

Masalah GPS? 

Kalau untuk stock ROM sgsl iaitu FROYO.DXKB2, memang kompem ramai yang bising pasal masalah GPS yang lambat. Tapi senang aje kalau korang hendak mempercepatkan semula masalah GPS tueh. Den punya den buek 6 seconds ja untuk dapatkan signal GPS sekarang nie :).. Nape? xcaya?

Macam biasalah den yang sangat berbudi dan suka berkongsi ni akan menurunkan tips2 untuk GPS korang berfungsi dengan lebih baik. Jangan lupa cakap terima kasih yer? hihihi.

Den bagi 2 pilihan kat korang...kalau pilihan satu tak buleh, maka korang kena buat pilihan no 2. Tapi kalau dah pilihan no 2 korang buek pun xbuleh-buleh juga maka korang kena combine pilihan no 1 dan juga 2. Pehe dok? Xpe, dont confused your self okay..baca nie.

Pilihan Nombor 1
1. Poie dekat menu -> phone, taip *#*#3214789650#*#* untuk ke LbsTestMode
2. Pilih Application Settings, dan setkan seperti berikut:

[Operation Mode] : MS Assisted (Nilai asal ialah Standalone)
[Start Mode] : Hot Start
[Accuracy] : 100
[Time out(s)] : 120

3. Tekan back untuk ke menu utama.
4. Pilih menu -> SUPL/CP Settings dan setkan seperti berikut:

[Server] : supl.google.com
[Server Port] : 7276
[SUPL Secure Socket] : OFF
[AGPS Mode] :  SUPL

5. Reboot SGSL korang, dan taip *#*#3214789650#*#*, dan pilih Get Position Test. Cuba tengok berapa saat masa yang diambil untuk lock signal. Den punyo 6 seconds ja.

Pilihan Nombor 2

1. Pilihan nombor 2 ni boleh menyelesaikan masalah bateri dan juga GPS korang. Apa yang korang perlu buat ialah upgrade firmware ke xxkb3. Korang boleh rujuk artikel ini.

Pilihan Tambahan (Terima kasih Pinky Angel).
Anda boleh copy and paste code dibawah dan save sebagai gps.conf. Pastikan fail asal gps.conf yang berada dalam folder system/etc dibackup terlebih dahulu. Tapi saya belum mencuba lagi kaedah ini. Kejap lagi lah kot. Dah nak dekat berbuka puasa. Kita makan dulu!!

Okay den dah cuba..tapi lambat pula dia nak lock signal. Mungkin cuaca xberapa baik. Walau apa pun, siapa2 yang dah cuba tu boleh la btaw den, sama ada betul2 menjadi tak kaedah ni. Den terus revert to original gps.conf.

  
NTP_SERVER=asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=0.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=1.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=2.asia.pool.ntp.org
NTP_SERVER=3.asia.pool.ntp.org
XTRA_SERVER_1=http://xtra1.gpsonextra.net/xtra.bin
XTRA_SERVER_2=http://xtra2.gpsonextra.net/xtra.bin
XTRA_SERVER_3=http://xtra3.gpsonextra.net/xtra.bin

# DEBUG LEVELS: 0 - none, 1 - Error, 2 - Warning, 3 - Info
# 4 - Debug, 5 - Verbose
DEBUG_LEVEL = 5

# Intermediate position report, 1=enable, 0=disable
INTERMEDIATE_POS=1

# Accuracy threshold for intermediate positions
# less accurate positions are ignored, 0 for passing all positions
ACCURACY_THRES=0

################################
##### AGPS server settings #####
################################

# FOR SUPL SUPPORT, set the following
# SUPL_HOST=supl.host.com or IP
# SUPL_PORT=1234
SUPL_HOST=supl.google.com
SUPL_PORT=7276

# FOR C2K PDE SUPPORT, set the following
# C2K_HOST=c2k.pde.com or IP
# C2K_PORT=1234

#################################
##### 	EXTRA SETTINGS		#####
#################################

# Wiper (wifi positioning), 1=enable, 0=disable
ENABLE_WIPER=1

#################################
##### AGPS Carrier settings #####
#################################
CURRENT_CARRIER=common
DEFAULT_AGPS_ENABLE=TRUE
DEFAULT_SSL_ENABLE=FALSE

# TRUE for "User Plane", FALSE for "Control Plane"
DEFAULT_USER_PLANE=TRUE

#########################################
##### GPS QUICKEST FIX V1.3 By RJLM #####
######################################### 


Pilihan Nombor 3

Orait, dah semakin serabut post den, tapi den nak kongsikan juga! Den nak post kat sini bagi memudahkan sesiapa yang datang bertandang ke blog den nie. Untuk menyelesaikan masalah GPS bagi SGSL, cuba kalian semua upgrade ke XXKPH. Yup itu aje. Cara nak upgrade firmware den ada beritahu di blog ini. rajin2 lah buat search.


Sekian.


8 comments:

  1. salam. guna server asia.pool.ntp.org pun ok gak. lg laju.. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk maklumat tu, saya pun baru tahu. Cuma kalau pakai server tu? apa socket port dia?

    ReplyDelete
  3. 1 lg gps fix utk asia

    dl gps.conf utk asia kat sini..

    http://www.multiupload.com/51N0BAHOTE

    copy dlm system/etc (better back up yg ori dulu)


    server port sama 7276.

    credit : http://www.darkyrom.com/community/index.php?threads/guide-gps-quickest-fix-solution.2022/

    ps: saya punya phone hubby tak bg flash rom. nnti warranty void. 1 lg option saya buat letak aluminium foil kat antenna gps tu. hehehe.. buruk tp berkesan. dalam tu bukan org nmpk.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat mengenai gps.conf tu.

    Hehe fyi, if nak copy gps.conf tu kedalam system/etc pun dah kira void warranty gak. Sbb samsung tak benarkn user untuk access ke file system. Once kita buat memang warranty dah void.Copy file tu sebenarnye memerlukan root access. (means u hv to root your phone)

    tetapi, kita boleh buat complete unroot. dan still bleh claim warranty. :)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. betul tu. tp utk unroot and recover balik data dlm system tu takde problem. back up semua ada lg. unroot just 1 click je siap. tp kalau nak flash rom, downgrade firmware..mcm susah. in case kalo jd hard brick masa guna firmware baru tu kang naya. huhuuhu..

    saya dah pnh kena soft brick sbb tukar wpa supplicant. cuma nak guna adhoc wifi je.. tp silap sbb igtkan galaxy S ngan SL sama. silap besarla.. hehe..

    ReplyDelete
  6. hi dr. lee ...gingerbread yg terbaru masalah terbesar bateri cpat abis bila wifi active..other all ok

    ReplyDelete
  7. saya ada masalah,,berkenaan sgsl nie.bla owg kol je.atau saya kol....window jadi gelap...x taw knapa.adakah sbab sya upgrade version.pening la.

    ReplyDelete
  8. bunyi seperti saya pernah mengalami nya :) adakah saudara menggunakan firmware xxkph?? :) stock rom?

    setahu saya, xxkph yang macam nie...xxkb3 tak pasti pula.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...