25 September, 2011

Kegunaan Zikir Asma ul Husna

Disini den akan catatkan beberapa zikir-zikir asma ul husna yang digunakan untuk tujuan yang tertentu. Semoga bermanfaat. Sorry yer, den tulis tak mengikut susunannya.

1.Yaa Mukmin
Kegunaan:
- Amalkan jika ada masalah ragu-ragu ataupun was-was semasa mengerjakan ibadat.
- Amalkan jika anda mempunyai sikap yang suka berbohong.
- Amalkan jika anda mempunyai rasa curiga kepada isteri/suami yang mereka mempunyai orang lain tapi perasaan itu sama sekali tidak berasas. (Sihir cemburu)

2. Yaa Salam
Kegunaan:
- Amalkan jika anda rasa tidak selamat atau tidak tenteram.
- Diguna pakai oleh pengamal perubatan untuk penawar kepada pesakit.

3. Yaa Malik
Kegunaan:
- Jika hendak berjumpa pegawai atasan boleh lah amalkan.
- Jika melakukan urusan pentadbiran, seharusnya diamalkan untuk kebaikan dalam bidang pengurusan yang dijalankan.

4. Yaa Qawiyyu Yaa Maatiin
Kegunaan:
- Jika mahu disegani oleh pihak lawan.
- Menampakkan tipu daya, fitnah yang ditujukan.





*************************************************************
HARUS DI INGAT!!!! SEMUA INI ADALAH DENGAN IZINNYA JUGA! 

Akan di update sokmo sekiranya berlaku penambahan, 
pengurangan atau pengubahsuaian.
************************************************************* 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...