25 September, 2011

Merawat Keteguran Pada Bayi

Untuk merawat bayi yang kena keteguran berikut den kongsikan hasil daripada bacaaan den dan semoga bermanfaat kepada ibu-ibu, ayah-ayah diluar sana kerana mereka dah buleh tidor malam tanpa ngantuk pada keesokkan hari :)

Den pun tak berapa pandai untuk memberi maksud sebenar 'Keteguran' ni, tetapi mengikut apa yang kawan den cakap ataupun apa yang den paham ialah:

"Keteguran ni berlaku apabila sesuatu makhlus halus menegur semangat anda, disebabkan teguran itulah badan anda sakit2 tak tentu fasal, ataupun bayi anda melalak tak henti2 pada waktu malam. Bila poie check, anda sihat wal afiat"

Jadi, ada petua untuk menghilangkan keteguran ini (kalau pasti ianya adalah keteguran, sebab hanya orang2 yang pandai je dapat tengok sama ada ianya keteguran ataupun tidak).

Petua merawat keteguran:

1. Ambil tempurung kelapa yang berlubang satu.
2. Masukkan 7 tangkai lada kering dalam tempurung.
3. Masukkan sebuku garam jantan (yang ni den tak berapa pasti jantina garam tu, korang tanyalah pada yang tahu..hehe)
4. Masukkan seulas bawang merah tunggal.

Kaedah:

1. Lalukan tempurung tsbt di atas ubun-ubun budak sambil membaca 3 qul.
(Surah Al-Falak, An-Nas, dan Al-Ikhlas). Lalukan sebanyak 7 pusingan mengikut arah tawaf kaabah. (melawan arah pusingan jam)
2. Terlangkupkan tempurung tadi di atas bara api. InsyaAllah keteguran akan hilang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...