20 October, 2011

Rahsia Tubuh: Mukus Pangkal Rahim

Hari ini lupakan sedikit teknologi dan kita berbalik kepada biologi. Kadangkala, mengetahui rahsia tubuh dapat memberikan 1001 manfaat kepada kita. Jadi, rahsia yang sebenarnya bukan rahsia ini, hendaklah kita ketahui. Disebabkan itulah ilmu terletak pada tahap yang tinggi, kerana dengan menggunakan ilmu kita mampu merancang dan mengubah sesuatu. Dan, sudah pasti anda faham maksud tersirat saya :) ..kan??


Mukus Pangkal Rahim
 ketika waktu subur
Apakah itu mukus pangkal 
rahim (MPR)??

Mukus pangkal rahim merupakan cecair yang dirembeskan sepanjang kitaran haid berlaku. Dan boleh juga saya kategorikan mukus itu mengikut tahap kesuburannya.

Ada tiga tahap mukus yang boleh dikenalpasti, dan setiap tahap ini mempunyai kelikatan, dan warna yang berbeza. Tidak pasti mengenai bau (kerana den tak pernah menciumnya).

Mukus Pangkal Rahim (MPR) adalah kunci untuk anda mengetahui tahap kesuburan seseorang!


Tahap atau kategori MPR
1. Kering - menandakan bahawa seseorang wanita itu tidak berada didalam waktu subur.
2. Melekit dan rapuh (tidak elastik) - menandakan bahawa seseorang itu tidak berada didalam waktu subur tetapi menghampiri kepada waktu subur.
3. Jernih, Basah, dan elastik - menandakan bahawa seseorang wanita itu berada dalam tahap subur dalam kitaran haidnya. Cecair ini kelihatan sama dengan putih telur.

Tahukah anda?
Sebelum 5 hari ovulasi berlaku, atau kurang daripada itu, Rahim wanita akan mula mengeluarkan cecair MPR yang subur. Di mukus inilah sperma hidup dan menunggu sang ovum muncul ketika berlakunya proses ovulasi. Dan jika anda melakukannya pada waktu itu, maka peratusan untuk mengandung adalah tinggi.

Untuk meningkatkan tahap pengeluaran MPR,seseorang itu perlu mengambil Gamma Linolenic Acid (GLA) kerana GLA mampu untuk membantu badan wanita menghasilkan cecair pelincir, membran mukus dan juga mukus pangkal rahim. Antara produk-produk yang berasaskan GLA ini ialah seperti Evening Primrose Oil yang boleh didapatkan di farmasi-farmasi.

Pemeriksaan Mukus
Walaupun den laki, tetapi tidak ada salahnya jika berkongsi maklumat untuk yang lain. Semasa menulis ini, saya menggunakan imaginasi yang agak tinggi bagi membolehkan saya menulis dengan baik untuk artikel berkenaan MPR ini.

Masukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan lakukan pusingan supaya dapat mengaut mukus-mukus yang berada di dinding faraj. Ianya boleh dilakukan dalam keadaan mencangkung. Periksa tahap kelikatan, warna dan tahap elastik mukus tersebut. Lakukan pemeriksaan ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda boleh melakukannya selepas ataupun sebelum mandi.

Buat jadual harian pemeriksaan mukus untuk merekod dan mengenalpasti tahap kesuburan anda. Dan video berikut merupakan bonus untuk anda!. Lihat cara-cara urutan untuk meningkatkan tahap kesuburan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...