19 October, 2011

[Fatwa] Rahsia Diri


Tarikh Keputusan: 5 Apr, 1999

Huraian Tajuk/Isu: 
Kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

Keputusan: 
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

A. Bahawa kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

B. Bahawa orang atau orang-orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

C. Oleh yang demikian:-
(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah menyeleweng dan boleh membawah kepada murtad;
(2) mana-mana orang islam adalah dilarang;
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri';
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Rahsia Mengenal Diri' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Rahsia Mengenal Diri'
pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;
( c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Rahsia Mengenal Diri';
(d ) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri'.



Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 6 May, 1999
Nombor Rujukan: [SSM.Phg. 04/010/97; M.U.I.Phg
Akta/Enakmen: 196 

Den cumo menyampaikan...kalau dah difatwakan..apo laie?? janganlah ikut...

2 comments:

  1. ish,itu antara cara dorg nk selewengkn umat Nabi Muhammad kn...nauzubillah..minta djauhkn..
    terima kasih Dr Lee..

    ReplyDelete
  2. yang difatwakan tidak boleh (haram) diikut ialah mana-mana kandungan yang terdapat / tertulis mengikut fahaman Penulisnya iaitu Ust. Hal Azwan.

    Tetapi rahsia diri tetap merupakan satu ilmu di mana jika ianya tidak berlanggar dengan syariah dan akidah, haruslah kita belajar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...