25 July, 2013

Kaedah Mengetahui Maklumat Terbaru Menggunakan Google Alert

Hi semua pembaca budiman! Selamat menjalani ibadah puasa bagi mereka yang beragama Islam.

Kini google telah menyediakan satu aplikasi untuk memudahkan pengguna mengetahui sesuatu yang terbaru yang telah dimuatnaik di internet iaitu melalui google Alert.

Google alert beroperasi dengan berasaskan penggunaan kata kunci. Pengguna boleh mendaftarkan kata kunci yang mereka inginkan di google alert dan sekiranya sesuatu artikel/bahan yang berkaitan dengan kata kunci yang dimaksudkan itu, maka google alert akan menghantarkan satu emel terus ke dalam inbox kita. Menarik bukan?

Google alert ini sebenarnya merupakan suatu cara untuk kita lebih peka terhadap sesuatu bidang yang kita minati. Sekiranya kita meminati bidang muzik, mungkin kita boleh menggunakan kata kunci muzik, nama kumpulan / band yang kita gemari.

Ia terpulang kepada kreativiti anda untuk bagaimana anda menggunakan google alert ini. Bagi saya pula, ia merupakan satu tools yang amat bagus bagi saya memantau sebarang berita berkaitan peluang-peluang bisnes yang ada di malaysia ini ;)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...