24 March, 2011

Amalan Ayat Qursi - benteng diri..

Selama den duk membaca semua amalan2 yang ada kat alam maya nie..dekat sini den himpunkan semua amalan yang menggunakan ayat Qursi sebagai pendinding diri/ benteng diri/ pagar diri.. Tak kira lah apa nama panggilannya tapi tujuannya hanya satu iaitu memohon perlindungan dari Allah swt.

Ayat Qursi nie memang fofular..hampir semua orang hafal. bagus...bagus..jadi den xyah lah nak tampal ayat Qursi tu kat sini. Jom kita teruskan dengan amalan ayat qursi ini:

Amalan pertama (boleh diamalkan bila2 masa...):
1. Baca ayat Qursi 1 kali, tetapi wala yaudduhu diulang 7 kali dan selepas itu baru sambung "hifzuhuma..."
2. Tarik nafas dan berzikir "Allah allah ..." dalam hati.
3. Lepas nafas sambil telan air liur.

Amalan kedua:
1. Amalkan membaca Ayat Qursi setiap kali solat, keluar masuk rumah, pergi jalan2, pergi kipmart, pagi petang, ketika nk tidur malam., sebelum masuk kedalam sesuatu bangunan dll.
2. Amalkan setiap hari...kiranya macam rutin lah..kalo den..InsyaAllah setiap kali lepas solat ..

Amalan ketiga:
1. Ayat Qursi senafas..boleh rujuk 3 Fatehah Senafas.

Amalan ke-empat (keluar rumah/ memasuki sempadan).
Amalan ini boleh diamalkan setiap kali anda keluar rumah ataupun memasuki sempadan seperti hutan, bandar, kampung2..dan sebagainya. Kaedahnya: 
1. Semasa hendak memasuki sempadan..baca lah Al-Fatihah dan ayat Qursi.
2. Tiupkan(just cukup syarat je) ke arah seluruh kawasan tersebut sambil berdoa:

" Ya Allah, aku berlindung dengan mu dari segala kejahatan ditempat ini samada kelihatan mahupun yang tersembunyi"


Amalan ke-lima: Benteng diri dari kejahatan sesuatu kaum
1. Tadah tangan seperti berdoa.
2. Baca ayat Qursi 3 kali. Setelah selesai usap muka dengan kedua tapak tangan sambil berdoa seperti berikut:

"Ya Allah, cukupkanlah bagiku kejahatan kaum itu, Ya Kafiy, Wahai yang mencukupkan, selamatkanlah aku dari penyeksaan mereka.

Wahai yang pemaaf, alihkanlah diantara aku dan mereka sebagaimana engkau alihkan bumi dan langit dan tutuplah mulut mereka sebagaimana engkau tutup mulut serigala dari Daniel a.s dengan kebenaran mana-mana yang mulia ini"




============================
JANGANLAH KAMU TINGGALKAN AYAT QURSI ============================

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...