31 October, 2010

Ciri-ciri pengurus yang baik

Menjadi seorang pengurus, pegawai atasan ataupun manager seringkali diidam-idamkan oleh ramai orang. Sebagai seorang pengurus, saya fikir, kita perlu ada ciri-ciri yang baik untuk disayangi, dihormati oleh orang bawahan. Tidak guna kalau kerjaya sebagai pengurus tetapi ciri-ciri seorang pengurus yang baik tidak ada dalam diri kita. Justeru itu, sebagai inisiatif sendiri, saya sematkan didalam hati untuk terus belajar menjadi seorang pengurus yang baik.



Antara ciri-ciri menjadi seorang pengurus yang baik adalah seperti berikut:

1. Memberi motivasi kepada orang bawahan. Sesuatu orgranisasi itu akan kukuh dan mempunyai momentum gerak kerja yang tinggi apabila bos mereka sentiasa memberi galakan dan juga motivasi. Bila sebut motivasi, peranan yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus ialah seperti memberi galakan dan kata-kata semangat. Memberi teladan yang baik kepada kakitangan. Menjadi inspirasi kepada kakitangan. Bagaimana caranya? Saya serahkan kepada kreativiti akal fikiran pembaca sekalian.


2. Bijak mengagih-agihkan kerja
Tidak dinafikan saya juga mempunyai masalah dalam mengagih-agihkan kerja kepada kakitangan. Kerana bagi saya, jika saya boleh melakukannya sendiri, mengapa ingin menyuruh orang lain. Di situlah kekurangan yang ada pada diri saya. Sebagai pengurus, kita perlu bijak mengagihkan kerja supaya bebanan kerja tidak ditanggung oleh kita. Agih, pantau dan tunjuk ajar, itu yang terbaik pada pandangan saya.


Bila memberikan kerja kepada seseorang, kita tidak perlu mengongkong cara mereka melaksanakan kerja tersebut. Biarkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cara mereka tersendiri tetapi hasil mestilah seperti yang kita mahukan. Kita boleh memberi tunjuk ajar dari semasa ke semasa dan sering bertanya status kerja mereka.

3. Ambil tahu dan serba tahu
Ambil tahu dan serba tahu. Perkara yang sering kali pengurus lepas pandang. Bagi mereka, berjawatan tinggi sudah memadai, menunding jari sudah mencukupi, tak perlu mengetahui kerana dengan 1 jari orang bawahan kita akan patuh dengan arahan kita. Tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan terhadap personaliti dan tanggapan orang bawahan kepada kita? Saya yakin, dibelakang kita, staf akan mencemuh dan memaki hamun bos mereka. Hurmm, ambil tahu perkara yang perlu menjadikan kita serba tahu dalam kerja harian. BOS HEBAT PEKERJA HORMAT!.

4. Membenarkan kesilapan sebagai pengajaran untuk ke arah pembaikan. 
Pekerja yang baik tidak semestinya melakukan kerja tanpa kesalahan. Kesalahan itu adalah NORMAL. Everyone make a mistake, but dont make same mistakes twice. Sebagai seorang pengurus, kita perlu bertoleransi dengan kesalahan yang dilkakukan oleh pekerja dan membimbing mereka serta menjelaskan kepada mereka terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Itulah sebaik-baiknya.

5. Belajar dari kesilapan sendiri.
Pengurus juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tersilap strategi, tersilap memberi arahan, dan itu semua boleh mendatangkan impak kepada organisasi dan juga menjejaskan imej sebagai seorang pengurus. Tetapi, pengurus yang baik adalah mereka yang belajar dari kesilapan lampau.

6. Layan setiap kakitangan sama rata. Adil, bertoleransi tetapi tegas.
Bersikap tidak adil dan memilih bulu akan menjejaskan imej kita sebagai seorang pengurus. Staf bawahan juga akan terkena dengan bahang negatif apabila kita bersikap memilih bulu. Mereka tidak akan memberi komitmen kerja yang tinggi. Kurang kepercayaan dan kurang rasa hormat pada kita. Kita perlulah bersikap adil kepada setiap kakitangan.

Begitu juga dengan toleransi, staf akan membenci pengurus yang terlalu rigid. Terlalu ikut buku bak kata orang. Mereka menyukai pengurus yang lebih fleksibel. Tetapi, perlu kita ingat, bertoleransi itu perlu tapi tegas tetap tegas. Barulah mengancam!

7. Kerja bersama. Turun padang!
"Cakap bolehlah, cuba buat tengok!". Dialog macam ni memang popular apabila staf mengutuk bos mereka. Mereka merasakan yang bos mereka hanya tahu menyuruh saja tetapi tidak mengetahui samada perkara tersebut boleh ataupun tidak dilaksanakan oleh mereka. Ramai pengurus berperangai seperti ini. Mereka hanya MAHU..tetapi tidak mahu AMBIL TAHU mengenai kekangan dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang memincangkan kredibiliti seorang pengurus.

Kalau kita boleh turun padang dan kerja bersama. Alangkah seronoknya pekerja-pekerja kita.

Wallahualam.

6 comments:

  1. dari mana sumber ney bro?

    ReplyDelete
  2. Daripada hasil pembacaan saya bro!

    ReplyDelete
  3. sangat berguna utk assignment sy ...hehe..thanksss

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu, apa nama buku yg d baca..?

    ReplyDelete
  5. kalau boleh bagi tahu saya pada email saya syukri900@gmail.com... kalau ada gambar buku lagi bagus...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...