15 May, 2011

Siapa Gerangan si Penyihir..

Ini hanyalah sebuah cerita semata-mata:

Seorang makcik dulunya sihat wal-afiat. Tetapi kebelakangan ini dia menghadapi masalah, perasaannya sering terganggu..dia sukar untuk tidur..Adakalanya dia ternampak benda2 halus. Ini membuatkan makcik tersebut menghadapi simtom-simtom stress. Matanya lebam sebab tak cukup tidur..

Dia terfikir, apalah dosanya yang menyebabkan semua perkara ini berlaku kepadanya. Dan seringkali juga dia terfikir samaada dia telah menyakiti hati orang lain.

Setiap maghrib, makcik tersebut merasakan di Ari-arinya (dibawah pusat) berasa sakit bagaikan ditusuk2 dengan jarum..Sakitnya Tuhan saja yang tahu....

Begitulah malangnya nasib makcik tersebut. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang ustaz..lalu ustaz tersebut memberikannya satu Ayat..kerana simtom yang ada padanya hampir menyerupai perbuatan sihir ke atas makcik tersebut..Bukan itu sahaja.ustaz tersebut juga mengajar makcik itu ilmu pendinding untuk mengelakkan dari gangguan berlaku lagi..


Setiap malam sebelum tidur, makcik tersebut membaca ayat yang diberikan oleh ustaz tersebut berulang kali sehinggalah dia terlelap. Dan dengan izin Allah, malam itu dia bermimpi...

Mimpi mengenai sahabat baiknya...yang telah melakukan perbuatan yang dilaknat itu..Itulah Ilham yang diberikan Tuhan kepada makcik tersebut..

-Tamat-


Amalannya:

Jadi apakah amalan atau ayat yang diberikan oleh ustaz tersebut? Yang boleh kita amalkan untuk mengetahui siapakah gerangan penyihir..Ayat tersebut ialah ayat 65 dari Surah Yaasin.

Maksudnya: Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

Wallahualam.

Nota: Ayat ini juga boleh digunakan untuk scanning jin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...