14 May, 2011

Bahana Buang Air Merata

Ada suatu kisah yang berlaku oleh seorang pakcik yang tinggal di Batu Pahat..

Dia ni gemar sangat buang air merata..di belakang rumah. Boleh dikatakan kerap juga dia membuang air disitu.
Tetapi dia tidak mengetahui bahawa tempat itu merupakan perkampungan bagi Jin-jin.

Akibat daripada perbuatannya itu, jin-jin tersebut marah lalu membalas dendam kepada pakcik tersebut. Mereka (Jin) berkampung di mata pakcik tersebut dan ini membuatkan pakcik tersebut kabur matanya.

Seorang perawat telah mengubati penyakit mata pakcik tersebut dan menghantar Jin-jin itu ke pusat pemulihan.

Amalan Masyarakat Melayu
Berani saya katakan yang kebanyakkan orang melayu, kalau hendak buang air kecil di tepi semak atau dimana-mana akan menyebut seperti ini:

"Atuk Nenek, anak cucu tumpang....."

Kalau didengar dek jin-jin yang ada di tempat tersebut maka naik tocanglah mereka. Bukankah kita telah dibekalkan dengan Doa daripada Nabi kita..

Doa meminta perlindungan dari Allah, yang memang sepatutnya kita minta dan bukanlah dari makhluk yang bernama Jin.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...