26 May, 2011

Amalan supaya anak tidak keluar merayau malam2...

Ini hanya cerita semata-mata...

Kisah anak ku si rempit
Mak timah ibu tunggal hidup bersama seorang anak lelakinya yang kini berusia 17 tahun. Suaminya meninggal dunia sejak anaknya itu berusia 5 tahun lagi. Mak timah sangat sayang kepada anaknya. Apa saja permintaan anaknya pasti mak timah cuba penuhi. Termasuklah untuk membeli sebiji motor EX5. Tetapi lately, mak timah risau mengenai anaknya yang suka keluar malam, selepas maghrib dan kekadang selepas isyak. Balik pula lewat malam. Mak timah risau anak kesayangannya itu melakukan perkara tidak senonoh. Ramai orang kampung memberitahu mengenai anaknya itu yang suka merempit di sekitar bandar. Mak limah hanya boleh bersedih saja. Nak dimarah, nanti tak balik rumah pula. Jadi, apakah yang mak timah boleh buat?

- Tamat -

Ada satu amalan yang boleh dilakukan oleh mak timah untuk memberi pengajaran atau keinsafan semoga anaknya itu duduk dirumah dan tidak keluar lewat malam melakukan perbuatan berfaedah.
1. Bangun pada waktu malam, jam 2-3 pagi kira cantik sangat la tuh.
2. Buat solat hajat. (Rakaat Pertama: Baca Alfatihah dan Al-Ikhlas, Rakaat kedua baca Alfatihah & Ayat Kursi)
3. Selepas salam. Baca Alfatihah (1 kali) dan Surah Al-Ikhlas (3 kali) dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad saw.
4. Kemudian baca zikir/wirid berikut pada satu jag air:

- Yaa Allah (3 kali)
- Yaa Qabidh Yaa Basit (1000 kali)

Niatkan supaya si anak tadi (sebutkan namanya) tertutup pintu hatinya untuk keluar malam dan melakukan perkara-perkara tak berfaedah.

Lepas itu, bagi anak itu minum air tersebut. Pandai-pandailah bagaimana untuk bagi mereka minum air tu. Ikut kreativiti dan kebijaksanaan masing2..



Wallahu'alam

Nota:
1. Air jag itu bersamaan dengan 21 gelas air.
2. Berikan sampai habis anak minum ke semua 21 gelas tersebut.
3. Janganlah pula beritahu kenapa anda suruh dia minum air tersebut.
4. Tak semestinya habiskan 21 gelas air tu hari itu juga.
5. Kalau dia degil smackdown ja anak tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...