15 May, 2011

Mengelakkan daripada Khadam Ayat..

Ini adalah cerita rekaan semata:

Seorang pengamal ilmu persilatan, telah tamat perguruan silatnya. Dia merupakan antara murid yang terawal menamatkan ilmu persilatan tersebut.

Di akhir persilatan tersebut, Guru silat tersebut membuat beberapa upacara kepada murid-muridnya yang telah tamat pembelajaran silat. Mereka mandi minyak, dan juga dibekalkan dengan zikir tertentu.

Antara zikir yang dibekalkan guru tersebut kepadanya ialah zikir Al-Ikhlas. Gurunya menyuruh dia mengamalkan 10,000 kali untuk menjadi kuat dan gagah. Tanpa merasa ragu, dia pun mengamalkan segala ilmu yang diperturunkan kepadanya oleh guru silat tersebut.

Kini, setelah 10 tahun berlalu, dia merasakan seperti ada gangguan pada dirinya. Dan dia telah menemui perawat. Perawat itu mengatakan di badannya mempunyai Jin. Akhirnya dia, tersedar bahawa amalan zikir Al-Ikhlas yang diamalkannya itu mengundang jin. Dia telah membuang segala Amalannya dan mengaku bahawa dia tidak mahu akan bantuan jin tersebut tetapi hanya berharap kepada Allah semata-mata.

- Tamat-

Tanpa kita sedari, amalan yang kita lakukan mengundang kedatangan jin. Walaupun amalan tersebut merupakan zikir ayat-ayat suci Al-Quran tetapi siapa sangka yang ianya mengundang khadam!?.

Jadi, disini ada perawat yang menasihatkan agar, sebelum memulakan apa-apa zikir eloklah kita membaca:
1. Al-fatihah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Istighfar
4. Mengucap 2 kalimah syahadah.
5. Membaca taawuz.

Barulah kita memulakan zikir tersebut...

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...