09 May, 2011

Amalan Mengelak dari Saka.

Saka...banyak orang melayu terutamanya yang terkena gangguan saka nie..kenapa dikatakan gangguan sebab ia adalah diturunkan daripada nenek/moyang ke pada kita sedangkan kita tak mahu akan saka tersebut.

Dulu mebi, nenek moyang kita membuat perjanjian dengan jin dan perjanjian inilah yang menjurus kepada wujudnya saka ini.Apabila satu perjanjian telah dilakukan dengan jin laknatulah ini, lazimnya perjanjian ini ada tempoh hayatnya..contohnya 7 keturunan.

Disebabkan itulah, kalau kita nak kahwin, pilihlah dari keturunan yang elok2..nabi dah pesan..jangan wat2 lupa ataupun tak taw. Kalau kita tak tahu keturunan kita ada saka, nak wat camno plak ya? Susah jugak tue..bukannya kita taw kan?

Tak apa, insAllah dengan amalan ayat surah al-Isra' ayat 82 ini saka tidak akan mendampingi kita malah ia lari daripada kita. Adapun ayat (17:82) itu seperti berikut:



Maksudnya:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Nak baca yang mana? Baca dan amalkan sentiasa ayat yang den gariskan tue. Sentiasalah basahkan lidah anda dengan bacaan ini. Mudah-mudahan Allah melindungi kita daripada gangguan saka ini. Tak do pekdah pun saka ni.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...