24 May, 2011

Al-kisah: Dilema pesakit Skizofrenia.

Dekat ofis den ada seorang perempuan berusia lingkungan 30-an. Dia ada sejenis penyakit stress yang agak kronik juga. Penyakit tersebut digelar skizofrenia.(rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia)

Pada awal den masuk keje sini dulu, ramai gak yang sound den suruh hati-hati ngan dia sebabkan penyakit dia tu. Tetapi cara mereka memberi amaran tu agak keterlaluan bagi den sebab lebih kepada memburuk-burukkan. Yelah, si pesakit tu pun tak minta dia jadi cmtu. Itu semua ketentuan Illahi. Samalah juga kalau orang tu lahir cacat tiada anggota tangan dsb. Jadi den hanya sekadar mendengar nasihat mereka sahaja, tetapi jauh sekali den nak mengasingkan pergaulan den dgn orang-orang camtu. Bagi den, semua manusia ni perlu sama rata layanannya.

Apa yang den nak citer dekat sini ialah pengalaman den memerhatikan orang yang sakit sedemikian dan apa pandangan/pendapat/pemerhatian sebenar den pada waktu ketika itu.

Sihir.
Pada waktu den baru kenal dengan dia, kemudia den rapat dengan dia. Dia ada menceritakan pengalamannya yang berstatus ibu tunggal. Kisah yang agak sedih kerana suami dirampas orang. Dahulu dia ada mengatakan bahawa setiap kali maghrib, perutnya bagaikan ditusuk2 dengan jarum. Sehinggalah dia berubat dengan pakciknya. Dari situlah den tahu dia pernah terkena gangguan sihir.

Nampak Benda Halus.
Dia juga ada menceritakan pada den bahawa matanya telah dibuka hijabnya. Dan dia boleh nampak benda-benda halus. Den dah perbetulkan dan menafikan bahawa perkara tersebut tidak betul. Kerana kemungkinan dia hanya ada gangguan sahaja. Gangguan jin-jin dsb. Apatah lagi dia mempunyai penyakit skizofrenia yang boleh mengalami delusi bila-bila masa. Jadi, bukanlah terbuka hijabnya seperti dia cakapkan tu.

Mudah perasan
Apa yang den perhatikan, dia ini mudah perasan. Apatah lagi kalau seorang lelaki cuba berbaik-baik dengannya. Mujurlah den dah perkenalkan dia pada GF den dan menjaga kelakuan den untuk mengelakkan dia tersangkut kat den. Al-maklumlah, ramai pempuan akan mudah sangkut dengan den disebabkan sifat-sifat den yang caring ini. Hehehe...dan ini adalah fakta yer..  :) Blueekkk...

Pernah satu ketika, ada seorang lelaki yang bekerja di satu ofis yang sama mendekati dia dan selalu menegur cara dia berpakaian dan memujinya kelihatan cantik. Bagi den, pujian lelaki tu tidak ada maksud lain yang tersirat, sekadar pujian sahaja. Tetapi ianya telah disalah faham oleh perempuan tersebut dan menyangka bahawa lelaki tersebut telahpun menyukainya. Aduhai.

Tetapi tidak dinafikan bahawa ramai lelaki cuba melakukan gangguan seksual kepada dia disebabkan statusnya itu. Al-maklumlah. Dan ini termasuklah lelaki bujang. Nampak sangat kan? Bujang mencari janda..anda rasa sebab apa? (Cuba fikir negatif sekejap..kekeke)

Cubaan bunuh diri
Disebabkan fikiran dia yang kecelaruan, orang seumpama mereka ini mudah untuk melakukan cubaan bunuh diri. Dah berapa kali den dengar, dia cakap nak terjun bangunan. Tetapi den dengan selamba cakap kat dia:

"Nak buat apa terjun bangunan kak?"
"Senang, tak payah nak fikir2..."
dia jawab.
"Kalau ditakdirkan mati, kalau akak hidup?? Tak ke lagi susah kalau dah terlantar?"

Dia terdiam...

"Akak nak masuk syurga ke neraka?, tahu tak kalau bunuh diri masuk neraka? Kalau dah masuk neraka macam mana nak jumpa ayah akak?" aku saiko akak tu.

Dia dah mula nangis..teringatkan arwah ayah dia yang banyak berjasa. Tetapi dia tak sempat memohon maaf disebabkan kesilapan dia semasa arwah masih hidup. Nampak sungguh wajah kekesalan dimukanya. Aku macam biasa, membiarkan dia dengan emosinya. Nangislah kau puas2..den tak kisah.

Selepas tu mulalah dia cerita kisah silam dia dengan arwah dan kisah hidup mereka yang miskin dan susah. Den cam biasa..Dengar aje lah.

-- bersambung ....

Mengamuk
Pernah terjadi satu petang di ofis, dia mengamuk di ofis. Tak tahu apa silapnya. Masa tu den ada mesyuarat. Balik mesyuarat je, budak2 nie kecoh yang dia mengamuk. Habis semua orang dia maki. Bos dia pun dengan selamba dia campak surat minta cuti.Nasib baik lah den tak do masa tu. Kalau tidak, mau dia den sebat ngan rotan. Kalau tak pun mau dia kena tempeleng ngn den.


Tapi den memang dah perhatikan dah, dia nie lain macam aje sejak minggu lepas. Tak sangka lak dia mengamuk petang ni. Memang troublesome. Sangat menyusahkan staf2 macam nie.


Antara faktor persekitaran dan kehidupan.
Antara faktor persekitaran dan kehidupan yang menyebabkan dia nie terganggu emosinya mengikut pandangan den ialah:
1. Dia mempunyai latar belakang keluarga susah. Kesusahan yang dia alami menyebabkan dia mengalami tekanan.
2. Persekitaran di pejabat yang dingin. Di ofis den, memang den perhatikan orang melayan dia macam acuh tak acuh. Mungkin sebab takut atau mungkin sebab benci. Disebabkan layanan yang sebegitu, dia pasti dapat merasakannya. Manakan tidak!. Anda pun pasti akan terasa kalau duduk di persekitaran sebegini.
3. Kesunyian. Yelah, 5 tahun bergelar janda dengan seorang tanggungan. Dengan keadaan macam tu, x dinafikan yang dia tu kesunyian.
4. Terlalu berfikir yang bukan2.. Dia nie jenis yang suka berfikiran negatif walaupun sering dinasihatkan untuk berfikir secara positif tetapi semua tu hampa belaka.

Perkara yang menyedihkan
Den sedih sangat melihat bagaimana sikap orang kita (orang melayu) bila berhadapan dengan orang macam ini. Dah tau si dia tu berpenyakit seperti ini tetapi masih lagi mahu memburuk-burukkan keadaan. Masih suka mengata sana sini. Dia itu gila lah. Bukan itu sahaja tetapi menabur/menjaja cerita-cerita yang bukan2. Lebih baik gila daripada mengumpat sana-sini. Sedih beno den tengok perangai dorang ni. Mudahan2 dosa mengumpat /mengata / dsb diampunkan!

Sekian.

Dan akhirnya dia telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...