06 May, 2011

Amalan ketika si ibu sedang melahirkan anak..

Khusus untuk para bapak-bapak/bakal bapak yang menenami sang isteri ketika dia sedang melahirkan anak...
Ada satu amalan / pendinding yang boleh digunakan untuk mengelakkan si isteri tumpah darah..

Darah...yang mengalir keluar ketika si ibu bersalin...nifas..darah kegemaran hantu/setan. Belaan si bidan yang ada mengamalkan ilmu hitam. Emmm delicious...enak sehingga menjilat lagi lagi dan lagi..

Hantu apakah? Penanggal mengikut cerita-cerita orang dulu. Karut? Wallahualam..tapi harus di ingatkan..mata yang ada pada kita..melihat perkara zahir sahaja. Mata kasar...



Kita sebagai manusia yang kerdil, wajib lah meminta apa pun pertolongan kepada ALLAH SWT. Semoga isteri yang sedang bertarung nyawa tadi selamat melahirkan darah/daging keturunan kita. Beruntunglah manusia khususnya orang Islam yang telah pun dibekalkan dengan ayat-ayat Quran.




Adapun amalannya ialah senang sahaja..tidak susah..dan diamalkan sewaktu tiba pada bilik bersalin..Bacalah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi (7 kali), dan 3 Qul (3kali).


Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...