21 August, 2011

Ayat Penggerak, dan pengalaman den.

Masa awal-awal dulu, den terjumpa satu artikel mengenai ayat penggerak. Jadi den pun cuba untuk menghafalnya. Den amalkan setiap kali nak bergerak pergi kerja, masuk rumah dan ketika makan diluar.

Ayat penggerak ni mudah jer, kalau 1 jam tu dok baca insyAllah boleh lekat dan hafal terus. Kalau korang nak tahu ayat tu macam mana, pi rujuk kat sini:

http://drleemind.blogspot.com/2010/11/amalan-mengelak-sihir-atau-pukau.html

Sebenarnya, den ada pengalaman yang nak diceritakan pada anda-anda semua. Yelah, asyik cerita pasal teknologi pun tak besh gak, sekali-sekala meh dengor temberang den. Ngehehe.Kisah nya bermula disini....

Pada suatu malam yang dingin, den pun ajak kawan den 'kukuk' pergi dinner dekat luar. Biasalah orang bujang, tak de maknenyer kalau kitorang nak masak pastu makan sama2 kat rumah. Ohhh pleaaseee...

Selepas habis makan, den pun mengajak kawan den pergi mencari rumah sewa. Waktu tu baru pukul 10.30 malam. (lebih kuranglah). Memang den bercadang untuk pindah rumah, begitu juga dgn kawan den 'kukuk'. Den nak cari rumah untuk den dan bakal isteri den nanti. 

Ronda punya ronda, tibalah den dikawasan yang pernah den lalui sebelum ni. Den pernah singgah tempat tu pada waktu siang. Memang banyak rumah kosong, jadi den bercadang untuk memberitahu member den kawasan rumah tu. Tetapi waktu malam tu memang agak scary. Tiada lampu jalan, gelap gelita dan sunyi. Hanya ditemani cahaya jiran dikejauhan.

Setelah tiba pada lorong yang menghala ke kawasan rumah tersebut. Terpacul dari mulut den.

"Ehhh angker nya tempat ni!" kawan den lihat muka den. Pastu dia bertanya "Oh ko dapat rasa eh?"

Den pun drive slow2 kereta mini cooper den. Tapi disebabkan kawasan tersebut tersangat gelap dan menyeramkan den pun bercadang untuk patah balik. Terpandang den pada satu rumah yang tiada pagar...jadi den reverse kereta masuk ke dalam rumah tu.

"Lubang??" hati den tiba-tiba bersuara. Dan selepas itu, memang betul, tayar kereta belakang sebelah kiri masuk ke dalam lubang..! Waduhhh..gawat nie.

Den keluar kereta, den tgk tayar den. Nasib baik tak de benda tajam, cuma termasuk dalam lubang sahaja. Den jeling kiri dan kanan. Fikiran den dah terpikir macam2. Fikir ape lagi, fikir antu leerrr wei.. tapi den tetap berani lagi masa tu..den still cool and tenang sokmo.

Den masuk kedalam kereta, den masuk gear satu dan tekan minyak tetapi kereta tak lepas juga. "Kukuk, ko try drive kete aku, aku tolak dari belakang" den mengarahkan kawan den. Tapi gagal juga.

Den pun beritahu dekat member den tu..sambil jeling kiri dan kanan..
"Kita kena akalkan benda ni, kalau tak tersangkut lah kita sampai pagi kat sini!" Den pun masuk kedalam kereta, sebab den dapat idea untuk reverse kan kereta. Den pun cubo.

Hah sebaik boleh! Pastu den minta member den arahkan den untuk bergerak supaya tidak termasuk ke dalam lubang semula. Tapi, masa den masuk gear satu, dan press minyak. Kereta den mengaum!! Vrooommmmmmmmmmm!!!! Dua tiga kali juga den pastikan yang gear den memang dah masuk. Tapi enjin kereta masih lagi mengaum, tak mahu bergerak. Macam ada benda yang menahan dari ianya bergerak ke hadapan.

"Ahhh sudah" rintih hati den. Den pun cuba sekali lagi, tapi kali ni, den mulakan dengan ayat penggerak.

Den baco dengan perlahan. Mulut den terkumat-kamit sambil den tekan clutch dan masukkan gear. Den tekan minyak, dan alhamdullillah kereta boleh bergerak!

Lepas tu, apa lagi...den pun cepat2 blah dari kawasan tu. Masa dalam kereta, den cakap kat kawan den "Memang angker laa tempat tue". den tersenyum.

Ada banyak lagi sebenarnya kegunaan ayat penggerak ni, jadi alang-alang korang kena temberang biarlah kena temberang sampai habis!! kihkihkih. Ini antara kegunaan ayat penggerak. Sila amalkan, banyak faedah nyo.

1. Sebelum bergerak ke suatu tempat, cubo baco ayat ni 7 kali. Kalau sangkuit2 atau pun putuih2..maka tangguhkan dulu perjalanan anda.
2. Kalau poie makan kat luar nun, sebelum menjamah adalah baiknya korang baca ayat ni dulu diikuti doa makan. Dengan cara ini, InsyaAllah , santau , sihir akan pudar.
3. Kalau korang nak balik rumah, ada anak kecil lak tu dalam rumah, ada baiknya kalau korang baca ayat ini 3 kali dan meludah ke kiri(syarat sahaja) kemudian bagilah salam dan masuk ke dalam rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari benda2 ikut korang masuk dalam rumah sekali. Kang dia kacau lak baby korang dalam rumah, melalak lah budak tue...

Ini sahaja perkongsian den dengan para pembaca semua. Den harap, kalau yang ada pengalaman lagi dashyat tu, maka berkongsilah dengan den. Den pun nak dengor juga korang temberang kat den. hihi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...