13 August, 2011

Custom ROM untuk SGSL GT-i9003

Buat pengguna-pengguna phone SGSL, ada berita baik untuk anda semua. Sekarang ni, dah muncul satu lagi custom ROM untuk SGSL. Den tengok macam menarik..dan berbaloi untuk dicuba!.

Sekarang nie, den tengah duk usha lagi sebab cara nak install ROM tu agak rumit...kena pelan2 kayuh bak kata orang tua-tua. Xboleh gopoh gapah. Den akan update kemudian pasal benda nie. Kepada yang nak ke gingerbread tu, apa kata kita cuba dulu custom ROM nie.


Launcher yang digunakan. 
Quadrant Score. Perghh cayalah. Den dapat 2+++

Excited lak dgn custom rom nie!! Meh den cito skit pasal custom ROM nie.

Rom ini sebenarnya based on froyo. Yup froyo, bukan gingerbread. Orang yang membangunkan rom ni buat khusus untuk froyo xxkb3 kerana froyo merupakan os yang lebih stabil berbanding gingerbread. Kawan den baru angkat satu SGS2, tapi tak boleh main beberapa file mp3. Bila mp3 tu den cuba kat handphone den, mak aih sedap gak didengarin nya. Maka dia pun turut kejelesan. Apasal hanset aku lagi latest x boley main??

Den malas nak cakap, tapi den senyum jo. Tulah hang beli mahal2 nak kerek kan? kan dah....xleh nak kerek sgt.

Cara nak upgrade firmware ni, memerlukan anda flash xxkb3 terlebih dahulu dan update ke ROM tersebut menggunakan mod CWM. Apa yang merumitkan sebenarnya ialah cara upgrade menggunakan CWM. It seems to be a little bit tricky. Jadi, ................siapa nak mula dulu??? Angkat tangan!


[8.20 pm] YAHOOO!!!! DEN DAH BERJAYA UPGRADE... MEMANG CUN!! PANTESSSS...


Akhirnya den dah berjaya upgrade rom tu dan den dah test apa yg patut...banyak juga aplikasi yang sedia ada dalam samsung galaxy SL tu dia buang. haishh..mengeluh gak lah sebab apa dia pi buang contohnya:
gallery gambar, swype, my file, music player, video player, google talk.

Antara ciri-ciri Custom Rom nie ialah:
1. Pre-rooted. - Maknanya lepas anda flash custom rom nie, anda tak perlu root. sbb phone telah pun di root.
2. Sangat pantas- Den dah test main game, memang ada beza. Kalau buat quadrant score tu, ranking kompem melonjak nombor satu. SATU beb!. Sebelum ni kalau guna xxkb3 biasa kedudukannya ialah atas samsung galaxy S.
3. Based on kepada froyo.xxkb3 - maknanya anda perlu flash ke xxkb3 dahulu baru flash PDA file untuk custom ROM ni.
4. Theme yang menarik. - walaupun banyak ciri-ciri yang hilang dan x sama macam default launcher samsung. Tapi theme ni memang menarik. Best jugak. i like!
5. Kamera berfungsi dengan baik.
6. Pre-Installed apps seperti ES File Explorer, Superuser, AdFree, Quadrant Advance, My Backup, Move2SD Enabler, Terminal Emulator, & Quick Boot.
7. Deodexed - Macam mana den nak terang? Search google la yer.

Dan antara ciri-ciri yang boleh dikatakan tiada atau mungkin ia bugs:
1. Tak boleh set contact ringtone guna lagu kesukaan korang. Whuuuu sedey...
2. Banyak aplikasi default samsung yang dibuang. contoh mcm swype dsb.
3. Connection ke usb samsung kies ada masalah. Kies tak dapat detect device.
4. Video recording bermasalah.

Antara perkara yang den akan check untuk next nyer update ialah
1. GPS. -----------> OK. Tested.
2. Video player ----------> Tak sempat untuk ujicuba
3. Wifi -------------> Tak sempat untuk ujicuba.

Walau ada sedikit bugs, tapi mereka sedang memperbaiki lagi custom ROM ni, ataupun dlebih dikenali sebagai NamaRom *kb3*. Tunggu next revision...untuk den test flash n update ralat2 di blog ini.


*****
UNTUK MAKLUMAN, SAYA TELAH REFLASH SEMULA KE XXKB3. ROM INI MASIH ADA BEBERAPA BUGS. 
Saya lebih suka yang stabil, walaupun xberapa pantesss.. ;)
*****


5 comments:

  1. Masih belum stabil Pinky Angel, dan ada banyak lagi bugs yang perlu diperbetulkan. Den saja je nak cuba.

    Tapi memang tak dinafikan ianya memang Pantas!! Mungkin sebab custom ROM tu dah deodexed dan zipaligned.

    ReplyDelete
  2. Bro...cer try Gingerbread la n pakai custom Rom Cranium V3...berdesup beb...

    ReplyDelete
  3. bro, ini custom rom dipakai sebelum cranium keluar. Time tu Froyo lagi..

    Skrg memang pakai cranium pun.. memang cun!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...