14 August, 2011

ClockWorkMod [CWM] untuk SGSL GT-i9003



Den nak temberang lagi pasal android. Musim android agaknyer, habis semua post lately cakap pasal android. Kali ni, jom la kita mengenali CWM. Den tgk belum ada lagi blog kat malaysia ni, yang cito pasal ni, so dgn konsep sharing is caring den harap ramai lagi pengguna SL dapat meng VOID kan warranty mereka dengan menginstall CWM nie..Jom!!..kihkihkih.

Apa itu clockworkmod ataupun CWM?
CWM merupakan satu cara khas untuk android phone bagi melakukan perkara-perkara seperti backup, restore, instalasi dan penyelenggaraan yang mana ianya tidak dapat dilakukan sekiranya menggunakan recovery yang asal (iaitu recovery mode yang belum diubahsuai).

Apa itu android recovery?
Android recovery lazimnya ada pada setiap phone android. Ianya sudah ada tetapi mempunyai fungsi yang asas untuk melakukan beberapa perkara seperti melakukan factory reset, recover OS dsb.

Cara untuk ke Recovery Mod SGSL
Bagi phone SGSL, anda boleh pergi ke mod recovery dengan menekan [volume UP + Butang Home + Butang ON] dan setelah Logo Samsung keluar, lepaskan Butang ON tersebut.

Ada ke CWM untuk SGSL GT-i9003?
Yup, sekarang sudah ada, dan ianya telah dibangunkan oleh Skin1980. Anda boleh lihat bagaimana rupa CWM tersebut. Nah den selitkan gambar!

CWM oleh Skin1980 khas untuk GT-i9003.
Dekat sebelah ni, CWM yang dibangunkan oleh Skin1980. Beliau ni aktif di forum xda developers.

Seperti mana yang anda lihat, ClockWorkMod Recovery oleh Skin1980 mempunyai beberapa fungsi tambahan seperti
1) Wipe cache partition
2) Install zip from sdcard.
3) Backup n Restore
4) Mounts and storage
5) Advanced


Penting ke CWM ni?
Bagi anda yang terlalu menjaga warranty phone dan tak mahu flash firmware SGSL anda, maka boleh saya katakan CWM ni tak penting untuk anda.

Tetapi bagi yang berdarah muda =p seperti saya dan ingin mencuba sesuatu yang baru untuk SGSL. Maka CWM ni penting.

Ia penting kerana sesetengah ROM yang dikeluarkan perlu di install menggunakan CWM ini.

Apa yang den suka CWM nie ialah dia punya backup n restore.=) dan install zip from sdcard.


Bagaimana caranya untuk install CWM di SGSL?
Untuk install CWM ini di dalam phone anda tidak lah serumit mana. Anda hanya perlukan Odin dan flash sahaja fail CWM-GT-I9003-XXKB3-EXT4-BATTERY FIX-PDA-12.08.2011.tar ke dalam phone anda. Dan sudah tentu anda perlu memastikan phone anda berada didalam Download Mode.

Saranan saya
Bagi yang masih menggunakan stock ROM dan belum pernah flash, den rasa lebih baik korang flash dulu ke xxkb3. Lepas tu baru lah korang install CWM nie dekat xxkb3.

Barulah next step, korang ley install custom ROM dengan mudah!!.. Hihi.

BUAT SENDIRI TANGGUNG! Den cumo sampaikan ilmu jo. Semoga korang mudah faham pasal CWM nie!.

3 comments:

  1. Salam..bro..sy ade hp 9003 samsung yg telah habis warannty....masalah selalu restarting dan beberapa kali reset factory pun x ok jua...cuba tanya samsung servis..katanya motherboard problem..rm500 tu...ade ape2 solution tak

    jeo melaka

    ReplyDelete
  2. cuba flash firmware lain..kalo masalah same..mgkin board probs

    ReplyDelete
  3. nimpang tanya bro i9003 kok E:failed to mount / data (No Such File or directory)knapa ya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...