05 August, 2011

10 Aplikasi untuk Samsung Galaxy SL.

Kat ofis den, kebanyakkan mereka dah berhijrah ke telefon android. Nie semua sebab terpengaruh dengan den la. Hak3..

Den baru demo skit aje..dah dorang gelabah nak beli jugak..ada sorang tu tersalah beli..poie beli BADA OS..ngahaha. Nasiblah..tak dapat lah den nak nolong. Jadi, kepada sesiapa yang baru pakai android phone nie, ini antara aplikasi-aplikasi yang den angap perlu ada kat phone korang..


1. Antivirus Pro (AVG)
Nak lebih selamat kena install antivirus. Sebab android ni banyak aplikasi kat market, at least kita ada some kind of protection here..Emmm..AVG nie ada version free..tapi of course laa den pakai yang pro. :). Nak ke? belanja den topup la.

2. Quick Office Pro

Bagi korang yang ingin menjadikan android anda lebih smart. Kenalah install aplikasi ni. Setakat nak buat slide, atau buat excel memang buleh. Xpun nak baca fail excel, memang aplikasi ini lah yang sepatutnya dicari. Banyak lagi aplikasi lain. tapi den suka yang ini.





3. Cam scanner
Apa-apa yang korang snap akan disimpan dalam bentuk pdf. Scanner ni boleh buat crop, dan zooming. Lagi satu aplikasi ni ada teknologi untuk menjelaskan lagi gambar agar tulisan lebih terang. Bagus untuk dicuba.


4. Barcode scanner.
Sekarang trend orang pakai QR Code. Jadi kalau nak baca kod tu korang kena install dulu Barcode Scanner. Ada staff den cakap QR kod tu tulisan khat. Nak aje den gelakkan dia, pastu den pun dengan belagak scan QR kod tu dan btaw apa maklumat yang tersirat disebalik QR kod tu..hehehe


5. GPS - Sygic atau Papago X5
Tak sah laa wei kalau ada android korang tak de install GPS Navigation. Ada 2 jenis yang den buleh syorkan:
1. Sygic
2. Papago X5.
Kedua-dua fail ni memerlukan external data, means korang semua kena download sendiri. Tapi den sarankan, korang dapatkan data tu sendiri daripada member2..hehehe~ lagi cepat.

6. Netqin Mobile Guard
Salah satu optimizer tool yang den guna. Den selalu end task guna aplikasi ni. Bagus di install kalau nak jimatkan bateri. Sebelum simpan handphone dalam poket..run aplikasi ni dulu untuk endtask semua running process/aplikasi.

7. Root Booter
Aplikasi ini memerlukan phone yang telah di root . Root Booter ni memudahkan korang restart phone. Ada 3 pilihan reboot iaitu normal reboot, recovery reboot, dan Bootloader reboot. Kalau den nak restart phone, den just pilih normal reboot, x payah guna button off kat phone tu. :)

8. Root Explorer
Aplikasi ni juga memerlukan root. Sesuai bagi kaki tweak atau yang suka modified fail sistem dalam phone.

9. FriendCaster Pro
Den kompem 100% yang korang semua ada FB. Salah satu aplikasi yang den guna untuk login ke FB ialah FriendCaster Pro nie. Lebih kurang macam Facebook for Android, tapi korang cubalah dulu untuk tahu apa perbezaannya. :)

10. Camera360
Bagi minah-minah (kebiasaannya) yang suka ambil gambar sendiri, tak pun ambil gambar orang. Den sarankan korang install aplikasi ni. Memang best. Macam kamera DSLR tapi didalam phone android. Kompem korang suka dengan aplikasi ni.


Ada lagi banyak aplikasi yang den nak kongsikan...tapi den lebih suka kalau korang berkongsi aplikasi kegemaran korang pulak...


9 comments:

  1. nak tambah bole?
    hehe

    1- vignette
    (bole amek gmbr sendri guna button volume. takdela terkehel jari nak touch screen tu time snap gambar)

    2- blogger-droid utk pemblogger tegar seperti saya

    3- widget lock (slalu payah benor nak swipe glass tu. jd guna ni bole customize lock. saya buat ala2 iphone punya slide to unlock)

    byk lg. kang lebih2 lak tukang komen dr empunya blog..hehe

    ReplyDelete
  2. boleh je. Widget lock tu saya pernah pakai tapi dah uninstall dah sbb lagi suka yang default version tu. Hehe.

    Vignette mkgin saya akan cuba nanti..hehe. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. nak tambah sikit,.. gi kt apps market, carik "shake to answer". goyang2 tepon utk jawab.. senang.. xpayah nk slide2 sampai terbabas jari nk jawab call.

    ReplyDelete
  4. nk tumpang tanye la..
    nape my SL touch screen dia cam ada problem...
    tak sentuh ape² tp tah mane² dia pergi...means cam kena touch la....geram sangat²...kdg² dia hang..sentuh la skrin...takde ape pun yg bergerak...
    pernah kena cam tu tak?
    rasa cam nk campak kt selat tebrau je ni...hihihi

    ReplyDelete
  5. gingerbread ke froyo??

    Cuba buat calibration, tak pun flash firmware ke versi xxkb3, xxkph, atau xxkpm.

    kalau tak boleh, maksudnya ada masalah hardware, sebelum buang ke selat tebrau baik cik nana bagi kat den ajo

    ReplyDelete
  6. nak tanya boleh

    saya ada papago x5,version froyo, tapi kenapa gps tak boleh guna ya?
    tak best langsung time nak cari jalan, please respon as soon as possible.. :)

    ReplyDelete
  7. kalau default firmware Samsung Galaxy SL, mmg GPS lock lambat. Kekadang ambil masa lebih dari 10 minit. Disyorkan flash ke xxkb3 untuk versi froyo.

    ReplyDelete
  8. dr lee...nk tnya ni...
    klu uprade firmware ke xxkph,gps lock ok x?ke lg truk?tq dr...hi3...

    ReplyDelete
  9. untuk XXKPH, GPS lock, ok. Laju.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...