28 August, 2011

Kisah Den Terkena Badi Mayat

Dulu masa arwah nenek den meninggal dunia. Den masih lagi menyusu badan. Kiranya den masih lagi peringkat baby yg comel la.

Untuk pengetahuan anda, nenek den merupakan bidan ataupun dukun kampung yang agak fofular. Mak den selalu bercerita mengenai nenek den mengubat orang yang terkena macam-macam penyakit. So dari situ lah den tahu nenek den ni merupakan dukun/ bidan kampung. Nenek den muleh buat barang yang hilang dikembalikan, nenek den jugak muleh ubat orang yang kakinya bengkak sebab sepak tokong cina. Macam-macam den dah dengar dari mak den.

Mak den pernah cerita yang den pernah terkena badi mayat. Waktu itu, nenek baru sahaja meninggal dunia. Dan mayatnya disimpan didalam rumah mayat. Mak den dipanggil untuk menuntut jenazah oleh pihak hospital. Mak den seorang yang lemah semangat, itu tak dapat dinafikan. Den tahu mak den lemah semangat.

Sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah mayat, jantung mak den berdegup kencang, perasaan takut menyelubunginya. Disebabkan perasaaan takut yang terlalu sangat itu, mak den telah terbawa badi mayat bersama. Dan akibatnya, den pun terkena sebab den menyusu badan.

Setiap malam, pukul 2.00 hingga 3.00 pagi, mak den tidak dapat tidur. Perasaaan takut ke rumah mayat masih lagi bermain-main dalam benaknya. Den juga begitu, setiap malam meraung2 menangis. Bukan 2 atau 3 hari. Tetapi berlanjutan hingga lebih seminggu. Jadi, ada yang menasihatkan agar mak den pergi berubat. Mak den pun pergi ke Melaka dan berubat dengan salah seorang dukun disana.

Sampai sahaja, dukun itu menawaskan den, tawas itu dibakar dan akhirnya membentuk seperti batu nisan kubur. Lalu dukun tu bertanya kepada mak den.

"Ada berlaku kematian ke baru-baru ni?" "Yaa, mak saya baru meninggal dunia" mak den jawab.
"Budak ni terkena badi mayat ni" Dukun tu memberitahu.

Lalu dukun itu menyediakan air untuk dimandikan kepada den dan juga untuk mak den. Selepas 3 hari membuat apa yang disuruh oleh dukun tersebut, barulah badi mayat itu hilang.

=================================


Apa pun yang berlaku, sebenarnya menjadi pengajaran dan pedoman. Den tahu, sekarang ni dunia sudah moden, teknologi disana-sini. Tetapi harus diingat, dan jangan memandang remeh perkara sebegini.

Badi bukan ada satu jenis sahaja. Bukan badi mayat sahaja. Binatang pun ada badinya juga. Nenek den pernah juga mengubat orang yang terkena badi binatang ni. Kisahnya mungkin den akan berkongsi dengan anda semua di lain hari. Wasalam.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...