14 August, 2011

Projek Seterusnya: Deodex SGSL GT-i9003

Ok kawan2, mungkin projek seterusnya den akan cuba buat deodex. Nampak macam senang tapi....

Ntahlah...tak cuba tak tahu...Nanti den update kemudian.

Sedikit info:
1. Sekarang ni den guna Froyo.xxkb3.
2. Den dah install CWM by Skin1980.
3. Den nak try deodex. Untuk lajukan SGSL nie. Custom Rom tu ada bugs lagi, so deodex adalah target den sekarang nie..

Sape nak follow?? 
....bersambung..

Bagi sesiapa yang nak follow den deodex ni, meh sini den temberang sikit lagi pasal deodex. Untuk pengetahuan korang, den telah pun berjaya deodex SGSL den. Lepas sahur tu den buek. Mata kebil2 je. Mula start dari pukul 10 lebih tapi den tersangkut dekat langkah no 4 sebab tak install lagi JDK, dan juga android SDK.

Apa itu deodex?
Sebelum mengorak langkah lebih jauh, lebih baik kita kenal dulu pengertian deodex. Odex merupakan fail bagi sesetengah APK, dan fail ini bertujuan untuk menjimatkan ruang justeru semasa proses booting, phone anda akan lebih pantess..tetapi ianya menimbulkan kesulitan bagi para android developers untuk menggodam aplikasi (apk) tersebut kerana sumber kod aturcara berada pada tempat yang berbeza ketika ianya dilarikan, maka dengan itu muncul lah idea deodex ni..

Dah kenal barulah boleh bercinta
Okay, sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk deodex. Jangan jadi cm den, dah masuk step 4 pastu kena tangguh sampai ke sahur untuk sambung balik. Muat turun aplikasi berikut terlebih dahulu:
1. Superoneclick - kita akan menggunakan fail adb.exe untuk bagi command pada phone.
2. JDK and Android SDK. Search google yer. JDK pilih yang jdk-7-windows-i586.exe untuk PC yang pakai 32 bits.
3. xultimate 2.2. URL: http://www.droidforums.net/forum/xeudoxus/47283-release-xultimate.html

"Den off kan antivirus time nak buek benda2 nie"

Bagi yang sudah download, kita teruskan dengan cara-cara untuk deodex SGSL.
1. Selepas habis download xultimate, extract fail tersebut dan buka fail main.exe. Sebelum tu, pastikan phone anda telah connect dengan usb dan enable usb debugging. Xultimate akan detect phone korang kalau semuanya ok.
2. Dekat program xultimate tu, akan ada beberapa pilihan. Kita akan gunakan pilihan 1,2,3,4 dan 7 sahaja.
3. Pilih pilihan 1 (satu) dan tunggu sehingga ianya selesai. Macam den ada 104 files. So tunggu lah sambai habis yo!


.
 Kalau dah habis, korang akan nampak skrin tu jadi warna hijau.


4. Sekarang ni pilih no 2 pula, yang ini dia akan copy fail framework .jar
5. Sekarang seperti biasa, pilih pilihan no 3 dan tunggu ianya selesai. Pilih pilihan 4 dan tunggu ianya selesai.




6. Kalau semuanya berjalan dengan jayanya. Maknanya korang dah boleh teruskan langkah berikutnya. Tetapi sebelum tu, exit program xultimate tu, copy folder done_app dan juga done_frame ke dalam internal_sd korang. Kalau korang kompius, nak copy dekat mana, letak je folder tu dekat internal_sd dan juga external_sd. Macam den buek :p. Kihkihkih...(ni semua sebab swap punyo pasal)

7. Ok, sekarang buka command prompt, dan melalui command prompt, run kan fail adb.exe didalam folder superoneclick.

8. Sekarang ni, korang kena taipkan satu persatu arahan-arahan dibawah.

adb shell
#su
#stop
mount -o remount rw /system 
cp /sdcard/done_app/* /system/app/
cp /sdcard/done_frame/* /system/framework/
rm /system/app/*.odex
rm /system/framework/*.odex
mount -o remount ro /system
reboot

Tengok skrin bawah ni. Taip ini macam okay?

9. Lepas korang selesai taip arahan reboot tu, phone korang akan hang..hahaha padan muka! Kalau yang bernasib baik, phone tu akan reboot.

** Nota: Kalau phone dah hang tu, cabut bateri pastu on balik je laah..


Link muat turun:
http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/index.html

5 comments:

  1. love,love, loveee all ur post!
    Keep on updating.

    w/pun tak di izinkan flash ROM tp apa salahnya kita cari ilmu pasal ni kan?

    tau psl deodex tu. tp tak brapa phm tang "odex tu mmg originally kat phone utk lajukan system time booting"

    soo..kalau deodex bila boot akan jd slow la ek? kompius..

    yg phm bila deodex file akan tukar suma jd .apk. then apa kelebihan jd mcm tu ek? (utk developer yes, sgt berguna tp bg user mcm kita?) bole bg cth plg sng apa yg bole buat lps deodex?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. first boot memang slow, after that, dah normal.

    yup, untuk kita kalau dah buat deodex tu performance lebih bagus. Bila .odex file dah tak de, semua resource dia install dalam application tu sendiri.

    ReplyDelete
  4. adoi.. aku x paham la smuanya ni.. yg aku tau klu nk install themes kena ada deodex..

    ReplyDelete
  5. yup luppi, salah satu kenapa kena deodex.

    kalau dah deodex means ROM tu kita boleh buat modifications spt tweaks, install themes dsb.

    Bagi sesetengah perkara, cth tweaks; hp nk kena deodex dahulu supaya tweaks tu tak kacau file odex yang lain.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...