21 August, 2011

Zikir Kunci Diri

Den perasan yang lately ingatan den semakin kurang. Mungkin dek dosa-dosa den yang telah banyak den lakukan.

Den perasan gak yang lately hati den sangat keras. Kekadang den xdo perasaan takut, dan simpati. Perkara ni betul-betul merungsingkan den. Den berazam, untuk mendidik hati den supaya tidak terdapat unsur-unsur negatif. Kalau hati dah keras tu maknanya kita dah semakin lalai dan alpa sehinggakan hidup kita dinodai oleh dosa-dosa. Astagfirullahalazim.

Adapun den nak kongsikan satu zikir untuk mengunci diri. Den ingat dulu tapi sekarang semakin lupo plak, sebab tu den jadikan ianya sebagai satu tajuk post pada kali ni.

Banyak kaedah sebonarnya kalau nak kunci diri. Maksud kunci diri ni ialah menutup segala jalan pada badan kita agar syaitan / jin  tidak dapat memasukinya. Selalu kalau kita dengar, orang-orang yang mengamalkan ilmu batin mereka memang banyak kaedah2 untuk mengunci diri nie. Terutama sekali yang selalu berhadapan dengan makhluk-makhluk iaitu yang terlibat dalam perubatan tradisional dan islam.

Zikir tersebut ialah:

Laa illaha Ilallahu wahdah laa sya ri kallahu
Laa hul mulku walahul hamdu
wa huwa a'la kulla sha 'in khodir.

Den masih lagi belajar ilmu-ilmu kebatinan ni. Boleh dikatakan tahap rookie lagi. So kalau ada silap den dekat sini. Mintak ditegur. Den manusia biaso jo.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...