11 June, 2010

NLP- Penekanan Tersembunyi

Penekanan Tersembunyi? Kenapa pelik sangat bunyinya? Apa benda tu?. {Jangan gelak}

Jangan gelak, kalau didalam bahasa melayu kita selepas diterjemahkan dari bahasa inggeris, memang kedengaran agak pelik. Kadang-kadang susah juga nak terima. Haha, penekanan tersembunyi ni ialah Hidden Emphasis. Didalam NLP, hidden emphasis ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi seseorang tanpa mereka sedari. Wow! Menarik bukan? Memang menarik.


Dengan menggunakan Penekanan tersembunyi (PS / HE) didalam pertuturan anda, anda boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan apa yang anda mahukan. Untuk menggunakan teknik ini, anda terlebih dahulu perlu merancangnya. Jika anda adalah seorang perancang yang hebat, dan telah mahir dalam teknik PS/HE ini, maka kemungkinan setiap penggunaan PS/HE dilakukan secara spontan. Tapi itu pun, jika kita dapat menguasai teknik ini dengan baik.


PS/HE digunakan dengan menekankan perkataan yang dituturkan anda supaya perkataan tersebut menjadi suatu arahan hipnosis kepada pendengar.Perkataan itu mungkin didengar sekali imbas oleh pendengar, tetapi pada dasar pemikiran bawah sedar mereka, perkataan-perkataan yang ditekankan tadi akan disedari dan bertindak sebagai arahan hipnosis. (susah betul, penulis nak terangkan perkara ini)

Relaks, relaks, jangan berkerut dahi. Simple je. Jangan lupa, penulis akan sentiasa cuba menambahkan lagi pemahaman pembaca sekalian. Begitu juga pemahaman penulis. Ianya adalah pemahaman 2 hala. =). Disini penulis letakkan contoh ayat PS/HE :


"Emm, saya tak tahulah samada awak sudi belanja saya makan malam ni. Kalau awak sudi, malam nanti sms laa saya"

Berdasarkan ayat diatas tadi, si pendengar akan mendengar seluruh perkataan yang anda tuturkan tetapi apa yang didengar oleh minda bawah sedar ialah: awak sudi belanja saya makan malam, awak sms saya

Itu contoh sahaja, jadi kreatif lah sikit untuk reka-reka PS/HE anda. Ingat!!!, kene rancang and praktis barulah dapat hasil yang anda mahukan. Ok, penulis andaikan pembaca semua jelas dan paham.

Jadi, persoalannya, bagaimana hendak melakukan PS/HE ini? Cara-cara atau contoh untuk melakukan penekanan adalah seperti berikut:
1. Pandang mata mereka setiap kali menyebut perkataan tsbt. atau
2. Anggukkan kepala setiap kali menyebut perkataan tsbt. atau
3. Buatkan gerak tangan setiap kali menyebut perkataan tsbt. atau
4. Buka mata anda besar-besar setiap kali menyebutnya atau kejamkan mata.
5. ?? Anda ada cadangan yang lain?

Anda sudah tahu, saya pun sudah tahu! Jom kita praktis!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...